Anda di halaman 1dari 5

RAFFIDAH JALUDIN

Tafsir & Hadith

‫التفسير والحديث للسنة الثامنة‬

‫ طاعة هللا والرسول ووالة األمور‬:‫الدرس الثالث‬

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
Kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulilamri (orang-orang yang berkuasa)
daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada (Kitab)
Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya Jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan
lebih elok pula kesudahannya.

(Surah An-Nisa : 59)

1
RAFFIDAH JALUDIN
Tafsir & Hadith

‫شرح المفردات‬

Orang-orang yang berkuasa di Pemimpin yang adil dari kalangan orang muslim
kalangan kamu atau alim ulama’ yang mujtahid.
Berbantah-bantah dalam sesuatu Kamu betelingkah dalam hukum sesuatu perkara
perkara
Maka kembalikanlah kepada Allah Kembalikan perkara yang kamu berselisih
(al-Quran) dan Rasul (sunnah) pendapat mengenai hukumnya kepada Kitab Allah
dan Rasulnya ketika Baginda masih ada dan
kepada sunnah Baginda setelah kewafatannya
untuk mengetahui hukumnya
Kesudahan Kesan

2
RAFFIDAH JALUDIN
Tafsir & Hadith

‫بيان اآليات‬

Allah telah memerintahkan untuk mentaatinya dan mentaati Rasulnya serta


ulilamri dikalangan kitani, ini adalah kerana:

1. Mentaati Allah adalah wajib, iaitu dengan beramal mengikuti Kitab Nya
(Al-Quran) dan membuat suruhan Nya dan menjauhi larangan Nya.
2. Mentaati Rasul (Nabi Muhammad) adalah wajib, iaitu dengan mengikut
sunnah dan mencontohi sirah Baginda dan beramal mengikut syari’atnya.
3. Mentaati pemimpin dikalangan orang mu’min yang beriman dan prinsip
Islam adalah wajib, selagi mana pemimpin ini taat kepada Allah dan
RasulNya. Adapun jika mereka memerintah untuk berbuat maksiat, maka
tidak wajib untuk kitani taat kepada mereka, kerana “Tidak ada ketaatan
untuk makhluk yang berbuat maksiat kepada Pencipta.”

3
RAFFIDAH JALUDIN
Tafsir & Hadith

Allah memerintahkan supaya menggembalikan (merujuk) perkara yang orang


mu’min bercanggah pendapat didalam hukumnya kepada Kitab Allah dan
Sunnah RasulNya.

* Jika tidak ada dalil (bukti) didalam Al-Quran dan tidak ada dalam Sunnah,
hendaklah merujuk perkara tersebut kepada General Guidelines yang telah
ditetapkan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Maka ikutlah apa yang bersesuaian
dengan Al-Quran dan Sunnah dan menolak apa yang bercanggah dengan Al-
Quran dan Sunnah

Ini adalah bukti bahawa daripada syarat keimanan adalah dengan


menggembalikan permusuhan dan pertelingkahan kepada Al-Quran dan
Sunnah, dan hendaklah memberi hukum mengikut Al-Quran dan Sunnah
didalam perkara yang berbeza pendapat mengenainya.

Ayat ini juga adalah bukti bahawa barangsiapa yang tidak memberi hukum
dalam perselisihan dan tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, tidaklah
beriman dengan Allah dan Hari Kiamat.

4
RAFFIDAH JALUDIN
Tafsir & Hadith

Memberi hukum mengikut Al-Quran dan Sunnah dan merujuk kepada kedua-
duanya dalam menyelesaikan perselisihan adalah sebaik-baik kesudahan.

‫ما يستفاد من األيات‬

1. Wajib mentaati Allah, Rasul dan Pemimpin dikalangan orang mu’min.


2. Menggembalikan perkara-perkara yang berselisih pendapat
mengenainya kepada Al-Quran, Sunnah dan apa yang dikeluarkan
daripada keduanya mengikut pendapat alim ‘ulama.
3. Orang yang tidak merujuk Al-Quran dan Sunnah ketika ada perselisihan
adalah bukan orang yang beriman.
4. Perundangan Islam membuka peluang untuk berijtihad dalam
mengeluarkan General Guidelines mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai