Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN TERBUKA

[30 markah]

AMALAN HIDUP SIHAT

Makanan Seimbang Bersukan Pemeriksaan Kesihatan

a) Kesihatan merupakan asset paling penting sebagai warganegara Malaysia. Amalan gaya
hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan era moden yang
begitu banyak tekanan ini. Bincangkan cara-cara mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jawapan:
Gaya hidup sihat ____________________ satu amalan kehidupan yang membawa
________ positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu. Sudah pasti
dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi
matlamat yang perlu dicapai segara. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan
untuk mencapai matlamat ini.
ISI 1 : Mengambil makanan yang seimbang
APA (A) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah mengambil
makanan yang seimbang.
MENGAPA (M) Tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan
mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Pemakanan yang
seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein,
vitamin, mineral, lemak, air serta serat.
CONTOH (C) Sebagai contohnya, seorang itu perlu banyak mengambil makanan
yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolestrol
yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana
mencegah lebih baik dari mengubati.
PENYIMPUL (P) __________, bahawa pemakanan yang seimbanh membolehkan kita
semua mencapai kehidupan yang ceria dan sihat.

ISI 2 : Bersukan
APA (A) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah.
MENGAPA (M) Aktiviti sukan dan riadah yang dilalukan akan menyihatkan
seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh.
BAGAIMANA (B) Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat
mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
CONTOH (C) ______, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton,
bola sepak, menunggung basikal, berjoging, atau berenang. Jika
badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pasti daya pemikirannya
juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas.
PENYIMPUL (P) __________, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin
kesihatan seseorang.

ISI 2 : Pemeriksaan Kesihatan


APA (A) , setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara
berkala.
MENGAPA (M) ___________, akan memastikan anggota dalam tubuh seseorang itu
seperti jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan
baik.
CONTOH (C) ______, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetis, dan
tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan.
PENYIMPUL (P) Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segara kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah.
_______, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa
sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual
sebelum kudis menjadi tokak.

_________________________, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak


cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat sihat. Jadi,
Kementerian Kesihatan perlulaj mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan
impian negara kita itu. Sekirannya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat
untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling
bekerjasama ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai