Anda di halaman 1dari 3

Tips Untuk Kenal Hidayah Irsyad & Hidayah Taufiq Dalam Al Quran

Hidayah irsyad͟ maknanya hidayah petunjuk. Maksudnya, jika kita perhatikan


ayat dalam Al Quran sebelum manusia dapat hidayah yang mutlak daripada
Allah (hidayah taufiq) manusia akan ditunjukkan jalan kepada Allah melalui
kitab, para Nabi, para Rasul, para ulama, pendakwah, pemberi peringatan dan
apa-apa saja faktor awal supaya mereka mendapat hidayah Allah. Termasuklah
seekor burung pada suatu masa dahulu atau sebuah artikel di internet hari ini.
Kedua-duanya dikira sebagai hidayah irsyad. Lihatlah bagaimana seekor burung
menjadi faktor seorang permaisuri Balkis di negeri Saba memeluk Islam. Dan
internet pula hari ini menjadi faktor tersebarnya Islam seantero dunia.

Hidayah taufiq pula maknanya hidayah perkenan. Maksudnya apabila kita telah
mendapat panduan daripada faktor hidayah di atas maka Allah akan
perkenankan kita untuk mendapat hidayah taufiq ini. Sebab itulah kita mampu
untuk terus melakukan kebaikan atau kebajikan seperti yang ditunjukkan oleh
utusan Allah atau al-Quran. Hidayah ini adalah hak mutlak Allah. Ia tertakluk
kepada kehendak Allah dan usaha dari hambanya. Tanpa kedua-dua faktor ini,
sesorang tidak akan mendapat hidayah taufiq. Walaupun hidayah irsyad telah
banyak ada padanya.

Kerana itulah, Allah mengajar Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam


yang sedang kesedihan apabila bapa saudara yang dikasihinya Abu Talib
enggan masuk Islam walaupun di saat akhir hayat dalam firmanNya yang
bererti :

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah


petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi
Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat
hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (Al-Qasas 28:56)

1
Hakikatnya, kesemua makhluk Allah sama ada manusia atau jin dibekalkan
hidayah irsyad yang menjadi hujah untuk mereka mengenal Allah. Tiada lagi
hujah untuk mereka yang diazab kelak menafikan kehadiran hidayah ini dalam
hidup mereka. Kerana Allah telahpun membekalkan akal dan hati sebagai alat
untuk menerima kebenaran hidayah Allah. Bahkan Allah sedikan juga rasul dan
kitab sebagai panduan kepada mereka.

Lihat realiti. Contoh mudah, non muslim dibekalkan berbagai medium yang
menceritakan tentang Islam melalui pelbagai cara. Supaya mereka lihat atau
dengar atau tahu tentang Islam lalu menapisnya dengan akal dan hati mereka
sendiri. Kemudian membuat keputusan sama ada untuk menerima hidayah
tersebut atau menolaknya. Ia keputusan dari mereka sendiri bukan paksaan.
Adapun orang Islam, mereka diasuh dan diajar mengenal Nabi & Al-Quran.
Kedua-dua golongan ini mendapat hidayah irsyad. Justeru, tiada lagi alasan lagi
untuk menafikan hidayah ini kerana semua makhluk manusia dan jin mampu
memilikinya dan telahpun mendapatinya.

2 alat hidayah & 2 petunjuk hidayah Jika dua alat proses hidayah (iaitu akal &
hati) dan dua petunjuk kepada hidayah sebenar (iaitu rasul & kitab) ini sampai
kepada manusia dan jin maka tiada lagi hujah untuk mereka tidak beriman
kepada Allah melainkan kedegilan dan kejahilan mereka sendiri. Tegasnya,
Allah tidak akan mengazab seseorang melainkan telah sampai kepadanya
peringatan. Hasilnya, kesemua yang mendapat hidayah ini akan dihukum. Jika
tidak sampai hidayah irsyad ini, maka terlepaslah mereka dari hukuman.

Berbeza dengan hidayah taufiq, hanya mereka yang tertentu dan terpilih sahaja
mendapatinya. Siapakah mereka? Iaitulah mereka yang Allah perkenan dan
bimbing serta mereka yang berusaha untuk dapat hidayah. Justeru, untuk
mendapat hidayah taufiq ia perlukan dua syarat yang asasi.
Iaitu
1) usaha atau kesungguhan dari makhluk dan

2) kehendak dari Allah

2
Kesimpulannya, apa-apa sahaja ayat tentang hidayah yang merujuk kepada
faktor selain Allah dikira ayat hidayah irsyad manakala sebarang ayat tentang
hidayah yang merujuk terus kepada Allah dikira ayat hidayah taufiq.
Hakikatnya semua hidayah itu datangnya dari Allah.

Ingat kata kunci ini :


Dalam 2 jenis hidayah
1) Hidayah Irsyad͟
2) Hidayah Taufiq

terdapat 2 jenis alat penerima hidayah


1) Akal
2) Hati

dan 2 jenis petunjuk hidayah


1) Al Quran
2) Para Nabi/Rasul/Da’i

serta 2 syarat mendapat hidayah


1) usaha atau kesungguhan dari makhluk
2) kehendak dari Allah

Semoga bermanfaat

Anda mungkin juga menyukai