Tadabbur Ayat 16 Ramadan
Tadabbur Ayat 16 Ramadan
# Kehidupan manusia acapkali lalai daripada mengingati Allah. Mereka juga lalai,
menyediakan bekalan untuk di bawa selepas kematian. Ini disebabkan terlalu terpesona
dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang fana.
# Hati yang sentiasa mengingati mati akan hidup untuk mengingati Allah, sedangkan hati
yang melupakan mati akan lesu dan jauh daripada Allah. Mengingati mati akan
memadamkan nikmat melakukan maksiat dan menambahkan nikmat kelazatan dalam
ketaatan. Bahkan dengan ingat mati akan menjadikan kita sentiasa menyediakan bekalan
amal dan sibuk melaksanakan segala kebaikan pada siang hari dan melakukan muhasabah
pada malam hari di sepanjang hidup kita.
♡ Jangan terpedaya dengan hasutan dan pesona dunia. Rawatlah hati dengan sentiasa
mengingati kematian dan siapkanlah bekalan amal soleh semaksimum mungkin
sebagai persiapan menuju negeri akhirat. Kita yang mencorakkan landskap barzah
untuk diri sendiri kelak. Cukuplah kematian sebagai satu tazkirah harian kita!! ♡