Anda di halaman 1dari 10

NAMA & KOD KURSUS

PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA (MPU2363)

TAJUK TUGASAN
LAPORAN TENTANG KERAJAAN MARITIM DAN AGRARIA

NAMA PELAJAR & NO MATRIK


NURSAHIRA BINTI BADRUN (KID210504067)

NAMA PENSYARAH
AINA AFIQAH BINTI KASIM

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM (SEMESTER 3 KELAS 2)

SEMESTER PENDEK (SESI MAC-MEI 2022)

Tugasan Tarikh mula Tarikh hantar Markah

Laporan 10/4/2022 19/4/2022

1
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN……………………………………………………………3
KERAJAAN AGRARIA…………………………………………………..4
KEMUNCULAN KERAJAAN AWAL DI ASIA
TENGGARA……………………………………………………................4-5
PERKEMBANGAN PERTANIAN KERAJAAN
AGRARIA…………………………………………………………………5
PERKEMBANGAN KERAJAAN
ANGKOR………………………………………………………………….5-6
KERAJAAN MARITIM…………………………………………………..6
PERKEMBANGAN KERAJAAN
MARITIM………………………………………………………………….6-7
CIRI-CIRI KERAJAAN
MARITIM………………………………………………………………….7-8
PERKEMBANGAN KERAJAAN
MARITIM……………………………………………………………….....8-9
KESIMPULAN…………………………………………………………….10
SENARAI RUJUKAN……………………………………………………..11

2
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

PENGENALAN

Pada tahap awal, tamadun Asia Tenggara telah menjamin hubungan diplomatik
bersama kerajaan china dan hubungan kebudayaan dengan india. Walau
bagaimanapun, hubungan antara Kawasan petempatan awal di asia tenggara telah
wujud semenjak zaman logam, terutama hubungan perdagangan. Lantaran itu, ini
sudah terbukti apabila artifak gendang gangsa Dongson yang dihasilkan di Dongson,
Vietnam Utara, turut ditemui di batu buruk, besut, sungai tembeling, sungai klan,
Thailand, Indonesia dan Myanmar. Bahkan hubungan perdagangan antara Rom
dengan Kawasan petempatan Asia tenggara juga telah wujud. Ini dibuktikan bahawa
dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di kuala selinsing, di kota tinggi dan
muar, serta pantai barat dan selatan Thailand. Di samping itu, Kawasan di atas
merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara dan berperanan
sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gendang
gangsa di dongson, dan juga sebagai Pelabuhan pembekal. Ini adalah kerana
petempatan tersebut juga terletak berhampiran dengan sungai. Namun demikian
petempatan awal tersbut belum dapat ditakrif sebagai kerajaan kerana pemerintahnya
belum lagi bergerlar raja.

Di samping itu, berdasarkan bukti-bukti di atas pembentukan tamadun awal di Asia


Tenggara dapat dikaitkan seiring dengan perkembangan perdagangan maritim.
Perdagangan maritim ini pula berkembang bersama-sama dengan kemahiran dalam
pembuatan kapal layer dan perahu. Tanpa kapal layar dan perahu, perdagangan
maritim mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan maritim pula mungkin kurang
berperanan.terdapat beberapa bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar
juga menunjukkan bahawa perdagangan maritim di asia tenggara telah berkembang
semenjak abad kelima sebelum masihi. Sementara itu pembentukan tamadun awal
pula berlaku pada abad kedua atau ketiga masihi. Ini menunjukkan bahawa proses
pembentukan kerajaan dalam tamadun awal di Asia Tenggara mengambil masa lebih
kurang 600 hingga 700 tahun.

Seterusnya, kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara


terbahagi kepada dua cabang iaitu, kerjaan agrarian dan kerajaan maritim. Selain itu,
pembahagian ini adalah berasaskan kedudukan sosioekonomi dan geografi.

KERAJAAN AGRARIA
Pada mulanya, kerajaan agraria ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan pertanian,pertenakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Kerajaan ini terbentuk umumnya di Kawasan pertanian yang subur seperti di lembah
sungai. Lantaran itu, kerajaan ini terbentuk umumnya di Kawasan pertanian yang

3
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

subur seperti di lembah sungai. Antaranya kerajaan Dvaravati di Sungai Menam dan
di Sungai Irrawaddy, kerajaan sungai merah dan kerajaan sungai Mekong. Di samping
itu, kerajaan agraria juga terdapat di Kawasan pedalaman seperti di Kawasan berbukit
dan di lereng tanah gunung berapi. Contohnya, kerajaan Taruma di tanah tinggi
Indonesia. Seterusnya, antara kerajaan afraria yang terkenal adalah Sailendra,
Angkor dan sukhotai. Oleh yang demikian, terdapat juga kerajaan agraria yang
kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim, seperti contoh kerajaan funan.

KEMUNCULAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA


Dalam pada ini, seperti tamadun awal lain di dunia, tamadun awal asia tenggara
terbentuk secara evolusi. Kemunculan kerajaan awal di asia tenggara bermula dengan
wujudnya petempatan kekal di Kawasan yang subur. Contohnya seperti di lembah-
lembah sungai. Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan
bandar dam akhirnya menjadi kerajaan. Lantaran itu, di lembah sungai tersebut,
tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana Kawasan itu mendapat bekalan
air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah. Namun begitu, sementara padi
huma pula ditanam di Kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan
air dengan dibuat teres dan relung. Di samping itu, selain padi, tanaman sampingan
yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek, dan
sayur-sayuran. Masyarakat agraria juga menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti
cengkih dan lada hitam serta mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur
barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan.
Kemudian, sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan. Selain itu,
masyarakat agraria turut terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya
dan sungai, malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Di samping
itu, kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam turut
diusahakan. Pada tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja. Namun
begitu, apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut,
lebihan itu akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk
yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar atau penduduk
kerajaan maritim.

PERKEMBANGAN PERTANIAN KERAJAAN AGRARIA


Seterusnya, perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria turut dipengaruhi
oleh pembinaan sistem pengairan yang baik. Contohnya, perkembangan pertanian di
funan dan Angkor adalah disebabkan terdapatnya system pengairan yang bersumber
dari sungai Mekong dan tasik tonle sap. Namun begitu, sistem pengairan yang baik
dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya. Bahkan
kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
tersebut. Seperti contoh, pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I. selain itu,
beliau juga telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah
seluas 12.5 juta ekar. Kesannya, hasil padi dari Kawasan tersebut telah dapat

4
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

menampung keperluan beras kerajaan Angkor yang juga merupakan keperluan asas
rakyatnya.
Di samping itu, kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung
yang terletak di lembah sungai Mekong. Factor utama yang membolehkan kerajaan
Angkor menjadi sebuah kerajaan agrarian yang kuat ialah kedudukannya yang
berhampiran dengan tasik tonle sap. Lantaran itu, air tasik tonle sap ini datang
daripada sungai Mekong, manakala tanah di sekitarnya amat subur dan mempunyai
iklim panas lembab sepanjang tahun. Namun begitu, keadaan iklim sedemikian amat
sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi.

PERKEMBANGAN KERAJAAN ANGKOR


Walau bagaimanapun, kerajaan Angkor juga bergantung pada sumber ikan air
tawar yang banyak diperoleh dari tasik tonle sap. Malah, tasik tonle sap turut menjadi
punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi punca bekalan air minum. Oleh
yang demikian, disebabkan Kawasan tasik tonle sap berupaya menampung keperluan
makanan penduduk yang besar jumlahnya, maka kepentingan dan peranan tasik tonle
sap terhadap penduduk Angkor semakin berkembang.
Di samping itu, terdapat serba sedikit kepentingan tasik tonle sap. Antaranya ialah
tasik ini membekalkan sumber air minuman. Seterusnya, pada musim banjir limpahan
air dari sungai Mekong akan mengalir ke tasik tonle sap. Pada musim hujan keluasan
tasik ini menjadi 300.78 kilometer persegi. Walau bagaimanapun, pada musim
kemarau pula Kawasan sekitar tasik tonle sap akan menjadi subur disebabkan
mendapat lumpur yang subur. Akhir sekali tasik tonle sap juga membekalkan sumber
protein seperti ikan kepada penduduk sekitar.

KERAJAAN MARITIM
Seterusnya, kerajaan maritim pula ialah ialah kerajaan yang menjalankan
kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan. Lantaran itu, serta ia juga
berfungsi sebagai Pelabuhan. Selain itu, kerajaan ini terletak berhampiran dengan
Kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Antaranya seperti kerajaan
srvijaya di sungai musi, kerajaan kedah tua di sungai musi, kerajaan kedah tua di
sungai merbuk dan sungai muda dan kerajaan tiumah di pulau tioman.

PERKEMBANGAN KERAJAAN MARITIM


Pada mulanya, kerajaan maritim umumnya terletak di lembah sungai di Kawasan
pesisir pantai dan di kepulauan. Contohnya adalah kerajaan maritim yang utama ialah
Langkasuka, chintu, Srivijaya dan lain-lain. Di samping itu, di petempatan ini, pada
peringkat awal, anggota masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan
memungut hasil laut. Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan
nelayan. Ada juga antara petempatan ini merupakan Kawasan pengeluar bijih logam
seperti emas dan timah. Seterusnya, apabila kegiatan ekonomi mereka ini membawa
5
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

hasil yang melebihi keperlun masyarakat setempat, maka lebihan ini telah
diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut. Oleh yang demikian, ada antara
petempatan tersebut yang berkembang dengan peranannya sebagai tempat
berdagang. Selain itu, perkembangan seterusnya telah menjadikan Kawasan tersebut
Pelabuhan pembekal.

Seterusnya, Pelabuhan ini mendapat bekalan hasil tempatan, iaitu logam emas
dan timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar hasil laut dan juga makanan.
Pelabuhan pembekal ini telah disinggahi oleh para pedagang yang menginginkan
bekalan tersebut. Kemudian, antara Pelabuhan pembekal ini termasuklah jenderam
hilir dan klang, kuala berang, dan kuala selinsing. Daripada Pelabuhan pembekal,
sesetengah Pelabuhan ini telah berkembang dengan jayanya serta mendapat status
Pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Misalnya, champa, kedah tua dan
Srivijaya. Selain itu, Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai Pelabuhan
pembekal dan tempat berdagang. Pada awalnya Pelabuhan ini berdagang dengan
Kawasan yang berhampiran dengannya. Contohnya seperti champa dan Langkasuka.
Keuda-duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang
yang berdagang dari pesisir pantai teluk siam, kemboja, Vietnam,china selatan hingga
ke india dan barat. Pelabuhan kerajaan seperti kedah tua dan Srivijaya yang terletak
di selat melaka dan selat sunda telah menjadi Kawasan perdagangan yang amat
strategik. Namun begitu, hal ini kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara
china dan india telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi Pelabuhan
entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti china
dan india. Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam,hasil hutan
dan laut , serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya. Logam emas dan
timah telah menarik pedagang asing ke Pelabuhan kerajaan ini, menyebabkan
semenanjung tanah melayu dan sumatera dikenali sebagai suvarnadvipa dan
Suvarnabhumi. Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa orang india dan Yunani telah
mengetahui bahawa semenanjung tanah melayu merupakan Kawasan yang kaya
dengan emas sejak awal abad masihi lagi.

CIRI-CIRI KERAJAAN MARITIM


Selain daripada itu, ciri lain kerajaan maritim juga dapat dilihat dari segi pada
penduduknya. Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang
laut, dan pedagang luar. Jadi, mereka telah menggunakan lebih daripada satu
Bahasa. Oelh itu, Bahasa perhubungan masyarakat maritim ialah Bahasa melayu
yang telah menjadi Bahasa perhubungan atau lingua franca di asia tenggara. Namun
begitu, perhubungan Bahasa melayu di asia tenggara sebagai Bahasa perhubungan
ini telah lama berlaku. Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang
melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di asia tenggara.
Oleh sebab orang melayu mempunyai Pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan serta kedudukannya yang strategik, petempatan mereka akhirnya muncul
sebagai kuasa politik seperti champa dan Srivijaya.

6
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

Selain itu perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat


masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar
kawasannya, mereka mampu berlayar untuk berdagang ke Kawasan yang jauh
kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layer. Perahu yang dibina
digunakan untuk perdagangan jarak dekat. Sementara into juga, kapal layer
digunakan untuk perdagangan jarak jauh. Seterusnya, mereka juga mengetahui
kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit. Lantaran itu,
sehingga hari ini kita dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakat asia
tenggara, iaitu perahu atau kapal layar yang besar seperti kapal orang bugis. Oleh itu,
tinggalan perahu layar abad kelima dan zaman-zaman selepasnya dapat kita lihat di
muzium pekan, Pahang.
Di samping itu, Srivijaya dari abad ketujuh masihi hingga abad ke-13 masihi
merupakan kerajaan maritim terulung di asia tenggara. Antara ciri kerajaan maritim
Srivijaya termasuklah memiliki bala tentera laut yang besar dan yang dianggotai oleh
pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut. Kemudian, antara fungsi tentera
laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di selat melaka dan mengawal
keselamatan kerajaan. Oleh sebab pelabuhannya yang baikdan kedudukannya yang
strategik di selat melaka, sribijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang
berdagang di antara india dan china. Di Pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan
untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh Kawasan pemerintahannya
dan wilayah taklukannya. Oleh sebab itu, Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa
maritim utama di asia tenggara.

PERKEMBANGAN KERAJAAN MARITIM


Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lagi kerajaan maritim yang disebut dalam
sumber dari china dan india ialah kedah tua yang terkenal di lembah bujang.
Seterusnya, kerajaan ini berkembang antara abad ke-13 masihi. Oleh itu, kemunculan
kerajaan kedah tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan juga
Srivijaya dan kedah tua pernah disebut secara bersamaan dengan nama shih-li-fo-shi
pada zaman kebangkitan kedah tua. Namun begitu, kerajaan ini telah menjadi
Pelabuhan entrepot sejak abad kelima masihi lagi. Kerajaan Srivijaya juga muncul
pada abad ketujuh masihi turut mempengaruhi peranan kedah tua sehingga abad ke-
13 masihi. Selain daripada itu, pada abad kelima hingga kesepuluh masihi, penduduk
kedah tua menganut agama buddha dan selepas abad ke-11 masihi, mereka
menganut agama hindu pula. Ia dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur hindu
dan buddha yang berjumlah sekitar Sembilan buah yang telah dibina Kembali hasil
daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca hindu-buddha. Namun begitu, di
sebelah utara kerajaan kedah tua ialah kerajaan kalah yang terletak di sungai takuapa.

7
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

Selanjutnya, kedah tua juga merupakan Pelabuhan dan kerajaan yang tertua di
pantai barat semenanjung tanah melayu. Bukti peranannya sebagai Pelabuhan
entrepot sebelum melaka adalah berdasarkan jumpaan tembikar china yang
dihasilkan pada zaman dinasti tang, iaitu pada abad ketujuh masihi. Di samping itu,
perkembangan Pelabuhan kedah tua turut dipengaruhi oleh beberapa factor seperti
terdapatnya gunung jerai yang menjadi pandua kapal pedagang yang keluar masuk
terutama pada waktu malam melalui nyalaan api. Selain daripada itu,
perkembangannya juga dipengaruhi oleh kedudukannya yang strategik di laluan selat
melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut, serta
adanya kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti
damar, rotan dan sumber bumi seperti timah. Selain itu, barang dagangan yang
diperoleh dari luar ialah kain, kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.

8
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun kita mengkategorikan kerajaan awal di asia tenggara
kepada kerajaan maritim dan agraria, namun pada asasnya kedua-dua jenis kerajaan
ini saling melengkapi antara satu sama lain. Antaranya, kerajaan agrarian seperti
Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat
membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai sistem pertanian yang
baik hingga telah dapat menghasilkan sumber makanan utama, iaitu beras dan
membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain. Di samping, beras menjadi
dagangan utama antara kerajaan dengan kerajaan agrarian. Langsung itu, kerajaan
agrarian bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari
negara luar seperti china dan india. Selain itu, barangan mewah itu akan dijadikan
sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria. Di samping itu, antara barang
mewah itu termasuklah tembikar asing khususnya tembikar china. Barang mewah
yang lain ialah tekstil dari india dan china serta pelbagai jenis gelas dan manik.
Kemudian, sebagai tukarannya, kerajaan agrarian telah membekalkan keperluan
makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim. Seterusnya, konsep saling
melengkapi ini juga dapat dilihat bagi mendapatka bahan mentah seperti kayu dan
juga binatang kenderaan seperti gajah. Lantaran itu, bagi mendapatkan bahan kayu
yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di asia tenggara terpaksa
mendapatkannya daripada kerajaan pegu di Burma. Kebiasannya, tukang kayu dan
dan tukang batu yang baik terdapat dalam kerajaan agraria. Maka, keperluan kerajaan
maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria.
Walau bagaimanapun, dengan kedudukan negara kita yang strategik di peraira
nusantara yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari
ini. Maka, amatlah bersesuaian kerajaan pada hari ini memanfaatkan keadaan ini.
Kemudian, Langkah tersebut di samping membawa keuntungan pada zaman
sekarang, iaitu melalui peningkatan hasil daripaada perdagangan antarabangsa,
menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Akhir sekali, inilah yang
akan membolehkan kita untuk menghayati segala kesinambungan sejarah biarpun
kita hidup pada zaman serba moden dan serba teknologi canggih.

9
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA MPU2312

SENARAI RUJUKAN

1. ciri-ciri kerajaan agraria


https://www.ipendidikan.my/kerajaan-agraria.html
2. kerajaan agraria dan maritim
https://ilovesejarahform3.blogspot.com/2012/06/kerajaan-agraria-dan-kerajaan-
maritim.html
3. ciri-ciri kerajaan maritim
https://kotasejarah.blogspot.com/2011/10/kerajaan-maritim.html
4. tamadun awal asia tenggara
https://tamadunawalasiatenggara.blogspot.com/p/kerajaan-maritim.html
5.kerajaan agraria dan maritim
https://mindazeta.blogspot.com/2011/03/tamadun-awal-asia-tenggara-kerajaan.html

10

Anda mungkin juga menyukai