Anda di halaman 1dari 4

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬

ِ ‫ِبسْ ِم‬

‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬


َ ‫السالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َّ ‫ َو‬  َ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْين‬
َ ‫ َو‬ ,  َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫اب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬ ْ ‫َوَأ‬
ِ ‫ص َح‬

Allahumma Ya Rahman Ya Rahiim,


Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak terhingga kepada kami.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,


Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan
iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak2 kami di seluruh Kulim Bandar Baharu supaya berbudi dan berjasa
kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras.

Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami di PPDKBB.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara
bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang  beriman  serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ) َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
TAZKIRAH : UJUB
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.
Itulah UJUB. Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT.
Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
_________________________________________
Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah yang dikurniakan
kepada manusia.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri
sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai
mengimani solat beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku
ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada
Allah, bukan diri sendiri.
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju
yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian
dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka
bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”

(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)


Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu
kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri
sendiri).”
Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang
dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus
amalnya". (Syarh Arba’in)

Cara Mengatasi Perasaan 'Ujub

Antara cara mengatasi perasaan ujub ialah:

1. Menyedari bahawa amal soleh yang kita lakukan hanyalah kerana pertolongan,
taufik dan kurniaan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

‫َو َما ِب ُكم مِّن ِّنعْ َم ٍة َفم َِن اللَّـ ِه‬


Maksudnya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah.

Surah al-Nahl (53)

2. Sedar bahawa ujub boleh membinasakan amalan yang kita lakukan.


Daripada Anas bin Malik R.A, katanya, sabda Rasulullah SAW:

‫ُطا ٌع َو َه ًوى ُم َّت َب ٌع َوِإعْ َجابُ ْال َمرْ ِء ِب َن ْفسِ ِه‬


َ ‫ش ٌّح م‬
ُ ‫ات‬ ٌ ‫َثاَل‬
ٌ ‫ث ُم ْهلِ َك‬
Maksudnya: Tiga perkara yang membinasakan: Orang yang kedekut ditaati, hawa
nafsu yang diikuti dan seseorang itu merasa kagum pada dirinya.
3. Mengingati bahawa walaupun kita hebat, maka di sana ada yang lebih hebat.
Kami nukilkan sebuah kisah sejarah ulama’ silam yang bernama al-Sya’bi[1].
Suatu hari beliau ditanya tentang suatu masalah, lantas dijawabnya: “Aku tidak
tahu.” Seorang yang lain bertanya kepadanya: “Apakah tuan tidak merasa malu
berkata ‘aku tidak tahu’, walhal tuan adalah seorang ulama besar di Iraq?” Jawab
al-Sya’bi: “Para malaikat juga tidak merasa malu ketika mereka berkata
sepertimana firman Allah SWT:

َ ‫ك َأ‬
‫نت ْال َعلِي ُم ْال َحكِي ُم‬ َ ‫ك اَل عِ ْل َم َل َنا ِإاَّل َما َعلَّمْ َت َنا ۖ ِإ َّن‬
َ ‫َقالُوا ُسب َْحا َن‬
Maksudnya: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(Surah al-Baqarah: 32)

4. Mengetahui dan meyakini bahawa kurniaan ilmu kepada kita amatlah sedikit.
Dengan sebab itu, benarlah firman Allah SWT:

‫َو َما ُأوتِي ُتم م َِّن ْالع ِْلم ِإاَّل َقلِياًل‬


ِ
Maksudnya: dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Surah al-Isra’ (85)

Oleh itu wahai diri yang sedang bercakap dan para sahabat sekalian, marilah kita didik
hati kita agar terhidar dengan rasa ujub ini. Sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa
– semua yang ada pada kita baik kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sebagainya
adalah sementara sahaja.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat ujub serta menjadikan kita daripada
golongan yang ikhlas. Amin. 

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai