Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi,


para hakim yang bijaksana, hadirin hadirat serta kawan-kawan sekalian

Awal kalam pembuka bicara,


Selawat dan salam nabi tercinta,
Bertemu kita di pertandingan bercerita,
Kisah nabi Muhammad di Gua Hira’

Tajuk cerita yang akan saya sampaikan buat anda sekalian iaitu kisah Nabi Muhammad di
Gua Hira’

Sebelum kedatangan Islam, Penduduk kota Makkah hidup dalam keadaan kacau bilau,
pergaduhan dan perbalahan sering berlaku. Yang kuat semakin hebat yang lemah semakin
ditindas. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak malah bunuh membunuh
diantara satu puak dengan puak yang lain. Oleh demikian Nabi Muhammad sering
mengasingkan diri digua Hira' yang terletak berhampiran kota Makkah. Nabi Muhammad
bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Pada saat Nabi Muhammad SAW
hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri semakin memuncak. Berbekal Roti
rasulullah pergi ke Gua Hira di Jabal Nur iaitu kira-kira 5 km dari kota mekah.

Siti Khadijah isteri kesayanganya sering menghantar makanan kepada Rasulullah.


Rasulullah yang berkhalwat di Gua Hira kusyuk beribadah dan memikirkan keagungan alam
untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah betapa murninya nabi al-amin
sebelum dilantik menjadi rasul.

Pada suatu hari, Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad di Gua Hira'.
Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu Nabi Muhammad
berusia 40 tahun. Malaikat Jibril datang memeluk Nabi sambil berkata “Bacalah”. Jawab
Nabi “Aku tidak dapat membaca” Lantas Malaikat memeluk dan merangkul Nabi hingga
sesak nafasnya. Kemudian Jibrail melepaskannya dan berkata lagi “Bacalah”. Jawab Nabi
”Aku tidak bisa membaca”. Lantas Malaikat memeluk dan merangkulnya lagi sampai ketiga
kalinya sampai Nabi merasa sesak kemudian melepasknnya.
Lalu Jibril membacanya dan Nabi bersedia mengikutinya :

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani

1. Bacalah ( wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (Sekalian


Makhluk)
2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
3. Bacalah dan tuhanmu yang maha pemurah.
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5. Dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Rasulullah mengulang bacaan ini dengan hati yang bergetar lalu baginda segera pulang
kepada isterinya Khadijah. Lantas beliau berkata:

“Selimutilahaku, selimutilah aku.”


Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang.
Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah:
“Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi ke atas diriku ini?” Lalu beliau ceritakan segala
yang telah beliau alami itu,akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

Lalu Khadijah berkata, “ Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi


tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah selama
ini menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab,
memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah yang sentiasa
bercakap benar”.

Kata-kata lemah- lembut dari isteri kesayangannya inilah yang membuatkan hati baginda
tenang…

Kemudian khadijah meminta izin untuk menemui sepupunya Waraqah bin Naufal dan
menceritakan kejadian yang dialami oleh Nabi. Waraqah menjelas dan berkata “`Mahasuci
Allah. Mahasuci Allah. Demi Dzat yang jiwa Waraqah ada di Tangan-Nya, jika apa yang
engkau ceritakan benar, wahai Khadijah, sungguh suamimu didatangi Jibril yang dulu pernah
datang kepada Musa. Sungguh suamimu adalah Nabi untuk umat ini. Katakan padanya agar
ia bersabar.'

Kemudian Khadijah pulang menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan


menceritakan perkataan Waraqah bin Naufal kepada beliau.

Sejak dari itulah nabi Muhammad mula berdakwah untuk menegakkan Agama Allah selama
23 tahun… Iaitu 10 tahun di Mekkah dan 13 Tahun di Madinah…..
Pengajaran daripada kisah ini….

1. Kita hendaklah sentiasa mempertahankan akidah dan keimanan kita kepadaAllah


S.W.T walaupun dilanda pelbagai masalah dan kesulitan.
2. Kita hendaklah saling menasihati antara satu sama lain tentang perkara-perkara
kebaikan dan menjauhi segala larangan.

3. Kita hendaklah menyakini bahawa Allah Maha Berkuasa dalam melakukan setiap
sesuatu, tiada perkara yang mustahil bagi-Nya.

NUN DI SANA INDAHNYA PELITA,


SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR,
AKHIR KATA TAMATLAH CERITA,
AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR.

Sekian sahaja,
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai