Anda di halaman 1dari 19

3.5.

1
“Kemakmuran
Bersama 2030”

SARANYAH 6A4
- Satu inisiatif baru untuk mencapai pertumbuhan ekonomi mampan dan
saksama menjelang 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Inisiatif ini menggantikan matlamat Wawasan 2020.
- Usaha menjadikan Malaysia negara yang terus menerus membangun secara
mampan, seiring pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap
peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi.
- “Kemakmuran Bersama” adalah model ekonomi yang berorientasikan
pertumbuhan dan mesra pasaran.
- Matlamat “Kemakmuran Bersama” adalah untuk menyediakan taraf hidup
yang wajar kepada semua rakyat.
Objektif “Kemakmuran Bersama
2030”
 Memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani
 Mencipta ekonomi yang lebih berstruktur, progresif, berpaksikan
ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang
menyeluruh di semua peringkat
 Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan
bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
1 . Penstrukturan dan Penambahbaikan Ekosistem Perniagaan
dan Industri Negara
o Ekosistem perniagaan dan Industri negara perlu ditambah baik supaya
kekal relevan dan memenuhi kehendak ekonomi masa depan
o Pengurusan yang lebih terkini dan efektif
o Pemakaian ekonomi digital secara menyeluruh
o Peningkatan kemahiran pekerja yang bernilai tinggi
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
2 . Sektor Pertumbuhan Baharu
o Bagi menjana ekonomi negara kepada aras yang lebih tinggi dan relevan
dengan perkembangan zaman, Malaysia harus meneliti dan mempelopori
sektor-sektor pertumbuhan baharu
o Malaysia tidak harus menjadi negara pengguna tetapi sebaliknya menjadi
negara yang mampu mengeluarkan lebih banyak produk sendiri yang bertaraf
antarabangsa.
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
3 . Reformasi Bakat dan Sumber Tenaga Negara
o Meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekerja Malaysia supaya
menghasilkan tenaga kerja yang lebih produktif dan memberikan nilai
pendapatan yang tinggi
o Menilai semula program-program peningkatan keupayaan dan kemahiran di
sektor swasta mahupun kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang
kompetitif, produktif dan relevan dengan kehendak industri dan dunia pada
hari ini dan masa depan
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
4 . Memperbaiki Pasaran Buruh dan Pendapatan Pekerja
o Pekerja kita harus mempunyai pendapatan yang lebih tinggi bagi memastikan
mereka mendapat kehidupan yang lebih baik
o Pembaikan ekosistem perniagaan dan perindustrian dan peningkatan
keupayaan sumber manusia supaya kenikmatan dapat dirasai oleh pekerja
o Penyediaan peluang yang lebih menyeluruh kepada pekerja tempatan di
semua peringkat
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
5 . Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial
o Polisi dan program ke arah kesejahteraan sosial yang lebih menyeluruh
diperkukuhkan berdasarkan prinsip memenuhi ekonomi keperluan
o Membantu membangunkan keupayaan mereka keluar dari kekurangan dan
keadaan yang berisiko.
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
6 . Pembangunan Wilayah yang Inklusif
o Pembangunan pusat-pusat ekonomi yang lebih menyeluruh di seluruh
negara supaya jurang dalam bandar, antara bandar dan desa, negeri
yang maju dan terbelakang dan antara Semenanjung dan negeri-negeri
Borneo dikurangkan.
Teras Strategik “Kemakmuran Bersama
2030”
7 . Peningkatan Modal Sosial Masyarakat

o Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi memerlukan masyarakat yang


matang, berilmu, bekerja keras dan mementingkan perpaduan sehingga
mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat
menjelang 2030
o Jati diri dan patriotisme golongan muda juga adalah amat penting bagi
memastikan masa depan negara yang cemerlang.
Kerajaan juga telah mengenal pasti pemangkin lain bagi
memastikan matlamat teras strategik itu dapat dicapai.

 Dasar fiskal yang progresif


 Aras tanda urus tadbir dan integriti tinggi
 Penghasilan pendidikan dan TVET bernilai tinggi
 Modal sokongan kewangan kompetitif
 Penyampaian institusi kerajaan yang efektif
 Kestabilan monetari
 Big data yang komprehensif dan terangkum
 Masyarakat sivil dan berpengetahuan
3.5.2 Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0)
3.5.2.1 Perkembangan Revolusi Industri Pertama hingga Kini
 Revolusi industri pertama adalah ketika terciptanya enjin wap dan mesin-mesin
terawal yang memudahkan kerja-kerja. Sebagai contoh pemprosesan kapas dan
laluan kereta api.
 Industri 2.0 pula adalah ketika wujudnya kemudahan elektrik, barisan pemasangan
serta bermulanya proses pengeluaran secara besar besaran
 Industri 3.0 muncul bersama kewujudan computer dan automasi, ketika robot dan
mesin mula menggantikan pekerja manusia di barisan pemasangan tersebut.
 Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi
memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan
mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal
berdaya saing. Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti
automasi, Internet of Things (Iot), analisis dan big data, simulasi, integrasi system,
penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia
moden.
Industri 4.0
o Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan
keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu
teknologi
o Komputer dan sistem automatik bekerja bersama-sama dalam satu cara
yang baru
o Robot dihubungkan secara wireless ke sistem komputer yang mampu
mengawal robot-robot
o Teknologi automasi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung
o Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap
sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia
pekerjaan.
Ciri-ciri Kilang atau Sistem Tergolong di Bawah
Industri 4.0
Interoperability Bantuan Teknikal
 Hal ini bermaksud mesin, peranti sensor dan  Sistem tersebut boleh menyokong
individu yang boleh berhubung dan manusia dalam membuat keputusan dan
berkomunikasi antara satu sama lain. menyelesaikan masalah serta berupaya
untuk membantu individu dalam tugas
yang terlalu sukar atau tidak selamat bagi
seorang manusia
Ketelusan Maklumat Membuat keputusan sendiri
 Sistem-sistem ini mampu mencipta satu  Sistem siber-fizikal ini mampu
salinan maya dunia fizikal melalui data yang membuat keputusan-keputusan mudah
dikesan menerusi sensor untuk pemprosesan dengan sendiri dan boleh bertindak
maklumat. secara autonomi yang mungkin.
3.5.2.4 Kesan Revolusi Industri 4.0
o Kesan Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja
tempatan, khususnya kumpulan menengah rendah
(sederhana). Kelompok yang tidak diperlukan dalam
ekonomi. Kumpulan ini akan terpinggir dalam sistem
ekonomi baru ini. Kumpulan menengah rendah ini lebih
mudah diganti dengan robot.
3.5.2.5 Cabaran Revolusi Industri 4.0
Sumber manusia berkemahiran tinggi
• Perubahan yang berlaku akibat fenomena Industri 4.0 memerlukan sumber
manusia berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar daya saing dapat
diperkasakan
• Hal ini amatlah berhubung rapat dengan tuntutan keperluan industri 4.0
yang berasaskan teknologi komputer dan pengautomasian.
• Semua ini boleh dicapai melalui latihan dan pembangunan sumber manusia
• Kemahiran yang perlu diberi penekanan kepada sumber manusia meliputi
lima komponen penting iaitu pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah,
komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kesejahteraan emosi
3.5.2.5 Cabaran Revolusi Industri 4.0
Tuntut komitmen organisasi

• Kecekapan dan kos organisasi. Peningkatan tahap kecekapan pengurusan


operasi dan pengurangan kos secara keseluruhan diperlukan. Peningkatan
kecekapan dan pengurangan sumber manusia ini membawa kepada
penjimatan kos kepada organisasi
• Pencapaian jangka panjang positif Industri 4.0 ini sudah tentu memerlukan
komitmen organisasi dalam latihan dan pembangunan sumber manusia.
SOALAN
1. Berikan 4 pemangkin lain bagi memastikan matlamat
teras strategik dapat dicapai

2. Nyatakan ciri-ciri kilang atau sistem tergolong di bawah


Industri 4.0
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai