Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AMALI/Kumpulan3/Mac2015

LAPORAN AMALI INKUIRI BERSTRUKTUR

Tajuk : Pergerakan bahan merentasi tiub Visking

Tujuan : Mengkaji bahan yang berupaya merentasi membrane separa telap.

Pernyataan masalah : Apakah bahan yang dapat bergerak merentasi membran separa telap?

Hipotesis : Molekul yang bersaiz kecil boleh merentasi tiub Visking manakala molekul
bersaiz besar tidak boleh merentasi tiub Visking.
Pemboleh ubah :

i. Dimanipulasi: saiz molekul larutan


ii. Bergerak balas: Warna larutan
iii. Dimalarkan: suhu persekitaran dan isipadu larutan
Radas : Tabung uji, tabung didih, bikar 50 ml, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki
tiga, tiub kapilari, penitis 5 ml, silinder penyukat 10 ml,
Bahan : Larutan Benedict, larutan iodin, ampaian kanji 1%, larutan glukosa 30%, tiub
Visking (20 cm), air suling, benang, mancis, pemegang tabung uji, picagari tanpa
jarum 5ml, jubin berlekuk, gunting
Prosedur :

1. Tiub Visking direndam dalam air untuk seketika. Salah satu hujung tiub
Visking diikat dengan benang dan dipastikan ia tidak bocor.
2. 10 ml larutan 30% glukosa dan 10 ml ampaian kanji diisikan ke dalam
tiub Visking.
3. Tiub kapilari dimasukkan ke dalam tiub Visking, diikat dengan ketat dan
dipastikan ia tidak bocor.
4. Tiub kapilari dikepitkan pada kaki retort seperti rajah.
5. Permukaan luar tiub Visking dibilas dengan menggunakan air suling.
6. 300 ml air suling dimasukkan ke dalam satu bikar.
7. Dengan menggunakan penitis, 5 ml air suling dikeluarkan dari bikar dan
ujian Benedict dijalankan. Pemerhatian direkod dalam jadual.
8. 10 ml larutan iodin ditambahkan ke dalam air. Warna larutan direkod.
9. Tiub Visking direndam ke dalam bikar dan jam randik dimulakan.
10. Aras larutan dalam tiub kapilari diukur dan direkodkan setiap dua minit
selama 14 minit.
11. Warna larutan dalam bikar diperhatikan.
12. Kehadiran glukosa pada larutan dalam bikar diuji.

1
LAPORAN AMALI/Kumpulan3/Mac2015

Penjadualan data :

Masa (minit) 0 2 4 6 8 10 12 14
Aras kenaikan larutan glukosa 0 3 6 10 12 13 14 14
(mm)

Jenis ujian Larutan dalam bikar


Awal Akhir
Ujian iodin Perang Perang
Ujian Benedict Biru Mendakan merah bata

Perbincangan:

1. Resapan ialah proses di mana molekul glukosa merentasi tiub Visking ke dalam bikar yang
ditunjukkan oleh perubahan warna ujian Benedict dan dipengaruhi oleh saiz molekul larutan.

2. Melalui eksperimen ini, didapati glukosa hadir dalam larutan bikar tetapi ampaian kanji hanya
berada dalam tiub Visking. Selain daripada itu, kenaikan aras larutan dalam tiub kapilari juga
semakin meningkat apabila masa yang diambil semakin lama.

3. Ini menunjukkan molekul glukosa dan air berupaya merentasi tiub Visking and meresap masuk
ke dalam bikar tetapi kanji tidak boleh.

4. Perbezaan keupayaan merentasi tiub Visking adalah disebabkan oleh saiz molekul larutan yang
berbeza.

5. Glukosa dan air merupakan molekul yang bersaiz kecil dan boleh merentasi tiub Visking yang
bersifat separa telap.

6. Kehadiran glukosa dalam bikar menghasilkan mendakan merah bata apabila larutan bikar diuji
dengan ujian Benedict.

2
LAPORAN AMALI/Kumpulan3/Mac2015

7. Kehadiran kanji dalam tiub Visking diuji dengan larutan iodin yang menukarkan warna kepada
biru tetapi warna larutan bikar mengekalkan warna asalnya iaitu kuning. Ini menunjukkan tiada
molekul kanji dalam larutan bikar.

8. Langkah berjaga-jaga:
 Tiub Visking mestilah diikat dengan ketat untuk mengelakkan
kebocoran larutan ke dalam bikar.
 Tiub Visking mestilah dibilas dengan air suling sebelum dimasukkan
ke dalam bikar.

Kesimpulan : Hipotesis diterima. Molekul yang bersaiz kecil boleh merentasi tiub Visking
manakala molekul bersaiz besar tidak boleh merentasi tiub Visking.

SENARAI PENAMBAHBAIKAN:
1. Konsep eksperimen iaitu resapan dan osmosis bertindih.

Penyelesaiannya: merancangkan eksperimen ini kepada dua latihan amali yang berasingan.

Anda mungkin juga menyukai