Anda di halaman 1dari 4

Hidayah Anugerah Allah

Bila seorang bertanya tentang anugerah Allah yang terindah, maka hidayahlah
jawabannya. Kita boleh shalat kerana hidayah dari Allah. Kita boleh puasa
kerana hidayah dari Allah. Kita boleh menuntut ilmu kerana hidayah dari Allah,
dan seterusnya. Kita boleh hidup bersama Allah kerana hidayah-Nya.
Merasakan manisnya iman dan indahnya islam juga kerana hidayah-Nya.

Sebanyak tujuh belas kali dalam sehari, di setiap raka’at shalat kita, kita
memohon petunjukNya.

َ ‫ط ْال ُم ْستَ ِق‬


‫يم‬ َ ‫الص َرا‬
ِ ‫ا ْه ِدنَا‬
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (QS. Al-Fatihah: 6)
Dalam sebuah hadis qudsi Allah Ta’ala berfirman,

‫ضا ٌّل ِإالَّ َم ْن َهدَ ْيتُهُ فَا ْستَ ْهدُونِى أَ ْه ِد ُك ْم‬


َ ‫يَا ِعبَادِى ُكلُّ ُك ْم‬
“Wahai sekalian hamba-Ku, kalian semua berada dalam kesesatan kecuali yang
Kuberi petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku, niscaya akan Kuberi
petunjuk.” (HR. Muslim no. 6737)
Allah Ta’ala memerintahkan kita untuk meminta petunjuk-Nya, kerana hanya
Allah saja yang boleh membuka hati kita, menjadikan hati tunduk dan ridho
terhadap kebenaran. Allah Ta’ala berfirman,

‫ور ِم ْن َر ِب ِه ۚ فَ َو ْي ٌل ِل ْلقَا ِس َي ِة قُلُوبُ ُه ْم‬


ٍ ُ‫علَ ٰى ن‬ ِ ْ ‫صد َْرهُ ِل‬
َ ‫ْلس ََْل ِم فَ ُه َو‬ َّ ‫أَفَ َم ْن ش ََر َح‬
َ ُ‫َّللا‬
ٍ ‫ض ََل ٍل ُم ِب‬
‫ين‬ َ ‫َّللا ۚ أُو ٰلَئِكَ فِي‬
ِ َّ ‫ِم ْن ِذ ْك ِر‬
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima)
agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang
yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang
telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan
yang nyata.” (QS. Az-Zumar: 23)

1
Sadarilah kawan bahawa hidayah adalah anugerah Allah yang teragung dan
terindah. Bila kita diperintahkan untuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah, maka
nikmat hidayah adalah yang paling harus kita syukuri. Syukur dengan ucapan,
perbuatan dan pengakuan bahawa nikmat itu datang dari Allah.

Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam adalah manusia paling mulia, imamnya


para Nabi dan Rasul. Namun bagaimana Allah ta’ala berfirman tentang beliau
shallallahu’alaihiwasallam?!

“Wahai Muhammad, sungguh orang-orang kafir nyaris dapat membelokkan


kamu dari agama yang telah Kami wahyukan kepadamu. Mereka berupaya agar
kamu melakukan kebohongan atas nama Kami dengan cara merekayasa ayat
yang tidak diwahyukan kepadamu. Bila kamu mau berbuat demikian, mereka
akan menjadikan kamu sebagai teman dekat.

Wahai Muhammad, sekiranya Kami tidak meneguhkan hatimu (di atas


hidayah), sungguh kamu nyaris condong sedikit kepada mereka.” (QS. Al-Isra’:
73-74)

Imam Asy-Suyuti rahimahullah menjelaskan dalam tafsirnya, mengenai sebab


turunnya ayat ini. Beliau menukil riwayat dari Ibnu Abbas
radhiyallahu’anhuma,
‫ خرج أمية بن خلف وأبو جهل بن هشام ورجال من‬:‫عن ابن عباس قال‬
‫ يا محمد تعالى فاستلم‬:‫ فأتوا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فقالوا‬،‫قريش‬
‫ وكان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يشتد‬،‫آلهتنا وندخل معك في دينك‬
: ‫ فأنزل هللا‬،‫عليه فراق قومه ويحب إسَلمهم فرق لهم‬

