Anda di halaman 1dari 11

Latar Belakang

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB


Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia yang
menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 2004 hingga
tahun 2009. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik,
Murid Cergas dan Murid Ceria.

2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki


personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa
memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan
amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan
seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan
bersemangat patriotisma.

3. 6 aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bukan sahaja menekankan
kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran
dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai, serta
semangat identiti nasional yang kuat.

4. Melalui anjakan ketiga PPPM iaitu ‘Melahirkan Rakyat Malaysia Yang


Menghayati Nilai’ mensasarkan kepada Pengukuhan Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan diberikan
kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara
murid.

5. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar,


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah
Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.

6. Program Sahsiah Unggul Murid Sekolah Rendah (SUMUR SR) bertujuan


menyahut hasrat PPPM supaya aspek kemenjadian murid melalui
shahsiah unggul dimulakan sejak dari peringkat sekolah rendah.
Panduan Pelaksanaan Program SUMUR

1. Program Sahsiah Unggul Murid Sekolah Rendah (SUMUR SR) berada di


bawah penyeliaan Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM) yang merangkumi semua aktiviti sekolah.

2. Pelaksanaan awal bagi program SUMUR SR melibatkan semua guru


serta murid tahap 2 di sekolah-sekolah daerah Kubang Pasu.
Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan streamer akan
dipamer sepanjang tahun dan akan dibuat penekanan dan
penerangan kepada murid setiap kali ada perjumpaan bersemuka
samada ketika perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan lain-lain.

3. Program SUMUR SR meliputi empat (4) modul utama iaitu modul Berbudi
Bahasa, modul Jati Diri, modul Penampilan Diri dan modul Cara Hidup
Islam (Mutadayyin).

4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kepada


penilaian guru ketika berlangsungnya pengajaran dan pemudahcara,
aktiviti kokurikulum, penilaian semasa diluar bilik darjah dan makluman
daripada komuniti. Guru akan mengesahkan penilaian berdasarkan
Borang Penilaian Individu/Kumpulan yang telah disediakan dan aspek
yang berkaitan dengan SSDM akan direkodkan dalam sistem tersebut.

5. Murid akan dinilai berdasarkan keempat-empat modul Program SUMUR


SR iaitu Modul Berbudi Bahasa, modul Jati Diri, modul cara hidup Islam
dan modul Penampilan Diri manakala proses penilaian murid akan
dibuat sepanjang tahun melalui buku rekod SUMUR SR secara bulanan.
Murid yang memenuhi aspek akan diberi penghargaan daripada unit
HEM atau Panitia Pendidikan Islam. Murid yang memenuhi kriteria dan
menunjukkan model SUMUR SR sepanjang tahun akan diberi
pengiktirafan dan anugerah ketika Hari Anugerah Cemerlang.

6. Seorang penyelaras perlu dilantik dalam kalangan guru dan


bertanggungjawab untuk memastikan program SUMUR SR dilaksanakan
mengikut panduan pelaksanaan yang diedarkan oleh pihak sekolah.

7. Sebarang kesulitan bagi pelaksanaan program SUMUR SR akan dirujuk


dan dibuat penambahbaikan melalui mesyuarat berkala jawatankuasa
SUMUR SR.
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) SR

MODUL BERBUDI BAHASA MODUL JATI DIRI

1. Hormat menghormati 1. Kepercayaan


2. Tolong menolong kepada tuhan
3. Mengenang 2. Sabar dan tabah
budi/menghargai 3. Tetap pendirian
4. Kesantunan tutur bicara 4. Semangat juang

MODUL PENAMPILAN DIRI MODUL CARA HIDUP ISLAM

1. Pemakaian 1. Tilawah/tadarus al-Quran


2. Tingkah laku 2. Amalan zikir
3. Kepimpinan dan doa berterusan
4. Integriti
Perincian Modul

MODUL KRITERIA STRATEGI OPERASI


Hormat-menghormati • Memberi salam ketika bertemu dengan guru,rakan • Program budaya salam
dan pelawat • Pertandingan bahas dan mini parlimen
• Menyayangi yang lebih muda dan yang lebih tua antara kelab persatuan
dihormati • Folio tokoh tempatan
• Bersifat terbuka dan berlapang dada dengan
pandangan dan pendapat orang lain
Tolong-menolong • Saling bantu membantu antara satu sama lain dan • Program gotong-royong
semangat berpasukan dalam melaksanakan • Tabung cakna sekolah
tugasan • Program amalan nilai baik
• Prihatin dengan situasi semasa dan memiliki
perasaan empati yang tinggi
• Senantiasa melakukan kebaikan dengan memberi
bantuan tanpa dipinta
BERBUDI BAHASA Mengenang budi/menghargai • Menghargai dan menyayangi pemberian orang lain • Program budaya terima kasih
• Mendoakan kesejahteraan dengan menzahirkan • Program sambutan hari gur/hari lahir
perasaan rasa terima kasih
• Menyebarluaskan kebaikan dengan berusaha
mempraktikkan kebaikan
Kesantunan tutur bicara • Menggunakan bahasa dan tutur kata yang • Program ahsan al-qawl
bersesuaian dan sopan • Minggu bahasa
• Berfikir sebelum bercakap dan berbicara perkara • Program penerapan nilai murni
yang bermanfaat
• Menghormati orang lain dengan menggunakan
panggilan mesra dan disenangi
MODUL KRITERIA STRATEGI OPERASI
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • Melaksanakan dan mematuhi nilai agama • Sambutan dan perayaan hari keagamaan
berlandaskan kepada kepercayaan kepada Allah • Bantuan kepada murid kurang
• Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dan kemampuan
menghargai segala pemberian (hati,lisan dana
perbuatan)
SABAR DAN TABAH • Bersedia utk membuat perubahan yang lebih baik • Aktiviti mentor dan mentee
• Mudah menerima nasihat samada daripada ibu
bapa,guru dan pihak ketiga
• Tidak putus asa dan berusaha untuk memperoleh
kejayaan
• Bersifat wasatiyah dan tidak keterlaluan dalam
setiap tindakan
JATIDIRI TETAP PENDIRIAN • Membuat keputusan dan pilihan berdasarkan • PDPC berasaskan masalah
kepada ilmu,fakta dan akal
• Dapat memberi rasional dan justifikasi atas
tindakan yang dibuat dan mempertahan tindakan
dengan berhikmah
SEMANGAN JUANG • Bersedia dan boleh menghadapi cabaran dan cekal • Sambutan Hari Kemerdekan/Hari
melaksanakan tugas yang diamanahkan Pahlawan
• Gigih dan bersungguh untuk mencapai kejayaan • Pertandingan
• Berani untuk mengambil risiko dan bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan
• Mempamerkan semangat patriotism dan cintakan
negara
MODUL KRITERIA STRATEGI OPERASI
PEMAKAIAN • Berpakaian menutup aurat dan kemas • Pemerhatian guru
• Pakaian yang bersih, tidak berbau dan tiada
kekotoran
PENAMPILAN DIRI • Pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan aktiviti
yang bakal dilaksanakan
TINGKAH LAKU • Menjaga adab dan tatasusila mengikut lunas • Program SSDM
agama seperti adab bergaul dan berkawan • Aktiviti kokurikulum dan PJK
• Membataskan akal dan pandangan daripada
melihat perkara yang tidak sihat seperti pornografi
• Membataskan pergaulan antara lelaki dan
perempuan
KEPIMPINAN • Mampu berkomunikasi dengan baik dan berani • Speaker corner
memberi pendapat dank omen • Perhimpunan mingguan
• Boleh berkomunikasi secara terbuka dan bijak • Aktiviti kokurikulum
membuat keputusan • Program kepimpinan sekolah seperti
• Menjadi pemimpin yang baik, role model dan badan pengawas, pengawas pusat
menjadi tempat rujukan sumber dan bimbingan rakan sebaya.
• Berdaya tahan,sanggup berkorban dan senang
didekati apabila menerima arahan dan tugasan,
mesra dan disenangi serta bersedia menerima
cabaran dan risiko
INTEGRITI • Amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan • Pemerhatian guru
tugasan yang diberikan • Pembelajaran abad ke 21
• Bersifat jujur dan sentiasa menepati masa dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan dan masalah
• Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil
berat terhadap diri sendiri, menjada diet
pemakanan dan kematangan berfikir
MODUL KRITERIA STRATEGI OPERASI
SOLAT BERKUALITI • Membudayakan amalan solat pada awal waktu • Amali solat (KBS)
• Melazimi solat berjamaah dan solat-solat sunat • Program smart solat
yang lain
GAYA HIDUP • Mematuhi tertib solat dan berpakaian dengan
BERAGAMA pakaian yang sesuai
(MUTADAYYIN) TILAWAH/TADARUS AL-QURAN • Menjaga adab dengan menutup aurat dan • Program tadarus al-Quran
berwudhuk apabila membaca dan memegang • Program tasmik dan khatam al-Quran
mushaf al-Quran
• Membaca dengan bacaan yang betul dan bertajwid
AMALAN ZIKIR DAN DOA • Amalan zikir setiap pagi dan doa • Program sinar pagi
BERTERUSAN • Mengamalkan adab berdoa dan memahami • Pemerhatian PDPC
terjemahan doa
BORANG PENILAIAN SUMUR SR

NAMA KELAS: ………………………………………………………………

GURU KELAS : ……………………………………………………………..

BIL NAMA BERBUDI BAHASA JATI DIRI PENAMPILAN DIRI GAYA HIDUP

KEPADA
BUDI/
HORMAT MENGHARMATI

TOLONG MENOLONG

TADARUS/TILAWAH
SABAR DAN TABAH

SOLAT BERKUALITI
SEMANGAT JUANG
TETAP PENDIRIAN
TUTUR/BICARA

TINGKAH LAKU
KEPERCAYAAN

AMALAN ZIKIR
MENGHARGAI
KESANTUANN
MENGENANG

KEPIMPINAN
PEMAKAIAN

INTEGRITI
TUHAN
SKOR MARKAH DAN RUBRIK 4 = AMALAN CEMERLANG (PERKARA YANG DIAMALKAN MENJADI RUTIN SEHARIAN DAN MENJADI ROLE MODEL )
3 = AMALAN BAIK ( PERKARA YANG DIAMALKAN SECARA KONSISTEN BERDASARKAN ILMU)
2 = AMALAN MEMUASKAN (PERKARA YANG DIAMALKAN SECARA TIDAK KONSISTEN)
1 = AMALAN ASAS (PERKARA YANG DIAMALKAN MEMERLUKAN PADA BIMBINGAN)
Skor Markah Dan Republik

AMALAN ASAS

1 Pengetahuan pada perkara yang dinilai/masih dibimbing untuk mengamalkan/amalkan


tanpa tahu sebab

AMALAN MEMUASKAN

2 Pengetahun tentang perkara yang dinilai / Amalkan dengan sendiri secara tidak konsisten

AMALAN BAIK

3 Amalkan perkara yang dinilai secara konsisten berdasarkan ilmu / mampu jelaskan
kelebihan amalan itu

AMALAN CEMERLANG

4 Amalkan perkara yang dinilai sebagai rutin seharian / jadi role model yang membimbing
orang lain
Jadual Kerja Program SUMUR SR

PENATARAN MODUL
PEMBINAAN MODUL PERINGKAT
SUMUR SR SKBT JAWATANKUASA
SUMUR SR

PENATARAN MODUL
PENATARAN MODUL
SUMUR SR KEPADA
SUMUR SR KEPADA
KETUA
SEMUA GURU
PANITIA/PKHEM/GB

MAJLIS PELANCARAN ANALISA DAN KAD


PPDKP WILAYAH LAPORAN SUMUR SR
SUMUR SR 2022
DISEDIAKAN OLEH

AKMAL BIN AHMAD

PEN. PPD PENDIDIKAN ISLAM

PPD KUBANG PASU

DISEMAK OLEH

MASNI BINTI ABDULLAH

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SEKTOR PEMBELAJARAN

PPD KUBANG PASU

DISEMAK OLEH

ROSMIRA BIN SAAD

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

PPD KUBANG PASU

Anda mungkin juga menyukai