Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di
Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan
pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi
secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah
yang efektif.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan


ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi
guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep
Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk
membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama
Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih
guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat
melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed),
terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Namun begitu, pemerhatian yang dijalankan ke atas aktiviti P&P di dua buah Sekolah
Bestari di Kota Kinabalu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan ..... dan Sekolah Menengah
Kebangsaan ..... mendapati bahawa masih terdapat dalam kalangan guru yang masih tidak
menggunakan ICT dalam aktiviti P&P mereka. Perkara ini dilihat bertentangan dengan
konsep pelaksanaan Sekolah Bestari di mana setiap aktiviti P&P di dalam kelas seharusnya
dilaksanakan dengan menggunakan peralatan dan kemudahan ICT. Oleh itu, seramai 20

1
orang guru di kedua-dua sekolah berkenaan telah dipilih untuk dikaji dan dianalisis untuk
melihat kefahaman mereka terhadap konsep pelaksanaan Sekolah Bestari yang meliputi
banyak aspek seperti mana yang akan dinyatakan kemudian.

2.0 Objektif Kajian


Pembestarian sekolah dibuat untuk memperkasa dan meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan aktiviti P&P di dalam kelas dengan menggalakkan dan mendorong guru untuk
menggunakan kemudahan ICT seperti komputer dan perisian komputer dalam aktiviti
P&P. Oleh itu, pelaksanaan kajian ini adalah untuk mencapai beberapa objektif seperti
mana yang berikut:-
i) Mengenal pasti kefahaman dalam kalangan guru di Sekolah Bestari berkenaan
konsep pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cara pelaksanaan, kerjasama yang
wujud dan sebagainya.
ii) Mengenal pasti kefahaman dalam kalangan guru di Sekolah Bestari berkenaan
dengan objektif, peranan dan fungsi pembestarian sekolah yang ingin dicapai pada
masa akan datang.
iii) Mengenal pasti kefahaman dalam kalangan guru di Sekolah Bestari berkenaan
dengan pedagogi pengajaran yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru di Sekolah
Bestari untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti P&P.
iv) Mengenal pasti kefahaman dalam kalangan guru di Sekolah Bestari berkenaan
dengan kemahiran yang perlu dikuasai dan ditingkatkan dalam kalangan guru
untuk memastikan objektif dan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari akan dapat
dicapai dengan lebih realistik.
v) Mengenal pasti harapan dalam kalangan guru di Sekolah Bestari kesan daripada
pengenalan dan pelaksanaan ICT ke atas aktiviti P&P di Sekolah Bestari.

Kesemua lima objektif yang dinyatakan di atas akan dikaji berdasarkan kepada dua buah
Sekolah Bestari yang dipilih dan hanya dihadkan kepada pengetahuan dan kefahaman
dalam kalangan 20 orang guru yang terpilih. Dalam mencapai objektif kajian ini, maka
kesemua 20 orang guru ini diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi lima

2
bahagian dan terdiri daripada beberapa item soalan yang perlu dijawab pada setiap
bahagian. Borang soal selidik ini dilampirkan dalam lampiran kajian.

3.0 Definisi Konsep Kajian


Sebelum melihat kepada keputusan analisis kaji selidik yang dijalankan ke atas kesemua
20 orang guru, terdapat beberapa konsep yang perlu difahami agar memudahkan
kefahaman terhadap kesemua dapatan kajian. Antara konsep kajian yang perlu difahami
ialah:-

 Konsep Sekolah Bestari


Seperti mana yang telah dijelaskan dan dihuraikan di atas, Sekolah Bestari adalah
satu sistem pendidikan yang memerlukan guru menggunakan elemen-elemen ICT
dalam aktiviti P&P. Pengenalan Sekolah Bestari ini adalah sebagai salah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasa dan mendemokrasikan sistem
pendidikan negara agar selari dengan keperluan dan tuntutan teknologi semasa.
Dalam pada itu, pembestarian sekolah seperti ini juga akan dapat memastikan
pedagogi pengajaran secara tradisional dapat ditukar kepada satu pedagogi
pengajaran yang lebih baik dan berkesan khususnya dalam membantu pelajar
memahami suatu topik pengajaran. Selain itu, pembestarian sekolah juga tidak
hanya meningkatkan kemahiran pelajar dalam berfikir secara kreatif dan kritis.
Sebaliknya, turut meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan dan
mengendalikan peralatan ICT yang juga penting untuk dikuasai bagi manfaat pada
masa akan datang.

 Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Konsep kedua yang perlu difahami adalah konsep Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Dalam pelaksanaan aktiviti P&P di Sekolah Bestari, elemen
ICT yang dapat dilihat adalah penggunaan peralatan dan perkakasan yang
digunakan dalam aktiviti P&P. Contohnya seperti komputer, layar putih, projektor
dan perisian pembelajaran seperti perisian Flash, Power Point, Internet dan

3
sebagainya. Kesemua media ICT ini akan digunakan serentak dan memerlukan
pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan kemudahan ini. Sekiranya
guru gagal untuk memahami dan mengendalikan peralatan ICT ini, maka objektif
pelaksanaan Sekolah Bestari tidak akan dapat dicapai dengan memuaskan.

 Konsep Pedagogi Pengajaran


Pedagogi pengajaran adalah pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti P&P. Namun begitu, pedagogi
pengajaran yang dipraktikkan di Sekolah Bestari adalah berbeza dengan pedagogi
pengajaran yang diamalkan di sekolah lain yang tidak berstatus bestari. Contohnya
seperti pendekatan koperatif, kolaboratif, mediatif, kontekstual dan sebagainya
yang merupakan antara pedagogi pengajaran yang digunakan oleh guru di Sekolah
Bestari dan jarang digunakan di sekolah lain. Ini bermakna bahawa pedagogi
pengajaran yang dipraktikkan di Sekolah Bestari perlu difahami sepenuhnya oleh
guru untuk mewujudkan suasana P&P yang lebih menyeronokkan.

 Konsep Kemahiran
Konsep lain yang perlu difahami dalam kajian ini adalah kemahiran. Di Sekolah
Bestari, terdapat beberapa kemahiran khusus yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh
guru agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Salah satu
daripadanya adalah kemahiran dalam menggunakan peralatan ICT seperti
komputer dan perisian komputer. Kemahiran seperti ini penting dalam memastikan
guru dapat menggunakannya untuk membina bahan pengajaran yang lebih kreatif.
Begitu juga dengan kemahiran mentaksir yang mana perlu dikuasai oleh guru agar
pencapaian semasa pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih awal. Ini juga akan
memudahkan guru menilai perkembangan yang ditunjukkan oleh pelajar dari
semasa ke semasa.

Oleh itu, kesemua empat konsep yang dinyatakan di atas adalah antara konsep yang perlu
difahami dan banyak dibincangkan dalam penulisan kajian ini.

4
4.0 Hasil Penyelidikan
Setelah meneliti beberapa konsep yang perlu difahami seperti mana yang telah dinyatakan
di atas, aspek berikutnya adalah meneliti hasil kajian atau penyelidikan yang diperolehi
daripada borang soal selidik yang disediakan. Kesemua hasil penyelidikan ini adalah
seperti mana yang dibincangkan di bawah.

4.1 Kefahaman Tentang Konsep Sekolah Bestari


Kefahaman guru terhadap konsep Sekolah Bestari dari aspek pelaksanaan, pentaksiran
dan sebagainya perlu berada pada tahap yang maksimum. Ini perlu dan penting agar
setiap aktiviti P&P yang dijalankan dapat membantu mencapai objektif dan matlamat
pelaksanaan Sekolah Bestari.

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Aktiviti P&P di Sekolah Bestari mengutamakan 20 0 0
penggunaan peralatan dan perkakasan ICT
seperti komputer, internet, perisian komputer
dan sebagainya
2 Pentaksiran pelajar dilakukan setiap masa sama 20 0 0
ada semasa atau selepas pelaksanaan aktiviti
P&P di dalam kelas
3 Pembestarian sekolah memerlukan penglibatan 7 6 7
ibu bapa secara tidak langsung dalam
membantu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT pelajar
4 Pembestarian sekolah adalah untuk 12 2 6
mendemokrasikan sistem pendidikan
kebangsaan
5 Pembestarian sekolah dibuat selari dengan 20 0 0
perkembangan teknologi semasa

Jadual 1 : Hasil Penyelidikan Terhadap Kefahaman Guru Terhadap Konsep Sekolah


Bestari

5
Hasil keputusan analisis yang telah dijalankan seperti mana yang dapat dilihat dalam
jadual 1, dapat dilihat bahawa kesemua 20 orang guru yang dikaji memahami dengan
jelas konsep pelaksanaan aktiviti &P di Sekolah Bestari yang mengutamakan
penggunaan peralatan dan perkakasan ICT seperti komputer, internet, perisian komputer
dan sebagainya. Dalam pada itu, kesemua 20 orang guru ini juga turut menyatakan
persetujuan mereka bahawa pentaksiran pelajar dilakukan setiap masa sama ada semasa
atau selepas pelaksanaan aktiviti P&P di dalam kelas. Selain itu, pembestarian sekolah
juga dibuat selari dengan perkembangan teknologi semasa. Ini bermakna bahawa
kesemua 20 orang guru ini memahami dengan jelas akan konses asas pembestarian
sekolah.

Namun begitu, hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa hanya 7 orang guru
yang menyatakan persetujuan mereka bahawa pembestarian sekolah memerlukan
penglibatan ibu bapa secara tidak langsung dalam membantu meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran ICT pelajar dan 6 orang guru tidak bersetuju dengan aspek kajian ini.
Dalam pada itu, seramaai 12 orang guru juga menyatakan persetujuan mereka bahawa
pembestarian sekolah adalah untuk mendemokrasikan sistem pendidikan kebangsaan dan
6 orang guru tidak pasti akan perkara ini.

4.2 Objektif, Peranan dan Fungsi Sekolah Bestari


Bahagian kajian berikutnya adalah meneliti kefahaman guru terhadap objektif, peranan
dan fungsi penubuhan Sekolah Bestari. Kefahaman guru terhadap objektif pembestarian
sekolah penting ditingkatkan agar setiap aktiviti P&P yang dijalankan di dalam kelas
berteraskan kepada objektif pembestarian sekolah. Daripada keputusan analisis yang
dinyatakan dalam jadual 2, kesemua 20 orang guru yang dikaji dilihat memahami dengan
jelas akan objektif, peranan dan fungsi pembestarian sekolah. Contohnya, kesemua 20
orang guru ini bersetuju bahawa pembestarian sekolah bertujuan untuk membentuk
pelajar yang celik teknologi maklumat dan celik komputer. Dalam pada itu, kesemua
mereka juga menyatakan persetujuan bahawa pembestarian sekolah berperanan untuk
membentuk pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

6
Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pembestarian sekolah bertujuan untuk 20 0 0
membentuk pelajar yang celik teknologi
maklumat dan celik komputer
2 Pembestarian sekolah berperanan untuk 20 0 0
membentuk pelajar yang seimbang dari aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek
3 Pembestarian sekolah berperanan untuk 20 0 0
mewujudkan meningkatkan suasana P&P yang
lebih kondusif menerusi penggunaan peralatan
dan perkakasan ICT
4 Pembestarian sekolah adalah untuk memberi 20 0 0
peluang kepada pelajar meningkatkan
kemahiran kendiri mereka
5 Pembestarian sekolah adalah untuk membentuk 20 0 0
nilai murni dalam kalangan pelajar

Jadual 2 : Hasil Penyelidikan Terhadap Kefahaman Guru Terhadap Objektif, Peranan


dan Fungsi Sekolah Bestari

Selain itu, dapatan analisis yang diperolehi juga menunjukkan bahawa kesemua 20 orang
guru yang dikaji bersetuju bahawa pembestarian sekolah berperanan untuk mewujudkan
meningkatkan suasana P&P yang lebih kondusif menerusi penggunaan peralatan dan
perkakasan ICT dan untuk memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kemahiran
kendiri mereka. Dalam masa yang sama juga, mereka juga turut menyatkan bahawa
pembestarian sekolah adalah untuk membentuk nilai murni dalam kalangan pelajar. Ini
bermakna bahawa kesemua 20 orang yang dikaji memahami dengan jelas akan objektif,
peranan dan fungsi pembestarian sekolah.

4.3 Pedagogi Di Sekolah Bestari


Bahagian ketiga yang dianalisia adalah berkenaan dengan pengetahuan dan kefahaman
guru terhadap pedagogi pengajaran yang perlu dilaksanakan oleh guru di Sekolah

7
Bestari. Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari terdiri daripada beberapa jenis seperti
strategi konstruktivisme, kontekstual, koperatif, kolaboratif dan sebagainya. Oleh itu,
jadual 3 di bawah menunjukkan keputusan analisis berkenaan dengan pengetahuan
pedagogi guru di Sekolah Bestari:-

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari berbeza 13 2 5
dengan pedagogi pengajaran di sekolah lain
yang tidak berstatus bestari
2 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari terdiri 18 0 2
daripada strategi kontekstual, konstruktivisme,
koperatif dan sebagainya
3 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari 20 0 0
memerlukan guru bertindak sebagai pemudah
cara dan pelajar menjadi pemain utama dalam
aktiviti P&P
4 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari mampu 20 0 0
mewujudkan persekitaran P&P yang lebih
kondusif dan berkesan

Jadual 3 : Hasil Penyelidikan Terhadap Kefahaman Guru Terhadap Pedagogi Pengajaran


Sekolah Bestari

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dinyatkan dalam jadual 3 di atas, dapat dilihat
bahawa hanya 13 orang guru sahaja yang bersetuju bahawa pedagogi pengajaran di
Sekolah Bestari berbeza dengan pedagogi pengajaran di sekolah lain yang tidak berstatus
bestari dan seramai 5 orang guru yang masih tidak pasti dengan perkara ini. Dalam pada
itu, seramai 18 orang guru juga bersetuju bahawa pedagogi pengajaran di Sekolah
Bestari terdiri daripada strategi kontekstual, konstruktivisme, koperatif dan sebagainya
yang mana mampu meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P yang dijalankan.
Sementara itu, kesemua 20 orang guru yang dikaji juga menyatakan bahawa pedagogi
pengajaran di Sekolah Bestari memerlukan guru bertindak sebagai pemudah cara dan
pelajar menjadi pemain utama dalam aktiviti P&P dan mampu mewujudkan persekitaran

8
P&P yang lebih kondusif dan berkesan. Ini bermakna bahawa hanya 80% guru sahaj
yang dilihat memahami dengan jelas pedagogi pengajaran yang digunakan di Sekolah
Bestari.

4.4 Keperluan Kemahiran Di Sekolah Bestari


Bahagian keempat yang dianalisis adalah berkenaan keperluan kemahiran yang
seharusnya dimiliki oleh guru dalam memastikan aktiviti P&P dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan dan memuaskan seperti mana hasil penyelidikan yang dinyatakan
dalam jadual 4 di bawah:-

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Guru perlu berkemahiran dalam menggunakan 20 0 0
pelbagai peralatan dan perkakasan ICT seperti
komputer, perisian komputer, internet dan
sebagainya
2 Guru perlu berkemahiran menggunakan 9 11 0
pelbagai perisian komputer untuk membina
bahan pengajaran yang interaktif
3 Guru perlu berkemahiran dalam mentaksir dan 20 0 0
menilai perkembangan yang ditunjukkan oleh
pelajar dalam setiap aktiviti P&P
4 Guru perlu berkemahiran dalam merangsang 20 0 0
pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka
dalam aktiviti P&P

Jadual 4 : Hasil Penyelidikan Terhadap Kefahaman Guru Terhadap Keperluan


Kemahiran Di Sekolah Bestari

Hasil keputusan analisis yang dinyatakan dalam jadual 4 di atas menunjukkan bahawa
kesemua 20 orang guru yang dikaji menyatakan persetujuan mereka bahawa guru perlu
berkemahiran dalam menggunakan pelbagai peralatan dan perkakasan ICT seperti
komputer, perisian komputer, internet dan sebagainya dan perlu berkemahiran dalam

9
mentaksir dan menilai perkembangan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam setiap aktiviti
P&P. Sementara itu, hasil penyelidikan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa
kesemua 20 orang guru ini juga bersetuju bahawa guru perlu berkemahiran dalam
merangsang pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti P&P. Namun
begitu, hanya 9 orang guru sahaja yang menyatakan persetujuan mereka bahawa setiap
guru di Sekolah Bestari perlu berkemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer
untuk membina bahan pengajaran yang interaktif dan 11 orang guru yang lain tidak
bersetuju dengan aspek kajian ini. Ini bermakna bahawa 11 orang guru ini dilihat lebih
cenderung untuk menggunakan bahan interaktif P&P yang disediakan oleh KPM dan
kurang bersungguh-sungguh dalam membina bahan pengajaran yang dapat digunakan
untuk melaksanakan aktiviti P&P.

4.5 Harapan Terhadap Hasilan Guna Tenaga


Bahagian kelima yang dikaji adalah berkenaan dengan harapan guru terhadap
pembestarian sekolah yang melibatkan kepada lima harapan yang utama seperti mana
yang ditunjukkan dalam jadual 5. Daripada keputusan analisis yang dinyatakan dalam
jadual 5 tersebut, kesemua 20 orang guru yang dikaji menyatakan persetujuan mereka
bahawa pembestarian sekolah diharapkan mampu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT guru dan pelajar dan mereka juga berharap agar pembestarian sekolah
diharapkan mampu memudahkan pemahaman pelajar terhadap suatu topik pengajaran.

Selain itu, keputusan analisis yang dapat dilihat dalam jadual 5 juga menunjukkan
bahawa kesemua 20 orang guru yang dikaji menyatakan persetujuan mereka bahawa
pembestarian sekolah diharapkan mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam
aktiviti P&P dan mampu meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar untuk
meningkatkan pencapaian akademik. Dalam masa yang sama juga, kesemua 20 orang
guru yang dikaji juga turut menyatakan persetujuan mereka bahawa pembestarian
sekolah diharapkan mampu meningkatkan keseronokan pelajar dalam menjalankan
aktiviti P&P.

10
Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pembestarian sekolah diharapkan mampu 20 0 0
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
guru dan pelajar
2 Pembestarian sekolah diharapkan mampu 20 0 0
memudahkan pemahaman pelajar terhadap
suatu topik pengajaran
3 Pembestarian sekolah diharapkan mampu 20 0 0
meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
P&P
4 Pembestarian sekolah diharapkan mampu 20 0 0
meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar
untuk meningkatkan pencapaian akademik
5 Pembestarian sekolah diharapkan mampu 20 0 0
meningkatkan keseronokan pelajar dalam
menjalankan aktiviti P&P

Jadual 5 : Hasil Penyelidikan Terhadap Harapan Guru Terhadap Pelaksanaan Sekolah


Bestari

Daripada hasil penyelidikan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua 20
orang guru yang dikaji mengharapkan pembestarian sekolah mampu memberikan kesan
yang positif ke atas keberkesanan aktiviti P&P yang dijalankan khususnya dalam
membentuk dan melahirkan pelajar yang lebih berjaya dan cemerlang.

4.6 Cadangan
Hasil kajian yang telah dinyatakan dan dibincangkan di atas menunjukkan bahawa
hampir kesemua guru yang dikaji dilihat memiliki kefahaman yang jelas akan konsep
pelaksanaan pembestarian sekolah khususnya yang berkaitan dengan cara pelaksanaan,
pedagogi pengajaran yang digunakan dan keperluan kemahiran yang diperlukan untuk
meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P yang dijalankan. Namun begitu, masih terdapat
dalam kalangan guru yang dikaji yang masih tidak memahami dengan jelas beberapa

11
aspek yang dikaitkan dengan pembestarian sekolah. Untuk mengatasi masalah seperti
ini, maka terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan. Antaranya ialah:-
 Pihak pengurusan sekolah perlu membantu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT guru seperti kemahiran dalam menggunakan perisian komputer
untuk membina bahan pengajaran yang bercirikan interaktif multimedia. Perkara
ini boleh dilakukan dengan menghantar guru ke bengkel ICT yang mana akan
mendedahkan guru dengan pelbagai pengetahuan dalam membina bahan
pengajaran dengan menggunakan perisian ICT. Dengan demikian, maka guru akan
lebih mudah untuk membina bahan pengajaran yang bercorak ICT dengan lebih
kerap.
 Pihak pengurusan sekolah juga perlu menyediakan dokumen yang dapat
mendedahkan guru dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan konsep
pelaksanaan aktiviti P&P di Sekolah Bestari. Dokumen yang berkaitan boleh
diletakkan di dalam pejabat sekolah ataupun diletakkan di dinding bilik guru agar
dapat dirujuk selalu oleh guru. Dengan demikian, maka aktiviti guru akan sentiasa
mengingat pelbagai aspek yang berkaitan dengan Sekolah Bestari khususnya yang
berkaitan dengan objektif dan matlamat yang ingin dicapai dalam pembestarian
sekolah.
 Guru juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dan
tidak mengharapkan sepenuhnya daripada pihak KPM mahupun sekolah untuk
mencapai objektif ini. Perkara ini boleh dilakukan dengan mempelajari beberapa
bentuk kemahiran khususnya yang berkaitan dengan kemahiran ICT. Dengan
demikian, maka guru akan lebih bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti
P&P di dalam kelas.

Oleh yang demikian, kesemua tiga cadangan yang dinyatakan di atas adalah antara
tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman guru
terhadap konsep pembestarian sekolah akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
memuaskan.

12
5.0 Kesimpulan
Setiap guru perlu peka terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengan Sekolah Bestari
seperti objektif penubuhan, peranan dan fungsi pelaksanaan, pedagogi pengajaran,
keperluan kemahiran dan pelbagai aspek lain. Perkara ini perlu dan penting untuk
memastikan guru sentiasa membuat persediaan yang rapi dalam memastikan setiap aktiviti
P&P yang dijalankan mampu untuk menepati objektif Sekolah Bestari yang telah
ditetapkan. Dengan demikian juga, maka usaha untuk meningkatkan peranan pembestarian
sekolah akan dapat direalisasikan dengan lebih realistik dan memuaskan.

Jumlah : 2,996 Perkataan

13
Rujukan
Abd. Aziz Abd. Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Berhad

Bahagian Pendidikan Guru, (2005). Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari. Kementerian


Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

Bahagian Pendidikan Guru, (2004). The Malaysian Smart School An MSC Flagship.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

Bahagian Teknologi Pendidikan, (2004). Panduan Pembestarian Sekolah, Kementerian


Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

Perkins, David, (1992). Smart School, Better Thinking and Learning for Every Child (Force
Press)

Shahabuddin Hashim, et. al. (2003), Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan
Berkesan. PTS Publication & Distributors

14
Lampiran

BORANG SOAL SELIDIK

Opsyen : ______________________________________________

Sekolah : ______________________________________________

Jantina : ______________________________________________

Bil. Tahun Di Sekolah Bestari : ________________________________

ARAHAN : Borang soal selidik ini mengandungi 5 bahagian utama dan anda dikehendaki
untuk menjawab kesemua soalan yang terdapat dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A : KONSEP SEKOLAH BESTARI

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Aktiviti P&P di Sekolah Bestari mengutamakan
penggunaan peralatan dan perkakasan ICT seperti
komputer, internet, perisian komputer dan
sebagainya
2 Pentaksiran pelajar dilakukan setiap masa sama
ada semasa atau selepas pelaksanaan aktiviti P&P
di dalam kelas
3 Pembestarian sekolah memerlukan penglibatan
ibu bapa secara tidak langsung dalam membantu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
pelajar
4 Pembestarian sekolah adalah untuk
mendemokrasikan sistem pendidikan kebangsaan
5 Pembestarian sekolah dibuat selari dengan
perkembangan teknologi semasa

15
BAHAGIAN B : OBJEKTIF, PERANAN DAN FUNGSI SEKOLAH BESTARI

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pembestarian sekolah bertujuan untuk
membentuk pelajar yang celik teknologi
maklumat dan celik komputer
2 Pembestarian sekolah berperanan untuk
membentuk pelajar yang seimbang dari aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek
3 Pembestarian sekolah berperanan untuk
mewujudkan meningkatkan suasana P&P yang
lebih kondusif menerusi penggunaan peralatan
dan perkakasan ICT
4 Pembestarian sekolah adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar meningkatkan kemahiran
kendiri mereka
5 Pembestarian sekolah adalah untuk membentuk
nilai murni dalam kalangan pelajar

BAHAGIAN C : PEDAGOGI PENGAJARAN

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari berbeza
dengan pedagogi pengajaran di sekolah lain yang
tidak berstatus bestari
2 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari terdiri
daripada strategi kontekstual, konstruktivisme,
koperatif dan sebagainya
3 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari
memerlukan guru bertindak sebagai pemudah
cara dan pelajar menjadi pemain utama dalam
aktiviti P&P
4 Pedagogi pengajaran di Sekolah Bestari mampu
mewujudkan persekitaran P&P yang lebih
kondusif dan berkesan

16
BAHAGIAN D : KEPERLUAN KEMAHIRAN

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Guru perlu berkemahiran dalam menggunakan
pelbagai peralatan dan perkakasan ICT seperti
komputer, perisian komputer, internet dan
sebagainya
2 Guru perlu berkemahiran menggunakan pelbagai
perisian komputer untuk membina bahan
pengajaran yang interaktif
3 Guru perlu berkemahiran dalam mentaksir dan
menilai perkembangan yang ditunjukkan oleh
pelajar dalam setiap aktiviti P&P
4 Guru perlu berkemahiran dalam merangsang
pelajar untuk meningkatkan penglibatan mereka
dalam aktiviti P&P

BAHAGIAN E : HARAPAN GURU

Tidak Tidak
Bil Perkara Setuju Setuju Pasti
1 Pembestarian sekolah diharapkan mampu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
guru dan pelajar
2 Pembestarian sekolah diharapkan mampu
memudahkan pemahaman pelajar terhadap suatu
topik pengajaran
3 Pembestarian sekolah diharapkan mampu
meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
P&P
4 Pembestarian sekolah diharapkan mampu
meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar
untuk meningkatkan pencapaian akademik
5 Pembestarian sekolah diharapkan mampu
meningkatkan keseronokan pelajar dalam
menjalankan aktiviti P&P

17

Anda mungkin juga menyukai