Anda di halaman 1dari 11

Modul Kefahaman Islam

Unit Pembangunan Insan Hospital Islam AzZahrah Bahagian I

PEMAHAMAN 1

. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

Dalil-dalil
1.Al-Quran
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul.

Maksudnya: "Apa-apa perkara yang diberikan oleh Rasul maka terimalah ia dan apa-apa yang dilarangnya maka jauhilah ia".

Dalil-dalil
2. Hadith
"Bagaimanakah kamu menghukum jika diminta kepada kamu untuk menjatuhkan hukuman? Muaz menjawab: "Saya akan menghukum dengan kitab Allah". Baginda bertanya: "Bagaimana jika kamu tidak mendapatinya di dalam kitab Allah?" Muaz menjawab: "Saya akan berhukum dengan sunnah Rasulullah saw". Baginda bertanya lagi: "Bagaimana jika kamu tidak mendapatinya di dalam sunnah Rasulullah saw dan Kitab Allah?" Muaz menjawab "Saya akan berijtihad dengan fikiran saya dan saya tidak akan lari dari kebenaran". Lalu Rasulullah saw menepuk dadanya seraya berkata:"Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah saw dengan perkara yang diredhai oleh Rasulullah saw".

Pengajaran

Rujukan utama umat Islam, Al-Quran dan Hadith (Sumber:Allah SWT) Menyatukan umat Islam dengan berpegang kepada Al-Quran dan Hadith Untuk memahami Al-Quran perlu tahu ilmu Bahasa Arab: Nahu, Usul Fiqh, Sorf, bukan semata-mata membaca terjemahan Al-Quran, dll.(Autoriti penafsiran Al-Quran) Penafsiran Al-Quran tidak boleh sambil lewa atau melampau-lampau

Pengajaran
Peranan hadith memperincikan makna-makna daripada Al-Quran Hadith perlu didapati daripada perawiperawi yang dipercayai Kaji sumber hadith sebelum sebarkan

PEMAHAMAN 2

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang dahulu (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka al-Quran dan hadithlah ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

Dalil-dalil
Al-Quran Dan beliau tidak berkata menurut hawa nafsunya sendiri. Perkataannya tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya). (An-Najm: 3-4) "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. (Al Hujurat: 1)
1.

Contohi Ulama
Imam Malik:"Setiap orang boleh diambil atau ditolak kata-katanya kecuali Rasulullah saw. 2. Imam Abu Hanifah: "Apabila aku memperkatakan sesuatu yang menyalahi kitab Allah maka tinggalkanlah kata-kataku itu." Lalu dikatakan kepadanya: bagaimana kalau ia menyalahi sabda Rasulullah saw.?.Beliau menjawab: "Tinggalkanlah kata-kata itu dan terimalah hadis Rasulullah saw. 3. Imam Syafie: "Apabila kamu dapati di dalam kitabku kata-kata yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah saw, maka terimalah sunnah Rasulullah saw dan tinggalkanlah kata-kataku
1.

Pengajaran

Hanya Rasulullah yang terpelihara daripada melakukan kesilapan dan dosa Setiap perkataan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith walaupun keluar daripada seseorang yang dihormati boleh ditolak Kena tambah pengetahuan tentang alQuran dan Hadith untuk tahu percanggahan Perbezaan pendapat dalam masalah khilaf tidak membolehkan kita mencela

Pengajaran
Perbezaan antara hormat dengan ahli ilmu dengan fanatik (taassub) Tidak menerima pandangan seseorang tidak semestinya kita tidak boleh menghormatinya

Anda mungkin juga menyukai