Anda di halaman 1dari 12

PPT 2022

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN 1
JULAI 1 jam
SMK GUNUNG RAPAT
IPOH PERAK

ARAHAN :
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu
2. Tuliskan nama, tingkatan dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas
soalan ini. Penggunaan kalkulator saintifik yang biasa dibenarkan.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
NO. MARKAH
BAHAGIAN MARKAH
SOALAN DIPEROLEHI
A 1 - 40 100
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDKAN KESIHATAN

Nama : ______________________________________________

Tingkatan : ___________________________________________

Nama Guru M/P :_______________________________________

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ………………………….. …………………………


MOHD SALLEHUDDIN SHAH EN MUHAMMAD HAZRI PN CIK AZIMIDA BINTI AZIMI
BIN ZAINAL ABIDIN BIN ZAHID KASIMI KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
GURU MATA PELAJARAN KETUA PANITIA PJPK
1. Apakah kepentingan memanaskan badan?

A Menurunkan suhu badan


B Melancarkan pengaliran darah
C Mengurangkan risiko kecederaan sebelum melakukan aktiviti
D Mampu melakukan aktiviti sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang.

2. Sebelum melakukan aktiviti sukan, seseorang itu perlu melakukan aktiviti __________ .

A memanaskan badan
B menyejukkan badan
C mandi dengan segera
D makan seberapa yang segera

3. Seseorang atlet itu perlu __________ selepas melakukan aktiviti sukan.

A memanaskan badan
B menyejukkan badan
C mandi dengan segera
D makan seberapa yang segera

4. Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi

A menambahkan berat badan


B membolehkan tidur lebih nyenyak
C mengelakkan daripada terdedah kepada penyakit bahaya
D meningkatkan daya tumpuan dan pembelajaran lebih berkesan

5. Rajah 1 di bawah merupakan kemahiran menghambur. Apakah X dalam rajah di bawah?

Hambur ke udara sambil


membuat putaran 180°

Hambur ke udara sambil


X membuat putaran 360°

KEMAHIRAN
MENGHAMBUR

Rajah 1
A Hambur ke udara sambil membuat putaran 30°
B Hambur ke udara sambil membuat putaran 60°
C Hambur ke udara sambil membuat putaran 90°
D Hambur ke udara sambil membuat putaran 120°

6. Berikut merupakan kemahiran melombol seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Apakah
kemahiran X?

Lombol kangkang

KEMAHIRAN
MELOMBOL X

Lombol sisi

Rajah 2
A Lombol depan
B Lombol tegak lalu
C Lombol putaran
D Lombol belakang

7. Berikut merupakan lakuan kemahiran melombol yang betul, kecuali

A Kedua-dua kaki di buka luas semasa mendarat


B Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya
C Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan
D Tegakkan badan sambil luruskan tangan ke atas

8. Pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti __________ untuk


menghasilkan pergerakan yang kreatif.

A daya, larian, kemahiran dan tubuh badan


B larian, kemahiran, tubuh badan dan ruang
C kemahiran, tubuh badan, ruang dan masa
D tubuh badan, ruang, masa dan daya
9. Yang manakah antara berikut BUKAN termasuk dalam pergerakan kreatif ?

A Lompat jalak
B Tepuk jalak
C Jalan galak
D Kembang jalak

10. Maklumat di bawah menunjukkan satu pergerakan kreatif.

Tangan di sisi depa hadapan atas hadapan depa sisi


Pergerakan kreatif tersebut ialah __________ .
sambil kaki bergerak setempat

A kembang jalak
B jalak galak
C lompat jalak
D tepuk jalak

11. Tempo bagi pergerakan sederhana dalam tarian inang ialah __________ langkah.

A 1X4
B 2X4
C 3X4
D 4X4

12. Bola baling dimainkan dengan menggunakan __________ .

A kaki sahaja
B tangan sahaja
C tangan dan kaki
D kaki dan kepala

13. Bola baling dimainkan secara berpasukan seramai __________ .

A 5 orang
B 8 orang
C 10 orang
D 12 orang
14. Rajah 3 di atas
menunjukkan
ukuran gelanggang
bola baling.

Berapakah jarak X ?

A 6 meter
B 7 meter
C 8 meter
D 9 meter

15. Dalam permainan bola baling, hantaran atas kepala dilakukan adalah bertujuan untuk hantaran
yang __________ dan __________ .

A tinggi dan jauh


B tinggi dan dekat
C tinggi dan cepat
D tinggi dan sederhana

16. Semasa aktiviti regangan dalam permainan bola baling otot-otot manakah yang perlu
diutamakan.

A bisep sahaja
B bisep dan trisep
C bisep, trisep dan hamstring
D bisep, trisep hamstring dan gastrocnemius

17. Kemahiran menghantar bola adalah sangat penting dalam permainan ragbi. Antara berikut,
manakah teknik hantaran bola yang betul ?

A hantaran ke depan atau ke belakang


B hantaran ke depan atau ke arah sisi
C hantaran ke arah sisi atau ke belakang
D hantaran ke arah sisi atau ke arah tepi

18. Berapakah ukuran gelanggang bagi permainan ragbi sentuh ?

A 50 meter x 50 meter
B 50 meter x 70 meter
C 70 meter x 70 meter
D 70 meter x 90 meter
Soalan 19 hingga 21 berdasarkan jadual dan jawapan yang disediakan di bawah.

A Dive
B Touch down
C Touch up
D Bounce try

VARIASI TRY PENERANGAN


(19) Sisi badan dijatuhkan bersama bola dan touch down ke kawasan in-goal.
(20) Melompat ke hadapan bersama bola dan touch down ke kawasan in-
goal.
(21) Membawa bola ke kawasan score line dengan membengkokkan lutut
dan merendahkan badan.
Gunakan kedua-dua tangan bagi menyentuh bola ke kawasan in-goal.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga kehormatan diri ?


A Menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan diri
B Menjaga keselamatan, kesihatan dan kekuatan diri
C Menjaga kesihatan, kekuatan dan keberanian diri
D Menjaga kekuatan, keberanian dan kebersihan diri

23. Antara berikut, yang manakah BUKAN pernyataan tentang menjaga kehormatan diri ?
A memakai pakaian yang bersih dan sesuai serta tidak mencolok mata
B mengelakkan diri daripada berkongsi pakaian dan tuala dengan orang lain
C merendahkan maruah dan kehormatan diri
D mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat dalam keluarga dan masyarakat

24. Apakah yang dimaksudkan dengan penyalahgunaan dadah ?


A Mengambil dadah dalam kuantiti yang banyak
B Mengambil dadah dalam kekerapan yang tinggi
C Mengambil dadah sehingga menyebabkan khayal
D Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan perubatan

25. Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan dadah terhadap tubuh individu ?
A Menyebabkan ketagihan
B Mengganggu sistem otak dan saraf
C Memudahkan tubuh mendapat penyakit
D Menyebabkan individu kehilangan kawan-kawan
26. Berikut ialah penyakit-penyakit akibat penagihan dadah, kecuali

A Mandul
B Kencing manis
C Kancing gigi
D Sakit perut

27. Perkara yang penting semasa menjalankan aktiviti gimnastik termasuk:


I Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti
II Melakukan aktiviti di atas lantai atau permukaan yang keras
III Melakukan aktiviti di tempat yang rata dan selamat
IV Guru atau rakan perlu berada hampir dengan pelaku semasa melakukan aktiviti.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28. Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu kemahiran menghambur. Yang manakah antara
berikut merujuk kepada hambur ke udara sambil membuat putaran 180°?

I Berlari dengan kelajuan terkawal


II Melonjak dengan kedua-dua kaki
III Mendarat dengan kedua-dua kaki ke atas peti lombol
IV Hambur ke udara sambil membuat putaran 360°.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

29. Kemahiran asas tarian inang adalah seperti berikut:

I Meragam sudi
II Pergerakan setempat
III Maju dan undur
IV Ragam “C”

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
30. Kemahiran lokomotor yang terdapat dalam tarian inang adalah seperti berikut

I Gerakan setempat
II Tangan melenggeng
III Gerakan membentuk huruf “C”
IV Gerakan membentuk huruf “L”

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV

31. Kemahiran bukan lokomotor yang terdapat dalam tarian inang adalah seperti berikut

I Gerakan setempat
II Tangan melenggeng
III Gerakan membentuk huruf “C”
IV Gerakan membentuk huruf “L”

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV

32. Saiz bola baling kategori perempuan dan lelaki bawah 18 tahun mengikut Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) adalah ___________________.

I Saiz 1
II Saiz 2
III Saiz 3
IV Saiz 4

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
33. Kemahiran dalam permainan bola baling melibatkan kemahiran seperti

I menangkap bola
II menghantar bola
III servis bola
IV menjaga gawang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34. Kemahiran dalam permainan ragbi sentuh melibatkan kemahiran seperti

I menendang bola
II menghantar bola
III mengacah
IV try

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35. Dalam permainan ragbi sentuh try boleh dilakukan secara

I Touch down
II Touch up
III Dive
IV Bounce try

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

36. Kepentingan menjaga kehormatan diri adalah

I tidak mudah terpengaruh dengan amalan atau gejala negatif


II diri akan disanjung dan dihormati oleh orang lain
III mencapai kejayaan yang cemerlang dan berterusan
IV dipulau oleh masyarakat setempat atau sukar meminta bantuan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

37. Seseorang individu akan mendapat kesan negatif jika tidak menjaga kehormatan diri. Antara kesan
negatif tersebut adalah

I Maruah diri dipandang tinggi oleh masyarakat setempat


II Masa depan menjadi gelap dan menjejaskan pelajaran
III Dipandang serong dan dianggap negatif
IV Dipulau oleh masyarakat setempat atau sukar meminta bantuan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38. Apakah kesan penagihan dadah terhadap keluarga ?

I Rumah tangga menjadi porak peranda


II Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga
III Hubungan mesra antara ahli keluarga akan terjejas
IV Penyakit yang dihidapi akan dijangkiti kepada ahli keluarga yang lain

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39. Bagaimanakah cara bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala dadah ?

I Mendapat didikan agama


II Bergaul dengan sesiapa sahaja.
III Tidak mencuba dadah ataupun rokok
IV Merapatkan hubungan dengan ahli keluarga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
40. Seseorang individu boleh mencegah penyalahgunaan dadah dengan cara

I tidak merokok
II tidak bergaul dengan penagih dadah
III tidak mengamalkan pemakanan seimbang
IV tidak mencuba sebarang jenis dadah atau bahan terlarang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

----- Kertas soalan tamat -----

JAWAPAN PPT PJPK F2 2022

1. 11. 21. 31.


2. 12. 22. 32.
3. 13. 23. 33.
4. 14. 24. 34.
5. 15. 25. 35.
6. 16. 26. 36.
7. 17. 27. 37.
8. 18. 28. 38.
9. 19. 29. 39.
10. 20. 30. 40.
SKEMA JAWAPAN
PPT PJPK F2 2022

1. C 11. B 21. B 31. A


2. A 12. B 22. A 32. B
3. B 13. D 23. C 33. B
4. C 14. A 24. D 34. D
5. C 15. A 25. D 35. C
6. B 16. D 26. B 36. A
7. A 17. C 27. C 37. D
8. D 18. B 28. A 38. A
9. C 19. D 29. D 39. C
10. D 20. A 30. D 40. B

Anda mungkin juga menyukai