Anda di halaman 1dari 34

3.

0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bagi menjawab objektif kajian yang pertama, perbincangan ini menunjukkan terdapat lima
item yang menjadi fokus bagi mengetahui persepsi dan penerimaan komuniti setempat
terhadap pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Ia dapat
dilihat merangkumi penerimaan komuniti setempat terhadap eko-pelancongan yang
dilakukan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dan perubahan kepada kehidupan seharian
bagi komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Ia juga merangkumi item yang
berkaitan penglibatan komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dalam eko-
pelancongan seperti dalam penyediaan Homestay, Island Hopping, perkhidmatan
menghantar dan membwa pelancong dan sebagainya. Perbincangan turut menunjukkan
persepsi dan penerimaan komuniti setempat dari segi kebaikan atau keburukan yang
menjejaskan aktiviti seharian daripada pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut.

Seterusnya, perbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini adalah selaras dengan
soalan kajian iaitu “Adakah anda menerima eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna?”.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan perbincangan dapatan analisis bagi soalan
tersebut.

Dapatan soalan selidik analisis bagi soalan pertama dapatan pertama ini telah
dijalankan ke atas 120 responden di mana ia melibatkan komuniti setempat yang berada di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah mengenai penerimaan komuniti setempat terhadap eko-
pelancongan. Bagi tahap sangat tidak setuju dan tidak setuju, kedua-duanya terdapat 8
peratus atau 1 orang daripada penduduk tersebut yang mengatakan bahawa komuniti
setempat tersebut tidak menerima eko-pelancongan di kawasan Pulau Selakan, Semporna,
Sabah. Menurut Norhaya Hanum Mohammad dan Amran Hamzah (2013), perbezaan
penerimaan terhadap eko-pelancongan adalah disebabkan persepsi dan penerimaan
komuniti setempat yang sukar untuk ditafsir kerana subjektif dan bergantung kepada
pengalaman yang lalu. Bagi Sharif dan Abidin (2013), pula terdapat kepelbagaian latar
belakang yang mana dapat memberi persepsi dan penerimaan yang berbeza terhadap kesan
pembangunan eko-pelancongan. Dengan memiliki perbezaan dari jenis pengalaman dan
latar belakang seperti pekerjaan akan menunjukkan kemungkinan seseorang itu merasa
bahawa seseorang itu tidak menerima eko-pelancongan tersebut. Namun demikian, hal ini
berlaku ke atas bilangan responden yang sedikit iaitu 2 orang bagi kedua-dua tahap iaitu
sangat tidak setuju dan tidak setuju.

Beralih kepada tahap ketiga dan tahap keempat dalam dapatan soalan pertama iaitu
tahap setuju dan sangat setuju. Kedua-dua tahap ini adalah tahap yang tertinggi dalam
dapatan penerimaan responden dan ia sebanyak 52.5 peratus atau 63 orang bagi tahap
setuju manakala bagi tahap sangat setuju seramai 55 orang dengan peratus 45.8 peratus.
Dengan ini, menunjukkan bahawa 92 peratus daripada responden telah bersetuju bahawa
komuniti setempat telah menerima kewujudan eko-pelancongan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah. Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya komuniti setempat
merupakan salah satu tarikan utama di Semporna, Sabah. Berdasarkan Sabah Tourism
(2018), sektor pelancongan Sabah telah menyumbang sebanyak RM 8.3 bilion kepada
pendapatan ekonomi di negeri tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui kedatangan ramai
pelancong dari negara China dan juga Korea Selatan untuk menyertai pelbagai aktiviti eko-
pelancongan seperti melawat pulau, menikmati alam semula jadi, pengembaraan, aktiviti
menyelam dan sebagainya di sesebuah kawasan eko-pelancongan khususnya dapat dilihat
menerusi pusat eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Justeru itu, kehadiran eko-pelancongan menyebabkan komuniti setempat di kawasan


tersebut diberi peluang pekerjaan sekali gus melalui peluang pekerjaan hasil daripada
pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut komuniti
setempat akan dapat memperoleh pelbagai faedah berikutan kemajuan dalam
pembangunan eko-pelancongan. Antara peluang pekerjaan yang didapati adalah
memulakan perniagaan seperti menjual produk pelancongan, kraf tangan, makanan dan
pelbagai jenis barangan tradisional yang mampu menarik perhatian para pelancong dari
dalam negara atau luar negara di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Tambahan pula,
penyebab kepada komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah menerima eko-
pelancongan adalah kerana eko-pelancongan telah meningkatkan kemudahan infrastruktur
dan komunikasi setempat seperti jalan raya, bekalan elektrik, air, perkhidmatan
telekomunikasi iaitu telefon awam dan kemudahan pengangkutan awam. Dengan itu, ia
secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut dan
ia akan menyemai nilai jati diri kepada komuniti setempat kerana komuniti setempat ini
memahami dan menghargai eko-pelancongan yang ada di sekeliling para komuniti setempat
tersebut (Norazni Syaripudin, 2016).

Selain itu, tarikan destinasi pelancongan bukan sahaja bergantung kepada


ketersediaan alam semula jadi, adat dan budaya serta promosi mengenai pelancongan
tetapi ia juga bergantung kepada kesediaan dan kesedaran komuniti setempat untuk
menerima, mengurus dan melayan pelancong yang masuk dan datang menyertai aktiviti
eko-pelancongan di sesebuah lokasi eko-pelancongan yang melibatkan komuniti setempat di
kawasan tersebut seperti yang dapat dilihat pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah. Hasil dapatan kajian melalui penerimaan komuniti setempat di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah terhadap eko-pelancongan adalah seramai 118 orang
responden daripada 120 orang responden menerima pembangunan eko-pelancongan yang
dijalankan di kawasan penempatan komuniti setempat ini iaitu di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah. Bagi perkembangan sesebuah pembangunan eko-pelancongan adalah dari
penerimaan komuniti setempat sama ada komuniti setempat tersebut mahu kawasan
penempatan dijadikan sebagai satu tarikan kepada pelancong untuk menikmati budaya dan
alam yang sedia ada. Pernyataan Byrd et al. (2008), menjelaskan bahawa salah satu
cabaran utama dalam pembangunan pelancongan luar bandar adalah melalui penyertaan
masyarakat. Oleh hal yang demikian, sokongan komuniti setempat terhadap pelancongan
merupakan asas kepada kejayaan pembangunan eko-pelancongan seperti di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah.

Perbincangan seterusnya selaras dengan soalan kedua iaitu “ Adakah eko-


pelancongan memberi perubahan kepada kehidupan seharian anda?”. Berikut adalah
perbincangan dapatan bagi soalan ini.

Secara keseluruhan, dapatan kajian untuk soalan kedua menggunakan teknik yang
sama iaitu berdasarkan tahap kesetujuan responden terhadap soalan. Bagi tahap sangat
tidak setuju terdapat 1 orang daripada 120 responden atau 8 peratus yang berada pada
tahap ini. Manakala, bagi tahap kedua iaitu tidak setuju, seramai 17 orang responden atau
14.2 peratus yang tidak setuju terhadap penyataan tersebut. Bagi komuniti setempat yang
kurang melibatkan diri dalam eko-pelancongan akan berasa bahawa tidak ada perubahan
yang berlaku dalam eko-pelancongan itu di mana ia melibatkan perubahan yang berlaku ada
mahupun tidak ada dalam kehidupan seharian serta kurangnya penerimaan terhadap
kemudahan-kemudahan yang sewajarnya terdapat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
tersebut. Namun begitu, setiap individu tidak menyalahkan kepada komuniti setempat
terhadap penglibatan komuniti setempat tersebut dalam aktiviti ini. Berdasarkan dapatan ini,
dapat dilihat bahawa penglibatan komuniti setempat ini adalah berkaitan kesedaran
komuniti setempat tersebut yang masih menganggap bahawa eko-pelancongan hanya
membawa kesan baik kepada sektor pelancongan negara dan bukan memberi kesan baik
kepada diri komuniti setempat tersebut di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.
Bagi tahap setuju dan sangat setuju pada dapatan kajian soalan ini adalah seramai
48.3 peratus atau 58 orang responden yang bersetuju bahawa eko-pelancongan telah
memberi perubahan kepada kehidupan seharian komuniti setempat tersebut dan seramai 44
orang responden atau 36.7 peratus pada tahap sangat setuju. Butler (1991) menyatakan
bahawa ciri-ciri eko-pelancongan melibatkan penduduk tempatan dalam pembangunan dan
program-program pelancongan akan mendatangkan kebaikan kepada penduduk tempatan
tersebut. Justeru itu, segala usaha pembangunan eko-pelancongan ini bukan sahaja
memberi impak kepada pelancong namun turut memberi kesan kepada kualiti hidup
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Bagi perbincangan untuk dapatan kajian bagi soalan ketiga pula iaitu “Adakah anda
melibatkan diri dalam eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna? (Contohnya:
Penyediaan Homestay, Island Hopping, Perkhidmatan Menghantar dan Membawa Pelancong
dan Sebagainya)”. Buhalis (2003), menyatakan bahawa penglibatan penduduk tempatan
dalam aktiviti eko-pelancongan dapat membantu penduduk tempatan ini dalam
meningkatkan lagi taraf ekonomi, sosial dan budaya. Secara umumnya, setiap komuniti
setempat ini mempunyai kerjaya dalam kehidupan masing-masing. Sehubungan dengan itu,
berdasarkan dapatan kajian bahagian ini, seramai 26 orang responden (21 peratus) yang
sangat tidak bersetuju dan bagi tahap tidak setuju seramai 35 orang responden atau
sebanyak 29.2 peratus yang berada pada tahap tersebut. Berdasarkan Haliza (2010), dalam
kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan penduduk setempat terhadap isu
persekitaran masih lagi minimum disebabkan kurangnya pengetahuan, pemahaman,
keterdedahan terhadap isu eko-pelancongan. Tambahan pula, menurut Haliza (2010),
masyarakat perlu diberi peluang untuk terlibat sama dalam proses perancangan,
perlaksanaan, penilaian dasar dan program yang akan memberi kesan kepada kehidupan
masyarakat. Namun begitu, terdapat masih ada golongan yang memandang serong
terhadap industri eko-pelancongan kerana golongan tersebut beranggapan bahawa industri
ini menyebabkan wujudnya penyakit sosial iaitu kemasukan budaya luar, pelacuran,
perjudian dan sebagainya berikutan kemasukan industri eko-pelancongan ke kawasan
persekitaran golongan tersebut.

Sekiranya eko-pelancongan dilihat sebagai sesuatu yang akan memanfaatkan


komuniti setempat maka ia seharusnya berkait dengan tindak balas komuniti setempat
berkaitan penglibatan dan juga sokongan terhadap eko-pelancongan yang dibangunkan
sendiri. Berdasarkan dapatan kajian untuk soalan ketiga ini, pada tahap setuju terdapat
seramai 33 orang responden dengan peratusan 27.5 peratus bersetuju. Manakala, seramai
26 orang responden dengan peratusan 21.7 peratus pada tahap sangat setuju bahawa
komuniti setempat melibatkan diri dalam eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah. Terdapat tiga jenis golongan penglibatan antaranya penglibatan sebenar ( genuine
participation), penglibatan simbolik (symbolic participation), dan tiada penglibatan (non-
participation). Penglibatan sebenar adalah apabila komuniti setempat berhubung terus
dengan pihak luar dan komuniti setempat tersebut mempunyai kawalan tanpa intervensi
daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan. Penglibatan simbolik
pula terbahagi kepada tiga iaitu perkongsian, interaksi dan perundingan. Hal ini berkaitan
dengan penglibatan komuniti setempat yang mulai kelihatan kerana suara dan aspirasi
komuniti setempat telah diambil kira melalui pelbagai kaedah dalam pengumpulan maklumat
walaupun keputusan masih berada pada pihak luar. Bagi tahap tidak ada penglibatan,
komuniti setempat hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja walaupun pihak perancang
telah memberi pelbagai maklumat berkenaan program pembangunan setelah keputusan
dibuat (Azhar Abdul Gani et al., 2013).

Antara penglibatan yang penduduk atau komuniti setempat dapat sertai adalah
seperti komuniti setempat ini sebagai tuan rumah, komuniti setempat sebagai pengguna,
dan komuniti setempat sebagai usahawan pelancongan. Penglibatan komuniti setempat
selaku tuan rumah adalah berkaitan sokongan komuniti setempat ini terhadap
pembangunan eko-pelancongan dalam menjalankan atau menyertai pelbagai aktiviti dan
yang berkaitan. Tahap sokongan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat
akan memberi kesan dalam kemajuan sektor eko-pelancongan ini. Seterusnya, bagi
penglibatan komuniti setempat sebagai pengguna dapat dilihat pada tahap keaktifan
komuniti setempat untuk mengunjungi kawasan-kawasan yang dijadikan sebagai pusat eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Terakhir adalah penglibatan komuniti
setempat sebagai usahawan pelancongan, penglibatan ini bukan sahaja memberi kebaikan
kepada pembangunan eko-pelancongan malah ia membantu meningkatkan ekonomi
komuniti setempat. Komuniti setempat pula perlu merebut peluang keusahawanan yang luas
terbuka kepada komuniti setempat tersebut dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan
berkaitan makanan tradisional, kraf tangan dan buah tangan yang sesuai untuk pelancong
sama ada melibatkan pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Hal ini demikian
kerana, dalam hal ini, eko-pelancongan dapat menarik ramai pelancong daripada pelbagai
negara yang berlainan dan juga daripada pelbagai aspek. Justeru itu, hasil dapatan
bahagian soalan tiga, sebanyak 49.2 peratus responden yang telah bersetuju manakala
seramai 50.9 peratus responden tidak bersetuju berkenaan pernyataan tersebut.
Dapatan kajian bagi soalan keempat berkaitan “Adakah eko-pelancongan memberi
kebaikan kepada anda”. Pada tahap tidak setuju menunjukkan seramai 11 orang dengan
peratus sebanyak 9.2 peratus. Manakala, bagi tahap setuju (66 orang responden) dan
sangat setuju (43 orang responden) daripada 120 responden dengan hasil dapat seramai
109 orang responden dengan peratusan 90.8 peratus yang telah bersetuju mengenai
pernyataan ini. Antara impak eko-pelancongan kepada komuniti setempat dalam ekonomi
adalah dapat meningkatkan taraf hidup, meningkatkan peluang pekerjaan dan
perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sejajar dengan pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini, eko-pelancongan telah memberi impak
dalam aspek ekonomi yang mana seterusnya dapat dilihat ia telah meningkatkan taraf hidup
komuniti setempat dengan ketara disebabkan terlibat sama dalam pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut.

Secara umumnya, kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan kerana
kualiti hidup merupakan perkara subjektif dan setiap individu mempunyai kehendak yang
berbeza-beza. Justeru itu, kebaikan eko-pelancongan kepada komuniti setempat ditafsir
mengikut keselesaan komuniti setempat tersebut khususnya komuniti setempat di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah. Tambahan pula, eko-pelancongan dilihat telah membawa
kepada peningkatan peluang pekerjaan di mana komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah ini dapat membuka perniagaan sendiri menyebabkan para komuniti
setempat menyedari bahawa sektor ini memberikan kebaikan kepada kehidupan sebagai
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Bagi impak sosial pula, ia dapat
dibuktikan berlaku peningkatan kemudahan infrastruktur dan prasarana di kawasan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Aktiviti eko-pelancongan yang terdapat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah turut


menyediakan komunikasi yang lebih baik kepada komuniti setempat apabila komuniti
setempat ini perlu berkomunikasi bersama para pelancong yang datang ke Pulau Selakan,
Semporna, Sabah yang juga melibatkan komuniti setempat ini perlu menguasai bahasa
asing berdasarkan bahasa komunikasi para pelancong terutamanya pelancong daripada luar
negara. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa
lain dalam kalangan komuniti setempat dan mewujudkan hubungan baik antara komuniti
setempat dengan para pelancong yang datang untuk melakukan aktiviti eko-pelancongan di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut serta ia juga dilihat berlaku perkembangan
budaya komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang dapat mempamerkan
keunikan budaya komuniti setempat yang majoriti berbangsa Bajau di mana terkenal
dengan tradisi makanan yang pelbagai, penglibatan dalam perayaan Regatta Lepa, proses
pembuatan tembikar yang telah diwarisi secara turun-temurun dalam generasi komuniti
setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dan sebagainya. Peningkatan kemudahan
infrastruktur seperti jalan raya, jeti pelancongan, jambatan turut dinaiktaraf sekali gus
meningkatkan aspek keselamatan dalam eko-pelancongan berikutan berlaku pembangunan
eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Menurut Tej Vir Singh (1989) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat impak
positif dan negatif boleh berlaku akibat pembangunan eko-pelancongan. Untuk impak positif
dapat dijelaskan dalam perenggan di atas melalui impak ekonomi, sosial dan impak ke atas
alam sekitar. Namun demikian, bagi impak negatif dapat dilihat ia berlaku apabila
pembangunan eko-pelancongan membawa kepada pencemaran air dari pembuangan
sampah sarap, pencemaran udara dan bunyi. Hasil dapatan untuk soalan keempat mengenai
kebaikan eko-pelancongan terhadap komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
mempunyai kesan yang berbeza kepada setiap komuniti setempat kerana terdapat komuniti
setempat yang bersetuju dan tidak bersetuju akan pernyataan tersebut.

Akhir sekali, bagi dapatan kajian untuk soalan kelima dalam bahagian ini iaitu
“Adakah eko-pelancongan menjejaskan aktiviti seharian anda?”. 75.8 peratus menunjukkan
tidak setuju berkaitan aktiviti pelancongan yang menjejaskan aktiviti harian penduduk
setempat. Seramai 46 orang responden pada tahap sangat tidak setuju dan seramai 45
orang responden pada tahap tidak setuju. Pembangunan eko-pelancongan berkait rapat
dengan pembangunan sosial di mana Midgley (1995) menyatakan pembangunan sosial
adalah satu proses perubahan sosial yang dibentuk bagi meningkatkan kesejahteraan hidup
masyarakat dalam proses pembangunan yang berbentuk dinamik. Justeru itu, proses ini
menunjukkan bahawa terdapat keperluan kesejahteraan hidup dalam sesebuah masyarakat.
Bagi responden yang setuju dan tidak setuju seramai 29 orang dengan peratus 24.1
peratus. Menurut Fox (1997), kesan pembangunan eko-pelancongan terhadap kedudukan
sosial masyarakat meliputi perubahan yang dibawa pada sistem nilai perilaku seseorang,
hubungan kekeluargaan, cara hidup bermasyarakat, adat istiadat tradisional dan organisasi
masyarakat. Dalam hal ini, dapat dilihat pembangunan eko-pelancongan ini tidak
menjejaskan aktiviti seharian para komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
kerana komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini turut terlibat sama dalam
menjayakan pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang juga
dapat memperkenalkan lagi penempatan komuniti setempat iaitu Pulau Selakan, Semporna,
Sabah tersebut sebagai pusat eko-pelancongan yang mementingkan kelestarian alam
semula jadi.

Oleh hal yang demikian, secara keseluruhan menerusi persepsi dan penerimaan
komuniti setempat terhadap pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah ini dilihat penerimaan komuniti setempat terhadap eko-pelancongan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.43 yang bersetuju
terhadap pembangunan eko-pelancongan ini sekali gus membuktikan bahawa komuniti
setempat menerima pembangunan eko-pelancongan yang dilakukan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut. Majoriti komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
juga menunjukkan bersetuju terhadap pembangunan eko-pelancongan ini memberi
kebaikan kepada komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dengan nilai min
sebanyak 3.27 di mana ia juga membuktikan bahawa pembangunan eko-pelancongan ini
sememangnya memberi perubahan kepada kehidupan seharian komuniti setempat dalam
pembangunan eko-pelancongan namun perubahan ini merupakan perubahan yang
membawa kepada kebaikan komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut.
Sehubungan dengan itu, persepsi dan penerimaan komuniti setempat terhadap
pembangunan eko-pelancongan memperlihatkan pembangunan eko-pelancongan ini
memberi perubahan kepada kehidupan seharian komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah iaitu dengan nilai min sebanyak 3.21 bersetuju akan pernyataan tersebut.
Meskipun ia membawa perubahan kepada komuniti setempat, namun ia dapat dilihat
membawa perubahan yang memajukan penempatan Pulau Selakan, Semporna, Sabah
sebagai pusat pembangunan eko-pelancongan sekali gus membawa kemajuan kepada
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Bagi menjawab objektif yang kedua, perbincangan difokuskan kepada kesan


pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah terhadap sosio-ekonomi
komuniti setempat berdasarkan taraf hidup dan budaya komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah merangkumi aspek peluang perniagaan, peluang pekerjaan,
perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan sebagainya.

Dalam hal ini, eko-pelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas


alam sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada
komuniti tempatan melalui penglibatan mereka dalam industri tersebut. Eko-pelancongan
mempunyai kesan terhadap sosio-ekonomi komuniti setempat yang terlibat. Penglibatan
komuniti dalam pembangunan merupakan satu elemen yang penting kerana berperanan
memastikan kejayaan serta kelestarian sesebuah projek atau program pembangunan.
Penglibatan komuniti boleh dijelaskan melalui dua aspek iaitu melalui tahap penyertaan
pendudukan dan tahap pembahagian kuasa dalam pelaksanaan sesuatu projek (Tosun,
2000).

Hasil dapatan kajian dari aspek kesan pembangunan eko-pelancongan di Pulau


Selakan, Semporna, Sabah terhadap sosio-ekonomi komuniti setempat menunjukkan
peluang pekerjaan semakin meluas merupakan nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak
3.28. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembangunan eko-pelancongan di sesuatu tempat
dapat memberi peluang kepada komuniti lokal dalam usaha pembangunan diri dan komuniti
dalam ruang pembangunan tersebut. Pembangunan eko-pelancongan akan memberi impak
positif kepada sosio-ekonomi komuniti setempat dengan penglibatan bersama dalam
pembangunan eko-pelancongan (Er & Nurul, 2013). Aktiviti pembangunan ekopelancongan
juga telah membuka ruang pekerjaan kepada semua masyarakat di negara Malaysia.
Menurut Shuib dan Noor (1989), di sekitar kawasan pembangunan eko-pelancongan,
peluang pekerjaan dapat diwujudkan bagi penduduk tempatan di samping dapat membantu
menambah pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan taraf hidup terutama bagi
komuniti setempat yang tergolong dalam golongan kurang berkemampuan. Menerusi hal ini,
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dilihat bersetuju dengan peluang
pekerjaan semakin meluas di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut berikutan wujud
pembangunan eko-pelancongan. Kewujudan pembangunan eko-pelancongan ini menjadikan
peluang pekerjaan semakin meluas di mana komuniti setempat mendapat pelbagai peluang
pekerjaan bagi mencari sumber pendapatan seharian komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut.

Tambahan pula, ia dapat dilihat pembangunan eko-pelancongan ini menjadikan


komuniti setempat sebagai komuniti utama yang bertanggungjawab untuk
membangunankan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah berikutan Pulau
Selakan, Semporna, Sabah tersebut merupakan sebuah penempatan komuniti setempat.
Pembangunan eko-pelancongan sememangnya turut mewujudkan pelbagai aktiviti eko-
pelancongan yang disediakan dan ia membuktikan komuniti setempat mempunyai pelbagai
peluang pekerjaan yang semakin meluas terutamanya dalam menjayakan aktiviti eko-
pelancongan yang terdapat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut. Hal ini turut
membantu dalam memajukan pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah dengan penglibatan komuniti setempat menerusi pekerjaan-pekerjaan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah bagi memberikan kepuasan yang maksimum kepada para
pelancong yang datang dengan pelbagai aktiviti eko-pelancongan yang menarik.
Pembangunan eko-peloncongan ini juga dapat menyediakan pekerjaan yang sesuai
kepada penduduk di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Hasil daripada kajian menunjukkan
pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dapat menyediakan
pekerjaan yang sesuai kepada komuniti setempat di mana dapat dilihat ia mempunyai nilai
min kedua yang tertinggi yang dipilih oleh komuniti setempat iaitu sebanyak 3.15 sekali gus
menunjukkan komuniti setempat ini bersetuju bahawa pembangunan eko-pelancongan
menyediakan pekerjaan yang sesuai kepada komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah. Hal ini juga turut membuktikan terdapat pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan
oleh komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah berikutan pembangunan eko-
pelancongan tersebut. Menurut Guntavid (2005), komuniti berbangsa bajau di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah ini didominasikan dengan pengeluaran tembikar tradisional yang
dikenali sebagai Tembikar Bajau untuk jangka masa yang panjang. Hal ini menunjukkan
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah boleh mengusahakan tembikar bagi
meluaskan lagi kemahiran komuniti setempat dan sekali gus dapat menambah pendapatan
komuniti setampat.

Bukan itu sahaja, komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini juga
mengusahkan pembuatan tembikar tradisional yang dikenali sebagai “Lapohan” iaitu
merupakan dalam bahasa suku kaum Bajau Laut bermaksud alat untuk membakar atau
memasak (Norhayati Ayob, Shamsu Mohamad & Shazmal Effendi Arshad, t.th.). Menurut
Norhayati Ayob et al. (t.th.), Lapohan tersebut merupakan tembikar yang dihasilkan melalui
proses penggabungan dua jenis bahan utama iaitu tanah liat dan pasir di mana pembuatan
Lapohan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini sangat unik dan berbeza daripada kawasan
lain di mana pembuatan kraf Lapohan Selakan ini merupakan satu-satunya kawasan di dunia
yang menggunakan Pasir Gunung Berapa sebagai bahan utama. Hal ini telah menjadi salah
satu warisan secara turun-temurun dari segi pembuatan tembikar jenis Lapohan ini yang
dapat dilihat menjadi salah satu budaya yang dipamerkan dalam pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Ia sekali gus memperlihatkan pembuatan
kraf Lapohan Selakan ini menjadi salah satu pekerjaan yang bersesuaian kepada komuniti
setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah kerana ia merupakan warisan yang perlu
diteruskan secara berterusan.

Manakala, dari segi aspek sebelum kewujudan pembangunan eko-pelancongan,


komuniti setempat hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan membuat tembikar
namun setelah kewujudan eko-pelancongan ramai komuniti setempat yang semakin maju
dengan pelbagai jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan komuniti setempat di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah berikutan terdapat pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah tersebut. Hal ini termasuk kepada kaedah pembuatan tembikar
Lapohan Selakan yang semakin maju untuk diusahakan bagi tujuan ekonomi. Setelah
kewujudan sektor eko-pelancongan ini komuniti setempat dapat menceburi sektor ekonomi
yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan seperti bekerja di resort, pemandu
pelancong, boatman dan dive master (Jabil et al., 2012).

Melalui pembangunan eko-pelancongan perkembangan Industri Kecil dan Sederhana


(IKS) juga berlaku di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Jika dilihat dari segi aspek positif,
industri eko-pelancongan antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber
pendapatan kepada kerajaan negeri, seterusnya kepada sumber pendapatan negara dan
juga kepada komuniti setempat yang terlibat. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan nilai min
adalah sebanyak 3.14. Pembangunan eko-pelancongan dilihat mengundang kepada
kewujudan impak negatif namun ia juga dilihat lebih terarah kepada memberi impak positif
terutamanya dalam penglibatan komuniti setempat terhadap pembangunan eko-
pelancongan tersebut. Salah satu impak yang boleh bermanfaat kepada komuniti setempat
adalah perubahan taraf sosio-ekonomi. Menurut Nurulhuda (2006), peranan industri kecil
dan sederhana dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar. Sejak lima tahun
kebelakangan ini, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan Industri Kecil dan
Sederha (IKS) turut dirangka dan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam
memastikan perkembangan positif dalam industri terutamanya industri eko-pelancongan ini.
Sebagai contoh, aktiviti penjualan hasil kraftangan yang berkonsepkan hidupan laut.
Komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini boleh memanfaatkan
pembangunan eko-pelancongan dengan cara mengembangkan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) bagi menambah pendapatan komuniti setempat di mana akan meningkatkan taraf
hidup komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini dengan pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut.

Di samping itu, pembangunan eko-pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup


dengan ketara. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi meningkatkan taraf
kehidupan adalah sebanyak 3.13 sekali gus membuktikan dengan adanya pembangunan
eko-pelancongan ini dapat meningkatkan taraf hidup komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui pembangunan
tersebut terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia dan secara tidak langsung
komuniti setempat dapat melibatkan diri bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing bagi
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Misalnya, peluang pekerjaan di
dalam sektor perhotelan dan resort umumnya menunjukkan dalam carta piramid pekerjaan,
mempamerkan majoritinya terdiri daripada pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran
yang tinggi (Cooper & Wanhill, 1996). Dalam hal ini, komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah dilihat telah membangunkan penginapan iaitu Homestay yang akan
mewujudkan peluang pekerjaan. Perusahaan eko-pelancongan oleh komuniti setempat juga
dapat membantu menaikkan taraf hidup komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah. Eko-pelancongan merupakan suatu aktiviti yang cukup mudah diceburi di mana
semakin popular dan segelintir menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang sahaja untuk
memperolehi pendapatan tambahan, khususnya melalui agensi pelancongan, pemandu
pelancong, penganjur (promoter) dengan membantu memperkenalkan produk-produk
tertentu. Hal ini memberi makna, komuniti setempat memperoleh banyak peluang pekerjaan
dari segi perusahaan Homestay dengan adanya pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah.

Eko-pelancongan juga dapat meningkatkan peluang perniagaan yang merupakan


antara kesan pembangunan eko-pelancongan terhadap sosio-ekonomi komuniti setempat di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Pembangunan eko-pelancongan bukan sahaja
meningkatkan peluang pekerjaan tetapi juga peluang perniagaan. Hasil dapatan
menunjukkan nilai min bagi meningkatkan peluang perniagaan adalah sebanyak 3.12.
Dengan adanya pembangunan eko-pelancongan peluang perniagaan komuniti setempat
akan meningkat kerana ramai pelancong yang datang ke Pulau Selakan, Semporna, Sabah
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai pelancong daripada luar negara mahupun
dalam negara yang akan berkunjung. Permintaan yang tinggi terhadap makanan, minuman
dan kraftangan daripada pelancong telah memberikan peluang kepada penduduk setempat
untuk melakukan aktiviti perniagaan. Sebagai contoh, aktiviti perniagaan seperti gerai
makanan dan gerai minuman yang boleh dilakukan oleh komuniti setempat dengan
mendapatkan kebenaran untuk melakukan aktiviti perniagaan tersebut. Hal ini secara tidak
langsung perniagaan komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah lebih meningkat
dan juga produk jualan komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah juga akan
turut terkenal di seluruh dunia dengan adanya pembangunan eko-pelancongan yang dapat
menarik ramai pelancong untuk datang melancong ke Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Tambahan pula, produk budaya dan alam sekitar menjadi sumber ekonomi
merupakan kesan eko-pelancongan terhadap sosio-ekonomi komuniti setempat di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah. Alam sekitar merupakan sumber bagi eko-pelancongan
(Inskeep, 1991). Industri eko-pelancongan ini sangat berkait rapat dengan kualiti alam
sekitar fizikal. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min sebanyak 3.10 bagi produk
budaya dan alam sekitar menjadi sumber ekonomi komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut. Dengan adanya eko-pelancongan, secara tidak langsung dapat
menjadikan produk budaya dan alam sekitar menjadi sumber ekonomi komuniti setempat di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut. Kajian mendapati bahawa Pulau Selakan,
Semporna, Sabah dijadikan sebagai salah satu kawasan yang berpotensi untuk memajukan
projek pengkulturan rumpai laut di Semporna adalah disebabkan oleh kedudukan
geografinya yang terletak di kawasan segitiga batu karang. Malah, kriteria penting pemilihan
lokasi termasuklah memiliki perairan laut yang terlindung dari angin, ketinggian ombak
setinggi 1-2 kaki, salinity 30-35 ppm, kualiti air laut yang baik serta dasar laut yang berpasir
dan berbatu karang (Shahzunizam, 2009). Hal ini sudah jelas menunjukkan kawasan Pulau
Selakan, Semporna, Sabah dapat dijadikan produk budaya dan alam sekitar sebagai sumber
ekonomi bagi komuniti setempat Pulau Selakan, Semporna, Sabah dengan adanya
pembangunan eko-pelancogan di kawasan pulau tersebut.

Selain itu, eko-pelancongan menyebabkan hasil pelancongan menjadi lebih penting


daripada hasil lain merupakan salah satu kesan eko-pelancongan terhadap sosio-ekonomi di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min yang paling
rendah iaitu 2.98. Melalui hasil dapatan kajian tersebut dapat menunjukkan bahawa ramai
responden kurang bersetuju terhadap kesan yang dinyatakan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah bukan hanya menjadikan
pelancongan sebagai hasil ekonomi komuniti setempat yang utama. Komuniti setempat di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut juga mempunyai pendapatan sampingan yang
sedia ada sebelum adanya sektor eko-pelancongan yang dibangunkan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah. Sebagai contoh, komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
menghasilkan tembikar dan juga menangkat hasil laut sebagai pendapatan komuniti
setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut. Hal ini sangat jelas menunjukkan
bahawa bukan sahaja hasil pelancongan yang menjadi penting daripada hasil lain.

Melalui teori yang digunakan iaitu Teori Tipologi Penglibatan Komuniti oleh Pretty
(1995), jelas menunjukkan bahawa penglibatan komuniti setempat dalam pembangunan
merupakan satu elemen yang penting. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa
pembangunan eko-pelancongan sememangnya memberikan impak terhadap sosio-ekonomi
komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Eko-pelancongan ini dilihat
mewujudkan peluang pekerjaan. Komuniti setempat mendapat peluang untuk menjalankan
aktiviti ekonomi serta komuniti setempat ini mendapat peluang secara langsung atau tidak
langsung melalui penyediaan keperluan eko-pelancongan. Eko-pelancongan juga dapat
membantu melindungi alam sekitar, menjaga dan memulihara aspek warisan budaya dan
meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat dengan penglibatan secara langsung komuniti
setempat ini dalam pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.
Walau bagaimanapun, eko-pelancongan juga menyumbang kepada impak-impak negatif jika
dibangunkan tanpa perancangan yang berkesan dan menyeluruh (Mohamad Zaki, 2010).
Oleh hal yang demikian, teori yang digunakan dalam kajian ini merupakan teori yang sangat
sesuai bagi mengkaji kajian ini di mana komuniti setempat dan pihak luar terlibat sama
dalam proses membuat keputusan.

Bagi menjawab objektif yang ketiga, perbincangan memfokuskan kepada impak


pembangunan eko-pelancongan terhadap alam sekitar di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.
Aspek-aspek pembangunan eko-pelancongan terhadap alam sekitar ini merangkumi
kebersihan di kawasan Pulau Selakan, Semporna, Sabah iaitu berkenaan penjagaan alam
sekitar, masalah sampah sarap, pusat perlindungan hidupan laut, pencemaran air laut,
bahan buangan dan pencemaran udara. Ia dapat dilihat alam sekitar ini bersesuaian dengan
eko-pelancongan di mana ia menunjukkan perkaitan impak terhadap eko-pelancongan
terutamanya eko-pelancongan yang terdapat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang
sememangnya mementingkan penjagaan kebersihan alam sekitar berdasarkan definisi
utama eko-pelancongan tersebut. Menurut Norazni Syaripudin (2016), eko-pelancongan ini
adalah pelancongan yang berasaskan kepada penghayatan semula jadi untuk menikmati
dan menggalakkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.

Berdasarkan dapatan kajian telah menunjukkan terdapat pelbagai aspek yang boleh
memberi impak terhadap alam sekitar melalui pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah. Kajian ini menunjukkan impak pembangunan eko-pelancongan
terhadap alam sekitar di Pulau Selakan, Semporna, Sabah menerusi aspek perlindungan
alam sekitar dan hidupan laut mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.44. Hal ini
dapat dirumuskan komuniti setempat bersetuju dengan adanya pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Perlindungan alam sekitar dan hidupan
laut adalah penting bagi memelihara dan memulihara alam sekitar dan hidupan laut di
kawasan eko-pelancongan Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut di mana ia bertepatan
dengan pengaplikasian teori dalam kajian ini iaitu Teori Tipologi Penglibatan Komuniti yang
menunjukkan penglibatan komuniti dalam pembangunan penting bagi memastikan kejayaan
serta kelestarian pembangunan terutamanya yang melibatkan eko-pelancongan di mana
penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti eko-pelancongan ini dapat memperlihatkan
terdapat perlindungan terhadap alam sekitar dan hidupan laut di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah.

Perkara ini telah mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar dan hidupan laut di
mana komuniti setempat telah mengambil maklum berkaitan hal tersebut bagi menjaga
serta melindungi alam sekitar dan hidupan laut dengan menjadi salah satu lokasi pusat eko-
pelancongan. Ia juga telah membuktikan aspek pendidikan itu penting dalam meningkatkan
kefahaman komuniti setempat tentang penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar serta
sumber alam yang berkaitan dengan bidang eko-pelancongan (Er Ah Choy & Nurul Bariah
Mat Lazim, 2013). Dengan pemahaman sedemikian, komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah berpendapat alam sekitar dan hidupan laut ini perlu dilindungi meskipun
Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini telah menjadi satu lokasi pembangunan eko-
pelancongan. Tambahan pula, dengan aspek pendidikan yang tinggi tentang penjagaan
alam sekitar dan hidupan laut ini akan menjadikan komuniti setempat ini sentiasa berusaha
dalam menjaga persekitaran dan hidupan laut di mana bagi persediaan kepada kedatangan
pelancong dari negara luar yang sememangnya gemar bagi melihat keindahan alam sekitar
dan hidupan laut. Ia bukan sahaja memfokuskan kepada pelancong dari negara luar sahaja,
tetapi juga kepada pelancong dalam negara yang turut gemar akan kepada eko-
pelancongan yang terarah kepada persekitaran dan hidupan laut yang pelbagai.

Malah, dengan menjadi pulau yang tersenarai dalam Taman Marin Tun Sakaran
memperlihatkan lagi bahawa alam sekitar dan hidupan laut di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah itu semakin dilindungi bagi mengekalkan kelestarian kawasan tersebut. Kedudukan
Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang tersenarai dalam Taman Marin Tun Sakaran tersebut
dapat membuktikan bahawa Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini menjadi destinasi
percutian impian setiap pencinta alam semula jadi yang akan meningkatkan jumlah
pelancong dalam negara dan pelancong luar negara untuk menjadikan Pulau Selakan,
Semporna, Sabah ini sebagai destinasi percutian dan pelancongan. Ia dapat dilihat
pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah memberikan impak
yang positif terhadap alam sekitar di mana alam sekitar dan hidupan laut di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah tersebut semakin dilindungi meskipun kedatangan para pelancong yang
ramai dengan penerimaan komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang
berhadapan dengan norma yang membawa kelainan menerusi pembangunan eko-
pelancongan. Hal ini memperlihatkan lagi alam sekitar dan hidupan laut ini perlu dijaga bagi
memastikan sistem eko-pelancongan ini menjadi kekal dengan suasana harmoni di mana
masih mengekalkan kelestarian eko-pelancongan di kawasan tersebut iaitu di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah.

Kajian ini turut menunjukkan bahawa impak pembangunan eko-pelancongan


terhadap alam sekitar di Pulau Selakan, Semporna, Sabah dapat dilihat menerusi aspek
kebersihan di sekitar Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Aspek kebersihan merupakan salah
satu aspek yang penting dalam melestarikan sesebuah kawasan pelancongan terutamanya
bagi eko-pelancongan. Hal ini demikian kerana, persekitaran yang bersih dalam kawasan
eko-pelancongan akan dapat membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sesebuah
eko-pelancongan tersebut. Ia juga akan dapat mengekalkan keindahan alam sekitar
semulajadi di mana bertepatan dengan konsep eko-pelancongan di Malaysia daripada Chan
(2010) iaitu melibatkan kitaran alam semulajadi yang bertujuan memulihara alam semula
jadi, mengurangkan kesan negatif serta membawa keuntungan kepada masyarakat
tempatan (Wan Suzita Wan Ibrahim, Rosilawati Zainol, Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi
Fadzil & Juli Edo, 2015).

Menurut Wan Suzita Wan Ibrahim et al. (2015), konsep tersebut secara tidak
langsung dapat membantu dalam pembangunan mapan di Malaysia serta inisiatif
pemuliharaan warisan alam semula jadi dan meningkatkan mutu produk eko-pelancongan
negara. Hal ini bertepatan dengan Teori Tipologi Penglibatan Komuniti di mana penglibatan
komuniti dalam eko-pelancongan ini akan dapat mengekalkan aspek kebersihan di sekitar
Pulau Selakan, Semporna, Sabah kerana komuniti terlibat secara langsung dalam eko-
pelancongan ini dengan menetapkan pemeliharaan dan pemuliharaan sebagai aspek yang
utama di kawasan persekitaran Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang sememangnya dihuni
oleh komuniti Bajau. Penglibatan komuniti ini dapat mempengaruhi pembangunan eko-
pelancongan di mana kawasan penempatan komuniti ini menjadi lokasi pembangunan eko-
pelancongan dan ia seterusnya akan menjadikan komuniti setempat ini berusaha dan
bekerjasama dalam menjaga aspek kebersihan lokasi Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang
menjadi salah satu pulau yang tersenarai dalam Taman Marin Tun Sakaran.

Justeru itu, impak pembangunan eko-pelancongan terhadap alam sekitar di Pulau


Selakan, Semporna, Sabah menerusi aspek kebersihan di sekitar Pulau Selakan tersebut
mempunyai nilai min 3.43. Hal ini menunjukkan komuniti setempat di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah bersetuju dengan kebersihan persekitaran di sekitar Pulau Selakan,
Semporna, Sabah dititik beratkan dan terjaga di mana persekitaran kawasan eko-
pelancongan di Pulau Selakan tersebut dikawal bagi membendung masalah sampah sarap
yang boleh mencemarkan kawasan dengan kehadiran ramai pelancong. Kebersihan yang
dititik beratkan dan terjaga ini juga membawa impak positif yang dapat memberi kepuasan
kepada pelancong yang datang ke Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Menurut Zaki Ahmad &
Johan Afendi Ibrahim (2006), pada pandangan pelancong, eko-pelancongan ini adalah
perjalanan yang menyediakan pengalaman dengan menghayati keindahan alam semula jadi
yang tidak terusik. Hal ini sekali gus menunjukkan lagi kebersihan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah dititik beratkan dan terjaga dalam kalangan komuniti setempat bagi
menjamin kualiti eko-pelancongan tersebut. Meskipun pembangunan eko-pelancongan ini
memberikan perbezaan kepada pelbagai aspek, namun ia memberi impak yang positif
dengan semua pihak menitikberatkan dan menjaga kebersihan di Pulau Selakan, Semporna,
Sabah.

Bukan itu sahaja, impak pembangunan eko-pelancongan terhadap alam sekitar di


Pulau Selakan, Semporna, Sabah turut memperlihatkan komuniti setempat bersetuju dengan
pusat perlindungan hidupan laut semakin diiktiraf dengan adanya pembangunan eko-
pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Analisis daripada kajian menunjukkan
pengiktirafan pusat perlindungan hidupan laut mempunyai nilai min iaitu 3.38. Hal ini
bertepatan dengan Teori Tipologi Penglibatan Komuniti di mana ia merupakan satu proses
masyarakat bekerjasama yang berupanya memberikan bantuan dalam perancangan,
pengurusan dan penilaian tindakan yang akan turut memberi kesan kepada keadaan dan
pembangunan. Ia turut memperlihatkan kerjasama dalam pembangunan eko-pelancongan
di Pulau Selakan, Semporna, Sabah menjadikan pusat perlindungan hidupan laut di kawasan
eko-pelancongan tersebut mendapat pengiktirafan di mana akan sentiasa terjaga.

Dalam hal ini, Pulau Selakan, Semporna, Sabah merupakan salah satu pulau yang
berada dalam Taman Marin Tun Sakaran yang berkeluasan 35, 000 hektar telah diwartakan
sebagai Taman Marin di bawah Taman-Taman Sabah pada 28 Jun 2004 (Norazni Syaripudin,
2016). Hal ini dapat memperlihatkan pusat-pusat perlindungan bagi hidupan laut dalam
kawasan eko-pelancongan ini sememangnya telah dibangunkan dalam proses
membangunkan eko-pelancongan. Ia juga sekali gus dapat dilihat hidupan laut di kawasan
eko-pelancongan Pulau Selakan, Semporna, Sabah mendapat pengiktirafan pusat
perlindungan. Komuniti setempat turut bersetuju akan kenyataan tersebut di mana akan
melindungi lagi pusat perlindungan Pualu Selakan, Semporna, Sabah yang penuh dengan
hidupan laut seperti terumbu karang dan rumpai laut yang dapat dilihat terdapat sistem
pengurusan Estet Mini Rumpai Laut di Pulau Selakan, Semporna, Sabah tersebut (Aisah
Hossin, Rosazman Hussin, Norhuda Salleh, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Budi Anto
Tamring, Nurulaisyah Rosli & Suhaimi Md. Yasir, 2013). Dengan ini, akan dapat memberikan
pelbagai kelebihan kepada pelancong dan komuniti setempat. Ia turut membuktikan impak
pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah mendatangkan impak
positif kepada hidupan laut yang semakin mendapat pengiktirafan dalam pusat perlindungan
di mana akan dapat mengelakkan daripada timbul isu penangkapan atau pengambilan
terhadap hidupan laut secara tidak sah.

Justeru itu, ia dapat dilihat komuniti setempat turut bersetuju dengan pernyataan
bahawa pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah menjadikan
masalah sampah sarap, pencemaran air laut serta bahan buangan selain sampah seperti
batu konkrit, sampah hutan dan sebagainya semakin berkurangan dan terkawal di kawasan
tersebut dengan nilai min masing-masing 3.10, 3.00 dan 3.01. Masalah sampah sarap
menjadi salah satu perkara yang mendatangkan impak negatif jika tidak dikawal. Hal ini
demikian kerana, ia dapat dilihat masalah sampah sarap ini akan mencemarkan imej
persekitaran sesebuah kawasan eko-pelancongan tersebut terutamanya di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah ini. Jika dilihat Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini menjadi salah satu
kawasan eko-pelancongan dan ia menunjukkan lagi kawasan ini perlu dikawal dari segi
masalah sampah sarap bagi mengekalkan kebersihan pusat eko-pelancongan tersebut yang
akan mempunyai ramai pelancong dari negara luar yang datang untuk menjalankan aktiviti
eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Kawasan persekitaran yang bersih
dengan masalah sampah sarap yang terkawal akan dapat memberi kepuasan dari segi
aspek kebersihan persekitaran di kawasan Pulau Selakan, Semporna, Sabah kepada para
pelancong dan ia akan menunjukkan lagi bahawa pusat eko-pelancongan di Pulau Selakan,
Semporna, Sabah ini adalah berpandukan dengan konsep eko-pelancongan yang
mementingkan kelestarian alam semula jadi dalam menikmati aktiviti eko-pelancongan yang
terdapat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Berdasarkan laporan akhbar, dapat dilihat masalah sampah di Semporna berlaku


sejak sekian lama dan punca masalah tersebut berlaku didakwa akibat sikap penduduk
khususnya warga asing yang membuang sampah merata-rata termasuk di kawasan
persekitaran rumah atas air dan pekan (Sinar Harian, 2019). Tahap kebersihan pantai yang
tidak memuaskan dengan sampah-sampah terapung di perairan pantai akan mencacatkan
pemandangan perairan di mana ia mempengaruhi kedatangan pelancong yang juga menjadi
penilaian pelancong terhadap produk-produk pelancongan (Utusan Borneo, 2020). Hal ini
menunjukkan bahawa masalah sampah sarap ini perlu dikawal dan dibendung terutamanya
di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Menerusi kajian ini, dengan kewujudan pembangunan
eko-pelancongan dapat dilihat komuniti bersetuju bahawa masalah sampah sarap di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah terkawal di mana akan mendatangkan kepuasan kepada para
pelancong dari segi aspek kebersihan sampah sarap.

Perkara tersebut berkait rapat dengan masalah pencemaran air laut di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah. Hal ini demikian kerana, masalah pencemaran air laut ini dapat
dilihat adalah berpunca daripada masalah sampah sarap yang tidak terkawal di permukaan
air laut tersebut. Ia dilihat menjadi salah satu faktor kepada masalah pencemaran air laut
yang akan menjadikan kawasan tersebut tidak selamat, menimbulkan pelbagai penyakit
kesan daripada pencemaran air laut tersebut dan tidak akan memberi keselesaan
terutamanya kepada pelancong yang datang melancong ke pusat eko-pelancongan iaitu di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Namun demikian, dengan kewujudan pembangunan eko-
pelancongan ini sekali gus dapat mengawal masalah pencemaran air laut dengan
persetujuan daripada komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah yang dapat
dilihat menerusi dapatan kajian ini bahawa pencemaran air laut di kawasan tersebut
semakin terkawal menerusi impak pembangunan eko-pelancongan terhadap alam sekitar di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini juga dilihat


menjadikan bahan buangan selain sampah sarap seperti batu konkrit, sampah hutan dan
sebagainya semakin berkurang di kawasan tersebut. Hal ini bertepatan dengan komuniti
setempat di mana komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah bersetuju akan
perkara tersebut di mana dengan adanya pembangunan eko-pelancongan telah
mengurangkan masalah bahan buangan tersebut. Hal ini dapat memberi penekanan
terhadap pengurusan pembangunan eko-pelancongan yang turut melibatkan komuniti
setempat yang memberikan impak positif meskipun terdapat perubahan disebabkan berlaku
pembangunan eko-pelancongan. Pembangunan eko-pelancongan ini dapat dilihat komuniti
setempat bersetuju terhadap impak daripada pembangunan eko-pelancongan yang terdapat
di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Malah, pengaplikasian Teori Tipologi Penglibatan
Komuniti dalam kajian ini iaitu menerusi impak pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah memperlihatkan ia bertepatan di mana penglibatan komuniti
setempat memberi impak positif kepada alam sekitar dengan penjagaan yang rapi dan
teratur bagi menjalankan aktiviti eko-pelancongan ini dan menarik lebih ramai pelancong
dari dalam negara atau pelancong luar negara.
4.0 KESIMPULAN

Pembangunan eko-pelancongan sedikit sebanyak menunjukkan pelbagai perubahan kepada


komuniti setempat yang terlibat dalam sesuatu kawasan eko-pelancongan susulan daripada
peningkatan jumlah kedatangan pelancong luar negara dan dalam negara khususnya di
Pulau Selakan, Semporna. Hal ini demikian kerana, kedatangan pelbagai pelancong
menyebabkan kehidupan komuniti setempat terdedah dengan suasana persekitaran baharu
iaitu pembangunan eko-pelancongan. Jika dilihat perbandingan antara sebelum dan selepas
menjadi satu kawasan pembangunan eko-pelancongan menunjukkan perubahan di mana
komuniti setempat itu sendiri terlibat dalam membangunkan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna.

Berdasarkan dapatan kajian, pembangunan eko-pelancongan ini konsisten dalam


memberikan impak positif terhadap komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
dalam memastikan persekitaran dapat dipelihara dan dipulihara. Dalam membangunkan
eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah, ia sekali gus dapat memberikan
kepuasan kepada para pelancong di samping memberikan pelbagai kelebihan kepada
komuniti setempat. Dengan menjalankan eko-pelancongan ini juga dapat mempamerkan
keunikan tradisi komuniti berbangsa Bajau di kawasan Pulau Selakan, Semporna, Sabah
tersebut yang sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Perkara ini selari dengan perayaan Regatta Lepa yang berasal menerusi perahu telah
berjaya mengangkat martabat suku kaum Bajau di Semporna ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa (Norazni Syaripudin, 2016). Hal ini sekali gus menunjukkan komuniti Bajau di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini turut terkenal dengan aktiviti perayaan Regatta Lepa
yang mempamerkan keunikan budaya komuniti Bajau di Pulau Selakan, Semporna, Sabah
tersebut di samping terkenal dengan keunikan makanan tradisi komuniti Bajau khususnya di
Pulau Selakan, Semporna, Sabah di samping menjadikan budaya dan makanan tradisi
tersebut menjadi salah satu tarikan pelancong untuk melancong ke Pulau Selakan,
Semporna, Sabah yang menjadi pusat eko-pelancongan.

Dengan pembangunan eko-pelancongan di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ini,


dapat memberikan tahap penerimaan yang sangat memuaskan kepada komuniti setempat
terutamanya di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Hal ini demikian kerana, pembangunan
eko-pelancongan ini memberikan pelbagai kelebihan-kelebihan di samping membuka kepada
pelbagai peluang kepada komuniti setempat di Pulau Selakan, Semporna Sabah dalam
penerimaan terhadap pembangunan eko-pelancongan tersebut. Hal ini juga dilihat akan
dapat mempertingkatkan lagi impak positif dalam pembangunan eko-pelancongan di Pulau
Selakan, Semporna, Sabah tersebut secara berterusan menerusi persepsi dan penerimaan
komuniti setempat, sosio-ekonomi komuniti setempat dan impak pembangunan eko-
pelancongan tersebut terhadap alam sekitar di Pulau Selakan, Semporna, Sabah.

Melalui ini, dapat dilihat kajian ini dijalankan bagi untuk mengetahui impak
pembangunan eko-pelancongan terhadap ekonomi, sosial penduduk dan juga terhadap alam
sekitar. Hal ini demikian kerana, kewujudan eko-pelancongan telah mendorong kepada
penerimaan komuniti terhadap pembangunan tersebut sekali gus memberi impak positif
kepada komuniti setempat. Jika kajian ini tidak dijalankan, seseorang individu tidak akan
dapat melihat bahawa proses pembangunan eko-pelancongan memberi sumbangan yang
mendorong kepada pertumbuhan penduduk tempatan dengan peningkatan IKS, pekerjaan,
penambahan sumber pendapatan kerajaan negeri dan penduduk serta perkembangan
sistem perhubungan dan jaringan jalan raya. Tambahan pula, kajian ini juga dapat dijadikan
sebagai rujukan kepada pengkaji akan datang mahupun pada masa kini. Dengan ini, kajian
yang dijalankan ini akan memberi kebaikan kepada pihak-pihak tertentu dan juga pihak
pengkaji sendiri.
5.0 RUJUKAN

A Gani, Azhar & Kayat, Kalsom & Ahmad, Siti. 2013. Memahami Penglibatan Komuniti dalam

Pembangunan Pelancongan Lestari.

Aisah Hossin, Rosazman Hussin, Norhuda Salleh, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Budi Anto

Tamring, Nurulaisyah Rosli & Suhaimi Md. Yasir. 2013. Projek Estet Mini Rumpai Laut
di Pulau Selakan Semporna, Sabah: Strategi Pembasmian Kemiskinan dalam
Kalangan Komuniti Nelayan. Persidangan Kebangsaan Intelektual Kebangsaan
Malaysia 2013. 17-18 April 2013.

Butler R. W. 1991. The concept of a tourist area cycle of evolution: Implication for

management of resourse. Canadian Geographer, 24, 5-12.

Byrd, E. T., et al. 2008. Factors of stakeholder understanding of tourism: The case of
Eastern

North Carolina. Tourism and Hospitality Research, 8 (3), 192 - 204.

Cooper, C. & S. Wanhill. (1996). Tourism. London: Pitman.

Dina Syamilah Zaid & Abdul Mutalib Mohamed Azim. 2020. Ekopelancongan Memberi Kesan

Positif Kepada Kesedaran dan Tingkah Laku Pemuliharaan. Journal of Hospitality and
Networks Jurnal Hospitaliti dan Jaringan , Volume 1 2020: 19-26.

Duini@Vini Binti Sinteh. 2010. Taman Kinabalu Sebagai Asas Pelancongan Utama Sabah dan
Kesan kepada Masyarakat Setempat. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia. Diakses daripada http://eprints.usm.my/41746/1/DUINI_
%40_VINI.pdf pada 14 Julai 2021.

Er Ah Choy & Nurul Bariah Mat Lazim. 2013. Tahap Kefahaman Ekopelancongan dalam

Kalangan Komuniti Lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang. Malaysian Journal of Society
and Space, 9(2), 27-34.

Fox, M. (1997). The Social Impact of Tourism: A challenge to Researchers and Planners .
Dlm

Finney, B.R. and Watson, A. A new Kind of Sugar: Tourism in The Pacific. University
of California: Santa Cruz.

Guntavid, JP. 2005. Tembikar Sabah: Satu Persepsi Tentang Sejarah, Bentuk dan Motif.
Dalam

Ismail Ibrahim & JWK Ling (Eds.) Warisan Seni Etnik Sabah, 4, hlm.41-54. Universiti
Malaysia Sabah, Malaysia: Unit Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.

Haliza Abdul Rahman. 2010. Penglibatan Masyarakat Peribumi Dalam Isu Berkaitan

Persekitaran: Tinjauan Terhadap Suku MahMeri di Pulau Carey, Kuala Langat,


Selangor. KEMANUSIAAN 17, 111–134.

Hamzah Sanudin. “Bot pemungut sampah terapung tangani isu sampah di perairan pantai

Semporna” dlm Utusan Borneo, 12 Januari 2020.

Inskeep, E. (1991). Perancangan Pelancongan ‘Tourism Planning’. Van Nostrand Reinhold:

New York.

Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainal. 2012. Implikasi Sosioekonomi

Pembangunan Pelancongan Penyelaman Scuba Terhadap Komuniti Pulau di Malaysia:


Satu Tinjauan Awal. GEOGRAFIA: Malaysian journal of society and space.

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap


Persekitaran

Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environment Management, 10(2), 71-88.

Jemmy Amanda Sipatau, Jabil Mapjabil & Ubong Imang. 2020. Kesedaran dan penglibatan
komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di
daerah Kota Marudu, Sabah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR) , 3(9), 34 - 51.
Diakses daripada http://www.jossr.com/PDF/JOSSR-2020-09-12-03.pdf pada 14 Julai
2021.

Kartina Narwan & Dayang Suria Mulia. 2019. Impak Ekopelancongan Terhadap
Pemerkasaan,

Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Komuniti. Malaysian Journal of Social


Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 4, Issue 6, (page 139 - 151). Fakulti
Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Midgley, J. (1995). Social Development: The developmental perspective in social welfare .

London: SAGE Publications Ltd.

Mohamad Zaki Ahmad & Johan Afendi Ibrahim. 2006. Pelancongan dan Alam Sekitar:

Ekopelancongan Sebagai Alat untuk Mencapai Pembangunan Pelancongan Mapan


dan Meningkatkan Kualiti Persekitaran. Diakses daripada
http://repo.uum.edu.my/3070/1/Mohamad_Zaki_Ahmad_
%26_Johan_Afendi_Ibrahim01.pdf pada 12 Julai 2021.

Mohamad Zaki bin Ahmad, Johan Afendi bin Ibrahim dan Hood Mohd Salleh. 2010.

Pelancongan Kesihatan Sebagai Sumber Pendapatan Negara: Potensi, Impak dan


Cabaran. Negeri Sembilan; Port Dickson: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
ke V (PERKEM V).

Norazni Syaripudin. 2016. Persepsi Penduduk Tempatan Terhadap Impak Pembangunan

Ekopelancongan di Semporna, Sabah. Diakses daripada


https://www.researchgate.net/publication/318352036_PERSEPSI_PENDUDUK_TEMP
ATAN_TERHADAP_IMPAK_PEMBANGUNAN_EKOPELANCONGAN_DI_SEMPORNA_SAB
AH pada 12 Julai 2021.

Norhaya Hanum Mohamad & Amran Hamzah. 2013. Resident Attitude On Tourism

Development In Mabul Island: Palao and Suluk Community. In 12th Asia Pacific
Forum for Graduate Students’ Research in Tourism and 5th Graduate Research
Colloquium (Vol. 53, pp. 1689–1699).

Norhayati Ayob, Shamsu Mohamad & Shazmal Effendi Arshad. t.th. Enhance Traditional
Lapohan Pottery in Pulau Selakan. Diakses daripada
http://www.mnnfpublisher.com/uploads/4/6/9/3/46931833/enhance_traditional_lapo
han_pottery_in__pulau_selakan.pdf pada 15 Julai 2021.

Norliyana Adnan & Mohd Parit Mamat. 2018. Impak dan Persepsi Ekopelancongan Terhadap

Komuniti Stempat di Lumut, Perak. Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-


Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 2018.

Nur Atiqah Kamruz Zaman et al. 2014. Tahap Penglibatan Penduduk dalam Pembangunan

Pelancongan Putrajaya. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space


10 issue 8. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor
Darul Ehsan, Malaysia. Diakses daripada
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/10.geografia-tourismdec14-atiqah.pdf
pada 14 Julai 2021.

Nurulhuda Che Abdullah & Ramlee Mustapha. 2006. Kajian Kes Usahawan Tani Industri

Sederhana (IKS) Bumiputra Di Negeri Terengganu. Jurnal Pendidikan Malaysia.

“Padah buang sampah di Semporna” dlm Sinar Harian, 14 Januari 2019.

Ridho Laksamana JU & Doris Padmini. S. 2016. Analisis Kesan Pembangunan Industri

Pelancongan Terhadap Komuninti Di Pariaman Berdasarkan Pendekatan Sustainable


Development. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) , 2(3),
155-1680 Diakses daripada http://gbse.com.my/isijulai16/GBSE%202(3),%20155-
168%20(July%202016).pdf pada 15 Julai 2021.

Sabah Tourism. 2018. Statistics Of Tourist Arrivals. Diakses daripada


www.sabahtourism.com

pada 14 Julai 2021.

Shahzunizam Zulkafli. 2009. Projek Rumpai Laut PPK Semporna. Berita Transformasi

Pertanian.

Shariff, N. M., & Abidin, A. Z. 2013. Community Attitude Towards Tourism Impacts:

Developing a. ICSSR E-JOURNAL OF SOCIAL SCIENCE RESEARCH, 386–397.


Shuib, A. & Nor, N. 1989. Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia. Diakses daripada

http:HHcore.ac.ukHdownloadHpd#H)''')<7'.pd# pada 14 Julai 2021.

Suhaya Samad, Md Shafiin.S, Norlinda Hanim. M.S. 2013. Impak Pembangunan Industri

Pelancongan Kepada Komuniti Pulau Langkawi. Diakses daripada


https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1D5.pdf pada 14 Julai
2021.

Tej Vir Singh. (1989). The Kulu Valley: Impact of Tourism Development in The
Mountainareas.

New Delhi. Himalayan Books.

Tosun, C. (2000). Limits to community participation in the tourism development process in

developing countries, Tourism Management, 21, 613-633.

Wan Suzita Wan Ibrahim, Rosilawati Zainol, Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi Fadzil & Juli
Edo.

2015. Pelancongan dan Pembangunan Setempat di Malaysia: Satu Analisis SWOT


Royal Belum Sebagai Produk Pelancongan. Malaysian Journal of Society and Space ,
11(13), 115-130.

Zainol, Rosilawati & Siti Nor, Awang & Edo, Juli & Fadzil, Kamal & Suzita, Wan. 2015.

Indigineous tourism - Satu tinjauan awal penglibatan masyarakat Orang Asli dalam
industri pelancongan (Orang Asli (aboriginal) community participation in the tourism
industry - A preliminary survey of Belum-Temenggor). Geografia, 11(9), 125-136.
Diakses daripada http://www.ukm.my/geografia/images/upload/12x.geografia-
sept15-sitinor-edam2.pdf pada 14 Julai 2021.
6.0 LAMPIRAN

6.1 BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORMS)


Foto 1: Google Forms (soal selidik)

Foto 2: Google Forms (soal selidik)


Foto 3: Google Forms (soal selidik)

Foto 4: Google Forms (soal selidik)


Foto 5: Google Forms (soal selidik)

Foto 6: Google Forms (soal selidik)


Foto 7: Google Forms (soal selidik)

Foto 8: Google Forms (soal selidik)


Foto 9: Google Forms (soal selidik)

Foto 10: Google Forms (soal selidik)


Foto 11: Google Forms (soal selidik)

Foto 12: Google Forms (soal selidik)


Foto 13: Google Forms (soal selidik)

Anda mungkin juga menyukai