Anda di halaman 1dari 3

Draft Laporan Gaya Hidup Sihat (Kerja Berkumpulan)

Tajuk: Ekspedisi Mendaki Bukit Berekeh


Lokasi: Bukit Berekeh, Perak
Tarikh & Masa: 27-28 Mei 2022 (Jumaat - Sabtu : 2 hari 1 malam)
Peserta: 30 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pengenalan program:
● Ekspedisi mendaki bukit berekeh adalah salah satu aktiviti yang telah dibincang dan
dipersetujui sebulat suara dari ahli-ahli yang dalam percubaan untuk mengamalkan
gaya hidup sihat. Program ini bukan sahaja akan mengukuhkan jasmani mahlah juga
dari segi rohani. Daripada hanya bergantung pada tahap kekuatan dan kecergasan
mereka, peminat sukan luar juga harus melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran insaniah, dan menyediakan diri mereka untuk
menghadapi pelbagai halangan yang mungkin mereka hadapi pada masa hadapan.
Program pendakiaan ini bukan sahaja akan menggalakkan ahli untuk melibatkan diri
dalam aktiviti luar tetapi juga untuk meningkatkan diri mereka untuk kekal cergas dan
menjadi belia yang kuat semangat yang bersedia untuk menyahut cabaran dunia hari
ini.

Objektif:
● Untuk mengakui kebesaran Allah dan mengembangkan rasa syukur kepada Allah,
pencipta alam
● Memupuk sikap semangat juang di kalangan ahli pengembara apabila berhadapan
cabaran dan halangan
● Untuk membangunkan pelbagai kemahiran hidup di kalangan ahli pengembara
● Meningkatkan tahap kecergasan ahli pengembara
● Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli pengembara
● Untuk mencapai misi UIAM bersama-sama dengan Matlamat Pembangunan Mampan
(SDG)

Rasional:
● Pengurangan penglibatan para pelajar dalam aktiviti kecerdasan fizikal.
● Peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar UIAM.
● Untuk menggalakkan ahli-ahli mengamalkan kehidupan yang seimbang sebagai
seorang pelajar dengan bijak membahagikan masa untuk aktiviti akademik dan bukan
akademik.
Perincian program:

Hari Masa Aktiviti


Pertama
27 Mei 2022 2:30 PM Para pelajar berkumpul di tangga besar
(Jumaat)
2:45 PM Taklimat program

3:00 PM Pengagihan barang

3:10 PM Bergerak ke Masjid Bawong (berdekatan dengan Bukit


Berekeh)

6:30 PM Tiba di Majid Bawong untuk solat asar

7:30 PM Solat maghrib, makan malam dan berehat

Hari Kedua 2:30 AM Bergerak ke tapat Bukit Berekeh


28 Mei 2022
(Sabtu)
2:45 AM Pengagihan kumpulan

3:00 AM Mula mendaki

5:00 AM Tiba di puncak untuk memerhati bintang

6:15 AM Solat subuh dan persiapan untuk sarapan pagi

7:30 AM Sesi fotografi

8:45 AM Turun ke tapak Bukit Berekeh

10:45 AM Tiba di tapak

11:00 AM Bergerak pulang ke rumah


Penumbuhan Jawatankuasa:

– masih dalam proses perbincangan –

Anggaran Belanjawan:

No. Item Perincian Harga (RM)

1. Katering Makan pagi (30 orang) 90


RM 3 x 30

Makan tengahari (30 orang) 150


RM 5 x 30

2. Pengangkutan Bas UIAM (1)

3.

Jumlah keseluruhan (RM)

Penutup:

● Kami berharap semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kami amat
percaya ia akan memberi manfaat kepada pelajar dalam aspek jasmani, emosi dan
rohani, dan boleh menjadi landasan kepada para peserta untuk membina rasa
kesyukuran dan kesedaran yang tinggi terhadap ciptaan Allah yang indah melalui
penghayatan terhadap alam sekeliling. Ia juga diharapkan dapat membantu para
pelajar dengan keseimbangan dan memastikan mereka dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran insaniah bagi menyediakan diri mereka untuk menghadapi cabaran yang
mendatang dalam kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, kemahiran yang akan
dipelajari juga akan membantu ahli dalam kelangsungan hidup semasa kecemasan dan
belajar untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai