Anda di halaman 1dari 19

Nota Kurikulum, Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral (HPK2, C4)

Dokumen Standard dan Pentaksiran Pendidikan Moral

Matlamat

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang
ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Objektif

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai
objektif berikut:

• Mengetahui dan memahami nilai universal.


• Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan harian.
• Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri,
keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.
• Mengembangkan kemahiran penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam
membuat pertimbangan dan keputusan yang berpegang kepada peraturan masyarakat
dan nilai universal yang berasaskan prinsip moral.
• Mengeratkan hubungan yang baik dengan masyarakat ke arah memperkukuh perpaduan
negara.
• Berintegriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat, negara dan masyarakat
global.

MINSHAH, 2023
Rangka Konsep

KSSR dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi.

Komunikasi • Penggabungjalinan Kemahiran bahasa secara lisan dan bukan


lisan semasa berinteraksi.
Kerohanian, Sikap • Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
dan Nilai
Kemanusiaan • Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam
sekitar, negara dan global.
• Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
Keterampilan Diri • Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.
Perkembangan • Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.
Fizikal dan Estetika • Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Sains dan Teknologi • Penguasaan ilmu sains, kemahiran dan sikap saintifik.
• Penguasaan pengetahuan dan Kemahiran matematik.
• Penguasaan pengetahuan dan Kemahiran berasaskan teknologi.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan
sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success).

MINSHAH, 2023
Fokus

Pembentukan insan yang berakhlak mulia seperti yang diharapkan dalam matlamat kurikulum
Pendidikan Moral boleh dicapai dengan mengintegrasikan ketiga-tiga domain berikut:

1. Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai demi
mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah. Kemampuan
berfikir mengenai kesan dan akibat dalam penyelesaian masalah atau isu moral sebaik
mungkin secara autonomi, rasional dan objektif berdasarkan kepada prinsip moral.

2. Emosi Moral
Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan
sesuatu yang tidak betul. Emosi moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak
berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain. Emosi moral ini boleh
diekspresikan dalam bentuk luahan perasaan, fikiran, gerak geri dan sebagainya.

3. Perlakuan Moral
Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan moral dan emosi moral.
Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti
moral.

Organisasi Kandungan

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi
enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai murni universal. Penggubalan
tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, seperti kerohanian,
budaya, sosio emosi, alam sekeliling dan sebagainya.

Tema

Tahun Tema
1 Diri Saya
2 Saya dan Keluarga
3 Saya dan Sekolah
4 Saya dan Jiran
5 Saya dan Masyarakat
6 Saya dan Negara

MINSHAH, 2023
Nilai-nilai dalam KSSR

Nilai Maksud Nilai


Kepercayaan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
kepada Tuhan segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Baik Hati Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain
dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.
Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan.
Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan
institusi sosial.
Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguhsungguh dan berdedikasi dalam
melakukan sesuatu.
Kerjasama Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.
Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau
perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Toleransi Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri
dan orang lain.

Tahap Penguasaan

Tahap Penguasaan Tafsiran


1 Mengetahui perkara asas berkaitan dengan nilai yang dipelajari.
2 Memahami dan memberi maklum balas berkaitan dengan nilai yang
dipelajari.
3 Menghubungkait dan mengaplikasi nilai yang dipelajari.

MINSHAH, 2023
4 Mengenal pasti dan mempamerkan emosi berkaitan dengan nilai yang
dipelajari.
5 Menghayati dan melaksanakan nilai yang dipelajari dalam kehidupan
harian.
6 Menghayati dan mengamalkan nilai yang dipelajari secara tekal serta
boleh dicontohi.

Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral dan Peranan Guru

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 4/1986

Tujuan SPI ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia
mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-
pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

Perkara Penting dalam SPI

Latar Belakang • Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat
mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai
hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar.
• Guru mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau
tidak.
• Guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang
sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-
aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
• Guru juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu
dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki
lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru
yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama
dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu.
• Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang
menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
pelajar-pelajar.

MINSHAH, 2023
Struktur dan • Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
Organisasi oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah
sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah
difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran).
• Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah.
• Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatismenjadi
ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia
mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan
menjadi sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar
atau Pengetua Sekolah.
• Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaanperjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-
masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia
kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong kananya sama ada
dapat penyelesaian atau untuk makluman.
• Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan
segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan Panitia • Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-
Mata Pelajaran pembelajaran;
• Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan
para pelajar terhadap pembelajaran;
• Memperbaiki prestasi pelajar- pelajar peperiksaan (berasaskan sekolah
dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau
berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan
akademik sekolah.
• Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran
dengan persatuan atau kelab akademik.
Peranan Panitia • Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia.

MINSHAH, 2023
• Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam
tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara
guru dalam sesuatu tingkatan / darjah dan juga di antara tingkatan/darjah
di mana ada kaitan.
• Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu
dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
• Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan
bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para
pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber
sekolah.
• Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan
sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika
perIu menubuhkan bank soalan.
• Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar
dalam tiaptiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan
pembelajaran;
• Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya
sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad
hoc' bila dan jika perlu.
• Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut.
• Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
• Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
• Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

MINSHAH, 2023
• Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha
ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata
pelajaran tertentu.
• Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
• Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

Panitia Pendidikan Moral

Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral

Pengurusan • Mempengerusikan mesyuarat panitia.


• Mengetahui perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran.
• Membuat pemantauan pengajaran dan pemelajaran dari semasa ke
semasa atau apabila diperlukan.
• Menjadi AJK Induk Kurikulum Sekolah.
• Menguruskan fail-fail panitia.
• Memastikan panitia mempunyai sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran atau dokumen standard kurikulum.
• Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada JK jadual waktu.
• Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.
Mesyuarat • Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat panitia.
Panitia
Pentaksiran • Menyemak dan menyelaras penyediaan soalan dan skema
dan pemarkahan.
Peperiksaan • Menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan sekolah dan
peperiksaan awam.
• Membuat sasaran peratusan kelulusan.
• Menyemak dan menyelaras draf soalan ujian dan peperiksaan serta
skema pemarkahan untuk memastikan instrumen pentaksiran adalah
berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
Kurikulum, • Memahami kandungan Sukatan / Huraian Sukatan / Standard Kurikulum
Pengajaran dan Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun.
Pembelajaran

MINSHAH, 2023
• Memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan HSP dan Standard Kurikulum.
• Merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi pelajar.
• Membimbing guru-guru untuk meningkatkan kemahiran mengajar.
Alat Bantu • Mengelola bengkel atau projek untuk menghasilkan bahan bantu
Mengajar mengajar dan belajar.
• Menyenaraikan alat bantu mengajar dan menyediakan dokumen.
• Membuat pesanan untuk pembelian.
Latihan • Merancang dan mengendalikan program kemajuan staf untuk
Kemajuan Staf peningkatan ilmu dan kemahiran guru,
Aktiviti • Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk mengendalikan aktiviti
Persatuan persatuan.
Akademik
Kewangan • Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelajaan tahunan.
• Mengurus perolehan mengikut peraturan dan prosedur kewangan.
• Mengurus stok.
Bilik Khas • Menyediakan jadual penggunaan.
• Menyediakan peraturan keselamatan pelajar dan penggunaan
peralatan.
• Memastikan bilik dalam keadaan kondusif bagi pengaaran dan
pembelajaran
Tugas-tugas • Menjadi ahli JK peringkat zon dan daerah.
Lain • Membantu guru besar / pengetua melaksanakan tugas kurikulum.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
• Melaksanakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan
penghayatan nilai dalam kalangan pelajar.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

• Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh


panitia.
• Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan
Persatuan Pendidikan Moral.
• Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh
Panitia.

MINSHAH, 2023
• Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari semasa ke semasa.
• Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia
sebelum menyediakan kertas soalan.
• Membuat pentaksiran dan mengadakan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua
Panitia sebelum menyediakan kertas soalan.
• Membuat pentaksiran dan mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuian kelas masing-
masing.
• Memeriksa skrip jawapan pelajar dan merekodkan markah-markah ujian bulanan, ujian
pertengahan semester dan peperiksaan.
• Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan
dijalankan.
• Melaksanakan pentaksiran formatif seperti memberi ujian dan latihan, buku rampaian,
buku kerja, tugasan murid dengan teliti untuk memastikan proses pembelajaran berkesan.
• Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah,
bahagian atau negeri) apabila diperlukan atau diarahkan.
• Membuat laporan dan cadangan kepada panitia apabila diperlukan.
• Guru pendidikan Moral tiada pilihan lain, perlu menjadi contoh penghayatan nilai kepada
pelajar kerana perlakuan mereka di dalam dan di luar sekolah bukan sahaja dilihat oleh
pelajar tetapi juga masyarakat.

Kod Etika Perguruan

Satu panduan perlakuan dan etika kerja untuk profesion perguruan. Sebagai golongan
profesional, guru perlu berperibadi mulia selaras dengan Kod etika Profesion Perguruan, iaitu
melibatkan:

1. Tanggungjawab terhadap Pelajar


• Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
• Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
• Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

MINSHAH, 2023
• Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan, dan tingkah laku yang dapat memberi contoh
yang baik kepada pelajar.
• Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas, persidangan mesyuarat atau seminar
supaya pengajar mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berhubung dengan keadaan
rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa / penjaga mereka.

3. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara


• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara.
• Memupuk dalam diri setiap pelajar, sikap dan nilai yang dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
• Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dan ibu bapa, institusi
pendidikan dan Masyarakat.
• Memberikan sumbangan cergas untukmeninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan Masyarakat.
• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.

MINSHAH, 2023
4. Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar antara ibu bapa atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatanyang boleh menjejaskan kecekapan seorang guru.
• Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam
profesion perguruan.
• Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion penguruan.
• Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Merealisasikan PPPM

1. Guru pendidikan moral memperkembangkan ilmu moral yang ada pada pelajar
• Dari segi intelek, guru Pendidikan Moral dapat menyalurkan ilmu dan nilai-nilai moral
kepada pelajar.
• Dengan wujudnya intelek dalam diri pelajar, pelajar akan mempunyai keupayaan
mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik
dan jahat, salah dan benar.
• Keupayaan mental yang disalurkan kepada pelajar melalui guru Pendidikan Moral
dapat menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan
objektif.

2. Guru pendidikan moral dapat memastikan pelajar berkembang ke arah positif


• Guru Pendidikan Moral akan sentiasa melakukan pentaksiran dalam kelas.
• Dalam pada itu, Guru Pendidikan Moral akan melakukan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) untuk mengenalpasti potensi pelajar secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
• Pentaksiran yang dijalankan guru dapat mengenalpasti masalah yang ada pada
pelajar dan membantu murid untuk menyelesaikannya.

3. Guru pendidikan moral dapat mewujudkan iklim moral dalam kelas


• Guru Pendidikan Moral merupakan agen moral yang bertanggungjawab untuk
mewujudkan iklim moral kelas yang menggalakkan pengamalan nilai dan
memperkembangkan gaya penampilan seseorang pelajar.

MINSHAH, 2023
• Menurut Abdullah Ahmad Badawi (2002), pelajar-pelajar kita perlu didedahkan kepada
nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, saling
membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman dan fitnah
supaya kita dapat melahirkan manusia yang mulia dan bertanggungjawab dan bukan
melahirkan manusia yang tamak, angkuh dan lebih mementingkan diri sendiri.

4. Guru pendidikan moral memastikan pelajar mematuhi Rukun Negara


• Guru Pendidikan Moral perlu sentiasa memberi kesedaran kepada murid-murid untuk
meningkatkan kekuatan jiwa mereka dengan mendekati diri dengan Tuhan.
• Rakyat Malaysia yang patriotik dapat dilahirkan.
• Perlembagaan telah memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di Malaysia.
• Guru Pendidikan Moral boleh mendidik murid-murid untuk mematuhi undang-undang
dan peraturan di sekolah.
• Guru Pendidikan Moral perlu menjaga keterampilan diri sendiri supaya menunjukkan
ciri-ciri profesional yang terdapat pada seseorang guru.

5. Guru pendidikan moral memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar


• Salah satu aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
• Guru Pendidikan Moral memainkan peranan untuk berkongsi pengalaman dan nilai
kepada murid-murid supaya mereka menghargai keistimewaan negara kita iaitu
kepelbagaian dari segi kaum, agama, kepercayaan, status ekonomi dan sebagainya.

6. Guru pendidikan moral sebagai teladan kepada pelajar


• Menurut Keith (1979) melalui Mohd. Ismail Mustari (2007), “Guru adalah agen
sosialisasi yang berpengaruh. Sifat guru yang tidak adil,pilih kasih, suka mendera
pelajar akan menjadi ikutan kepada pelajar-pelajarnya serta melahirkan sahsiah
pelajar yang kurang baik”.
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Moral dilihat dalam
masyarakat sebagai contoh terbaik atau role model yang berpotensi untuk mengubah
sikap dan sahsiah pelajar.
• Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) dalam laporan awal PPPM, “Sebagai
pemimpin di bilik darjah, guru menyediakan contoh yang baik untuk pelajar mereka,
dan sering menjadi suri teladan bagi yang muda”.

MINSHAH, 2023
7. Guru pendidikan moral membangun masyarakat demokratik yang matang
• Guru Pendidikan Moral perlu menggunakan sistem demokratik semasa menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada waktu Pendidikan Moral.
• Dalam konteks ini, guru perlu mendengar pandangan majoriti bukannya pilih kasih
atau tidak adil kepada sesuatu pihak. Dengan ini,masyarakat yang demokratik dapat
diwujudkan apabila anak-anak murid ini membesar nanti.

8. Guru pendidikan moral sebagai penghubung antara sekolah dengan ibu bapa
• Yahya Don (2007) telah menjelaskan bahawa kebiasaanya, pelajar-pelajar yang
bermasalah daripada segi akhlak dan disiplin adalah disebabkan oleh tiada kasih
sayang dan perhatian daripada ibu bapa.Dalam hal ini, adalah penting untuk guru
Pendidikan Moral mengadakan lawatan ke rumah pelajar dan cuba untuk
menghulurkan bantuan kepadanya.
• Guru boleh menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya dapat bekerjasama
memastikan perkembangan murid yang seimbang dari segi JERIS.

9. Guru pendidikan moral mematuhi kod etika perguruan


• Guru Pendidikan Moral harus menjalankan tugasnya dengan penuh semangat dan
dedikasi.
• Perkara yang kecil seperti mematuhi masa dalam jadual waktu juga perlu diambil berat
oleh guru Pendidikan Moral supaya dapat menjadi teladan kepada murid-murid
sekolah dan juga guru-guru yang lain.
• Guru perlu menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berhubung
keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan murid-murid adalah sulit dan tidak
boleh dibocorkan kepada pihak yang ketiga.

Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

Rukun Negara

Rukun Negara (1970) telah dirangka sebagai satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat
Malaysia. Ideologi nasional ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum di
samping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil, liberal, progresif
dan beretika.

MINSHAH, 2023
1. Kepercayaan kepada tuhan
• Guru Pendidikan Moral perlulah memahami kepentingan beragama dan memberi
penekanan kepada murid-murid.
• Guru Pendidikan Moral haruslah menekankan juga tentang titik persamaan nilai
agama.
• Guru perlu memberi pendedahan tentang nilai universal yang ada dalam setiap
agama meskipun setiap agama berbeza dari segi amalan serta kepercayaan.
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
• Malaysia mempunyai ketua iaitu Yang di-Pertuan Agong dan setiap negeri
mempunyai raja atau sultan Yang Dipertua negeri masing-masing.
• Pegangan yang teguh pada prinsip ini dapat melahirkan rakyat seperti
menghormati harta awam, menghormati simbol-simbol kedaulatan negara,
mematuhi undang-undang, dan produktif.
• Usaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti-aktiviti sosial, ekonomi dan
politik.
3. Keluhuran perlembagaan
• Prinsip ini menekankan supayar akyat dapat menerima, mematuhi, dan
mempertahankan kemuliaan perlembagaan Malaysia.
• Memberikan pendedahan dan kefahaman kepada murid tentang perlembagaan
negara dan isi kandungannya serta kepentingan perlembagaan.
• Mewujudkan semangat cintakan negara dan tanah air.
4. Kedualatan undang-undang
• Memastikan setiap individu dalam sesebuah negara terjamin kebebasan asasi
mereka.
• Memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara.
• Guru Pendidikan Moral menerangkan kepentingan mematuhi undang-undang
negara dan kesan-kesan sekiranya tidak mematuhi undang.
• Tujuan utama undang-undang bukanlah untuk menghukum tetapi untuk mendidik.
5. Kesopanan dan kesusilaan
• Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti, tingkah laku seseorang rakyat
yang sentiasa bersopan-santun dan bertatasusila.
• Prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus untuk
menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal.
• Menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Moral bagi membentuk sahsiah dan
peribadi yang bersopan-santun dan berbudi pekerti dalam kalangan murid-murid.

MINSHAH, 2023
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah model untuk pembentukan insan yang akan dilahirkan
dalam sistem pendidikan negara, iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Warganegara Malaysia yang Baik dan Bermoral

• Percaya dan patuh kepada Tuhan.


• Berilmu pengetahuan dan berfikiran rasional.
• Berakhlak Mulia.
• Berketerampilan.
• Berkeupayaan menyumbang ke arah kemakmuran negara.
• Bertanggungjawab dengan tugas.
• Memupuk perpaduan.
• Setia kepada raja dan negara.

Peranan Guru Pendidikan Moral (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

• Boleh menjadi model untuk dicontohi oleh pelajar dan masyarakat dari segi sahsiah, emosi
dan berakhlak mulia.
• Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi moral.
• Mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak, berjudi, dan suka
beriadah.
• Mempunyai pegangan agama.
• Tidak melakukan kesalahan moral.
• Amalan kehidupan berkeluarga yang baik.
• Mengutamakan ilmu dalam kehidupan.
• Mengamalkan semua nilai-nilai murni yang diajar dalam Pendidikan Moral.
• Berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

MINSHAH, 2023
Persediaan Guru Pendidikan Moral sebagai Penyelidik bidang Pendidikan Moral

Jenis Kajian

1. Kajian Asas
2. Kajian Gunaan
3. Kajian Deskriptif
4. Kajian Tindakan

Kepentingan Penyelidikan

• Guru akan sentiasa memperbaiki mutu PdP


• Guru akan mendapat idea untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi PdP.
• Kajian tindakan dapat membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
• Kajian tindakan dapat membantu guru untuk berperanan secara aktif dalam pembangunan
pendidikan di Malaysia.
• Guru akan menjadi semakin peka terhadap persekitaran PdP.
• Menanamkan sikap mengkaji dalam diri guru.
• Hasil dapatan kajian tindakan guru boleh berkongsi bersama guru yang lain dengan itu
penambahbaikan terhasil melalui gabungan idea yang berbeza dan bermutu.
• Guru akan sentiasa membuat refleksi pada setiap PdP yang dilakukan bagi mencari
kelemahan yang perlu diatasi.
• Melalui kajian tindakan, guru dapat menanamkan budaya membaca dalam diri.
• Melalui kajian tindakan guru lebih memahami dan mendekati keperluan pembelajaran
pelajar.

Mengapa Guru Perlu Melakukan Penyelidikan

1. Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.


Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik
pengajaran.

2. Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi.


Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan
proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam
kelas.

MINSHAH, 2023
3. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian
murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru
melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran
yang digunakan.

Guru Pendidikan Moral sebagai pembina, penghasil atau pencipta bahan sumber
Pendidikan Moral

• Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
• Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sumber bahan
atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan.
• Sumber bahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak.
• Sumber Bahan elektronik terdiri daripada semua bahan / alat pandang dengar seperti
radio, televisyen, filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya.
• Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambar-gambar
buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya.
• Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga dan
kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik / bilik sumber, murid-murid sendiri
merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral.
• Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru
Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahansumber
melalui Panitia Pendidikan Moral

Ciri-ciri Bahan Sumber

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dannilai yang
diajar.

• Bentuk, warna dan saiznya sesuai.


• Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.
• Membantu menambah keberkesanan pengajaran.
• Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.
• Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.
• Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi.

MINSHAH, 2023
Jenis-jenis Sumber

Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan adalah
seperti berikut:

• Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi,skrip
lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
• Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti
permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
• Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
• Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
• Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya.
• Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan
sebagainya

Kepentingan Bahan Sumber

• Menjadi daya penarik kepada pelajar.


• Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan.
• Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada pendedahan kepada
suatu alat bantu mengajar.
• Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif.
• Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran.
• Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan teori-teori dalam
Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci dan berkesan

MINSHAH, 2023

Anda mungkin juga menyukai