Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Sejarah penyelidikan arkeologi di Malaysia ini telah wujud sejak dahulu lagi iaitu lebih
daripada satu kurun lamanya. 1 Sejarah penyelidikan arkeologi di Johor juga sememangnya
telah wujud dari dahulu lagi. Johor merupakan negeri yang terletak di selatan Semenanjung
Malaysia dan merupakan salah satu negeri yang maju di Malaysia pada masa kini.
Penyelidikan arkeologi di Johor ini telah banyak dijalankan selama hampir 150 tahun yang
lalu oleh penyelidik tempatan dan luar negara. 2 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adi
Haji Taha, Abdul Jalil Osman, Kamarudin Ab. Razak dan Asyaari Muhamad adalah antara
penyelidik tempatan yang secara terus-menerus terlibat dan bergiat aktif dalam penyelidikan
arkeologi di Johor dari tahun 1990-an hingga kini. Seterusnya, antara para penyelidik dari
luar negara yang terlibat dalam penyelidikan arkeologi di Johor seperti di Lembah Sungai
Johor adalah Solheim, I.A. Mc Gregor, R.O. Winstedt, C.A. Gibson-Hill, G.A. Gardner dan
Green Erneste.3

Penyelidikan arkeologi di Johor banyak memfokuskan dalam kajian latar sejarah dan
peninggalan warisan mengenai Kerajaan Johor-Riau-Lingga dari abad 16 Masihi sehingga
abad ke 19 Masihi. Terdapat beberapa buah sumber yang pernah tercatat iaitu sama ada
dari segi sumber bertulis atau bukan bertulis yang menjadi bukti awal kewujudan negeri
Johor.4 Sumber bertulis yang tercatat adalah seperti Negarakertagama, Kot Mont’ient Ban,
dan Hikayat Raja-Raja Pasai, manakala sumber bukan bertulis pula adalah daripada sumber
penyelidikan arkeologi di Johor. Sejarah penyelidikan arkeologi di Johor banyak dilakukan
terutamanya di sepanjang Sungai Johor semenjak tahun 1998 hingga tahun 2001.
Penyelidikan tersebut menunjukkan banyak peninggalan warisan zaman Kerajaan Johor-
Riau-Lingga.

Di Johor, tapak arkeologi pertama yang dipilih bagi penyelidikan arkeologi adalah
terletak di Ulu Sungai Johor iaitu di Kota Sayong Pinang, manakala tapak arkeologi yang
kedua pula terletak di Kota Panchor iaitu di bahagian tengah Sungai Johor. Tapak
penyelidikan arkeologi yang ketiga pula tertumpu di Kota Johor Lama iaitu di bahagian
muara Sungai Johor. Seterusnya, tapak arkeologi yang keempat pula terletak di bahagian

1
Asyaari Muhamad, 2009, Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan , Sari
- International Journal of the Malay World and Civilisation Asyaari Muhamad 199 27(2) : 199-227ms
2
Ibid
3
Asyaari Muhamad, 2020, Sejarah Pra Empayar Johor: Bukti Melalui Sumber Bertulis dan Arkeologi , Asian
Journal of Environment, History and Heritage June 2020, Vol. 4, Issue. 1, Published by Malay Arts, Culture and
Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization, 45-61ms
4
Op.cit, Asyaari Muhamad, 2009, 199ms
selatan Sungai Johor ataupun tempat tersebut dikenali sebagai Kota Bukit Canning atau Fort
Canning Hill.

Antara kesan peninggalan wariasan adalah peninggalan warisan sesuatu kerajaan


yang bersifat besar, kekal dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti di muzium
atau yang disebut sebagai ‘features’. Sebagai contoh, makam para Sultan, para pembesar,
para bangsawan, kubu pertahanan, parit, bekas tapak istana, dan perigi adalah antara
‘features’ yang masih wujud sehingga ke hari ini di tapak Kerajaan Johor-Riau-Lingga. 5
Terdapat juga tinggalan artifak seperti wang syiling dinar emas, alat-alat senjata seperti
mata tombak, lembing, keris, anak panah, alat-alat tembikar yang digunakan, perhiasan
emas, manik dan pakaian ketika zaman pemerintahan Kerajaan Johor-Riau-Lingga hasil
jumpaan penyelidikan arkeologi di Johor. 6

5
Ibid, 201ms
6
Asyaari Muhamad, 2009, Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan , Sari
- International Journal of the Malay World and Civilisation Asyaari Muhamad 199 27(2) : 199-227ms
2.1 Pengumpulan Data Awalan

Kaedah pengumpulan data awalan ini merupakan perancangan awal penyelidik kerana ianya
antara kaedah terawal yang penting untuk digunakan oleh para penyelidik dalam
penyelidikan arkeologi.7 Kaedah pengumpulan data awalan ini dikenali sebagai armchair.
Armchair ini bermaksud pengumpulan maklumat atau data mengenai penyelidikan yang
ingin dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. 8 Jane Mclntosh pernah
mengatakan mengenai kaedah ini seperti mana ‘fieldwork usually begins in thecomfort of an
armchair at home, or in a local library or public record office’. 9

Melalui kaedah pengumpulan data awalan ini, penyelidik akan membuat penelitian
ke atas sumber-sumber penyelidikan arkeologi terdahulu dalam usaha untuk mengumpul
dan mendapatkan maklumat kawasan kajian. Ketika menjalankan kaedah ini, penyelidik
arkeologi akan mengumpulkan data sekunder yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan.
Antara contoh data sekunder yang dikumpul oleh penyelidik adalah seperti peta, pelan,
laporan kajian terdahulu, sumber maklumat, gambar rajah dan lain-lain. 10 Penyelidik juga
selalunya akan mengumpulkan data awalan sebelum penyelidikan dengan menggunakan
sumber primer seperti manuskrip, batu bersurat dan lain-lain.

Sebagai contoh, penyelidik arkeologi mengumpulkan data atau makluman awalan


sebelum menjalankan penyelidikan arkeologi di Johor. Penyelidikan arkeologi di Johor
banyak memfokuskan mengenai kewujudan Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Penyelidik
arkeologi mengumpulkan data awalan melalui sumber-sumber luar seperti sumber Inskripsi
Sanskrit dan Jawa Kuno yang telah dikarang pada tahun 1006 Masihi. 11 Di dalam sumber-
sumber tersebut, ada menyebut mengenai sebuah kerajaan Wurawuri atau ‘air yang jernih’
di Johor yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada para penyelidik mengenai tajuk fokus
penyelidikan arkeologi di Johor iaitu kewujudan Kerajaan Johor-Riau-Lingga. 12

7
Nabir Hj Abdullah, Ishak Saat & Fairisa Othman. Kaedah Penyelidikan & Penulisan Sejarah. Penerbit Emiritus
Publication.
8
Ibid
9
Ibid
10
Ibid
11
Asyaari Muhamad, 2020, Sejarah Pra Empayar Johor: Bukti Melalui Sumber Bertulis dan Arkeologi , Asian
Journal of Environment, History and Heritage June 2020, Vol. 4, Issue. 1, Published by Malay Arts, Culture and
Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization, 45-61ms.
12
Ibid
2.2 Survei
Kaedah survei merupakan penelitian tinggalan dalam kajian arkeologi disertakan dengan
analisis secara mendalam. Survei dikenali sebagai penjelajahan atau peninjauan sesuatu
kawasan.13 Survei ini juga merupakan kaedah atau aktiviti yang terancang dalam
penyelidikan arkeologi atau dikenali dengan perkataan lain iaitu Reconnaisance. 14 Kaedah
survei ini bertujuan untuk menentukan tapak kajian yang berpotensi dalam penyelidikan
arkeologi untuk diekskavasi bagi mendapatkan data dan maklumat. 15 Dengan menggunakan
kaedah survei, penyelidik arkeologi akan menemukan banyak tapak baru, jumpaan
permukaan serta artifak.

2.2.1 Survei Makmal


Survei makmal ini merupakan kaedah yang berfungsi dalam memberikan maklumat
tentang kajian terdahulu sesuatu kawasan atau tapak penyelidikan arkeologi yang ingin
dipilih. Selain itu, survei makmal ini juga bertujuan penting untuk mengetahui sejarah
atau latar belakang tapak arkeologi yang ingin dikaji oleh para penyelidik. Melalui
kaedah survei makmal, penyelidik arkeologi akan melakukan kajian terdahulu sebelum
menjalankan penyelidikan di tapak arkeologi tersebut. Kajian terdahulu ini adalah
dimaksudkan apabila penyelidik perlu mencari maklumat sebelum menjalankan kerja
lapangan bagi sesuatu kawasan kajian seperti tapak-tapak yang telah dan belum dikaji,
keadaan tapak, pengkaji, jenis tapak, usia tapak, jumpaan serta isu dan masalah.
Maklumat-maklumat tersebut biasanya dapat diperolehi hasil daripada pengkaji-
pengkaji terdahulu di sesuatu kawasan kajian.
Penyelidikan arkeologi di Johor juga ada menggunakan kaedah survei
makmal ini berdasarkan kajian terdahulu. Kaedah ini digunakan oleh seorang pengkaji
arkeologi bebas yang bernama Remy. Beliau yang berpusat di Australia National
University. Beliau menjalankan penyelidikan arkeologi mengenai kewujudan Kerajaan
Klang Kio di Johor. Remy mendapatkan maklumat mengenai lokasi sebenar tapak
kewujudan Kerajaan Klang Kio yang sebenarnya terletak di Ulu Sungai Johor yang
berhampiran dengan Bandar Tenggara Kota Tinggi di Johor. 16 Beliau mendapatkan
13
Nabir Hj Abdullah, Ishak Saat & Fairisa Othman. Kaedah Penyelidikan & Penulisan Sejarah. Penerbit Emiritus
Publication.
14
Ibid
15
Harry Truman Simanjuntak. 2008. Metode Penelitian Arkeologi. Penerbit Pusat Penelitian Arkeologi dan
Perkembangan Arkeologi Nasional.
16
Asyaari Muhamad, 2020, Sejarah Pra Empayar Johor: Bukti Melalui Sumber Bertulis dan Arkeologi, Asian
Journal of Environment, History and Heritage June 2020, Vol. 4, Issue. 1, Published by Malay Arts, Culture and
Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization, 45-61ms.
maklumat tersebut dengan menggunakan sumber-sumber daripada penkaji-pengkaji
lepas.
Selain itu, sumber lain yang terdapat dalam survei makmal yang turut
digunakan oleh para penyelidik adalah foto udara. Foto udara adalah sejenis gambar
yang diambil dari paras ketinggian yang rendah menggunakan kapal terbang. Foto
udara ini bertujuan untuk merakamkan dan memberikan gambaran perspektif yang
lebih jelas berbanding foto vertikal. Foto udara ini juga bertujuan untuk memberikan
maklumat tentang bentuk muka bumi dalam bentuk 3D, formasi batuan, struktur
geologi dan saliran. Pengkaji bebas iaitu Remy turut menggunakan kaedah ini yang
turut dikenali sebagai kaedah aerial fotografi. Beliau menggunakan kaedah tersebut
untuk melihat kesan imbasan imej daripada udara untuk menentukan bentuk kota
Kerajaan Klang Kio atau juga dikenali sebagai Ganggayu. 17

2.2.2 Survei Kawasan


Survei kawasan adalah aktiviti awal yang dilakukan dengan melakukan tinjauan awal ke
atas tapak kajian yang telah dikenalpasti. Terdapat dua kaedah yang dapat dijalankan
melalui survei kawasan ini iaitu surveri peta dan survei lapangan. Kaedah survei
lapangan pula lebih melibatkan dalam aktiviti atau kajian di lapangan. 18 Seluruh data
yang dikumpul atau diperolehi merupakan sebuah data asas kepada aktiviti arkeologi
sebenar atau memberikan maklumat mengenai tapak kajian yang paling mempunyai
potensi untuk dijalankan kaedah ekskavasi.
Kaedah survei kawasan ini boleh dilihat dalam penyelidikan arkeologi di Johor
dengan penemuan tapak arkeologi secara tidak sengaja. Di Johor, satu tapak kajian
arkeologi telah ditemukan secara tidak sengaja di belakang sebuah masjid di Kampung
Makam, Kota Tinggi. Tapak kajian ini ditemukan hasil kegiatan memperbesarkan dan
memperdalamkan parit serta sungai Johor oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
Johor. Berdasarkan penemuan tapak kajian tersebut, beberapa artifak seperti mata kail
lama, porselin Cina dan beberapa tembikar dilaporkan ditemui. 19

17
Ibid
18
Nabir Hj Abdullah, Ishak Saat & Fairisa Othman. Kaedah Penyelidikan & Penulisan Sejarah. Penerbit Emiritus
Publication.
19
Op.Cit. Asyaari Muhamad, 2020.

Anda mungkin juga menyukai