Anda di halaman 1dari 2

AHDIYYAT

Marilah pula kita tinjau pandangan ulamak Tareqat Syattariah mengenai Mertabat Tujuh. Disampaikan
disini pandangan Syeikh Muhamad Gazur –i Ilahi diadalam kitab terkenalnya ANA – AL- HAQ.

KEESAAN – AHDIYYAT

Anda lihat dakwat , huruf hilang, anda lihat huruf dakwat hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.

ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk kesempurnaanNya :-

Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA


Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA

ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui. Diketahui dari kesan 7 SifatNya. SifatNya
berkehendakkan kenyataan mithalnya keupayaan Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan
seterusnya.

Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk bentuk berbeza kerana berbezanya Sifat dan
keadaan Sifat itu.

WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN, tidak dapat dilihat. Yang dilihat ialah kesan
kesannya. Zat tidak diketahui kerana ia GHAIB MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat
ialah TIDAK TAHU.

Peringkat peringkat nyatanaya Zat adalah seperti berikut :-

Pertama – Peringkat dimana Zat tidak menyatakan pada DiriNya digelar GHIBUL GHUYUB.

Kedua- Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya disebut AHDIYYAH atau Sempadan
Pertama atau disebut juga sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Ketiga – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci ( details )
disebut sebagai Sempadan Kedua atau WAHDAH.

Keempat – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci tetapi
CUMA didalam IlmuNya. Ini disebut sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI

Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara terperinci KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM
ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM AJSAM

HU ( Dia ) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan DiriNya.

ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua bentuk bentuk yang ada HAD bergantung.
Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu satu bentuk BayanganNya.

WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syariat berpendapat Zat adalah DAHULU dari WUJUD.

Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah. Wujud benda benda lain adalah dengan Cahaya Zat
Allah. Jika anda lihat diri anda dan benda benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada
Wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.
SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan didunia ialah kesan SIFAT HAYAT ( Hidup ) .
Begitulah dengan 6 Sifat yang lain ( Sifat Maani ) . Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat.
Wujud mengambil bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. . Pengetahuan mengambil bentuk
Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati, Tahu dengan Otak. Dengar dengan
Telinga dan sebagainya.

HAKIKAT benda itu ialah ZAT

Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya ( As-Fusilat :54 ) Meliputi adalah ibarat Air meliputi
ombak, salji & embun.

HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama Allah menunjukkan Zat dengan segala Sifat-
SifatNya.

Allah tiad Sifat Sifat terhad. Tidak ada ghayr ( yang lain ) Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita
sahaja yaitu bila kita memberi sempadan kepada Wujud Mutlak.

ILMU yang meliputi sesuatu bend tertentu. Ianya tidak boleh meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah.
Allah sedar akan DiriNya Yang Tahu dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.

ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala Sifat SifatNya.

ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA dikatakan AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang Terhad dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi DIA.

Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang hakiki.

DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa Sebarang Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya
sekarang saperti DiaNya dahulu juga.

Anda mungkin juga menyukai