Anda di halaman 1dari 11

Perbahasan sifat Nafsiah dan salbiah

Sekelian sifat yang telah disebut ada enam


maka yang pertama sifat Nafsiah (

)iaitu
wujud dan baki lagi lima adalah sifat Salbiah
(

).

Makna sifat Nafsiah ialah sifat yang
menunjukan diri sifat itu sendiri dan tidak
menunjuk yang lain daripada dirinya, sifat
tersebut satu sahaja iaitu wujud (

) yang
menunjukkan ada Zat .

Sifat Salbiah iaitu sifat yang maknanya
menunjuk pada menafi atau menolak perkara
yang tidak layak atau tidak patut bagi ,
sifat ini ada lima selepas daripada wujud.
Dinamakan sifat Salbiah kerana peranan sifat ini
menafi pekara yang tidak layak bagi ,
seperti Qidam menafi ada permulaan bagi
, Baqa menafi ada kesudahan bagi
dan seterusnya pada sifat yang lain.





Tujuh sifat Maani



Kemudian wajib bagi tujuh sifat diberi
nama sifat Maani iaitu Qudrat dan Iradat
bertaluk keduanya pada sekelian mumkinat
(benda yang boleh ada dan boleh tiada); Ilmu
bertaluk pada sekelian pekara yang wajib,
harus dan mustahil; Hayat tiada bertaluk pada
suatu pekara; Sama dan Bashar bertaluk
keduanya pada sekelian yang ada; dan yang
akhir Kalam yakni berkata-kata tanpa
huruf dan suara, bertaluk ia sepertimana taluk
Ilmu yakni taluk pada sekelian yang wajib,
harus dan mustahil.

Makna sifat maani (
) tiap-tiap sifat yang ada,
berdiri ia pada suatu yang ada yang mewajibkan
baginya hukum, seperti Qudrat berdiri ia pada
zat yang mewajibkan baginya Kaunuhu
Qadiran.

Erti taluk melakukan suatu yang lain
daripada zat, misalnya Qudrat ialah satu sifat
yang sabit pada Zat dan ia melakukan
tindakan pada suatu yang lain pula, seperti
menjadikan alam ini.

Sifat yang ketujuh wajib bagi

Qudrat () ertinya berkuasa. Sifat ini
menunjukkan berkuasa pada sedia kala
lagi. berkuasa mengadakan dan meniada
tiap-tiap suatu tampa memerlukan alat dan
bahan adapun kita hendak membuat suatu
memerlukan bahan, seperti kerusi yang
memerlukan kayu, dan lainnya.

Sifat Qudrat bertaluk () pada pekara yang
mumkin (yang harus) secara memberi bekas /
kesan yakni mengadakan suatu atau
meniadakannya dengan sifat QudratNya, maka
Qudrat tidak beretaluk kepada wajib
hakiki (seperti mengadakan Zat ) dan
mustahil hakiki (seperti mengadakan anak
bagiNya )

Erti taalluq


Tuntutan sifat akan pekara yang lebih, diatas
berdiri sifat dengan zat.







Sifat yang kelapan wajib bagi

Iradat () ertinya berkehendak. Setiap
sesuatu yang ada dan berlaku di dalam alam ini
kesemuanya adalah kehendak dan kemahuan
bukan kerana terpaksa, tersala, lalai dan
lainnya. Sifat ini menunjukkan berkehendak
pada sedia kala. Taluk sifat ini sama
dengan taluk sifat Qudrat iaitu bertaluk
dengan segala yang harus, tetapi dalam bentuk
menentukan sesuatu mungkin, bukan
melahirkan dan melaksanakannya.
Mustahil bersifat dengan lawan bagi
Qudrat dan Iradat



Mustahil lemah menjadikan mungkin.
Ertin mungkin, benda yang boleh ada dan tiada.
Mustahil menjadikan alam ini serta
benci adanya, yakni tidak berkehendak
mengadakannya.
Mustahil menjadikan alam ini dalam
keadan lupa, ertinya sebelum menjadikan alam
ini dia mengetahui kemudian semasa
menjadikannya dia lupa.
Mustahil lalai semasa menjadikan alam
ini.
Mustahil menjadikan alam ini dengan
kerana ertinya ada melazimkan ada segala
munkin ertinya lazim yang dikerana dengan ada
kerana umpama bergerak cincin kerana begerak
tangan, tidaklah wujud
mewajibkan/melazimkan ada alam ini.
Mustahil menjadikan alam ini dengan
tabiat, maka jadikan alam ini tidak
dengan tabiatnya sepertimana tabiat api
menghangus.


Sifat yang kesembilan wajib bagi

Ilmu ( ) ertinya mengetahui segala-
galanya samaada yang lepas, yang sedang dan
yang akan datang, Dia mengetahui yang
tersembunyi dan yang nyata, tidak ada suatu
pekara yang terlepas dari pengetahuanNya.


Tempat taluk Ilmu pada segala yang
wajib (seperti mengetahui diriNya
bersifat dengan sifat kesempurnan) , yang harus
(seperti mengetahui adanya mahkluk),
dan yang mustahil (seperti mengetahui
Dia tidak mempunyai anak), yakni
mengetahui tiga pekara tersebut dengan sifat
IlmuNya.


Mustahil jahil dengan sekelian
maklumat dan yang sama makna dengan jahil.
Makna jahil iaitu tidak mengetahui apa-apa dan
yang sama makna dengannya adalah syak, zan
dan waham, tiap-tiap satu telah dihurai
maknanya.
Sifat yang kesepuluh wajib bagi

Hayat () ertinya hidup. Hidup tidak
seperti hidup makhluk, Dia hidup tidak denga
perantaran daging darah, bernafas dan
sebagainya. HidupNya tiada permulaan dan
kesudahan.



Sifat hayat tiada bertaluk pada suatu pun
samaada yang ada atau yang tiada, kerana ia
bukan sifat yang memberi bekas mengadakan
suatu atau meniadakannya seperti Qudrat,
tidak juga membuka hakikat suatu seperti Ilmu
dan tidak menunjuk tentang suatu seperti
Kalam.

Mustahil mati (), kerana Tuhan
hidup tidak dengan nyawa, tidak bersusun
daripada empat unsur iaitu api, air, tanah dan
angin atau hidupnya berkehendakkan makanan,
kerana hidup yang demikian tertentu bagi
makhluk.







Sifat yang kesebelas wajib bagi

Sama () ertinya mendengar.
mendengar tidak dengan gegendang telinga dan
tidak dengan perantaran gelumbang bunyi.
Berkata Imam Abu Hasan Asari
mendengar benda yang bersuara dan yang tiada
bersuara

Mustahil tuli / pekak (), tidak
jelas pendengaranNya atau pendengaranNya
ada had.




Sifat yang keduabelas wajib bagi

Bashar () ertinya melihat. Penglihatan
tidak dengan mata, tida terdinding, dan tidak
dengan perantaran cahaya.

Mustahil buta (), kabur
penglihatanNya atau pengelihatanNya
terdinding.


Sama dan Bashar bertaluk kepada segala
pekara yang ada. Dia mendengar dan melihat
tiap-tiap suatu yang ada, samaada suatu itu
Qadim atau baru.
Sifat yang ketigabelas wajib bagi

Kalam () ertinya berkata-kata yakni (
)

berkata-kata tidak berhurup, dan tidak
bersuara. berkata-kata dengan sifat
pekata yang ada pada zatnya, dia tidak berkata-
kata dengan mulut.

Mustahil bisu atau kelu () yang
membawa kepada kekurangan.



Taluk kalam pada sekelian taluk Ilmu iaitu
taluk pada segala yang wajib, yang harus dan
yang mustahil yakni memberi tahu tiga
pekara yang tersebut kepada hambaNya
dengan sifat KalamNya.









sifat Manawiyah


Kemudian tujuh sifat diberi nama sifat
Manawiyah () iaitu sifat yang melazimkan
bagi tujuh sifat yang terdahulu (sifat Mani)
Makna sifat Manawiyah adalah hal yang
wajib bagi zat yang dikerana dengan suatu
kerana. Makna kerana disini iaitu lazim, kerana
tujuh sifat ini melazimi ia akan sifat Maani,
seperti ada Qudrat melazimkan ada Kaunuhu
Qadiran demikianlah seterusnya pada sifat yang
lain.
Pertama: Kaunuhu Qadiran ( )
ertinya dalam keadaan berkuasa.
Kedua: Kaunuhu Murida ( ) ertinya
dalam keadaan berkemahuan.
Ketiga: Kaunuhu Aliman ( ( ertinya
dalam keadaan mengetahui.
Keempat: Kaunuhu Hayyan ( ( ertinya
dalam keadaan hidup.
Kelima: Kaunuhu Samian ( )
ertinya dalam keadan mendengar.
Keenam: Kaunuhu Bashiran ( (
ertinya dalam keadan melihat.

Ketujuh: Kaunuhu Mutakalliman ( )
ertinya dalam keadan berkta-kata.


Dan segala lawan sifat Manawiyah itu terlebih
nyata ia dripada sifat mani.
Sifat yang harus bagi



Adapun yang harus pada hak itu adalah
memperbuat tiap-tiap munkin (benda yang
boleh ada dan tiada) atau meningalkannya.

Adalah sifat yang harus pada hanya
satu iaitu memperbuat segala kejadian atau
tidak memperbuatnya. mempunyai
pemerentahan yang amat luas di dalam
kerajanNya maka Dia boleh melakukan apa
sekehendakNya. Termasuk dalam memperbuat
segala munkin memberi pahala kepada mereka
yang berbuat taat dan menyeksa mereka yang
melakukan masiat.

Lawannya wajib memperbuat
munkin atau mustahil memperbuatnya.



Adapun dalil yang menunjukkan harus
memperbuat munkin atau tidak
memperbuatnya adalah seperti berikut, jika
wajib pada akal atas memperbuatnya
atau meningalkannya atau mustahil pada akal
yang demikian itu nescaya jadilah pekara yang
munkin itu wajib atau mustahil dan demikian itu
tidak diterima akal.
Sifat yang wajib bagi sekelian Rasul



Adapun segala rasul maka wajib pada hak
mereka itu benar, amanah, menyampai pekara
yang disuruh sampaikan kepada makhluk.
Mustahil pada hak mereka itu segala lawan sifat
yang tersebut iaitu pendusta, khianat dengan
memperbuat suatu yang ditegah sama ada
tegah haram atau tegah makruh, dan
menyembunyi suatu yang disuruh sampai
kepada makhluk (jin dan manusia)

Keterangan tiap-tiap satu sifat bagi rasul

Pertama: Shidiq () ertinya benar yakni
muafakat perbuatan dan perkatan mereka itu
dengan sebenar. Yang dikehendaki disini benar
pada dakwa mereka itu menjadi rasul dan benar
segala hukum yang disampaikan.

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran
atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya.

Mustahil mereka itu Kizbu () ertinya
pendusta yakni perbuatan dan perkatan mereka
tidak muafakat dan tidak berbetulan dengan
hukum dan perentah .



Adapun dalil yang menunjuk benar segala rasul
maka seandainya mereka pendusta nescaya
berdusta pada khabarNya, kerana
membenarkan mereka itu dengan memberi
mukjizat, (kejadian luar biasa kurnian
kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan
kebenaran mereka) oleh itu seolah-olah
berfirman ketika memberi mukjizat benar
hamba ku pada tiap-tiap pekara yang
disampaikan daripada aku maka dusta
mustahil, jadilah dusta para rasul mustahil.

Kedua: Amanah () ertinya kepercayan/jujur
maksudnya para rasul tidak melakukan khianat
dengan melakukan perbuatan haram, makruh
atau menyalahi yang terlebih utama. Mereka itu
tidak sekali-kali melakukan penipuan atau
menyaleweng terhadap hukum yang
perentahkan.

Dalil amanah Sesungguhnya aku ini Rasul yang
amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Mustahil mereka melakukan khianat
() yakni mereka tidak terpelihara pada
zahir dan batin daripada melakukan pekerjan
yang ditegah, samaada yang ditegah itu haram,
makruh atau pekara yang menyalahi terlebih
utama.



Adapun tanda/dalil segala rasul
bersifat amanah maka sekiranya khianat
mereka itu dengan memperbuat pekara
haramkan atau makruh nescaya betukar
keduanya jadi taat, kerana menyuruh
kami mengikut mereka itu pada perkataan dan
perbuatan dan tidak menyuruh kami
memperbuat pekara yang haram dan makruh.
Dalil ini sama dengan dalil wajib mereka itu
bersifat tabligh yakni jika mereka tidak
menyampi, lazim mereka menyembunyi yang
demikian itu lazim pula kita disuruh ikut
menyembunyi, kerana kita disuruh mengikut
perkatan dan perbuatan mereka.

Ketiga: Tabligh () ertinya menyampaikan,
maksudnya rasul-rasul menyampaikan apa-apa
yang telah dititah oleh kepada sekelian
makhluk. Hakikatnya mereka mengajar sekelian
manusia akan syariat kerana menunjuk kepada
kebahagian didalam dunia dan akhirat.

dalil Tablig Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika engkau tidak melakukannya (dengan
menyampaikan semuanya), maka bermakna
tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;
dan jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya tidak
memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang
kafir.

Mustahil Kitman () ertinya mustahil
mereka menyembunyi pekara yang disuruh
sampaikan.

Keempat: Fatanah (( ertinya cerdik /
bijaksana maksudnya kesempurnan cerdik bagi
mematahkan hujah musuh dan berkuasa
membatalkan dakwaan yang tidak betul. Sifat
ini tidak disebut didalam kitab Umul Berahin
tempat sandaran buku ini.

dalil fatanahSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik;

Mustahil para rasul bodoh yakni lemah menolak
hujah musuh dan membatal dakwaan yang
tidak betul.

Dalil akal wajib mereka bersifat fatanah/cerdik
adalah; sekiranya mereka tidak cerdiak nescaya
mereka tidak boleh mendatangkan hujah untuk
menentang hujah orang yang mengingkari
seruan mereka, demikian itu bertentangan
dengan pangkat kerasulan maka mustahil
mereka itu tidak cerdik.

Sifat yang harus bagi Rasul



Harus para rasul bersifat dengan sifat
kemanusian yang tidak membawa kepada
kekuranga pada ketingian mertabat mereka itu
seperti sakit dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan kekurangan iaitu
sifat yang dicela seperti penyakit yang
menjauhkan manusia daripada mereka itu,
pekara yang mencederakan maruah mereka itu
dan lainnya.

Termasuk dalam kata sifat manusian seperti
makan, minum, berjalan , sakit, tidur,
berkahwin dan sebagainya.



Dalil para rasul bersifat manusia adalah
dengan penyaksian orang-orang sezaman
dengannya bahawa berlaku pada mereka sifat
manusia. Mereka bersifat manusia kerana ada
kala membesarkan pahala mereka itu, mengajar
syariat kepada umatnya, supaya sabar manusia
menghadapi cuban dunia dengen sebab sabar
mereka itu, peringatan kepada umat
rendahnya pangkat dunia disisi dengan
sebab meningal mereka akan dunia dan kerana
ketiadan suka (reda) dunia ini jadi
tempat membalas amalan nabi-nabi dan wali-
walinya denga sebab rerendah pangkat dunia
disisi mereka itu.

Keterangan

Tidak mustahil para rasul bersifat
manusia, tidak patut mereka itu bersifat
ketuhanan dan tidak pula mereka bersifat
malaikat kerana telah kita ketahui dengan
khabar mutawatir dari orang-orang yang
sezaman dengan mereka itu yang melihat
mereka itu bersifat dengan sifat manusia
seperti berkahwin, sakit dan sebagainya. Faidah
jadikan mereka bersifat manusia supaya

Membesarkan pahala mereka dengan sebab
sabar mereka itu ketika sakit, ketika manusia
menyakiti mereka, ketika lapar dan sebagainya.

Dapat mengajar umatnya hukum-hukum syariat
seperti hukum sujud sahwi didalam
sembahyang, sembahyang kerana bersangatan
takut dan sebagainya sebagai mana dilakukan
oleh junjungan kita Nabi Muhammad .

Senang hati umatnya menghadapi cuban dunia
seperti kepayahan mencari rezki dan bersabar
daripadanya kerana mengetahui mereka itu
bahawa para rasul seperti itu juga.
Memberi ketahui umatnya betapa rendah
pangkat dunia disisi setelah mereka
mengetahui para rasul mengambil dunia
sekadar menguatkan diri melakukan ibadat.
Umat mengetahui bahawa dunia ini bukan
tempat balasan pahala bagi para nabi dan wali
kerana ketiadan reda dunia ini negara
balasan.
Para rasul bersifat masum

Masum ertinya terpelihara daripada
melakukan dosa dan kesalahan pada zahir dan
batin. Mereka tidak melakukan dosa kerana
mereka dipelihara oleh daripada melakukan
dosa, mereka dipilih dari kalangan orang yang
berseh dan yang sempurna sifatnya, dan
mereka dijadikan contoh bagi umatnya.

Makna dua kalimah syahada



Makna sekelian akidah ini berhimpun pada
perkataan (tiada tuhan
melainkan dan Nabi Muhammad pesuruh ).
Maksudnya tergulung didalam kalimah
dua puluh sifat yang wajib, dua puluh yang
mustahil dan satu yang harus bagi dan
terhimpun didalam kalimah empat
sifat yang wajib, empat yang mustahil dan satu
yang harus, maka sekelian dua kalimah syahada
terhimpun lima puluh akaid iman.


Makna


(Sebab apa terhimpun pada kalimah
dua puluh yang wajib dua puluh yang mustahil
dan satu yang harus bagi ) kerana makna
ketuhanan itu terkaya Tuhan dari tiap-tiap
suatu selainNya dan berkehendak selain dari
Tuhan kepadaNya maka makna tiada
yang kaya melainkan dan tiada
berkehendak/berhajat tiap-tiap suatu
melainkan kepadaNya.

Ketahuilah bahawa terjemahan kalimah
ialah tiada tuhan melainkan yang
membawa maksud tiada tuhan yang layak/yang
patut disembah melainkan maka kalimah
yang menafi, kalimah yang dinafi (yang
ditolak), kalimah mengecualikan dan kalimah
yang dikecualikan yakni yang terkeluar
daripada nafi dengan itu apabila kita mengucap
kalimah ini maka kita tidak mengakui yang
disembah dengan sebenar pada hakikat
melainkan .

Hasilnya pekara yang dinafi adalah salah
satu dari dua pekara pertama menafi segala
tuhan yang disembah dengan sebenar pada
hakikat melainkan , kedua menafi pekara yang
ada pada hati mukmin yang mengambarkan
banyak yang disembah dengan sebenar maka
salah satu dari dua ini yang dinafi kemudian
dihukumkan ada dan Dia lah tuhan yang
sebenar.

Sifat istighna


yang maha besar lagi maha mulia terkaya
dari tiap-tiap suatu yang lain daripadaNya,
mewajibkan Dia bersifat Wujud, Qidam Baqaa,
Mukhalafatuhu lil hawadish, Qiamuhu bi nafsih,
dan suci daripada kekurangan yang membawa
kepada wajib bersifat Sama, Bashar dan Kalam,
kerana sekiranya tidak bersifat dengan
sifat ini nescaya Dia berkehendak kepada yang
menjadikanNya, berkehendak kepada zat untuk
ditumpang dengan makna sifat
bukannya zat atau berkehendak kepada mereka
yang boleh menolak kekuranganNya.

Telah diketahui dalam perbahasan yang lalu
mustahil berkehendak kepada penjadi,
zat untuk ditumpang atau berkehendak kepada
yang menolak kekurangan.

tidak mengambil faidah daripada
perbuatan dan hukumNya


Istighna memberi faham, maha suci
daripada mengambil faedah / mengambil
menfaat pada perbuatanNya dan hukumNya
yang lima (wajib, haram, sunat, makruh dan
harus) kerana jika mengambil faidah dari
keduanya nescaya lazim Dia berkehendak
kepada suatu yang boleh menghasilkan menfaat
yang dikehendaki; bagaimana ini boleh terjadi
sedangkan telah diketahui terkaya
daripada tiap-tiap suatu.

tidak wajib memperbuat suatu


Istighna memberi faham bahawa tiada
wajib memperbuat suatu atau meningalkannya
kerana sekiranya wajib pada akal
memperbuat suatu seperti pahala nescaya
berkehendak / berhajat kepadanya, supaya
Dia dapat menyempurnakan tujuanNya dengan
suatu itu (ini mustahil) kerana Dia sendiri sudah
sempurna; betapa boleh dikatakan tidak
sempurna sedangkan Dia terkaya daripada tiap-
tiap suatu.

Sifat iftikar


Iftikar (berkehendak tiap-tiap suatu selain
kepadaNya) mewajibkan Dia bersifat Hayat,
umum taluk Qudrat, umum taluk Iradat, dan
umum taluk Ilmu kerana jika ternafi satu sifat
yang tersebut itu pada tidak munkin
Dia boleh menjadi segala pekara yang baru,
maka tidak berkehendak suatu itu kepadanya;
betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-tiap
suatu berhajat kepadanya.


Demikian lagi (tiap-tiap suatu berhajat kepada
) mewajibkan bersifat
wahdaniah, kerana sekiranya ada tuhan yang
kedua nescaya ada pekara yang tidak
berkehendak kepada dengan sebab itu
lazim lemah keduanya, betapa ini boleh terjadi
sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepdaNya.


Iftikar memberi faham sekelian alam ini baru
kerana sekiranya ada sebahagiannya qadim
nescaya sebahagian yang qadim itu terkaya
daripada ; betapa ini boleh terjadi
sedangkan tiap-tiap suatu berhajat kepadaNya.


Iftikar memberi faham makhluk tidak memberi
kesan pada mana-mana kesan yang ada,
sekiranya makhluk boleh memberi kesan
(seperti api boleh menghangus dengan
sendirinya) nescaya terkaya kesan (iaitu hangus)
daripada Tuhan kita yang maha besar lagi maha
mulia betapa ini boleh terjadi sedangkan tiap-
tiap suatu berhajat kepadaNya dengan jalan
umum dan atas tiap kelakuan tiap-tiap suatu
berhajat kepadaNya, ini seandainya makhluk
memberi kesan dengan tabiatnya adapun
jikalau makhluk memberi kesan dengan
kekuatan yang jadikan padanya sepertimana
telah menyangka kebanyakan orang jahil maka
yang demikian itu mustahil juga, kerana jadilah
Tuhan kita yang maha besar lagi maha mulia
berhajat menjadikan sebahgian perbuatan
dengan ada pekara yang mengantarai, yang
demikian itu batal, kerana telah engkau ketahui
wajib pada akal terkaya daripada tiap-
tiap suatu.


Sesunguhnya telah nyata bagi engkau
berhimpun didalam perkatan tiga
pekara yang wajib tiap-tiap mukalaf
mengetahuinya pada hak Tuhan kita yang maha
besar lagi maha mulia. Tiga pekara itu adalah
sifat yang wajib, mustahil dan harus padaNya.

Anda mungkin juga menyukai