Anda di halaman 1dari 5

Untuk Perhatian: Editor Berita 31 Mac 2022

KENYATAAN MEDIA

PERISIAN PENGESANAN MYSEJAHTERA


Kepada: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri

1.0 Perisian Penjejakan MySejahtera melalui Kod QR.

1.1 Kami merayu agar perkara ini diberikan perhatian sebelum jam 11.59
malam, hari Khamis 31 Mac 2022.

1.2 Perlindungan untuk Rakyat Malaysia.

1.2.1 Sebanyak lebih 2 juta status vaksinasi rakyat Malaysia yang


direkodkan dalam MySejahtera akan Kembali kepada status “tidak
divaksinasi” selepas tengah malam 1 April 2022.

1.2.2 Ada diantara rakyat Malaysia yang tidak termasuk dalam kumpulan
di atas (para 1.2.1) telah memilih untuk mendapatkan hak mereka
melindungi badan mereka daripada suntikan bahan ujian terapi gen yang
efikasinya masih belum terbukti diberikan secara paksaan. Jumlah yang
dilapor dikatakan ratusan ribu.

1.2.3 Sebagai tambahan ramai yang telah disuntik sepenuhnya sedang


menunggu bukti saintifik dari KKM di sebalik efikasi vaksin tersebut bila
disuntik kedalam tubuh mereka mampu untuk mengubahsuai genom
manusia melalui teknik-teknik pengubahsuaian gen yang telah dibuktikan.
1.2.4 Rakyat Malaysia ini berhak mengikut undang-undang, untuk
menuntut bukti keselamatan ubat terapi gen ini yang telah diluluskan untuk
kegunaan tempatan di bawah EUA. Bukti saintifik yang disyaratkan sebagai
‘golden standard” masih belum didapati. (Ujikaji placebo “double blind” yang
melibatkan fasa interphase yang ditekankan). Oleh yang demikian amat
mustahak sekali bagi YAB Perdana Menteri menggunakan mandate yang
diberi demi melindungi rakyat negara ini.

1.3 Kini, masih belum wujud bukti saintifik bahan ujikaji terapi gen ini
mempunyai efikasi untuk mereka yang positif Covid dari virus Omicron dan
mereka tidak dijamin selamat daripada AEFI atau kesan buruk selepas
vaksinasi atau kematian akibatnya, lebih-lebih lagi versi mRNA.

1.3.1 Sehingga kini bukti-bukti telah menunjukkan walaupun Omicron lebih


mudah untuk merebak, ia tidaklah berbahaya. Sehingga kini tiada rekod
yang membuktikan kematian akibat varian ini yang dianggap tidak lebih
hanya sebagai demam biasa.

1.3.2 Secara global, mekanisma pengesanan kontak yang telah


dikuatkuasakan sejak penularan covid19 ini pada November 2019, telahpun
dibubarkan, Ini adalah sifat Omicron yang tidak berbahaya.

1.4 Rakyat mempunyai hak untuk kehidupan selamat seperti yang


diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan, Oleh yang demikian, kami
merayu YAB Datuk Seri, sebagai Perdana Menteri kami, supaya bertindak
menghentikan aplikasi MySejahtera tertakluk kepada bukti saintifik yang
membuktikan bahawa pengesanan kontak itu perlu dalam keadaan
sekarang.

1.5 Pengabaian unsur-unsur jenayah dalam penganugerahan kontrak


MySejahtera dan perlantikan kepada syarikat asing dan/atau agen-agen
yang tidak mesra masih belum disiasat.

1.6 Repositori MySejahtera ditangan pihak-pihak bukan kerajaan adalah


sesuatu yang amat membimbangkan.

1.7 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mempedaya YAB Datuk Seri,
ahli-ahli Parlimen dan rakyat. Ini sama sekali tidak boleh diterima dan Khairy
Jamaluddin perlu dipecat segera dari jawatannya itu.

Percubaan KJ dalam memberikan penerangan terhadap isu-isu ini makin


menambah kekeliruan yang ada.

1.7.1 Pengakuan KJ yang beliau tidak mempunyai kaitan dengan


MySejahtera hanya setelah menjadi Menteri Kesihatan adalah satu penipuan
yang jelas dan tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh dianggap sebagai
perbuatan khianat.

1.7.2 MySejahtera telah bersamanya sejak beliau masih di MOSTI lagi


serta pendaftaran, perolehan dan kempen pelancarannya.

1.7.3 Terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan yang beliau telah
membuat kenyataan terbuka mengenai status MySejahtera semasa beliau di
MOSTI.
1.7.4 Beliau juga terlibat secara peribadi dalam semua aspek
pembangunan, pelaksanaan dan juga pelancaran MySejahtera.

1.7.5 YAB Datuk Seri masih ingat bahawa rakyat Malaysia secara terbuka
mempersoalkan penglibatan MOSTI dalam perkara ini di mana ianya jelas
dibawah bidang kuasa KKM.

1.7.6 Datuk Seri sendiri telah melantik KJ sebagai Menteri Kesihatan dan
beliau telah membawa keseluruhan portfolio MySejahtera ini bersamanya
dalam kementerian itu.

1.7.7 Dalam satu temubual pada 29 Mac 2022, KJ telah menyebut bahawa
tidak terdapat kontrak di antara pembangun perisian MySejahtera dan pihak
vendor.

1.7.8 Bukti yang mengatakan ia adalah satu usaha CSR syarikat perlu
disiasat dengan lebih teliti.

1.7.9 Perkara di atas telah menimbulkan beberapa persoalan.

1.7.9.1 Mengapa sekarang telah timbul mengenai sebuah syarikat


persendirian yang memperolehi data-data yang sangat sulit dan peribadi
yang diberikan kepada kerajaan atas dasar kepercayaan?

1.7.9.2 Perkara ini hanya menunjukkan operatif bersifat klandestin dan


dakwan ke atas dakwaan terhadap syak yang baru bahawa syarikat yang
dilantik membangunkan perisian itu adalah syarikat asing yang berpusat di
US dan Singapura sejak dari awal.

1.8 Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, kami merayu kepada YAB


Datuk Seri agar MENGHENTIKAN ARAHAN PENGGUNAAN
MYSEJAHTERA mulai sekarang dan memecat YB Khairy Jamaluddin dari
jawatan Menteri Kesihatan tertakluk kepada siasatan Suruhanjaya DiRaja.

2.0 Rakyat akan bertindak terhadap Kerajaan

Sebagai menteri kesihatan, Khairy telah mengumumkan bahawa kira-kira 2.5 juta
orang akan hilang status vaksinasi lengkap bermula 1 April 2022.

Saya bagi pihak ahli-ahli PPIM dan juga seluruh rakyat seperjuangan ingin
memberi peringatan tegas kepada Khairy supaya tidak meneruskan niatnya yang
telah diacukan kepada mereka yang tidak mahu mengambil dos penggalak.

Dengan lebih 10 juta pengikut, kami yakin suara kami akan didengari dan
dipersetujui oleh rakyat khususnya mereka yang teraniaya oleh program vaksinasi
kebangsaan samada secara terus atau sebaliknya.
Khairy sedang memaksa orang ramai untuk mengambil vaksin lebihan dan
memanggilnya dos penggalak dan perbuatan itu menyalahi undang-undang
kerana dia sendiri telah mengesahkan tiada paksaan untuk pengambilan vaksin
dan pengambilan dos penggalak juga adalah secara sukarela.

Namun dengan memberikan ugutan bahawa 2.5 juta warganegara yang tidak
mengambil dos tambahan vaksin itu akan hilang status vaksinasi mereka,
keadaan bakal menjadi huru hara apa bila golongan ini bakal di diskriminasi oleh
pelbagai pihak seperti majikan, Ajk surau dan masjid, malah untuk berurusan di
jabatan kerajaan juga, mereka akan menghadapi masalah. Mereka hanya boleh
berbuat satu perkara sahaja iaitu mengundi. Oleh itu kami di PPIM akan
memastikan mereka faham akan situasi ini dan memilih pemimpin yang
mendengar suara rakyat, memudahkan urusan rakyat dan mengutamakan rakyat
bukannya jabatan kesihatan luar negara.

3.0 Notis terhadap YAB Datuk Seri dan UMNO

Dengan penuh rasa hormat kepada YAB Datuk Seri sebagai Perdana Menteri
organisasi kami terpaksa mengeluarkan notis kepada Datuk Seri dan ahli-ahli
Parlimen UMNO agar lebih bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang
diambil demi kepentingan rakyat Malaysia.

Saya sendiri telah berikrar secara peribadi akan turun ke padang dan berkempen
menentang mana-mana ahli parlimen yang menyokong suntikan vaksinasi yang
berterusan ini. Lebih lagi dengan adanya maklumat-maklumat terkini yang boleh
didapati secara mudah, mana-mana ahli-ahli Parlimen yang mengabaikan isu ini
akan kami maklumkan kepada rakyat agar mereka lebih bijak dalam membuat
pemilihan ketika plihanraya umum akan datang.

Saya sedar bahawa pengikut saya adalah pengikut-pengikut tegar bersama-sama


mereka yang menanggung AEFI, mereka yang kehilangan orang tersayang akibat
vaksinasi dan dos penggalak. Mereka akan bersama-sama kami dan yakinlah
kami akan membuat ikrar ini dengan rasa rendah diri sebagai hamba Allah. Jika
perlu, kami akan membantah penglibatan YAB Datuk Seri di Bera dan
memastikan seluruh pengundi disana mendapat maklumat yang tepat, InsyaAllah.

Demi Allah, kami tidak akan berundur dari kata-kata kami. Rakyat Malaysia telah
terdera dan tercedera akibat AEFI dan ada di antara mereka kini berbaring
kesakitan serta data-data peribadi telah diserahkan secara rasmi di atas dulang
emas kepada agen-agen dengan agenda-agenda tersembunyi.

Kami telah diperdaya dan ditipu oleh ahli kabinet Datuk Seri sendiri, tapi Datuk
Seri dilihat seperti tidak mengendahkannya malah menyokong oerbuatan mereka.
Kami meletakkan Datuk Seri dan UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab
penuh terhadap kegagalan ini, segala fitnah dan khianat oleh pentadbiran Datuk
Seri menjelang PRU15 ini. Semoga semua yang terlibat di atas pentas jenayah
terhadap kemanusiaan ini akan jawab di hadapan yang maha Esa di akhirat nanti
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666
(Adi). Terima Kasih. [TAMAT]

Anda mungkin juga menyukai