ً ‫غي َْرهُ َوإِذا‬


َ ‫علَ ْينَا‬ َ ‫ي‬ َ ‫ع ِن الَّذِي أَ ْو َح ْينَا إِلَيْكَ ِلت ْفت َِر‬ َ َ‫﴿ َوإِن َكادُواْ لَيَ ْفتِنُونَك‬
74﴿ ً‫شيْئا ً قَ ِليَل‬ َّ ‫ ﴾ َولَ ْوالَ أَن ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ ِك‬73﴿ ً‫الَّتَ َخذُوكَ َخ ِليَل‬
َ ‫دت ت َْر َك ُن ِإلَ ْي ِه ْم‬
ً ‫َصيرا‬ َ َ‫ت ث ُ َّم الَ ت َِجدُ لَك‬
ِ ‫علَ ْينَا ن‬ ِ ‫ف ْال َم َما‬ َ ‫ض ْع‬ ِ ‫ف ْال َح َياةِ َو‬
َ ‫ض ْع‬ِ َ‫﴾ ِإذا ً ََّّلَذَ ْقنَاك‬
2
‫] قلت وهذا أصح ما ورد في سبب نزولها وهو إسناد‬75-73:‫﴾[اإلسراء‬
‫جيد وله شاهد‬
Ibnu Abbas berkata,” Umayah bin Kholaf, Abu Jahl serta beberapan orang
Quraisy pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu mereka
berkata,” Wahai Muhammad kemari sembahlah tuhan kami, niscaya kami akan
masuk ke agamamu bersamamu.”

Berat terasa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berpisah dengan
kaumnya, beliau amat menginginkan keislaman mereka. (Di saat beliau berada
dalam dilema) Allah menurunkan ayat,

“Sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami
wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap
Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat
yang setia. Kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, (di atas hidayah), niscaya
kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka.” (QS. Al-Isra’: 73-74)

Asy-Suyuti melanjutkan, ” Saya berpendapat bahawa riwayat ini adalah riwayat


paling shahih yang menceritakan tentang sebab turunnya ayat ini. Sanadnya
jayyid dan ada syahidnya (ada sanad lain yang menguatkan sanad ini).” (Lubab
At-Taquul fi Asbaabi An-Nuzul, 183)

Syaikh Muhammad Amin Asy-Syiqinti menambahkan,

‫بين جل وعَل في هذه اآلية الكريمة تثبيته لنبيه صلى هللا عليه‬
‫وعصمته له من الركون إلى الكفار‬،‫وسلم‬
“Allah jalla wa ‘ala dalam ayat ini menjelaskan akan pengokohanNya kepada
Nabi shallallahu’alaihiwasallam dan penjagaan yang diberikan kepadanya dari
kecondongan kepada orang-orang kafir.” (Adhwa-u Al-Bayan 3/178)

Kawan..Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah imamnya para


Nabi, manusia paling mulia. Lihatlah bagaimana Allah berfirman kepadanya,

َ‫َولَ ْو َال أَ ْن ثَبَّتْنَاك‬


“Sekiranya Kami tidak meneguhkan hatimu (di atas hidayah)”
3
Allah Ta’ala mengingatkan RasulNya bahawa hidayah serta taufik yang
menjadikan hati Rasullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap teguh di atas
kebenaran adalah dari Allah Ta’ala. Apalagi kita manusia biasa yang
berlumuran dosa?! Sungguh hidayah adalah anugerah Allah. Jangan pernah
mengira bahawa hidayah yang kita dapatkan, kerana usaha kita sendiri. Namun
sadarilah bahawa itu semua adalah anugerah Allah Ta’ala.

Maka segala puji bagi Allah atas nikmat hidayah. Anda boleh bayangkan betapa
besar karunia Allah kepada hambaNya, Dialah Allah yang telah menetapkan
syariat dan jenis-jenis ibadah yang mendatangkan pahala. Dia pula yang
memberi pahala atas ibadah yang kita lakukan, bahkan melipatkan pahala
menjadi berlipat ganda. Dia pula yang telah menyiapkan syurga sebagai tempat
kembali untuk hamba-hambaNya yang sholih. Tak cukup itu saja, Dia pulalah
yang memberi taufik serta hidayah untuk melakukan kebaikan dan istiqomah di
atas jalan kebenaran kepada hambaNya. Padahal Allah ta’ala tidak perlukan
kita, tidak perlukan ibadah kita.

ٌ ُ‫َّللا لَغَف‬
‫ور َرحِ ي ٌم‬ ِ َّ َ‫َوإِ ْن تَعُدُّوا نِ ْع َمة‬
ُ ْ‫َّللا َال تُح‬
َ َّ ‫صوهَا ۗ إِ َّن‬

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 16)
___

Anda mungkin juga menyukai