Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN TEMATIK

Pengenalan
Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program Pendidikan
Awal Kanak-Kanak.
Pendekatan tematik adalah satu cara pengajaran dan pembelajaran di mana banyak
bidang kurikulum disatukan dalam tema.
Ia merentas subjek/bidang pembelajaran/tunjang pembelajaran dan membantu
kanak-kanak mengaitkan kemahiran akademik asas dengan idea-idea dunia
sebenar.

Pelaksanaan Pendekatan Tematik


Pendekatan tematik boleh diaplikasi dalam kelas prasekolah/tadika melalui aktiviti
bersepadu.
Piaget (1969), Vygotsky (1962) dan Bruner (1960) menyokong pendekatan
bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran di mana kanak-kanak akan belajar
dengan keterlibatan aktif
Pelaksanaan tematik merujuk kepada tema yang dipilih  bersesuaian dengan tahap
murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.
Tematik yang dipilih saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan
pengalaman baru yang diperolehi kanak-kanak
Tematik diaplikasi secara tersusun dan sistematik daripada yang mudah kepada
yang lebih sukar.
Dalam mewujudkan unit-unit bertema, guru perlu merancang untuk satu topik setiap
minggu atau bulan bergantung kepada keluasan tema.

Prinsip Pendekatan Tematik


Prinsip pengajaran menggunakan tematik disampaikan melalui konsep yang besar
dan akan dipecahkan kepada beberapa sub tema.
Prinsip pengajaran secara tematik
1. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman
murid, berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa
semasa
2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid, saling berkaitan
dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh
secara tersusun dan sistematik
3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
4. Susunan sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti
perkembangan topik dengan lancar. pemeringkatan daripada yang mudah
kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus
merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Pengabungan jalinan bertujuan
menyumbang kepada aspek JERIS.
6. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan  pencetusan idea
yang banyak dan pelbagai. peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan
kemahiran
7. peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran
asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan
lain-lain.
8. kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu
murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah merancang dan
menggalakkan kemahiran berfikir
9. sumber yang mudah didapati
10. sumbang saran berdasarkan topik oleh murid

Kelebihan Tematik
1. Kanak-kanak dapat lebih banyak maklumat kerana ia tidak dibentangkan
sebagai fakta terpencil, sebaliknya sebagai sebahagian daripada
keseluruhannya.
2. menggalakkan penglibatan semua kanak-kanak melalui topik yang berkaitan
dengan mereka.
3. Kanak-kanak mampu mengaitkan pengalaman sedia ada untuk membuat
perkaitan dengan pengetahuan baru yang diperoleh.
4. Pendekatan tematik menyediakan pelbagai peluang penerokaan kaedah dan
idea baru disamping juga penggunaan pelbagai media.
5. Perancangan tema juga membolehkan keluarga terlibat dalam pembelajaran
ini, memandangkan keluarga berkongsi sumber dan mengukuhkan aktiviti
pembelajaran di rumah

Kelemahan
1. Tematik boleh menyempitkan tumpuan pembelajaran kanak-kanak.
2. Perancangan tema tradisional berkisar terhadap keputusan orang dewasa
tentang apa yang perlu dipelajari kanak-kanak dan bagaimana mereka boleh
belajar.
3. guru menentukan arah apa yang akan diambil oleh kurikulum dan
pembelajaran yang akan dihasilkan daripadanya, pengetahuan yang sesuai
untuk kanak-kanak, bila dan bagaimana mereka akan mengajarnya.
4. guru merancang tahun kalendar terlebih dahulu, membuat keputusan
mengenai tema untuk setiap minggu sebelum tahun pembelajaran bermula.
5. Tematik yang ditetapkan gagal memberi ruang untuk minat kanak-kanak
6. Perancangan guru sendiri mengikut minggu cenderung menghalang
kebebasan untuk sumbangan dan idea yang lain.

Anda mungkin juga menyukai