Anda di halaman 1dari 13

BAB 8:BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

8.1 ALOI DAN KEPENTINGANNYA


Aloi merupakan campuran 2 atau lebih unsur di mana unsur utamanya ialah logam.

 piuter untuk membuat cenderamata


 duralumin untuk membuat badan kapal terbang
 keluli nirkarat membuat sudu dan garfu
 keluli membuat badan kereta
 Loyang membuat kunci
 Gangsa membuat pingat

PERBANDINGAN SIFAT ALOI DENGAN LOGAM TULEN.

ALOI LOGAM
Berkilat permukaan pudar
Tahan kakisan sifat tahan kakisan mudah kakis
Keras sifat kekerasan kurang keras

;
LOGAM TULEN BERSIFAT MULUR

 Logam tulen terdiri daripada 1 jenis atom yang sama saiz dan tersusun teratur.
 Apabila daya dikenakan lapisan atom logam mudah menggelongsor di atas satu sama lain
 Ini menyebabkan logam tulen bersifat mulur(mudah ditarik menjadi dawai halus)

LOGAM TULEN BERSIFAT BOLEH TEMPA

 Bersifat mudah ditempa(mudah dibentuk)


 Ada beberapa ruang kosong di antara atomdalam logam tulen
 Bila daya dikenakan,atom atom logam menggelongsor untuk mengisi ruang kosong dan
membentuk struktur baharu.

;
SUSUSNAN ATOM DIDALAM ALOI

 Aloi terdiri daripadsa atom-atom berlainan saiz


 Kehadiran atom-atom asing yang berbeza saiz dengan atom logam tulen mengganggu
susunan teratur atom logam tulen.
 Bila dikenakan daya,lapisan atom-atom dalam aloi sukar menggelongsor di atas satu
sama

KOMPOSISI,SIFAT DAN KEGUNAAN ALOI

Superkonduktor
-Contoh aloi yang diguna dalam pengangkutan elektrik (kereta api Maglev)
-Tiada rintangan elektrik pada suhu yang sangat rendah

;
-Diguna untuk buat magnet yang boleh mengapungkan gerabak & mengerakkannya pada suhu
yang sangat tinggi

EKSPERIMEN 8.1
TUJUAN:mengkaji perbandingan sifat aloi dengan logam tulen.
PERNYATAAN MASALAH:adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan dan lebih keras
berbanding dengan logam tulen.
BAHAN:kepingan keluli nirkarat,kepingan besi,air suling,blok gangsa dan blok kuprum.
RADAS:bikar 100 cm3 ,silinder penyukat 100cm3,kertas pasir,bebola keluli,pemberat 1kg,kaki
retort dan pengapt,pembaris meter dan pita selefon.
A)SIFAT TAHAN KAKISAN BAHAN
Hipotesis:keluli nirkarat lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan besi.
Pemboleh ubah:
(a) Dimanipulasikan:jenis kepingan.
(b) Bergerak balas:pengaratan kepingan.
(c) Dimalarkan:saiz kepingan dan isi padu air suling.
Prosedur:
1.Bersihkan permukaan kepingan keluli nirkarat dan kepingan besi dengan menggunakan
kertas pasir.Perhatikan keadaan permukaan kedua-dua kepingan.Catatkan pemerhatian anda.
2.Rendamkan kedua-dua kepingan ke dalam bikar berisi 80.0cm3 air suling seperti
ditunjkkan dalan rajah 8.2.

3.Biarkan kedua-dua bikar selama seminggu.


4.Selepas seminggu,keluarkan kedua-dua kepingan dan perhatikan semula keadaan
permukaannya.catatkan pemerhatian anda dalam jadual 8.1.

;
Keadaaan permukaan kepingan
Jenis Selepas dibersihkan dengan Selepas direndam di dalam air suling
kepingan kertas pasir. selama seminggu.
Keluli berkilat Tidak berkarat
nirkarat
besi pudar Berkarat

B)SIFAT KEKERASAN BAHAN.


Hipotesis:gangsa lebih keras terhadap kekerasan berbanding dengan kuprum.
Pemboleh ubah:
(a)dimanipulasikan:jenis blok.
(b)bergerak balas:saiz diameter lekuk
(c)dimalarkan:jisim pemberat
Prosedur:

1. Lekatkan sebiji bebola keluli pada permukaan blok gangsa dengan menggunakan pita
selofan
2. Gantungkan pemberat 1kg pada kaki retort,setinggi 50.0 cm daripada permukaan blok
seperti ditunjukkan dalam rajah 8.3.
3. Jatuhkan pemberat ke atas bebola keluli.
4. Ukurkan diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan blok gangsa.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 sebanyak 3kali tetapi pada permukaan berlainan blok gangsa
untuk mendapat purata diameter lekuk yang terbentuk.Rekod bacaan tersebut dalam
jadual seperti jadual 8.2.
6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan blok gangsa dengan blok kuprum.

;
keputusan:
Saiz diameter lekuk,cm
Jenis blok
1 2 3 4 Purata
Gangsa
Kuprum

Kesimpulan:
Adakah hipotesis yang dibuat dapat diterima?apakah kesimpulan eksperimen ini?
:Boleh diterima,gangsa lebih kerasa daripada kuprum.
Perbincangan:
1.mengapakah kepingan keluli nirkarat dan kepingan besi perlu dibersihkan dengan kertas pasir?
= digunakan untuk mengeluarkan karat pada permukaan
2.bandingkan kadar kakisan pada kepingan keluli nirkarat dan kepingan besi?
=
3.blok manakah yang menghasilkan diameter lekuk yang lebih besar?
=kuprum
4.nyatakan hubungan antara saiz diameter lekuk dengan sifat kekerasan bahan.
=jika saiz diameter lekuk berkurang,maka sifat kekerasan bahan tinggi.

;
KOMPOSISI,SIFAT DAN KEGUNAAN ALOI
ALOI KOMPOSISI SIFAT KEGUNAAN

Duralumin 93% aluminium -lebih kuat daripada aluminium tulen -badan kapal terbang
3%kuprum -ketumpatan rendah -kabel elektrik
3%magnesium -tidak berkarat -basikal lumba
1%mangan -ringan
Gangsa 90%kuprum -lebih kuat daripada kuprum tulen -Pingat
10%stanum -tidak berkarat -tugu
-piala
Loyang 70%kuprum -lebih kuat daripada kuprum tulen -alatan muzik
30%zink -tidak berkarat -tombol pintu
-brkilat -kunci
Keluli 98%besi -Dikenali seagai keluli karbon -struktur banggunan
0.2-2%karbon -kuat dan keras -landasan kereta api
-boleh ditempa -badan kereta

Keluli 73%besi -kuat dari besi tulen -sudu dan garpu


nirkarat
18%kromium -tahan kakis -singki
8%nikel -tahan karat -alatan pembedahan
1%karbon
Piuter 95%stanum -kuat dari stanum tulen -barangan perhiasan
3.5%antimoni -tak berkarat -piala
1.5%kuprum -berkilat -cenderamata

;
8.2 KOMPOSIS KACA DAN KEGUNAANNYA

Sifat asas kaca


 Keras tapi rapuh
 Lengai secara kimia
 Lut sinar
 Kalis air
 Penebat haba
 Penebat elektrik

JENIS KACA SIFAT KEGUNAAN


Kaca silika terlakur •Perlu suhu tinggi (sekitar 1800c) untuk • Alat kaca makmal
melebur
• Kanta optik
•Tak kecut / kembang dengan banyak di
• Kanta teleskop
bawah perubahan suhu yang besar
• Cermin / gentian optik
Kaca soda kapur •Takat lebur rendah (sekitar 1000c) • Kaca tingkap
Campuran silika+kalsium •Mudah dibentuk (botol/jag) • Mentol
karbonat+natrium
•Tak tahan haba • Cermin
karbonat
•Mudah retak bila dikenakan suhu • Bekas kaca
mendadak
Kaca borosilikat •Sifat rintangan terhadap haba (tahan • Alatan masak
haba tinggi)
Campuran silika+boron • Radas kaca makmal
•Ada pekali pengembangan yang rendah
oksida+natrium • Lampun kereta
(tak mudah retak akibat tegangan terma)
karbonat+kalsium
• Saluran paip kaca
karbonat+aluminium •Boleh dikeluarkan daripada peti sejuk &
oksida terus dipanaskan tanpa berlaku peretakan
Kaca plumbum •Lebih berat –kelemahan (berisiko untuk • Barang hiasan
berlaku keracunan maknan sebab
Campuran • Barangan kristal
plumbum boleh larut ? Resap ke dalam
silika+plumbum(II)
makanan • Prisma
oksida+natrium karbonat
•Ada indeks pembiasan yang tinggi

;
8.3 KOMPOSISI SERAMIK DAN KEGUNAANNYA

Seramik
- Ialah pepejal (terdiri daripada bahan bukan organik & bahan bukan logam)
- Terhasil melalui proses pembentukan & pengerasan dengan kaedah pemanasan p suhu yang
tinggi
Sebatian logam Sebatian bukan logam Sebatian separa logam

Aluminium oksida, Al2O3 Titanium karbida, TiC Silikon karbida, SiC

- Kebanyakan komposisi seramik terdiri daripada sebatian logam, sebatian bukan logam /
sebatian separa logam

SIFAT ASAS SERAMIK


 Rintangan haba tinggi
 Mudah pecah
 Lengai secara kimia
 Penebat elektrik
 Keras dan kuat
 Penebat haba

SIFAT SEBAB

Seramik hanya melebur pada suhu • Atom dalam seramik diikat oleh ikatan
tinggi,keras dan tahan terhadap mampatan. kovalen & ikatan ion yang kuat
Seramik bersifat rapuh & lemah terhadap • Atom dalam seramik diikat dengan kuat
tegangan dalam susunan yang tak teratur
• Bila dikenakan daya, atom dalam seramik
tak dapat menggelongsor di atas satu sama
lain
• Tenaga daripada daya itu akan digunakan
bagi memecahkan ikatan antara atom
Penebat haba & penebat elektrik • Elektron dlm seramik tak bergerak bebas

;
SERAMIK TRADISIONAL
-diperbuat dari tanah liat seperti kaolin,Al2O3.2SiO2.2H2O
-tanah liat dicampuran dengan air untuk menghasilkan campuran yang lembt dan mudah
dibentuk.
-kemudian dibakar pada suhu tinggi.
-paa kebiasaannya,seramik tradisional digunakan dalam pembuatan batu-bata,tembikar dan
pinggan magkuk.

SERAMIK TERMAJU
-diperbuat dari bahan bukan bahan bukan organic seperti oksida,karbida dan nitride.
-mempunyai rintangan haba dan lelasan yang lebih tinggi,lebih lengai,,memiliki sifat
superkonduktif.
-silikon karbida digunakan untuk membuat cakera pemotong kerana keras dan kuat.
-digunakan untuk membuat cakera brek kerana tahan kejutan terma dan rintangan tinggi terhsp
haba.
-dibuat cincin tungsten karbida kerana tahan lelasan.

APLIKASI PENGGUNAAN SERAMIK.


 Perubatan
Seramik Zirconia digunakan dalam implant gigi
Seramik Alumina digunakan dalam perbuatan tulang lutut
Seramik digunakan dalam mesin pengimejan resonans magnetik
 Pengangkutan
Komponen enjin kapal terbang jet
 Penjanaan tenaga
bahan penebat elektrik di kawasan stesen jana kuasa.

;
8.4 BAHAN KOMPOSIT DAN KEPENTINGANNYA

KONKRIT DIPERKUKUHKAN.
Penerangan
Konkrit keras tapi rapuh dan mempunyai daya tegangan yang lemah.Apabila konkrit
diperkukuhkan dengan keluli atau polimer.Bahan yang terhasil ini akan menjadi sangat kuat dan
tahap tegangan yang tinggi.

Sifat.
 Lebih kuat dan keras
 Tahan beban yang berat
 Mudah diacukan kepada pelbagai bentuk

Kegunaan
Digunakan untuk membuat banggunan yang tinggi,jambatan dan pelantar minyak.

KACA GENTIAN

Penerangan
Kaca agak keras,kuat dan mempunyai ketumpatan yang agak tinggi tapi sangat rapuh.Apabila
kaca gentian digunakan untuk memperkukuh plastic,suatu bahan komposit yang dinamakan
gentian kaca terhasil.

Sifat
 Mempunyai kuatan regangan yang tinggi
 Mempunyai ketumpatan yang rendah
 Mudah diwarnakan
 Mudah diacukan dan dibentuk

Kegunaan
Digunakan utuk membuat tangki penyimpanan air,raket badminton,bot dan papan peluncur salji.

;
GENTIAN OPTIK
Penerangan
 Terdiri daripada gentian kaca dengan indeks biasan yang berbeza.
 Ialah bahan komposit yang dapat menghantarkan data digital dalam bentuk cahaya
sepanjang gentian kaca yang panjang,lutsinar dan halus.

Sifat
 Menghantar data dalam kapasiti yang tinggi dan cepat
 Stabil secara kimia dan kurang gangguan interferens

Kegunaan
 Digunakan dalam kabel telekomunikasi
 Digunakan dalam endorskop untuk memeriksa organ didalam badan manusia.

KACA FOTOKROMIK
Penerangan
Terhasil apabila hablur argentum klorida,AgCl digabungkan dengan kaca.Apabila kaca ini
didedahkan kepada cahaya,hablur argentum klorida,AgCl akan bertukar kepada
argentum.Maka,kaca itu akan menjadi gelap.

Sifat
 Peka terhadap cahaya

Kegunaan
 Kanta optik
 Tingkap kereta
 Tingkap banggunan
 Paparan maklumat
 Kanta kamera
 Suis optic
 Meter untuk mengukur keamaatan cahaya.

;
SUPERKONDUKTOR

Penerangan
Dapat mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan apabila disejukkan dengan suhu yang
sangat rendah.Kebanyakkannya superkonduktor adalah aloi sebatian logam atau seramik oksida
logam.

Sifat
Tiada rintagan elektrik

Kegunaan
Digunakan dalam kereta api laju,system penyimpanan tenaga bermagnet,generator dan cip
computer.

Anda mungkin juga menyukai