Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF MANUFACTURING MANAGEMENT WITH HONOURS

JANUARY/2022

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 870811526129001


NO. KAD PENGENALAN : 870811-52-6129
NO. TELEFON : +6013-5663866
E-MEL : larryjr@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING
CENTRE
MPU3122

SOALAN TUGASAN

Tugasan 1 (30 markah)

a. Kenal pasti pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang
dibawa oleh video tersebut. Kongsikan pengalaman anda berhadapan dengan pengaruh
tersebut.

Penyediaan teknologi 5G, setahun lebih awal dari jangkaan bukan sahaja akan menjadikan
Malaysia antara negara terawal rantau membina ekosistem 5G, malah akan mengubah fungsi
teknologi mudah alih itu kepada negara. Selain internet berkelajuan tinggi pada kadar 10
hingga 100 kali ganda berbanding 4G, pengaplikasian teknologi 5G juga mempunyai kadar
lengahan (latency) rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi setiap 1
kilometer (km) persegi.
Dengan kelajuan mencecah 1.5GB sesaat, teknologi 5G yang mempunyai lebih banyak
keupayaan, akan melancarkan kualiti komunikasi, teknologi, penghantaran data, kajian dan
hiburan di skala global serta gaya hidup lebih maju. Muat turun filem pada kualiti HD
misalnya, hanya akan mengambil masa beberapa saat berbanding 4G disebabkan kebanyakan
rangkaian 5G dibina pada gelombang udara frekuensi tinggi atau spektrum jalur tinggi. Malah,
kadar lengahan rendah sekitar 1 milisaat berbanding 20 milisaat sebelum ini, akan
mengurangkan isu sela masa ketika penyambungan antara peranti. Ia sekali gus membolehkan
aktiviti yang memerlukan banyak data, tidak mengalami penangguhan data seperti sering
dikaitkan dengan teknologi sebelum ini. Lebih mengujakan, penggunaan teknologi 5G yang
mempunyai kesinambungan pantas akan memungkinkan capaian kepada aplikasi realiti maya

1
MPU3122

(virtual reality), realiti terimbuh (Augmented Reality) dan kecerdasan buatan AI (Artificial
Intelligence) yang sebelum ini tidak dapat dilakukan dengan 4G.
Dengan teknologi ini juga, satu juta peranti dapat dihubungkan pada keluasan satu km
persegi berbanding hanya 1,000 peranti dalam keluasan sama melalui teknologi LTE.
Menariknya, penyambungan peranti pada waktu yang sama ini tidak akan mengurangkan
kelajuan dan keberkesanan rangkaian. Ia seiring permintaan dipacu internet benda atau Internet
of Things (IoT) , bagi membolehkan pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian,
sekali gus membuka peluang yang mungkin dianggap mustahil sebelum ini. Pada masa sama,
pengaplikasian teknologi 5G juga mampu mengubah trajektori digital ekonomi serta
meningkatkan keupayaan negara dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Ia akan
membolehkan industri memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan buatan AI, robotik, data raya
(big data), realiti maya dan kejuruteraan perisian. Industri vertikal termasuk automotif, bandar
pintar, keselamatan awam, media dan hiburan, pertanian, pendidikan, pengilangan dan
penjagaan kesihatan juga dapat memanfaatkan teknologi ini. Pengamatan kepada penerapan
teknologi 5G, akan menjadi tarikan pelabur, sekali gus menyediakan pekerjaan baharu
bernilaitinggi dan membawa impak ekonomi positif ke atas Malaysia. Manfaat ekonomi yang
terhasil dari penggunaan 5G akan menjadi pemacu utama aspirasi ekonomi digital selaras
matlamat Rangka Tindakan MyDIGITAL dan Rancangan Malaysia Ke-12. Pelaksanaan yang
juga lanjutan dari generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G, dijalankan seiring usaha meluaskan
rangkaian 4G di seluruh negara melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

2
MPU3122

b. Anda dikehendaki mencari SATU video pendek dari media sosial yang mempunyai
unsur pengaruh barat (sosial / media/ Pendidikan / politik / ekonomi / dan yang
bersesuaian). Berikan ulasan pengaruh yang ditonjolkan dalam video tersebut dalam
kehidupan anda. Maklumat video pendek seperti berikut:

3
MPU3122

Video Pendek : https://www.youtube.com/watch?v=_kZij_cMzso


Ulasan Video pendek:

Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang disusun berkisar pada keuntungan golongan


kapitalis.Kelas kapitalis atau korporat memiliki hampir semua benda, dan mengupah pekerja untuk
menghasilkan barangan yang bertujuan untuk dijual supaya menjana keuntungan yang mengkayakan
segolongan kecil kapitalis.Sistem ekonomi kapitalis adalah berasaskan pemilikan persendirian (private
ownership) oleh golongan kapitalis terhadap sumber-sumber pengeluaran.Sumber-sumber pengeluaran
dalam ekonomi adalah termasuk modal, tanah, bahan mentah, kilang, mesin, peralatan untuk pengeluaran
barangan, tenaga buruh dan sebagainya. Modal ialah wang yang dilaburkan untuk mendapatkan lebih banyak
wang.

 Ekonomi kapitalis melibatkan pengeluaran komoditi secara besar-besaran dan berleluasa.


Komoditi ialah barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan untuk tujuan jual beli.

4
MPU3122

 Logik asas yang menggerakkan sistem ekonomi kapitalisme ialah pengumpulan modal yang


berterusan.

Pengumpulan modal dilakukan melalui proses menukarkan keuntungan kepada modal yang
dilaburkan dalam pengeluaran yang bermotifkan keuntungan dan pengeluaran semula hubungan pengeluaran
kapitalis. Untuk memastikan modal dapat dikumpulkan secara berterusan, golongan kapitalis atau syarikat
korporat yang melaburkan modal perlu memaksimumkan keuntungan. Semua aspek dalam kehidupan
manusia ditukar menjadi komoditi yang boleh dijual beli. Fenomena ini dikenali sebagai komodifikasi.
Tenaga buruh juga dijadikan komoditi yang boleh dijual beli dalam ekonomi kapitalis dan wujudnya pasaran
untuk tenaga buruh. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh persaingan. Tanpa persaingan, tiadanya
masyarakat kapitalis. Persaingan dalam masyarakat kapitalis merupakan persaigan antara golongan kapitalis
untuk mengumpul modal sebanyak mungkin dengan memaksimumkan keuntungan. Golongan kapitalis
sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mengaut keuntungan terbanyak yang terus mengekalkan
kedudukannya dalam susunan ekonomi kapitalis dan menumpaskan pesaingnya. Persaingan antara kapitalis
dalam pasaran bebas akhirnya akan menyebabkan modal semakin tertumpu dalam tangan segelintir
kapitalis yang mempunyai “daya saing” yang lebih hebat. Daya saing di sini bermakna kemampuan seseorang
kapitalis itu memaksimumkan keuntungannya dengan menjual barangannya dengan harga lebih murah.
Kapitalis hanya boleh berbuat demikian dengan meningkatkan tahap eksploitasinya terhadap
pekerja. Penumpuan dan pemusatan modal mewujudkan monopoli.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, golongan kapitalis yang menguasai modal membuat keputusan
ekonomi (seperti barangan apa yang patut dihasilkan, bagaimana barangan dihasilkan, berapa banyak
barangan yang dihasilkan, dan sebagainya) tanpa perlu bertanggungjawab kepada masyarakat umum,
sebaliknya hanya berasaskan pertimbangan untuk memaksimumkan keuntungan.Negara kapitalis berfungsi
untuk memperkukuhkan dan melindungi kepentingan golongan kapitalis dan elit kelas pemerintah.Sistem
pendidikan, media arus perdana dan pengiklankan telah mempengaruhi minda masyarakat untuk membentuk
ideologi yang bersesuaian dengan kepentingan golongan pemerintah dalam sistem kapitalis, seperti budaya
konsumeris dan berpandangan tiada alternatif kepada sistem kapitalis. Ideologi yang menguasai minda rakyat
memastikan sistem ekonomi kapitalis terus berfungsi dan menggalakkan mod penggunaan yang terus
membeli komoditi dalam pasaran.

5
MPU3122

Tugasan 2 (20 markah)

Berdasarkan soalan tugasan 1 dan soalan tugasan 3, anda dikehendaki melaporkan pengalaman
penemuan anda dalam bentuk refleksi berdasarkan format berikut:
Seperti yang kita tahu tamadun iniberasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang
bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan
rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah
maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah,
madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and
civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris
berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan

6
MPU3122

dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun
Islam.
Bagi tugasan 1 seperti pendapat yang telah saya katakan Tamadun merupakan pembukaan
bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.ia juga boleh
diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju dan kehidupan yang
bertambah baik.Dengan ada nya tamadiun di sesebuah negara itu keadaan masyarakat manusia yg
dicirikan oleh atau didasarkan kepada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yg
tinggi peradabannya . Selain itu negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran yg tinggi.Bagi soalan tugasan 3 pula saya berpendapat
jika manusia tidak menghuni bumi.Kemungkinan tidak akan wujudnya mana-mana tamadun di
dunia ini. Tamadun ini merupakan dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang
bertambah maju lalu mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.Dengan anugerah Tuhan
manusia dicipta dengan akal fikiran yang lebih baik dari hidupan yang lain.Seperti sekarang kita
manusia mendominasi bumi walupun kita bukan yang terkuat tetapi kita mempunyai kelebihan iaitu
akal fikiran dan pemikiran yang lebih baik dari makhluk yang lain.
Dalam konteks pembelajaran sebegini secara “online” ini memang lebih memudahkan lagi
pembahagian masa sama ada dari segi pengajaran dan pebelajaran.Dengan ini juga kita akan
menjadi lebih senang dan teratur dari segi masa untuk berkerja,belajar dan untuk keluarga
tersayang.

Tugasan 3: ONLINE CLASS PARTICIPATION (10 markah)

7
MPU3122

Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam perbincangan
dalam talian.
Rujuk soalan-soalan yang dimuat naik dalam e-Lesson Week 1 dan e-Lesson Week 4 di MyInspire.

1) e-Lesson week 1

a) Pembincangan e-Lesson 1 (Soalan 1)

b) Pembincangan e-Lesson 1 (Soalan 2)

8
MPU3122

c) Pembincangan e-Lesson 1 (Soalan 3)

9
MPU3122

d) Pembincangan e-Lesson (Soalan 4)

10
MPU3122

2) e-Lesson week 4

e) e-Lesson 4 (Soalan 3)

11
MPU3122

References
Harian, B. (2019). Teknologi 5G pemacu digitalisasi di Malaysia.
https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/teknologi-5g-pemacu-digitalisasi-di-malaysia.
Kiri, B. (2020). Panduan Ringkas Anti-Kapitalisme. https://sosialis.net/2020/12/19/panduan-ringkas-anti-
kapitalisme/.

12
13

Anda mungkin juga menyukai