Anda di halaman 1dari 1

Dalam era moden masa kini, pelbagai pekerjaan yang ditawarkan dari pelbagai agensi mahupun

kerajaan ataupun swasta. Dalam hal ini, sudah pasti setiap organisasi kerjaya akan melalui
perancangan dan pembangunan kerjaya. Senario kerja pada hari ini melihat terdapat beberapa fasa
kerjaya dalam organisasi iaitu fasa perantisan, fasa kemajuan, fasa penyelenggaraan dan fasa
persaraan.fasa-fasa berikut merupakan garis laluan setiap pekerja dalam kerjayanya di sesebuah
organisasi.
Fasa perantisan ialah fasa pengukuhan yang mana dalam fasa ini pekerja diberi pengukuhan
oleh majikan agar mereka dapat mencapai tahap-tahap kerjaya yang lebih baik. Bermula pada tahun
pertama bekerja sehingga lima tahun seterusnya, para pekerja akan melalui fasa perantisan dalam
kerjayanya di sesebuah syarikat. Dalam fasa ini juga, majikan perlu memainkan peranan penting
dalam menjadikan pekerja itu lebih bermotivasi dan semangat seperti dengan memberi inisiatif
kenaikn gaji, bonus, kenaikan pangkat dan lain-lain faedah.
Selepas melalui fasa perantisan, pekerja akan melalui fasa yang kedua iaitu fasa kemajuan.
Mereka ialah yang berumur dilingkungan 30 hingga 45 tahun yang telah melalui fasa perantisan.
Pada fasa ini biasanya para pekerja sudah matang dan sudah menguasai selok-belok dalam
pengurusan dan perancangan organisasi di syarikatnya. Dalam fasa kemajuan, pekerja akan lebih
menumpukan aspek pencapaian, kebanggaan dan autonomi. Dalam fasa ini, mereka sudah
berkemahiran dan boleh menyelesaikan tugas-tugas tanpa mengharapkan orang lain.
Dalam fasa-fasa kerjaya, pekerja akan melalui fasa penyelengaraan. Dalam fasa ini para
pekerja sudah mempunyai sifat untuk mengekalkan prestasi lepas. Mereka akan membuat penilaian
bagi mempertingkatkan mutu kerjaya mereka. Mereka akan melakukan tugas dengan cekap supaya
mendapat ganjaran yang setimpal dan menjadi kebanggaan dan kepuasan diri. Pada peringkat ini
juga mereka akan menjadi mentor kepada pekerja diperingkat perantisan. Mereka memberi latihan
dan motivasi kepada mereka agar pekerja diperingkat itu dapat mencapai tahap-tahap kerjaya
seperti yang dikehendaki di dalam organisasi.
akhir sekali, pekerja akan melalui fasa persaraan. Fasa persaraan bermaksud para pekerja
akan menamatkan kerjayanya dan bersedia untuk besara. Kebanyakan pekerja dalam fasa persaraan
ini berumur dalam lingkungan 55 tahun. Mereka akan lebih menumpukan hal-hal yang bercorak
kemasyarakatan dengan dunia luar. Hal ini kerana, cabaran dunia luar tidak sama dengan cabaran
yang mereka lalui sebelum ini.
Kesimpulannya, fasa-fasa dalam kerjaya ini merupakan proses pembangunan kerjaya yang
memandu para pekerja kearah kejayaan di sesebuah organisasi dalam kerjaya mereka. Setiap
organisasi adalah berbeza mengikut kerja yang dilaksanakan,tetapi pengurusan sumber manusia
tidak akan lari dari konsep sebenar.

Anda mungkin juga menyukai