Anda di halaman 1dari 13

BACELOR PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN

TAHUN 3 (SEMESTER 1)

PENGAJARAN PENGURUSAN AGROTEKNOLOGI

STE4100

AMALI : PENYELENGGARAAN POKOK BUAH-BUAHAN

(NANGKA)

NAMA PENSYARAH : DR. HOW SHWU PYNG

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SYAFIQ BIN HASHIM

NO. MATRIK: 201219


PENGENALAN

Pada amali kali ini, kami telah menjalankan aktiviti di Ladang 5, Universiti Putra

Malaysia (UPM). Amali kali ini telah diberi taklimat oleh pengawai ladang iaitu Cik

Ilyamira. Ladang 5 UPM merupakan salah satu Taman Pertanian UPM (TPU) yang

menjalankan penanaman pokok buah-buahan. Di ladang 5, terdapat pelbagai

tanaman buah-buahan antaranya adalah durian, nangka, rambutan, cempedak, duku,

manggis, mesta dan ciku.

Bagi setiap jenis buah-buahan tersebut, terdapat pelbagai varieti yang ditanam di sini.

Antara varieti durian yang ditanam disini adalah jenis musang king, duri hitam, D24

dan sebagainya. Bagi nangka pula, varieti yang ditanam adalah J 3, 5, 6, 33 dan 37.

Terdapat juga tanaman mesta dan manggis yang mempunyai perbezaan masing-

masing bagi setiap jenis tanaman ini.

Dalam pada masa yang sama, kami telah diberi taklimat pengenai pengurusan pokok

buah-buahan yang terdapat di sana terutamanya pengururan pokok nangka.

Antara pengurusan tanaman buah-buahan yang perlu dititikberatkan adalah

pengurusan penanaman yang mengambil kira jenis tanaman, jarak bagi setiap

tanaman dan teknik susunan yang sesuai untuk penanaman tersebut. Hal ini akan

membolehkan penentuan teknik tanaman dibuat untuk setiap tanaman. Selain itu

juga, antara pengurusan lain yang dibuat adalah pembajaan, pemangkasan, kawalan

penyakit dan perosak, kawalan rumpai, penuaian hasil dan juga penyelanggaran

tanaman dan kawasan penanaman.

Pada amali kali ini, kami diberi taklimat bagi pembajaan tanaman nangka, diberi

taklimat mengenai pemangkasan nangka, melakukan aktiviti pembuangan sulur air

dan pembungkusan buah dan juga pengurusan lepas tuai bagi tanaman nangka.
OBJEKTIF

Objektif yang hendak dicapai sepanjang amali kali ini adalah kami dapat

menyelenggara pokok buah-buahan berdasarkan langkah kerja yang betul.

ALATAN

Antara peralatan yang digunakan sepanjang amali Penyelenggaraan Pokok Buah-

Buahan adalah :

Gambar Nama

Gunting pemengkasan

(sekateur)

Gergaji tangan

Chainsaw
Long chainsaw

Guni

Tali rafia
PEMBAJAAN

Pada amali penyelenggaraan pokok buah-buahan kali ini, kami diberi taklimat dan

maklumat mengenai pembajaan bagi tanaman buah nangka. Pokok nangka diberi

baja bermula dari penanaman anak pokoknya lagi. Di dalam lubang penanaman anak

pokok, baja CIRP dimasukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan anak pokok

nangka. Hal ini kerana baja CIRP merupakan baja yang membantu dalam

pertumbuhan akak pokok dengan baik. Anak pokok yang baru ditanam pada tapak

penanaman sememangnya memerlukan tumbesaran akar yang baik bagi

memudahkan menyerap nutrien dalam tanah.

Di samping itu, sebelum aktiviti penanaman anak pokok dilakukan, pemeriksaan pH

tanah pada tapak penanaman dilakukan dan jika tanahnya berasid, kapur akan ditabur

seminggu lebih awal sebelum penanaman. Hal ini akan memastikan tanah menjadi

netrual dan sedia untuk penanaman. Selain daripada itu, baja organik juga diberi pada

tanah bagi memastikan tanah mempunyai sumber nutrien yang banyak dan struktur

tanah bersedia untuk penanaman anak pokok.

Bagi tanaman pokok buah-buahan, baja organik selalu diberikan kepada tanaman

secara berperingkat mengikut keperluan tanaman. Bagi tersebut diberikan pada

tanaman kira-kira 60 kg bagi setiap pokok buah-buahan dan ianya bermula dari

peringkat awal penanaman anak pokok. Antara contoh baja organik adalah

berasaskan najis ayam, najis kambing dan najis lembu. Selain dari baja organik, pokok

buah-buahan diberi baja kimia iaitu baja NPK Hijau dan NPK Biru. Bagi baja NPK

Hijau, ai penting bagi pokok untuk pembesaran pokok dan bagi tanaman pokok

nangka, ianya diberikan pada pokok pada 1 hingga 4 tahun penanaman dan ianya

berikan setiap 6 bulan. Bagi baja NPK Biru pula, ia berikan pada 5 hingga 8 tahun
penanaman pokok dan ianya penting bagi pedembungaan dan membantu pokok

mengeluarkan buah yang baik. Baja NPK Biru ini diberikan pada setiap 6 bulan dan

mengikut keperluan pokok juga.

Baja organik
PEMANGKASAN

Taklimat mengenai pemangkasan pokok buah-buahan turut diberikan oleh pegawai

ladang kepada kami. Pemangkasan adalah satu aktiviti penyelenggaraan tanaman

dengan membuang bahagian yang tidak diperlukan oleh tanaman. Perkara ini penting

bagi memastikan pokok dapat dibentuk mengikut keperluan untuk membolehkan

tanaman buah-buahan mengeluarkan hasil yang berkualiti. Selain itu, tujuan

pemangkasan adalah untuk membuat mengawalan penyakit. Bahagian pokok yang

diserang penyakit perlu dibuang bagi mengelakkan penularan ke bahagian lain.

Pemangkasan juga penting bagi memastikan dahan-dahan pokok yang mati dapat

dibuang dan disenggara dengan supaya apa-apa kemalangan dapat dielakkan.

Pembajaan perlu dilakukan selepas proses pemangkasan dilakukan bagi

membolehkan nutrien sentiasa disalurkan kepada tanaman.

Bagi tanaman buah nangka, pokok nangka perlu dipangkas batangnya 1 sehingga 1.5

meter dari tanah. Selepas itu, pokok nangka dipangkas mengikut sistem terbuka

dengan membuang batang utama pokok dan meninggalkan dahan-dahan utama bagi

membolehkan mengeluaran buah pada dahan-dahan tersebut. Selain itu juga, melalui

sistem terbuka juga ia membolehkan pengudaraan yang baik bagi tanaman tersebut.

Pengudaraan yang baik penting bagi pengawalan perosak seperti kulat yang mudah

untuk menyerang dahan-dahan pokok nangka yang basah. Udara yang mengalir

dengan baik akan membolehkan dahan setiasa kering dan kulat tidak dapat tumbuh.

Selain itu juga, pencahayaan yang baik dapat diberikan pada pokok nangka dan

membolehkan pokok tersebut mendapatkan tumbesaran yang baik.


PEMBUANGAN SULUR AIR DAN PEMBUNGKUSAN

Sulur air merupakan pucuk-pucuk baru yang tumbuh pada dahan-dahan utama pokok

nangka. Melalui sulur air tersebut akan mengeluarkan bunga baharu untuk

membentuk buah nangka. Namun begitu, sulur-sulur air tersebut perlu diselenggara

dengan baik bagi mengelakkan kepadatan pada dahan pokok nangka. Sulur air yang

telah menghasilkan buah hanya ditinggalkan 1 atau 2 sahaja pada setiap dahan. Hal

ini kerana ia bagi memastikan buah nangka yang ditinggalkan dapat membesar

dengan baik dan hasil tersebut adalah berkualiti. Dalam masa yang sama, ia bagi

memastikan dahan dapat menampung berat buah nangka yang dihasilkan dan

mengelakkan dahan rosak atau patah.

Sekiranya pada dahan pokok nangka tersebut sudah mempunyai buah yang terhasil,

sulur-sulur air yang baharu perlu dibuang bagi menjamin kualiti buah yang ada. Sulur-

sulur air tersebut lebih banyak keluar selepas dibuang kerana pokok nangka akan

lebih tertekan apabila sulur dibuang. Selain itu, sulur air tersebut lebih cepat tumbuh

pada musim hujan dan ini memerlukan penyelanggaraan yang lebih kerap.

Buah yang tinggalkan perlu dibungkus menggunakan guni besar dan diikat dengan

tali rafia bagi menggalakkan dari diserang oleh lalat buah yang akan merosakkan buah

nangka tersebut. Buah boleh dibalut apabila ia sudah sebesar bola golf atau sudah

berukuran 8cm.
Keadaan dahan pokok nangka yang mempunyai banyak sulur dan buah nangka

Sulur air dibuang menggunakan gergaji tangan

Keadaan buah yang sudah sedia untuk dibungkus


Buah nangka dibungkus menggunakan guni dan diikat dengan tali rafia

Keadaan selepas buah siap dibungkus


PASCA TUAI

Buah yang sudah matang boleh dituai dengan melihat kepada indeks kematangan

sesuatu jenis tanaman dan mengira tempoh penuaian bermula dari bunga

membentuk buah sehingga tempoh andaian buah sudah matang.

Bagi tanaman nangka, indeks kematangan buah dinilai dari beberapa aspek. Antara

aspek yang dinilai adalah melalui warna, iaitu warna buah nangka yang sudah matang

adalah berwarna hijau kekuningan. Selain itu, ia juga dilihat pada permukaan buah

nangka tersebut, jika buah sudah matang, corak jaring pada buah tersebut adalah

lebar berbanding buah muda dan duri pada permukaan buah tumpul dan lembut.

Seterusnya, ia juga boleh dilihat dari keadaan tangkai buah tersebut. Hal ini dapat

dinilai dengan melihat tangkai buah yang sudah membengkak dan berwarna

kecoklatan. Jika ditoreh pada pada tangkai buah tersebut, getah yang keluar perlulah

mengalir dengan baik dan cair.

Selain itu, kematangan buah boleh dinilai dengan menepuk permukaan buah untuk

mendengar bunyi yang dihasilkan. Jika bunyi yang dihasilkan adalah padat dan tidak

bergema, itu bermakna buah tersebut masih muda dan tidak boleh ditua, jika bunyi

yang dihasilkan dari tepukan tersebut adalah lebih bergema dan kosong, bermakna

buah tersebut sudah matang dan boleh dituai.

Disamping itu, buah nangka mepunyai tempoh jangkaan penuaian pada 12 sehingga

14 minggu selepas pokok itu berbuah. Selepas buah dituai, ia perlu diperam pada

keadaan kering dan bersuhu bilik selama 3 ke 4 hari sebelum dapat dimakan.
Tangkai buah sudah berwarna kecoklatan, bengkak dan sudah mengeluarkan getah
yang cair

Buah nangka yang sudah dituai berwarna hijau kekuningan

Buah nangka yang sudah masak


KESIMPULAN

Penyelenggaraan pokok buah-buahan adalah satu pengurusan perladangan yang

sangat penting bagi memastikan kesihatan pokok dan kualiti hasil terjamin. Amali kali

ini dilihat sangat memberi pendedahan dan pengetahuan serta pengalaman kepada

pelajar tentang pentingan setiap aktiviti penyelenggaraan pokok yang dilakukan.

Aktiviti yang dilakukan adalah mengikut langkah yang betul supaya pokok sentiasa

dalam keadaan baik dan menghasil hasil adalah berkualiti.

Kami dapat merasai sendiri bagaimana pengalaman membuang sulur air yang ada

pada dahan dan membungkus setiap buah yang ditinggalkan pada satu-satu pokok

nangka tersebut. Kami juga dapat ilmu yang sangat berguna bagi kegunaan masa

akan datang seperti keperluan baja bagi tanaman pokok buah-buahan, teknik

pemangkasan dan pembuangan sulur air dengan betul serta melihat sendiri dengan

jelas bagaimana nangka dituai berdasarkan indeks kematangan buah nangka

tersebut.

Diharap amali kali ini mampu diaplikasikan pada masa akan datang dan dapat

dikongsi secara meluas kepada pelajar-pelajar apabila kami menjadi warga pendidik

pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai