Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK HAJI ISMAIL Kod Sekolah: KBA 2038

1. Nama Guru
RUSLIZAM BIN ABU BAKAR
REMPAH-RATUS- KHASIAT
2. Judul MAKANAN & PERUBATAN 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tahu, bahawa penyakit seperti gastrik,
sakit gigi, gout, demam campak, kencing manis, kurap dan rabun dapat dirawat dengan
rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan seharian seperti kayu manis, bunga
cengkih dan ketumbar?

Pada masa kini, ubatan atau suplemen berasaskan herba sudah menjadi amalan ramai
orang yang mencuba cara alternatif dalam penjagaan kesihatan tubuh. Rempah-ratus ini
yang telah digunakan sejak ribuan tahun silam kini menjadi pilihan masyarakat moden
bagi pelbagai tujuan, terutama sekali dalam konteks rawatan kecantikan dan pemulihan
penyakit.

Menerusi buku Rempah-ratus: khasiat makanan dan ubatan ini, pembaca didedahkan


dengan 76 jenis rempah-ratus atau tumbuhan yang berkhasiat tinggi dan dipercayai sangat
mujarab dalam merawat pelbagai  penyakit.  Disamping itu, penulis juga turut 
menyertakan maklumat-maklumat seperti nama vernakular, nama botani, sinonim, nama
famili, asal dan taburan, morfologi, kandungan, penanaman, penyakit dan perosak, khasiat
makanan dan ubatan serta beberapa kegunaan lain pada setiap tumbuhan rempah-ratus
tersebut.

Walaupun, buku ini tidak menyediakan formula dan panduan terperinci ataupun cadangan
campuran ubat herba serta dos yang sesuai untuk rujukan penggunaan, Namun penulis
telah menyelitkan gambar-gambar berwarna serta pelbagai nama panggilan dan juga
pemerian atau penerangan bagi memudahkan pengecaman. Ini kerana penulis
berpendapat, jika sekiranya pengguna tersalah 'cam' dan herba tersebut digunakan untuk
perubatan atau makanan boleh menimbulkan masalah yang serius.

Sehubungan dengan itu, penulis juga turut mengingatkan para pengguna agar berhati-hati
serta perlu memahami bahagian atau isi kandungan setiap rempah-ratus yang digunakan
bagi tujuan perubatan umpamanya kandungan nutrien dan ubatan, formulasi dan
penyediaan ubat herba serta risiko penggunaannya.

Antara lain tujuan penulisan buku ini adalah untuk mengumpul semua data yang
diperoleh berkaitan dengan rempah-ratus yang ada di Malaysia atau yang diimport untuk
pengetahuan dan maklumat orang ramai. Kesemua fakta yang terdapat pada buku ini
adalah hasil rujukan penulis daripada pelbagai sumber termasuklah pengalaman
peribadinya yang sudah berpuluh-puluh tahun melakukan kajian dalam bidang etnobotani.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk mengisi masa lapang dan  juga boleh
dijadikan bahan rujukan oleh golongan pelajar yang terlibat dalam kajian  berkaitan
dengan rempah-ratus atau tanaman herba.  Selain daripada sarat dengan fakta yang tepat,
penghuraian maklumat yang terdapat pada buku ini ringkas dan mudah difahami.

Dengan pembacaan buku ini, para pengguna akan lebih memahami dan mengetahui akan
fungsi dan khasiat setiap rempah ratus yang digunakan dalam masakan sehari-hari.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai