Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 1 : ISLAM DALAM

PENSEJARAHAN MELAYU
OLEH : KASSIM BIN HJ BUNTAK
Pengenalan
 Islam adalah agama bersifat syumul
 Menjadi petunjuk dan panduan untuk melahirkan
tamadun dab peradaban.
 Kemunculan Islam di Semenanjung Arab dengan
penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW.
 Lahir sejarah penyebaran Islam dikawasan-
kawasan di dunia.
 Islam juga muncul di alam Melayu dan
mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
1.1 Islam dalam catatan
pengkaji

 Muncul Islam di atas muka bumi ini


memperlihatkan perubahan yang ketara kepada
penduduk dunia.
 Sebagai agama yang paling berpengaruh dan
mempunyai sejarah penyebarannya yang terluas
dan tercepat.
 Islam sering menjadi pengamatan pengkaji dunia
dari pelosok dunia.
1.1.1 Pengkaji Portugis
 Antara pengkaji yang termasyur
 Sering menjadi rujukan dalam perbincangan
tentang sejarah perkembangan Islam – Tome
Pires.
 Beliau mencatatkan pemerhatiannya sepanjang
pengembaraannya di kepulauan Melayu.
 Tome Pires mengatakan kebanyakkan raja
sumatera terdiri daripada orang Islam.
 Agama Islam sering mendapat penganut baru
hasil pengaruh daripada raja dan penguasa.
 Kerajaan Samudera Pasai dulunya diperintah
oleh penyembah berhala dan baru memeluk islam
sekitar 160 tahun (sekitar tahun 1352 Masihi).
1.1.2 Pengkaji Belanda
 Pengakaji Belanda bernama Snouck Hurgronje,
Krom N.J dan Vlekke B.H.M
 Pandangan mereka pada mulanya lebih
mengagungkan Hindunisme.
 Snouck Hurgronje menjelaskan bahawa Islam
yang datang ke alam Melayu bukan dibawa
secara langsung dari tanah Arab.
 Krom menjelaskan bahawa pengaruh Islam di
Kepulauan melayu berlaku perlahan dan tidak
signifikan berbanding agama Hindu-Buddha.
 Krom berpandangan bahawa dakwah Islamiah
yang berkembang dengan pesat pada abad ke-15
bukan didorong oleh faktor keunggulan Islam.
 Pandangan Vlekke, Islam datang ke alam Melayu
dibawa akibat aktiviti perdagangan rempah oleh
pedagang dari India.
 Vlekke menyimpulkan bahawa penyebaran Islam
tidak dilakukan secara menyeluruh dan dinamik
tetapi hanya tertumpu pada segelintir masyarakat
yang mempunyai kepentingan tertentu.
1.1.3 Pengkaji Inggeris
 Menurut pengkaji Inggeris, Islam tersebar dari
India.
 Pengkaji Inggeris yang bernama Arnold (1975)
memberikan penumpuan terhadap Islam.
 Sarjana Hall (1964) turut menyokong teori
bahawa Islam tersebar dari India.
 Ini kerana terdapat persamaan bati nisan di
Gujarat dengan batu nisan yang dijumpai di
Sumatera dan Jawa.
 R.O Winstedt juga memberi bukti tambahan
bahawa terdapat batu nisan yang sama dijumpai
di Beruas di Perak.
 Marisson G.E turut bersetuju dengan teori Islam
datang dari India.
 John Crawford mendakwa bahawa orang Arab
memainkan peranan penting dalam penyebaran
agama Islam
1.1.4 Penulisan Peribumi
 Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan
salah seorang tokoh sarjana dan pengkaji
peribumi yang berusaha membahaskan tentang
signifikan kedatangan Islam di alam Melayu.
 Terdapat banyak sarjana Islam yang lebih menilai
melalui aspek luaran tetapi beliau lebih
menekankan soal bagaimana inti pati Islam itu
sendiri.
1.2 Kedatangan dan
Perkembangan Islam di
Alam Melayu

 Proses penyebaran Islam di alam Melayu boleh


dilihat melalui dua peringkat iaitu:
a) Peringkat kedatangan islam
b) Peringkat penyebaran dan perkembangan Islam.
 Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan
bahawa sebagai suatu proses sejarah dan budaya,
Islamisasi di gugusan kepulauan Melayu telah
mengalami 3 tahap iaitu :
1) Tahap I (dari 578H-805H /1200M-1400M
2) Tahap II (dari 803H-1112H/1400M-1700M
3) Tahap III(dari kira-kira 1112H/1700M dan
seterusnya.
1.3 Teori Kedatangan dan
Penyebaran Islam
 Terdapat banyak teori tentang kedatangan dan
penyebaran Islam.
 Hakikatnya tiada siapa pun tahu dari mana dan
bagaimana Islam datang dengan sebenarnya ke
alam Melayu.
 Menjadi signifikan sekiranya diperbincangkan
tentang penyebaran Islam dari tanah Arab, India
dan China.
1.4 Penyebaran Islam

 Terdapat 3 punca utama penyebaran agama Islam


iaitu :
1) Penyebaran Islam dari tanah Arab
2) Penyebaran Islam dari India
3) Penyebaran Islam dari China
1.5 Kejayaan dan Faktor-
Faktornya
 Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam
iaitu :
1) Perkahwinan
2) Perdagangan
3) Politik
4) Keperibadian pendakwah
5) Penulisan dan hasil kesusasteraan
6) Kekudusan Islam

Anda mungkin juga menyukai