Anda di halaman 1dari 2

Evangeline

Saya menyokong pendapat anda bahawa faktor keluarga mempengaruhi pembentukan identity
seseorang individu. Menurut laman sesawang https://core.ac.uk/download/pdf/11782142.pdf
menjelaskan bahawa kehidupan individu ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anaknya, bercerai, terdapat
kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi yang tidak stabil. Keluarga dan ahli
keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan akan meningkatkan
penyesuaian individu tersebut. Individu akan melihat dirinya diterima oleh ibu bapa akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif
terhadap perkembangan personaliti anaknya dengan memahami perasaan, kasih sayang dan
mengambil berat akan menjadikan anaknya seorang yang berkeyakinan tinggi, berfikiran positif dan
mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.

Pengalaman awal Kanak-kanak.

Menurut laman sesawang https://core.ac.uk/download/pdf/11782142.pdf menjelaskan bahawa


pengalaman ketika kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan kesan-kesan
terhadap personaliti individu yang kekal. Kekurangan kemesraan ibu atau penjaga ketika awal
kanak-kanak serta tekanan emosi akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak
tersebut. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu bapa di dalam keseluruhan
konteks kebudayaan di dalam persekitaran kanak-kanak dan faktor-faktor lain di dalam pengalaman
kanak-kanak akan menentukan pola-pola personalitinya. Sikap ibu bapa yang tidak dapat
berkomunikasi dengan baik akan menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan tertekan dan
boleh menjejaskan personalitinya.

Pengaruh Rakan

Menurut laman sesawang https://core.ac.uk/download/pdf/11782142.pdf menjelaskan bahawa


ketika di sekolah, kanak-kanak akan membentuk personaliti yang disanjung oleh rakan-rakannya.
Menyerlah atau tidak seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya adalah sangat
penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang dilantik menjadi Pengawas Sekolah,
Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas kebiasaannya akan membentuk sifat-sifat berkeyakinan diri,
berfikiran positif dan mempunyai semangat kepemimpinan yang tinggi. Manakala kanak-kanak yang
tidak disukai oleh rakan-rakannya akan merasa rendah diri, tersisih, rasa iri hati, muram dan tertekan
serta mewujudkan personaliti yang kurang baik.
Pengaruh Sekolah

Menurut laman sesawang https://core.ac.uk/download/pdf/11782142.pdf menjelaskan bahawa


guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara langsung,
guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap dirinya dengan tindakan guru
membetulkan tingkah lakunya. Guru yang bersifat mesra dan mempunyai sikap tanggungjawab akan
melatih kanak-kanak dengan membuat latihan/kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang
negatif atau tidak mengambil berat akan memusnahkan motivasi kanak-kanak tersebut dan mereka
akan merasa tersingkir. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti
murid. Gred, markah dan kad laporan juga akan menambahkan perasaan serba kekurangan,
bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik, menerima pengakuan
sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan akan mewujudkan keyakinan diri yang tinggi
dan berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai