Anda di halaman 1dari 18

KLUSTER PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL

MAY / 2020

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

MATRICULATION NO : 950315126222001
IDENTITY CARD NO. : 950315126222
TELEPHONE NO. : 011-25344938
E-MAIL : keyroppi95@gmail.com

LEARNING CENTRE : SABAH

1
ABSF2103
ISI KANDUNGAN
Muka surat

PENGENALAN...................................................................................................... 3

1.0 PERBAHASAN ULAMA MENGENAI ‘AWARIDH AL-AHLIYYAH AL


MUKTASABAH………………………………………………………………….. 3-8

2.0 PERBAHASAN ULAMA MENGENAI KEBODOHAN DALAM


MENGURUS HARTA..........................................................................................9-12

2.1 Kedudukan orang safih dalam pengurusan harta

3.0 HUKUM TRANSAKSI MUAMALAT DALAM KEHIDUPAN……………..13-16

3.1 Rasuah
3.2 Menipu dan bersumpah dengan melariskan barang
3.3 Riba

KESIMPULAN………………………………………………………………….. 17

Rujukan

2
ABSF2103

PENGENALAN

Matlamat pengurusan harta adalah untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia dan
menghindarkan kemudaratan tidak akan tercapai sekiranya diserahkan kepada orang yang tidak
layak berbuat demikian. Harta yang diamanahkan oleh Allah hendaklah dijaga dan diuruskan
dengan baik. Seperti dalam ayat al-quran yang bermaksud “Dan janganlah kamu serahkan
kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam
kekuasaanmu) yang kamu sendiri dijadikan Allah sebagai pemeliharaannya. Berilah mereka
belanja dan pakai ) dari hasil harta itu) dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata” An-
Nisa:5. Ayat ini melarang orang0orang islam membiarkan orang-orang bodoh mentadbir harta
mereka. Oleh itu, dalam tugasan ini akan membincangkan tentang safih (kebodohan dalam
menguruskan harta) sebagai salah satu daripada ‘awaridh al-ahliyyah al-muktasabah iaitu
halangan kepada ahliyyah yang disebabkan oleh tindakan manusia itu sendiri dengan hujah dan
dalil-dalil yang berkaitan. Kemudian, membincangkan beberapa hukum-hukum yang berkaitan
transaksi muamalat dalam kehidupan seharian secara terperinci.

3
ABSF2103

1.0 PERBAHASAN ULAMA MENGENAI ‘AWARIDH AL-AHLIYYAJ AL-


MUKTASABAH

Tidak dinafikan, apabila seseorang telah sempurna kelayakannya, kadangkala berlaku


juga halangan-halangan yang mengurangi atau menghilangkan kelayakan. Hal ini disebut dengan
halangan kelayakan ‘awaridh ahliyyah (Muhammaf Abu Zahrah 1994:514). Halangan ini
terbahagi kepada dua iaitu halangan yang berlaku di luar kemampuan manusia (‘awaridh al-
samawiyyah) dan halangan yang berlaku disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri
(‘awaridh al-ahliyyah) Antara halangan yang berlaku disebabkan perbuatan manusia itu sendiri
ialah :

1.1 Al-jahl

Al-jahl terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalam negara islam dan negara bukan islam:

1.1.1 Dalam negara Islam

Hukum islam yang ditetapkan dalam al-quran, al-sunnah mahupun tidak


memberikan peluang kepada seseorang untuk melanggar atau meninggalkan dengan
alasan tidak tahu (al-jahl). Maksudnya, islam tidak membenarkan sama sekali seseorang
yang tinggal dalam lingkungan masyarakat islam menjadikan kejahilan sebagai alasan
untuk tidak mengetahui hukum islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Syafi’e
sebagai sesuatu perkara yang umum yang sepatutnya diketahui tidak boleh dijadikan
alasan seseorang untuk tidak mengetahuinya” (Muhammad Abu Zahrah:347)

4
ABSF2103

1.1.2 Negara bukan Islam

Ini kerana ilmu terdapat dua bentuk. Pertama ; ilmu yang umum iaitu setiap orang
yang berakal tidak mungkin tidak mengetahuinya. Misalnya, wajib solat lima waktu,
puasa Ramadhan, Haji bagi yang mampu, Zakat, haramnya membunuh, haram berzina,
mencuri dan minum minuman yang memabukkan serta lain-lain yang menjadi kewajipan
dan larangan atas diri atau harta seseorang. Ilmu seumpama ini telah ditetapkan dalam al-
quran dan telah diketahui secara umum oleh semua umat Islam melalui berita yang selalu
disebarkan dari satu generasi ke generasi seterusnya sejak dari zaman Rasulullah s.a.w
lagi dengan tidak ada pertentangan tentang isi dan riwayatnya. Pengetahuan seumpama
ini tidak mungkin salah, baik dari segi riwayat mahupun penafsirannya kerana diambil
daripada dalil yang jelas dalam al-quran dan sunnag mutawatir yang telah disepakati
hukumnya oleh umat islam. (Muhammad Abu Zahrah:347)

Manakala ilmu yang kedua, adalah ilmu khusus, iaitu ilmu yang berkaitan dengan
perkara furu’ serta tiada nas yang sahih dari al-quran, sunnag mahupun ijmak. Ilmu
seumpama ini dikhususkan untuk para ahli fiqh dan orang tertentu sahaja yang menguasai
kajian-kajian masalah fiqhiyyah secara mendalam. Ilmu yang kedua ini juga tidak
dituntut kepada orang awam untuk mengetahuinya.

1.2 Tersilap (al-khata’)

Menurut Muhammad Abu Zahrah (1994 : 353) tersilap ialah berlakunya sesuatu
perbuatan atau perkataan yang tidak disengajakan dan tidak seperti kemahuan pelakunya.
Umpamanya, orang yang berpuasa sedang berkumur dan secara tidak sengaja air masuk
dalam kerongkongnya. Hal ini dapat dilihat daripada sabda Nabi s.a.w:

"‫"رفع عن أمتى الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه‬

5
ABSF2103

(Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Tarmizi dan Abu Daud)

Maksudnya: Diangkatkan (dosa) daripada umatku dengan sebab tersilap, lupa dan
dipaksa.

Berdasakan hadis di atas, jelas menunjukkan Allah mengampunkan tersilap, lupa


dan dipaksa kerana tersilap merupakan sesuatu perbuatan yang dimaafkan dan merupakan
halangan daripada halangan-halangan seseorang. Para ulama bersepakat bahawa tersilap
tidak berdosa dan tidak diseksa di akhirat. Hal ini juga dinyatakan oleh Allah s.w.t yang
berfirman di dalam al-quran dan menjadi doa orang-orang yang bertaqwa yang
bermaksud “Ya tuhan kami, janganlah Engkau menyeksa kami bila kami lupa atau
tersilap” (al-baqarah 2:286)

Ayat al-quran di atas menunjukkan bahawa orang mukmin berdoa memohon


kepada Allah s.w.t supaya mereka tidak diseksa apabila mereka lupa dan tersilap kerana
ketidaksengajaan dalam melakukan sesuatu perkara. ( Muhammad Abu Zahrah :353)

1.3 Mabuk

Mabuk ialah keadaan akal yang tidak berfungsi dengan waras kerana minum arak atau
setiap yang memabukkan, sekira-kira selepas sedar daripada mabuk itu, seseorang tidak
mengetahui perkara yang telah dilakukan semasa mabuk. Seseorang yang mabuk bolehlah
dibahagikan kepada dua keadaan:

1.2.1 Mabuk dengan cara yang harus (mubah)

Seseorang yang minum sesuatu yang memabukkan kerana terpaksa, atau dipaksa
atau dengan sebab tidak tahu sesuatu itu boleh memabukkan, atau minum ubat yang
boleh menyebabkan mabuk atau sebagainya. Sekiranya seseorang tidak sedar sesuatu

6
ABSF2103
yang dikatakan dan dilakukan semasa mabuk, maka hukumnya adalah seperti hukum
seseorang yang pengsan.

1.2.2 Mabuknya seseorang itu dengan pilihannya sendiri.

Apakah dia bertanggungjawab sepenuhnya atau tidak, maka dalam hal ini, para
fuqaha berselisih pendapat mengenai orang yang mabuk dalam keadaan ini. (Abduk
Karim Zaidan:99)

Berikut merupakan beberapa pendapat mengenai orang yang mabuk dengan


pilihan sendiri:

Pendapat pertama mengatakan : orang yang mabuk dkenakan hukuman


bertanggungjawab sepenuhnya atas perkataan dan perbuatannya. Jadi, akad yang
dilakukannya tetap berlaku . begitu juga, talak yang dilafaznya akan gugur dan dia akan
diqisas atau dihukum hudud apabila dia melakukan perbuatan jenayah yang mewajibkan
dihukum dengan hukuman tersebut. Hal ini merupakan risiko di atas perbuatannya sendiri
iaitu mabuk atas kehendaknya dan dia mengetahui kesan dan akibat daripada mabuk itu
(Muhammad Abu Zahrah.1994:245)

Pendapat kedua mengatakan : orang yang mabuk yang tidak sedar akan
perkataannya. Maka akad yang dilakukannya adalah tidak sah kerana asas sah akad
adalah dengan kerelaan. Begitu juga, dia tidak dikenakan hukuman yang boleh
digugurkan kerana adanya unsur syubhat seperti qisas dan had. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.aw:

" ‫" إدرءوا الحدود بالشبهات ما استطعتم‬

Maksudnya: tolaklah hudud itu dengan kesamaran (syubhat) selama mana kamu mampu.

7
ABSF2103
( Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah )

Hadis berikut menjelaskan bahawa hudu tidak akan berlaku dalam perkara-
perkara yang tidak jelas sehinggalah kesamaran itu dapat dibuktikan. Hadis ini dijadikan
hujah pendapat yang kedua yang meletakkan kesamaran untuk tidak
dipertanggungjawabkan kerana mabuk yang menyebabkan tidak sedar akan perbuatan
dan percakapannya untuk menolak pendapat pertama yang menyatakan setiap orang yang
mabuk dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan dan percakapannya. (Muhammad
Abu Zahrah 1994 : 346)

8
ABSF2103

2.0 PERBAHASAN ULAMA MENGENAI KEBODOHAN DALAM


MENGURUS HARTA

Perkataan safih memberi makna yang sama dengan mubazzir. Kedua-duanya bermaksud
orang yang membazirkan harta, membelanjakan harta dengan cara yang tidak boleh membawa
kebaikan kepada dirinya dan bertentangan dengan kehendak akal dan hukum syara’. Perbuatan-
perbuatan yang membazirkan, termasuklah menghabiskan wang untuk hiburan, permainan,
melakukan maksiat-maksiat seperti berjudi, berzina, meminum arak dan lain-lain. Pembaziran
harta meliputi segala bentuk perbelanjaan yang digunakan pada jalan yang tidak dibenarkan oleh
syara’ dan bertentangan dengan hukum akal.
Bagi golongan Hanafiah, menghabiskan harta untuk kebajikan seperti membina masjid
termasuk dalam pembaziran. Bagi mereka membuat kebajikan sehingga menghabiskan harta
adalah bertentangan dengan tuntutan syara’ dan hukum akal. Sebaliknya golongan Syafi’iyyah
tidak menerima cara membelanjakan harta pada jalan kebajikan sebagai satu pembaziran kerana
kerja-kerja kebajikan adalah kerja yang mulia dan digalakkan oleh Islam. Begitu juga tidak
dikatakan membazir harta kerana menggunakannya untuk kesenangan yang diharuskan oleh
syara’ seperti berkahwin, membeli pakaian, makanan, minuman dan sebagainya walaupun
dengan kadar yang berlebihan. Hujah mereka, harta memang dijadikan Allah untuk dibelanjakan
pada jalan kebajikan dan yang dihalalkan.
Dalam al-quran terdapat dua ayat yang menyentuh tentang orang safih dalam soal
pengurusan harta. Ayat tersebut ialah ayat 5, Surah al-Nisa dan ayat 282, Surah al-Baqarah.

Terjemahannya:

9
ABSF2103
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang safih harta-harta mereka yang kamu
sendiri dijadikan Allah sebagai pemeliharaannya. Berilah mereka belanja dan pemberian
(daripada hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka dengan kata-kata baik.”
(Surah al-Nisa’ 4:5)

Menurut Ahmad Mustafa al-Muraghi, safih bermaksud orang yang membazirkan harta
dan yang membelanjakannya pada perkara yang tidak berfaedah. Safih juga bermaksud orang
yang kurang akal dalam mentadbir harta.pengertian pertama yang diberikan oleh beliau tidak
jauh berbeza daripada pengertian kitab fiqh. Menurut al-Maraghi, orang safih yang dimaksudkan
dalam ayat ini ialah dua golongan iaitu anak yatim dan perempuan.

2.1 Kedudukan Orang Safih dalam soal pengurusan harta

Ulama’ islam berselisih pendapat berhubung dengan kedudukan orang safih


dalam soal pengurusan harta. Satu golongan berpendapat, orangsafih ditegah daripada
menguruskan harta. Antara yang berpendapat demikian ialah imam Syafi’i, Imam
Ahmad, Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad dan lain-lain lagi.

Satu golongan lagi, iaitu Imam Abu Hanifah, Zufar, Muhammad bin Sirin dan
Mazhab Zahriyyah tidak setuju tegahan dikenakan ke atas orang safih mereka
berpendapat bahawa menegah mereka daripada menguruskan hara bermakna menyekat
kebebasan peribadi dan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan. Tegahan ini akan
mewujudkan mudarat yang lebih besar daripada membenarkannya menguruskan harta.
Terdapat satu kaedah usul fiqh yang mengatakan apabila terdapat dua kemudaratan,
hendaklah diambil kemudaratan yang lebih kecil untuk mengelakkan kemudaratan yang
lebih besar. Oleh itu dalam masalah ini, orang safih hendaklah dibenarkan menguruskan
harta untuk tidak menyekat kebebasan peribadi dan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan
mereka.

10
ABSF2103
Walaupun Imam Abu Hanifah tidak menerima konsep hajr ke atas orang safih,
tetapi konsep ta’dib yang ditetapkan oleh beliau adalah dalam bentuk yang sama, iaitu
dengan cara penahanan harta dalm tempoh tertentu, perbezaan antara kedua konsep ini
ialah, dalam konsep hajr, harta orang safih itu ditahan sehinggalah dia cerdik walaupun
ketika itu, dia sudah tua. Tetapi, dalam konsep ta’dib harta seseorang itu ditahan sehingga
tuan punya harta berusia dua puluh lima tahun sahaja. Sekiranya dia telah cerdik sebeum
usia itu, hartanya hendaklahdiserahkan kepadanya. Begitu jika dia belum cerdik
diserahkan kepadanya. Bagi Imam Hanafiah, ta’dib tidak akan membawa erti jika tidak
ada perubahan berlaku setelah seseorang itu berusia dua puluh lima tahun. Oleh itu,
hartanya hendaklah diserahkan sahaja kepadanya setelah mencapai usia itu.

Kebanyakkan ulama’ berpendapat bahawa wali bagi orang safih adalah hakim.
Hakim berhak menjaga dan menguruskan hartanya. Antara yang berpendapat demikian
ialah Imam Syafi’I, Imam Malik, Imam Hanbali dan lain-lain. Terdapat dua pendapat
tentang tegahan dan keizinan menguruskan harta ke atas orang safih. Golongan pertama
berpenapat tegahan dan keizinan ke atas orang safih dalam soal menguruskan harta
hendaklah dibuat oleh hakim. Apabila larangan tersebut dibuat oleh hakim, maka hakim
juga yang berhak mengizinkannya menguruskan harta apabila dia sudah cerdik dan tidak
lagi mebazirkan harta. Tegahan dan keizinan menguruskan harta ke atas orang safih,
perlu dibuat oleh hakim kerana perkara tersebut berkautan dengan kehakiman. Dalam
masalah yang tidak nyata ini seharusnyalah ketentuan itu dibuat oleh orang yang benar-
benar arif iaitu hakim.

