Anda di halaman 1dari 21

Pemanasan global kini tahap kritikal

Oleh Nazura Ngah


nazura_ngah@bh.com.my

Ahad, 21 April 2019 - 7:37PM

Kuala Lumpur: Keadaan cuaca tidak menentu yang menyaksikan kawasan


tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir besar dan masalah kemarau
panjang adalah antara kesan daripada pemanasan global yang membawa
perubahan atau gangguan terhadap kitaran iklim, habitat dan ekosistem.

Pemanasan global adalah fenomena pemerangkapan gas dikenali sebagai


gas rumah hijau membabitkan kumpulan gas (karbon dioksida (CO2), karbon
monoksida (CO), kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida)
menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke
angkasa.
Kumpulan gas itu membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi
menghalang pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera.

Menurut Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang, trend pemanasan yang
menyaksikan 2016 diisytiharkan sebagai tahun ketiga berturut-turut suhu
kekal meningkat berterusan sejak 2001 yang mana 16 tahun daripada 17
tahun terpanas berlaku pada tempoh berkenaan.

Beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I, Panel Perubahan
Iklim Antara Kerajaan (IPCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
berkata, laporan IPCC kelima 5 yang diterbitkan pada 2013 menyatakan tiga
dekad sebelum ini adalah dekad terpanas secara berturutan sejak 1850.

Katanya, semua itu disebabkan oleh pemanasan global akibat peningkatan


kepekatan gas rumah hijau, terutama CO2 yang mencecah paras 400 ppm,
satu paras yang tidak pernah berlaku dalam sejarah bumi sejak hampir sejuta
tahun lalu.

"Peningkatan kepekatan CO2 akan memerangkap haba dalam sistem iklim


bumi dan sejak tiga dekad lalu laporan IPCC juga mendapati sistem iklim
bumi berada tidak seimbang, iaitu menerima lebih haba daripada matahari
berbanding haba yang keluar daripada sistem berkenaan.

"Saya menjangkakan trend peningkatan suhu ini akan berlaku pada tahun
berikutnya selari peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera seperti
yang dilaporkan dalam laporan IPCC," katanya kepada BH.

Sementara itu, Felo Penyelidik Utama, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara
UKM (SEADPRI-UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata
kenaikan suhu dunia disebabkan kegiatan manusia, terutama perindustrian
yang membebaskan gas rumah hijau.

Katanya, tiga tahun berturut-turut menjadi tahun paling panas adalah amaran
keras kepada manusia dan kini sudah sampai ke tahap kritikal.

Beliau berkata, pencairan glasier, paras laut semakin meningkat dan cuaca
ekstrem juga petanda kesan perubahan iklim sudah sampai tahap tidak boleh
dikawal.

"Masyarakat masih belum memahami dan menghayati betapa serius


fenomena perubahan iklim. Oleh itu pendidikan awam yang lebih berkesan
perlu dipertingkatkan.

"Dasar berkaitan perubahan iklim perlu diarusperdanakan dalam semua


sektor pembangunan dan perlu ada tindakan bersifat holistik, membabitkan
semua sektor untuk berhadapan dengan fenomena baharu ini," katanya.
Fakta: Pemanasan global membawa tiga impak:
- Perubahan iklim 
- Peningkatan paras laut 
- Peningkatan suhu

Langkah mengurangkan kesan akibat pemanasan global

 Kurangkan kebergantungan penggunaan kereta dan kenderaan


persendirian
 Amalkan aktiviti kitar semula
 Projek landskap dalam taman
 Hentikan penebangan hutan secara tidak terkawal
 Kurangkan penggunaan tenaga elektrik, digantikan dengan tenaga
diperbaharui
 Giatkan aktiviti penanaman pokok.
Punca berlaku pemanasan global

1. aktiviti manusia
- perindustrian
- pengangkutan
- pembakaran hutan
- pertanian dan penternakan
2. faktor semula jadi
- letusan gunung berapi

Kesan akibat pemanasan global

 tanah menjadi tandus menyebabkan hasil pertanian berkurangan


 kadar hujan berkurangan kerana kemarau menyebabkan proses sejatan
tidak mempunyai wap air untuk membentuk awan tebal
 peningkatan paras laut
 ancaman hidupan laut
 perubahan habitat
 gangguan cuaca
 penyebaran penyakit.

Proses menyebabkan pemanasan global


- jerebu
- penipisan lapisan ozon
- kesan rumah hijau
- pulau haba bandar
- hujan asid
- kemarau

 2016 diisytihar NASA, NOAA dan UK Met Office sebagai tahun


terpanas mengatasi 2015
 Kesan El Nino menyumbang satu pertiga daripada peningkatan suhu
2016

 0.87 ° Celsius - purata peningkatan suhu global


 Suhu dunia naik pada kadar membimbangkan sejak 1970-an
 81.1 milimeter (mm) - paras laut pada September 2016
 Antartika kehilangan 134 gigatan (gigatonnes) ais setahun sejak 2002
 Greenlad kehilangan 287 gigatan (gigatonnes) ais setahun sejak 2002
 Pelepasan karbon dioksida (CO2) pada Disember 2016 pada kadar
405.25 ppm
 Amerika Syarikat ramal suhu bumi akan meningkat sebanyak 45°
Celsius menjelang 2030
 Proses mengurangkan kepekatan gas CO2 boleh makan masa antara
200 hingga 300 tahun
 Paras laut seluruh dunia meningkat sekitar 14 sentimeter (cm) dalam
tempoh 10 tahun terakhir

 Pemanasan global beri kesan negatif kepada nisbah jantina spesies


amfibia dan reptilia
 Jika suhu terlalu panas, populasi spesies amfibia dan reptilia betina
lebih banyak berbanding jantan
 Kajian panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (IPCC)
mendapati 98 peratus penyebab kenaikan suhu bumi disebabkan
pembebasan gas CO2
 Industri pengangkutan dan perkilangan menjadi penyumbang
peningkatan suhu bumi apabila bahan api fosil digunakan sebagai
sumber tenaga
 Bahan api fosil mempunyai kandungan karbon sangat tinggi selain
pecahan seperti metana dan antrasit
 Peningkatan suhu dunia secara mendadak bermula sejak zaman
revolusi perindustrian apabila manusia guna bahan api fosil secara
meluas
 Aktiviti pembalakan menyebabkan kehilangan pelbagai spesies pokok
 Proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau berfungsi sebagai penyerap
CO2, bebaskan gas oksigen.

Anda mungkin juga menyukai