Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pendahuluan

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini juga turut dikenali sebagai Triti London 1824 atau Perjanjian London 1824. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London yang diwakili oleh George Canning wakil pihak British dan Charles W.Wymn yang merupakan wakil pihak Belanda telah melakukan rundingan di antara mereka untuk menyelesaikan masalah persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal

Singapura.1 Akhirnya British dan Belanda bersetuju untuk menamatkan persaingan dan pergeseran antara mereka demi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing di Kepulauan Melayu dengan menandatangani Perjanjian London 1824. Tambahan pula, British dan Belanda mendapati ketegangan di antara mereka tidak memberi sebarang faedah malah merugikan mereka. Selain itu, Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini dilakukan tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu jelas memberi kesan kepada negara Malaysia. Hal ini bermakna perkembangan kuasa politik dan ekonomi dapat dilihat sebaik sahaja termeterainya perjanjian ini dalam masa yang singkat. Lantaran itu, terdapat pelbagai perkara yang berlaku dalam perkembangan negeri melayu sebelum tahun 1850. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini terdapat pelbagai kesan yang berlaku sama ada dalam aspek politik mahupun ekonomi terhadap perkembangan negara Malaysia.

Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 101.

2.0 Politik 2.1 Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh merupakan kesan daripada Perjanjian Inggeris Belanda 1824.2 Bagi pendapat saya, pembahagian kawasan yang dibuat ini adalah untuk menamatkan masalah perebutan kuasa antara British dan Belanda. Apabila masalah ini dapat diselesaikan maka politik di Malaysia akan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak langsung akan menyakinkan pihak pelabur atau pemodal untuk melabur di Malaysia dan seterusnya akan berlaku perkembangan ekonomi. Sememangnya, Perang Napoleon asas kepada Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Setelah tamatnya perang, Belanda kembali semula ke Asia Tenggara dan mendapati British menjalankan aktiviti perdagangan di Betawi tanpa kebenaran Belanda. Betawi sebenarnya merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan ini telah menimbulkan keadaan kurang senang Belanda dengan petempatan British di Betawi. Bagi pendapat saya, Belanda merisaui petempatan British di Betawi kerana Belanda takut kedudukan atau pengaruh Belanda tergugat. Selain itu, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di London juga berang dengan tindakan Stamford Raffles yang menjalankan aktiviti perdagangan di Singapura tanpa persetujuan mereka. 3

Akhirnya, bagi menjaga hubungan baik British dan Belanda di Eropah, di samping mahu memelihara kepentingan masing-masing di Timur, mereka bersetuju menjalankan

Graham Irwin, 1986, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81. Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Potrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 47.
3

rundingan dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824.4 Perjanjian ini telah membawa kesan yang amat ketara sehingga menyebabkan gugusan Melayu dipisahkan kepada dua kawasan di bawah pengaruh British dan Belanda. Hal ini jelas menunjukkan pembahagian kawasan tersebut mengikut syarat yang telah dipersetujui iaitu Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan takluknya serta logi di India kepada British manakala British mengundur diri dari Hindia Timur dan menyerahkan Sumatera serta Bengkahulu. Perjanjian ini jelas menunjukkan titik permulaan pembentukan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.5 Tegasnya, Tanah Melayu secara keseluruhan telah menjadi hak milik British dan dengan ini membolehkan British dengan mudahnya menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu tanpa sebarang penentangan daripada kuasa Barat lain.

2.2

Pepecahan Empayar Johor-Riau Setelah termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka empayar Johor

Riau juga turut menerima kesannya

kerana sebahagian wilayahnya terletak dalam

pengaruh Belanda dan sebahagian lagi terletak pada British. Empayar Johor runtuh kerana pembahagian dua kawasan pengaruh iaitu Singapura dan Tanah Besar Johor serta Pahang yang berada di bawah kawalan British dan Riau-Lingga pula jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Hal ini bermakna perjanjian ini telah berjaya menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor antara Sultan Hussain dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini jelas terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor

D.G.E.Hall, 1981, A History Of South-East Asia(Fourth Edition), London: the Macmillan Press Ltd. Hlm 550. 5 Abdul Rahman Haji Ismail, 2005, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 234.

dan Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan Riau-Lingga. 6 Hal ini sekali gus memberi kesempatan kepada Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan Pahang dan empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat itu. Perkembangan politik terus memecahkan empayar Johor yang diperintah oleh Sultan Hussain kerana baginda tidak mempunyai kuasa yang kuat ke atas wilayahnya. Selepas kemangkatan sultan Ali pada tahun 1877, putus zuriat Bendahara sebagai pemerintah Johor.7 Akhirnya, kuasa politik Johor terus beralih ke tangan keluarga Temenggung. Hal ini jelas apabila Temenggung Ibrahim berjaya meletakkan asas yang kukuh dan akhirnya berjaya mengasaskan sebuah kesultanan baru. Maharaja Abu Bakar terus memantapkan lagi kedudukan dan mula menggunakan gelaran sultan pada tahun 1885.

2.3

Perkembangan Politik di Borneo Utara ( Sarawak) Perkembangan politik Inggeris telah berlaku di Sarawak walaupun syarat-syarat

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 adalah samar-samar mengenai lingkungan pengaruh Inggeris dan Belanda di Borneo. Hal ini bermakna syarat perjanjian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas kawasan pengaruh kuasa Eropah sama ada di bawah pengaruh British ataupun Belanda. Sebenarnya, sebelum tahun 1841 kuasa-kuasa Eropah ini dikatakan tidak menunjukkan minat terhadap Borneo Utara dan alasannya adalah kerana Borneo Utara tidak berfaedah dari segi perdagangan. Seterusnya, pada tahun 1839 James Brooke pernah datang ke Sarawak dengan tujuan berjumpa dengan Pangeran Muda

Abdullah Zakaria, 1984/1985, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah Melayu, 1600-1900-Satu Kajian Awal, hlm 52. 7 Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 6.

Hashim dan menghantar hadiah kepadanya yang di suruh oleh Gabenor Singapura dan ahli perniagaan Singapura. Mereka dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang baik dan setahun kemudian James Brooke datang semula ke Sarawak kerana Pangeran Muda Hashim menjemputnya datang kembali ke Sarawak.8 Apabila James Brooke datang ke Sarawak, beliau mendapati keadaan Sarawak berada dalam keadaan kucar-kacir kerana pemberontakan orang-orang Dayak yang menentang pemerintahan Pangeran Muda Hashim. Hal ini menyebabkan Pangeran Muda Hashim meminta bantuan daripada James Brooke untuk mengamankan Sarawak dan ternyata pemberontakan tersebut berjaya dihapuskan oleh James Brooke. Seperti yang telah dijanjikan oleh Pangeran Muda Hashim, James Brooke di lantik menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841. Dengan ini, Brooke telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan meluaskan pengaruhnya di Sarawak.9 Jelaslah, selepas James Brooke dilantik menjadi raja Sarawak dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan Brunei, maka politik di Sarawak terus berkembang.

2.3

Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS) Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS) merupakan kesan daripada Perjanjian

Inggeris Belanda 1824. NNS ini terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang dan telah disatukan di bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British. 10 Sebenarnya, penubuhan NNS ini merupakan dasar British yang mahu menyeragamkan pentadbiran supaya corak pentadbiran yang seragam dapat mewujudkan pentadbiran yang lebih sistematik. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada perkembangan politik di

Graham Irwin, 1986, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81. Ibid, hlm 96. 10 Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 143.

Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pentadbiran NNS diketuai oleh gabenor dan setiap negeri dilantik seorang residen konsular untuk membantu gabenor menjalankan pentadbiran.11 Sememangnya, NNS ini ditadbir di bawah satu pemerintahan politik yang seragam bagi memudahkan gabenor untuk mengawal pentadbiran dengan lancar. Melalui penubuhan NNS ini juga, kuasa politik, dasar dan undang-undang dapat diselaraskan. Buktinya sekitar 1830, sistem mahkamah yang teratur dipekenalkan di NNS dan dikenali Mahkamah Recorder. Mahkamah ini telah diberikan kuasa laut dan mentadbir berdasarkan kanun Piala India. Seterusnya, Pulau Pinang dan Singapura lebih strategik berbanding Melaka. Melaka dikatakan kurang penting ketika itu kerana pelabuhan yang cetek dan tidak sesuai untuk aktiviti pelabuhan. Pada tahun 1832, Pulau Pinang dikatakan kurang maju menyebabkan pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura.12 Perpindahan pusat pentadbiran ini disebabkan Singapura telah menjadi sebuah pelabuhan yan pesat pada ketika itu dan kekal sehingga 1867. Tegasnya, penubuhan NNS merupakan satu titik tolak perkembangan kuasa politik Malaysia, hasil termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

3.0 3.1

Ekonomi Perkembangan ekonomi Negeri-negeri Selat (NNS) Kesan daripada perjanjian tersebut telah membawa kepada perkembanagn

ekonomi di NNS. Pelabuhan Singapura telah menjadi pelabuhan yang tersibuk di dunia ekoran pemisahannya dengan Johor. Singapura di tadbir sepenuhnya oleh Inggeris

11

Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 144. 12 Ibid, hlm 144.

selepas mendapat kebenaran daripada perjanjian tersebut.13 Singapura telah menjadi pelabuhan interpot dan maju dari segi ekonomi dan pengangkutannya. Kemajuan pesat ini memberikan keuntungan kepada pihak Inggeris dan secara tidak langsung kepada masyarakat tempatan juga. Contohnya, Bijih timah merupakan kegiatan yang paling penting sekali di bawah ketegori NNS dieksport dari semenanjung ke bahagian dunia melalui Selat Melaka iaitu Singapura dan Melaka.14 Negara China dan Great Britain merupakan pengimport utama bijih timah dari Singapura. Kuantiti yang dieksport ke negara China berjumlah $117,386 Sepanyol, Great Britain $101,204.15 Tahun 1835 dan 1836, Singapura import 4616 pikul bijih timah secara langsung dari Melaka. Dalam pertengahan tahun 1830-an, semenanjung membekalkan kira-kira 15000 pikul bijih timah kepada Singapura. Pada hakikatnya, perdagangan Singapura sangat penting dan bergantung kepada kedua-dua negeri tersebut di samping pengangkutan jalan laut yang baik serta laluan Selat Melaka yang strategik menjadikan ekonomi di NNS terus berkembang. Tegasnya, perjanjian ini memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi khususnya kepada ekonomi-ekonomi NNS.

3.2 KEPESATAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN Perjanjian Inggeris Belanda telah memberi kesan kepada kepesatan perdagangan. Contohnya, dapat dilihat di Singapura selepas termeterainya perjanjian ini, pelabuhan Singapura dilihat sebagai sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin berkembang. Syarat-syarat perdagangan dalam perjanjian ini telah menyebabkan
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 24. 14 Khoo Kay Kim, 1984, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, hm 62. 15 Ibid, hlm 62.
13

berlakunya kepesatan perdagangan di Singapura dan British dapat meluaskan pengaruh di kawasan masing-masing tanpa gangguan seperti sebelumnya. Belanda juga telah menghapuskan dasar monopoli perdagangannya di Kepulauan Melayu. Pelabuhan Singapura berkembang menjelang tahun 1830-an. Contohnya, import dari Pantai Timur semenanjung adalah sangat besar. Buktinya, nilai serbuk emas yang dibawa dengan kapal pada tahun 1835 dan 1836 berjumlah $143,840 dolar Sepanyol manakala di Pantai Barat berjumlah $12000. Contoh negeri Pantai Timur ialah Pahang, mengeluarkan serbuk yang mempunyai pasaran yang tinggi iaitu sebanyak 28 ringgit Sepanyol sebangkal.
16

Perdagangan utama dari Pantai Barat ialah dari daerah pedalaman Melaka dan Johor. Purata import dari pantai timur semenanjung sahaja lebih daripada $300,000 dolar Sepanyol setiap tahun dan begitu juga dengan jumlah eksportnya.17 Jumlah peningkatan dagangan Singapura pada tahun 1821 ialah 5 juta, pada 1824 meningkat menjadi 11 juta dan pada tahun 1833 terus meningkat menjadi 18 juta. Kemajuan Singapura juga mempengaruhi perkembangan perdagangan di Johor dan Pulau Pinang. Johor menjadi pengeksport gambir, lada, balak dan getah perca terpenting ke London. Manakala Pulau Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting. Jadi, perkempangan pesat dalam sektor perdagangan di Malaysia merupakan kesan perjanjian.

3.3 Pembentukan dwiekonomi Selepas perjanjian ini, sistem ekonomi yang wujud di malaysia terbahagi kepada dua iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Hal ini bermakna ekonomi sari diri tetap diusahakan oleh orang Melayu khususnya dan ekonomi komersial diusahakan oleh
16

Khoo Kay Kim, 1984, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm 61 17 Ibid, hlm 62.

orang luar. Orang Cina dan Eropah banyak menanam modal dan membawa masuk teknologi mereka khususnya dalam perlombongan bijih timah18 sehingga mendorong kepada pengeluarannya secara besar-besaran. Contoh pada tahun 1830 pengeluaran

adalah sebanyak 7000 pikul di Sungai Ujong. Selain itu, para pemodal Eropah dan Cina ini juga banyak menanam modal mereka dalam tanamam komersial seperti gambir dan lada hitam. Contohnya, pada 1840 penanaman gambir dan lada hitam menjadi penanaman terpenting di Singapura yang menunjukkan bahawa sebanyak 1000 pikul gambir dan 15000 pikul lada hitam telah dikeluarkan di Singapura. Perkembangan penanaman tebu pula dapat dilihat apabila sebanyak 11 buah ladang tebu telah dibuka dan kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina sementara kilang-kilang gula telah dibuka dan diusahakan oleh pemodal-pemodal Eropah. Kemasukan imigran Cina khususnya ke Malaysia mendorong penambahan buruh dan pengeluaran hasil dapat ditingkatkan. Hal ini menyebabkan sistem kangcu diperkenalkan pada tahun 1844 supaya tidak berlaku huru hara seperti di Perak dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

18

Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 190.

3.0 Kesimpulan Kesimpulan Perjanjian Inggeris Belanda memberi impak yang cukup besar dan bermakna terhadap perkembangan kuasa politik dan ekonomi Malaysia. Perkembangan kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk mengusai kepentingan ekonomi dan politik di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh kolonialisme kerana perjanjian ini dimeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Selain itu, dua kuasa berpakat membahagikan pengaruh masing-masing di Malaysia dan tiada lagi unsur persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan Indonesia.

10

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Abdullah Zakaria, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah Melayu, 1600-1900-Satu Kajian Awal, 1984/85 D.G.E. Hall, A History Of South-East Asia(Fourth Edition), London: the Macmillan Press Ltd, 1981. Graham Irwin, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, 1986. Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978. Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1984. Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002. Tan Ding Eing, Oxford Progressive History: A Potrait of Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975.

11

Anda mungkin juga menyukai