Golongan kedua pula berpendapat, tegahan dan keizinan ke atas orang safih tidak
memerlukan ketetapan hakim. Mereka ditegah daripada menguruskan harta jika mereka
membazir dan tegahan itu hilang setelah mereka menggunakan harta dengan sebaik-
baiknya. Ini bermakna larangan dan keharusan menguruskan harta itu wujud secara
serentak apabila berlaku pembaziran harta. Ulama’ yang berpegang pada pendapat ini
ialah Imam Muhammad dari mazhab Hanafi, Abu al- Khattab, Imammiyyah dan lain-
lain. Hujah mereka ialah tegahan dikenakan ke atas orang safih kerana adanya sebab.
Apabila wujudnya sebab nescaya ada musabbbab. Sebab tegahan ke atas orang safih

11
ABSF2103
ialah membazirkan harta sementara tegahan ini merupakan musabbab. Sekiranya tidak
ada sifat boros ini nescaya tidak ada tegahan. Masalah ini tidak memerlukan ketetapan
daripada hakim.

Golongan yang berpendapat tegahan perlu dibuat oleh hakim mensyaratkan


tegahan itu dibuat di hadapan saksi, Al-Ruyani dan al-Syafi’i menyatakan sunat selepas
ketetapan itu dibuat, hakim menyerahkan hak untuk menguruskan harta itu kepada bapa,
datuk dan asbahnya.

Syafi’iyyah, Hanbaliyyah Imamiyyah dan Hanafiyyah berpendapat, seorang


kanak-kanak yang baligh dalam keadaan safih akan terus dihalang daripada menguruskan
harta kerana tegahan sewaktu kanak-kanak, berkuat kuasa terus dan tidak memerlukan
sebarang ketetapan baru daripada hakim. Apabila dia telah cerdik, dia berkuasa
menguruskan harta juga tanpa memerlukan ketetapan daripada hakim. Sebaliknya kalau
dia baligh dalam keadaan cerdik, kemudiannya melakukan pembaziran harta, hak
menahannya dari menguruskan harta terletak kepada hakim, begitu juga
membenarkannya apabila hilang sifat safih itu.

12
ABSF2103

3.0 HUKUM TRANSAKSI MUAMALAT DALAM KEHIDUPAN

Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Dalam Islam perniagaan dianggap


sebagai satu aktiviti transaksi muamalat dalam kehidupan seharian , ianya juga ibadah dan
sunnah Rasulullah s.a.w. bagi mereka yang melaksanakan aktiviti perniagaan dengan amanah,
mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun
demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap
ibadat tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia
bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin
kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah menetapkan hukum dalam transaksi
muamalat dalam beberapa aktiviti perniagaan. Antara hukumnya ialah :

3.1 Rasuah

Rasuah juga merupakan salah satu doa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam
pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan
rasuah, duit kopi, duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana
pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting,
membantu mendapat projek dan peluang perniagaan yang lebih luas, memudahkan
perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang
dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan
sedikit wang ringgit.

13
ABSF2103
Sesetengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan
kata-kata lain seperti pertolongan, bantuan, hadiah, sedekah dan seumpamanya.
Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah
pemberian yang dibuat bertujuan umtuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah
atau bukan dengan cara yang sebenar . sedekah pula adalah pemberian yang dibuat
dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah s.w.t semata-mata, sedangkan
hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan
silatur rahim dan kasih sayang.

Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang melimpah, namun mesti diingat


bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan
mendapat laknat daripada Allah s.w.t. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Majah. Rasulullah s.a.w bersada :

‫َّاشي َو ْال ُمرْ ت َِشي‬


ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم لَ ْعنَةُ هَّللا ِ َعلَى الر‬
َ ِ ‫ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن َع ْم ٍرو قَا َل قَا َل َرسُو ُل هَّللا‬.

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah s.a.w bersabda Allah s.w.t melaknat
pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan
aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan
haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah
dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh
semua.

3.2 Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan

Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan


strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu
dibolehkan, namun sebagai peniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa

14
ABSF2103
bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan. Menipu ialah
melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain.

Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti


memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu
pelanggan dengan iklan-iklan palsu. Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah
perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti
menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya
hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya .

َ ‫ت َأ‬
‫صابِ ُعهُ بَلَاًل فَقَا َل َما هَ َذا يَا‬ ْ َ‫ فَنَال‬ ‫ص ْب َر ِة طَ َع ٍام فََأ ْد َخ َل يَ َدهُ فِيهَا‬
ُ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َم َّر َعلَى‬ َ ِ ‫ع َْن َأبِي هُ َر ْي َرةَ َأ َّن َرسُو َل هَّللا‬
‫ من‬: ‫ أي‬.‫ْس ِمنِّي‬ َ ‫ق الطَّ َع ِام َك ْي يَ َراهُ النَّاسُ َم ْن غَشَّ فَلَي‬ َ ْ‫ قَال ََأفَاَل َج َع ْلتَهُ فَو‬. ِ ‫صابَ ْتهُ ال َّس َما ُء يَا َرسُو َل هَّللا‬
َ ‫ب الطَّ َع ِام ؟ قَا َل َأ‬
َ ‫صا ِح‬
َ
‫ رواه مسلم‬.‫غش فليس على دينيى الكامل‬

Maksudnya:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah melalui

setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam

timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah

s.a.w bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab;

kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar

manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari

agamaku ( yang sempurna ).

ُ ِّ‫ف فِي ْالبَي ِْع فَِإنَّهُ يُنَف‬


: ْ‫ أي‬.ُ‫ق ثُ َّم يَ ْم َحق‬ ِ ِ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل ِإيَّا ُك ْم َو َك ْث َرةَ ْال َحل‬
َ ِ ‫ي َأنَّهُ َس ِم َع َرسُو َل هَّللا‬
ِّ ‫ار‬
ِ ‫ص‬َ ‫ع َْن َأبِي قَتَا َدةَ اَأْل ْن‬
‫ ي ُِزيل ْالبَ َر َكتها‬ ‫ رواج السلعة إال أنه بعد ذلك إلى‬ ‫فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى‬.

Maksudnya:

15
ABSF2103
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar
rasulullah s.a.w bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga.
Sesungguhnya (kadangkala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan
barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.

Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang
teguh kepada ajaran agama ia hendaklah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan
banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat
keuntungan daripadanya.

3.3 Riba

Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan
riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah
satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara
jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. Dimaksudkan dengan riba
ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang
akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 278-279 dirakamkan
bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, Mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,
jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan
(perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan
dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan
yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi
oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279).

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan


sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu

16
ABSF2103
berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama
ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan
seumpamanya.

KESIMPULAN

Urusan-urusan yang berkaitan dalam kehidupan, yang semuanya telah dibahaskan dalam
ilmu-ilmu syariat Islam mempunyai syarat-syarat tertentu bagi menentusahkan perlakuannya
yang diantaranya ialah kelayakan-kelayakan bagi orang yang melakukannya. Apabila cukup
sempurna syarat-syarat kelayakan-kelayakan bagi seseorang itu maka sahlah perlakuannya di sisi
syara’. Apabila berlaku halangan-halangan tertentu yang antaranya telah disebutkan di atas,
menyebabkan ia kehilangan kelayakan yang dapat menentusahkan perlakuan mereka. Orang
safih adalah amat wajar ditegah menguruskan harta kerana pembaziran yang mereka lakukan
akan membawa keburukan, bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri, malah terhadap masyrakat
sekelilingnya. Hukum-hukum yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan
kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang diharamkan ini adalah perkara yang boleh
mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia berpegang
teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah s.w.t dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat.

17
ABSF2103

Rujukan

Al-quran

http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/konsep-ekonomi-menurut-islam.html

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/154-perkara-haram-dalam-perniagaan

- Fatimah binti Sulaiman (1996). Tegahan pengurusan harta al-hajr, Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka Selangor Darul Ehsan

18

Anda mungkin juga menyukai