Cerpen 0000000

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

CERPEN “00000000000” KARYA SHAHNON AHMAD

CERPEN “00000000000” KARYA SHAHNON AHMAD

SINOPSIS 
   

Aku merupakan seorang pelukis yang hebat dan berseni. Persahabatannya dengan
Sasterawan Daiman Kreko membawa pelbagai pengalaman yang baik. Aku seringkali
memuji rakannya itu dan menganggapnya sebagai sasterawan yang berbakat dan hebat.
Pada suatu hari, Kreko datang ke studio Aku untuk bermain permainan mereka cipta
sesuatu mengikut bakat masing-masing seperti yang telah dijanjikan. Namun begitu, Kreko
membawa Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog bersamanya dan mendapat reaksi negatif
daripada Aku. Setelah selesai berbincang dengan baik, akhirnya mereka bersetuju untuk
menjadikan Dol sebagai bahan utama permainan mereka dan Dol bersetuju. Dol berada di
bahagian tengah gelanggang, Aku dan Kreko mengambil kedudukan masing-masing
berserta mereka sehelai kertas setiap seorang. Mereka akan mentafsir Dol mengikut
pandangan individu berdasarkan bakat masing-masing. Perwatakan Dol banyak mengimbau
kenangan Aku tentang peristiwanya di kampung sewaktu kecil. Keadaan fizikal Dol sebagai
penyanyi rock mula memeningkan kedua-dua peserta. Bermula dengan keadaan rambut Dol
yang gerbang dan panjang, mempunyai anting-anting di sebelah telinganya, melilitkan kain
merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu setiap
pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan dada
Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai kasut but
yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan. Hal ini telah menimbulkan satu situasi yang
sesak dan cukup memeningkan kedua-dua pemain sehingga  jelas kelihatan riak wajah
Kreko yang gelisah tidak keruan. Kekosongan yang dapat Aku rasakan setelah melihat
perwatakan Dol telah menyebabkannya membuang lakaran lukisannya dan digantikan
dengan kertas baharu. Begitu juga dengan keadaan Kreko yang banyak membuang kertas
kerana tidak dapat mentafsir Dol dengan tepat. Akibat kekosongan yang ada pada Dol, Aku
telah menterjemahkan tafsiran kosongnya pada kertas lukisannya dengan bentuk 'O' sahaja.
Kreko mempamerkan hasil dapatannya pada Dol dan Aku hanya membaca perkataan
'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat. Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu
mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku juga turut mempamerkan lukisan bentuk 'O'
sahaja. Terdapat persamaan daripada hasil dapatan mereka berkenaan Dol. Hal ini telah
menimbulkan hilai tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup
gembira dengan hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa
kerana memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan Dol
sebenarnya melambangkan kekosongan nilai dalam dirinya.

💡TEMA
Cerpen “00000000000” karya Shahnon Ahmad bertemakan jati diri manusia yang lemah.
Hal ini dapat dilihat melalui analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai
oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan gaya Barat,
padahal dia langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya
pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja tentang
penilaian terhadap seseorang artis. 

💫PERSOALAN

🌷Pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja tentang
penilaian seorang artis

🌷Perjanjian yang harus ditepati


🌷Keputusan akhir yang dicapai atas perbincangan yang baik

🌷Pengaruh budaya Barat dalam kalangan artis

🌷Pengaruh penyanyi terhadap golongan remaja

🌷Cara berpakaian artis/penyanyi dalam kalangan masyarakat

🌷Sikap kepura-puraan/kepalsuan hidup dalam kalangan penyanyi

🌷Kekosongan hidup dalam jiwa seorang penyanyi

🌷Perbezaan bidang bukan kunci kepada perbezaan pendapat

🌸WATAK &PERWATAKAN

🌞WATAK UTAMA
💃 AKU
✔Seorang pelukis 🎨
✔Tidak memahami kedalaman seni sastera
✔Tidak terburu-buru membuat sesuatu
✔Teliti dengan pandangan
✔Tidak merendahkan orang lain

✨WATAK SAMPINGAN
👤DAIMAN KREKO
✔Rakan Aku
✔Sasterawan hebat
✔Agak terburu-buru membuat keputusan
✔Pandai mentafsir orang lain
✔Pandai berkata-kata,berpuitis

 👤DOL 🎶 🎻
❌Rakan Kreko
❌Penyanyi rock terkenal kumpulan Mad
    Dog  🎤
❌Mempunyai jutaan peminat
❌Tidak pandai melukis dan berbahasa/ sastera
❌Pandai bermain musik dan bernyanyi
❌Terpengaruh dengan budaya rock
    aliran Barat
❌Tidak menjaga penampilan diri:
➡Berambut gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal kusut masai
➡Bersubang panjang berjela-jela pada sebelah telinga sahaja
➡Memakai lilit kepala dengan secebis kain merah
➡Memakai rantai yang panjang
➡Memakai singlet tidak berlengan yang sudah robek sehingga menampakkan bulu dada
dan bulu ketiak
➡Memakai seluar sutera berwarna-warni dan ketak serta terkoyak di punggung dan di
lututnya
➡Berkasut but jenis masuk rimba
❌Berjiwa kosong dan hidup dalam kepalsuan/kepura-puraan

🍎SUDUT PANDANGAN          
-Sudut pandangan orang pertama di mana pengarang memasukkan dirinya dalam watak
cerita dan menggunakan ganti nama 'aku'.

📋PLOT
🌹Permulaan
Cerita dimulakan dengan Kreko datang ke studio Aku seperti yang telah dijanjikan untuk
bermain permainan mereka cipta pandangan melalui bakat yang mereka miliki. Namun,
kehadiran Dol atas ajakan Kreko telah menimbulkan pertanyaan kepada Aku. Setelah
mendapat persetujuan daripada hasil perbincangan, mereka bersetuju untuk menjadikan Dol
sebagai subjek utama permainan mereka.

🌹Perkembangan
Aku dan Kreko memulakan permainan dengan meletakkan Dol di tengah-tengah
gelanggang dan mereka mula mentafsir fizikal Dol dengan teliti. Bermula dengan keadaan
fizikal Dol yang dipengaruhi gaya rock Barat iaitu rambut Dol yang gerbang dan panjang.
mempunyai anting-anting di sebelah telinganya,
melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu
setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak
dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai
kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan telah menimbulkan  kegelisahan dan
memeningkan mereka untuk menterjemahkannya pada kertas.

🌹 Klimaks
Kreko mempamerkan hasil dapatannya kepada Dol dan Aku hanya membaca perkataan
'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat. Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu
mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku turut mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja.

🌹 Peleraian
Hasil dapatan mereka berkenaan Dol adalah sama. Hal ini telah menimbulkan hilai tawa
yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan hasil yang
telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana memahami tanggapan
mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan oleh Dol sebenarnya adalah
kekosongan nilai dalam dirinya.

💗 TEKNIK PLOT

🎈Pemerian
▶Pengarang menggambarkan rambut Dol gerbang, gondrong, panjang, pintal memintal
kusut- masai
-Aku memulakan permainan itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong,
panjang...(m/s 45)

🎈Imbas kembali
▶Pengarang teringat sewaktu kecil, dia dan rakan-rakannya nakal dan suka menjolok sarang
iaitu tidak kira sarang apa, baik sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai, sarang murai
atau sarang angkut-angkut.
-...Aku teringat pada sarang tupai di kampungku, entah berapa tahun yang lalu.(m/s 45)

🎈Imbas muka
-"Sasterawan Daiman Kreko pun nampak gelisah seperti Aku juga."(m/s 49)

🎈Saspen
-"Tiba-tiba Sasterawan Daiman Kreko mengangkat kertasnya tinggi-tinggi..."(m/s 49)

GAYA BAHASA
1.Sinkope
-Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain.

2.Repetisi
-"...bulu lengan, bulu ketiak dan bulu dadanya.(m/s 48)
-"...bagaikan sarung nangka..."(m/s 48)
-"...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..."(m/s 51)

3.Simile
-"...rambut panjang macam sarang tupai..."(m/s 46)
-"...bagaikan sarung nangka..."(m/s 48)
-"...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..."(m/s 51)

Latar
Latar Masa
1.Waktu siang
-sorotan masa permainan Aku dan Kreko
2.Semasa aku masih kecil

Latar Tempat
1.Studio Aku
-Tempat Aku dan Kreko menilai Dol
2.Kampung Aku
-Tempat Aku lahir dan mempunyai banyak kenangan indah

Latar Masyarakat
1.Masyarakat seniman
➡Pelukis,sasterawan dan penyanyi
2.Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya Barat
➡Dol dan peminatnya terpengaruh dengan budaya Barat
3.Masyarakat yang hidup dalam kekosongan dan kepura-puraan
➡Dol dan peminatnya hidup dalam kekosongan dan kepura-puraan.
4.Masyarakat yang tidak menjaga penampilan diri
➡Dol berpakaian selekeh dan tidak menjaga kekemasan diri.
5.Masyarakat yang terdiri daripada golongan cerdik pandai
➡Aku dan Daiman Kreko bijak mentafsir watak Dol dalam karya mereka.

Nilai
1.Rendah diri
▶Aku tidak suka meninggikan dirinya walaupun dipuji oleh Kreko.
2.Kejujuran
▶Kreko jujur menilai keperibadian Dol.
3.Kesabaran
▶Kreko kelihatan gelisah untuk menilai Dol sedangkan Aku hanya sabar menilai Dol.
4.Kebijaksanaan
▶Aku lebih cepat mentafsir Dol berbanding Kreko
5.Memartabatkan bahasa ibunda
▶Kreko merupakan sasterawan bahasa
Pengajaran
1.Kita haruslah mengamalkan sikap rendah diri yang membawa kepada kesejahteraan
hidup.
-Aku tidak suka meninggikan dirinya walaupun dipuji oleh Kreko.

2.Kita hendaklah jujur dalam menilai keperibadian seseorang.


-Kreko jujur dalam melakukan penilaian terhadap diri seseorang.

3.Kita mestilah memberi contoh atau nilai yang baik kepada masyarakat.
-Kita janganlah menjadi seperti Dol yang tidak menunjukkan nilai yang baik untuk dicontohi
oleh masyarakat.

4.Kita janganlah hidup dalam kepura-puraan.


-Dol dikatakan pengarang hidup dalam kepura-puraan di mana pengarang mengatakan Dol
sebenarnya tidak wujud  kerana yang ada hanyalah kepalsuan yang digambarkan melalui
benda mati.

5.Kita janganlah hidup dalam kekosongan.


-Pengarang menyatakan di sebalik ketawa Dol itu yang ada hanyalah kekosongan dalam
dirinya sebagai penyanyi di mana lagunya tidak memaknakan kemanusiaan.

6.Kita mestilah menjaga kesopanan budaya masyarakat Melayu.


-Dol yang berpakaian dan berperwatakan tidak seperti orang Melayu janganlah kita ikuti.

7.Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kuat.


-Dol tidak mempunyai jati diri yang kuat mengakibatkan dirinya senang dipengaruhi budaya
Barat.

8.Kita janganlah mudah terpengaruh dengan budaya Barat.


-Dol merupakan seorang penyanyi rock yang terikut-ikut dengan budaya Barat.

Anda mungkin juga menyukai