Anda di halaman 1dari 1

KUIZ SSKC2213 (TEORI DAN PRAKTIS KAUNSELING)

SEMESTER 1 2021/2022 (A211)


Nama : Nurul Izzati Nasuha Binti Mat Pauzi (279822)

1. Huraikan maksud tenaga psiki dalam fahaman psikoanalisisi Sigmund Freud.


Teknik psike boleh dilihat daripada dua konsep iaitu Penentuan Psike dan juga Tahap
Bawah Sedar. Dari sudut penentuan psike iainya bermaksud setiap tingkah laku dan
reaksi mansua mesti mempunyai sebab mereka yang tersendiri. Ianya juga mempunyai
kaitan dengan tahap sedar dan juga tahap tidak sedar. Tenaga psike ini juga dipengaruhi
oleh konsep Libido, Eros dan juga Thanatos.
(3 markah)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pengertian sedar, pra sedar dan bawah sedar.
Tahap sedar merupakan tingkah laku, perasaan dan tindakan yang disedari oleh individu
seperti rasa suka, sedih, gembira. Tahap prasedar pula merupakan keadaan pemikiran
yang boleh berlaku secara tidak sedar namun ianya boleh diingatkan semula jika
individu tersebut memberi tumpuan yang sepenuhnya. Manakala tahap bawah sedar
pula menumpukan kepada bahagian besar mental manusia. Peringkat ini memainkan
peranan dalam membentuk tingkah laku manusia.
( 3 markah)
3. Huraikan secara ringkas teknik perkaitan bebas dalam psikoanalisis Sigmund Freud.
Teknik ini merupakan sebuah teknik yang memerlukan klien untuk menenangkan diri
sebelum meluahkan sesuatu. Klien akan diminta untuk mengingati semula masa
lampau yang dialamai manusia sebelum bebas untuk meluahkannya kepada
kaunselor. Tujuan teknik ini dilakukan supaya klien dapat meluahkan perkara yang
lama dipendam di dalam diri mereka.
( 3 markah)
4. Huraikan secara ringkas maksud transferens dalam psikoanalisis Sigmund Freud.
Teknik ini memerlukan klien untuk menganggap kaunselor sebagai sebahagian
daripada masa lampaunya. Ataupun lebih signifikan sebagai ibubapa mereka. Pada
tahap ini klien akan menghidupkan semula tingkah laku patogeniknya tanpa sedar
kepada kaunselor. Kaunselor perlu memahami supaya mereka dapat menangani
proses analisis dan pentafsiran mekanisme bela diri klien.
( 3 markah)
5. Beri penjelasan konsep empati dalam pendekatan pemusatan klien Carl Rogers.
Konsep ini membawa maksud kaunselor perlu berusaha untuk memahami perasaan
klien seolah-olah mereka yang mengalami pengalaman yang dilalui klien. Melalui
konsep ini ianya bertujuan untuk meyakinkan klien bahawa kaunselor sememangnya
memahami masalah mereka dan sentiasa bersedia untuk membantu.
( 3 markah)

Anda mungkin juga menyukai