Anda di halaman 1dari 2

Amalan gaya hidup sihat memberi banyak kepentingan kepada manusia.

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas
dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat
mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini
ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat
mengekalkan kecergasan. Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti
negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil


makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang
berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan
makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan
cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah
tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik
daripada mengubatinya. (3-4)

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah.
Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana
aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan
peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak,
menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat
dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang
cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. (6-7)

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara


berkala. Hal ini kerana untuk memastikan anggota dalaman tubuh seseorang
itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik.
Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,
diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan
dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan
moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah
terhantuk baru nak tengadah. (7.15-8.15)

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang
cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan . Justeru, amalan sebegini
harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam
kalangan masyarakat. (9-10)

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan


budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan
perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara
kita itu. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing . ( 10-11)

Anda mungkin juga menyukai