Anda di halaman 1dari 8

tug 3 psvk3063

by Nurhaifa Firzanah Binti Ghazali


Pismp Psv 2 Ambilan Jun 2020
tajuk : 'in the middle of the night'
tahun : 2022
media : media campuran
arca mobail 3 dimensi
in the middle of the night
'In the middle of the night ‘ merupakan satu arca dan karya Nurhaifa
Firzanah yang terinspirasi oleh obor-obor dan juga ikan pari manta.
Mengapa pengkarya memilih sumber idea tersebut?

Hal ini kerana, obor- obor dan ikan pari manta mempunyai kesatuan
iaitu tenaga kuasa yang kuat untuk mengeluar sengatan berbisa
yang dapat membunuh sesiapa yang menyentuhnya. ia juga
mengeluarkan satu cahaya yang sangat cantik pada waktu malam.
mengapa pengkarya meletakkan nama karya 'in the
middle of the night' ? hal ini kerana ikan pari manta
dan obor-obor sangat aktif pada waktu malam . cahaya
yang dikeluarkan oleh obor-obor dan ikan pari manta
sangat cantik pada waktu malam.

dalam karya ini kewujudan lampu pada bahagian dalam


dapat menimbulkan keceriaan dan kecantikkan karya ini.
bahasa seni visual
(unsur seni )
Jadi kita beralih kepada bahasa seni yang terdapat dalam karya ini iaitu untuk
unsur seni, elemen garisan dapat kita lihat pada badan ikan pari, iaitu garisan
melengkung, dan garisan selari pada sesungut obor-obor.
Seterusnya, elemen rupa yang terdapat pada ikan pari.
Kemudian, bentuk konkrit yang dapat kita lihat kerana karya ini merupakan arca
dan maujud iaitu boleh dipegang.
Selain itu, penggunaan warna pink, merah, putih menghasilkan warna yang
harmoni.
Jalinan sentuh kerana jalinan pada cd tersebut boleh disentuh dan dirasa
teksturnya.
Akhir sekali ruang yang terdapat dalam karya ialah ruang nyata.
prinsip rekaan
Kemudian kita beralih pula kepada prinsip rekaan yang terdapat dalam karya
iaitu kontra pada lengan obor-obor dan juga sesungutnya. Hal ini kerana
lengan obor-obor besar dan menimbulkan kontra kepada penonton.
Seterusnya, penegasan timbul ialah penegasan dari segi lampu bewarna yang
terdapat dalam badan obor-obor. Apabila lambu tersebut dibuka maka, baru
wujudnya penegasan.
Selain itu, harmoni dari segi warna, rupa, bentuk yang selari seperti, warna pink
putih dan merah, serta rupa bulatan cd dan bentuk cd yang disusun secara
melingkar.
prinsip rekaan
Di samping itu, imbangan tidak simetri dapat dikesan dari segi bentuk tetapi
imbangan tersebut stabil dan arca boleh digantung.
Seterusnya, elemen ritma dan pergerakan wujud jerana arca jni sejenis arca
mobail, arca boleh dipusing dan digantung.
Kemudian, kepelbagaian dari segi penggunaan alat dan bahan iaitu
memasukkan keempat bidang dalam satu karya serta kepelbagaian dari
segi proses media dan teknik.
Akhir sekali, ialah kesatuan dari segi tema iaitu tema alam semulajadi iaitu
hidupan laut yang berbisa
kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kesemua elemen-elemen seni ini dapat menunjukkan
bahawa suatu karya seni sangat menitikberatkan apresiasi terhadap
bahasa seni visual. Hal ini kerana, pengkarya dapat meneliti sesuatu dan
mengkaji semula karyanya itu sekiranya terdapat kelemahan. Jadi, apresiasi
seni ini penting kepada pengkarya selepas beliau menghasilkan sesuatu
karya atau produk supaya memudahkan penonton untuk memahami karya
yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai