Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK HAJI ISMAIL Kod Sekolah: KBA2038

1. Nama Guru
RUSLIZAM BIN ABU BAKAR

2. Judul 30 RAMUAN MENCEGAH 3. Bidang: KESIHATAN


HIPERTENSI
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Hipertensi atau penyakit darah tinggi disebut juga sebagai Pembunuh Secara Senyap yang
tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas.  Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan,
hipertensi akan menyebabkan stroke, serangan jantung dan kerosakan pada ginjal. 
Perubatan moden yang menggunakan ubat kimia kurang berkesan kerana memberi kesn
sampingan.  Ia merbahaya terhadap tubuh  dan kos mendapatkannya sangat mahal.  Salah
satu pencegahan ialah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan
memanfaatkan tanaman ubat berkhasiat menjadi pilihan terbaik untuk mencegah
hipertensi.

Menurut penulis penyakit ini sukar dikesan walaupun telah lama dihadapi.  Hasil kajian
mendapati salah seorang daripada empat(4) orang dewasa menderita hipertensi dan 30%
lagi tidak menyedarinya.  Semakin lanjut usia, semakin tinggi risiko seseorang menghidap
penyakit hipertensi.  Golongan lelaki berusia 55 tahun lebih ramai menghidap penyakit ini
berbanding perempuan.  Namun begitu perempuan yang melebihi umur 55 tahun berisiko
tinggi menghidap penyakit hipertensi. 

Menurut penulis lagi dengan mengamalkan ramuan-ramuan semulajadi seperti buah


belimbing, daun sirih, bawang putih dan banyak lagi dapat menurunkan kadar hipertensi
kembali normal.  Selain itu mesti juga mengamalkan pemakanan yang teratur dan hidup
yang sihat agar boleh mencegah penyakit kembali dan lebih teruk lagi.  Kebanyak pesakit
mengalami kesukaran untuk mendapatkan ubat moden kerana terlalu mahal dan salah satu
caranya adalah dengan menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi.

Buku ini juga menerangkan bagaimana cara menyediakan 30 ramuan tradisisonal atau
semulajadi untuk mencegah hipertensi, cara bagaimana mengenali tanaman yang sesuai
digunakan untuk mengubati hipertensi dan tip-tip menjalani kehidupan yang sihat untuk
mencegah dan mengubati hipertensi.  Salah satunya adalah dengan meminum air rebusan
buah belimbing buluh dengan daun kemangi.  Di samping itu daun cincau juga
memberikan manfaat dengan memasak dan meminum segelas sehari.  Dan banyak lagi
cara dan kaedah dalam penyediaan tanaman semulajadi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai