Anda di halaman 1dari 3

Manusia dan makhluk ghaib Oleh PROF. DR. HARON DIN Klinik Darussyifa', Bangi. ALLAH S.W.T.

telah menjadikan rnakhluk penghuni muka bumi ini daripada berbagai-bagai kalangan dalam dua kategori iaitu yang dapat dilihat dengan mata kasar dan makhluk yang ghaib. Makhluk' yang dapat dilihat termasuklah manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan manakala makhluk ghaib pula ialah para malaikat, al-jaan, jin, afrit dan iblis. Bagaimanapun makhluk ghaib ini pada keadaan tertentu boleh dilihat dengan mata kasar manusia seperti jelmaan malaikat Jibrail yang pernah menzahirkan dirinya dalam bentuk manusia beberapa kali. Malah Jibrail bukan sahaja dapat dilihat oleh Rasulullah S.A.W. malah juga beberapa orang sahabat seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih Muslim yang mengisahkan kemunculan seorang lelaki berpakaian putih bersih dengan rambut yang hitam pekat; Lelaki itu juga muncul tanpa sebutir debu pun yang melekat pada dirinya dan datang mengunjungi Rasulullah dengan bertanya persoalan yang menyangkut hal-hal iman, Islam dan ihsan. Akhirnya, ia berundur lalu menghilang diri dan kemudian Rasulullah memberitahu para sahabat-nya bahawa manusia itu adalah jelmaan Jibrail. Peristiwa tersebut berlaku berulang kali dalam keadaan dan masa yang berlainan dan lama kelamaan ia menjadi seolah-olah satu peristiwa biasa kepada para sahabat. Malah rupa sebenar Jibrail pernah dilihat oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan dalam surah Annajm yang menyebut peristiwa itu berlaku di alam dunia dan di alam luar iaitu di Sidrah Al-Mustaha. Adapun demikian makhluk halus dari kelompok al-jaan juga dapat dilibat seperti yang disebut dalam AlQuran yang bermaksud: "Sesungguhnya dia (jin) dan suku-sakatnya boleh melihat kamu (manusia) sedangkan kamu tidah boleh melihatnya" Ayat ini tidaklah membawa maksud bahawa manusia tidak sesekali boleh. melihat jin atau suku sakatnya. Ayat ini sekadar ayat kelaziman sedangkan hakikat sebenarnya pada keadaan tertentu dengan izin Allah, manusia boleh melihat makhluk halus itu. Lebih hebat lagi, manusia boleh melihat suku-sakat makhluk halus sama ada pada waktu siang atau malam hari. Wajah jin biasanya dilihat dengan mengambil penyerupaan bentuk wajah manusia secara tumpangan (transformasi). Jelmaan makhluk halus itu juga cenderung menumpang kepada jelmaan wajah manusia yang hodoh, lembaga hitam, anjing hitam, binatang buas dan ular hitam. Di zaman Rasulullah, makhluk halus ini muncul di hadapan baginda sendiri dan dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah, baginda boleh' berkomunikasi. Rasulullah juga pernah bercerita kepada para

sahabat perihal alam ghaib dalam Israk Mikraj dan baginda sendiri pernah hadir di kalangan masyarakat makhluk halus untuk menjalankan usaha-usaha dakwah. Seperti cerita Abdullah Ibn Masud yang mengisahkan bahawa Rasulullah pernah mengajaknya untuk pergi menemui sekumpulan jin atas urusan berdakwah. Apabila sampai di tempat tujuan Ibn Masud merasa gerun dan gementar secara tiba-tiba sama seperti yang dialami oleh manusia ketika berada di tempat-tempat yang menakutkan. Rasulullah mengambil sebatang kayu lalu digarisnya satu bulatan di atas permukaan tanah lalu menyuruh Ibn Masud masuk ke dalam bulatan itu dengan pesanan jangan keluar selagi tidak diperintahkan kepadanya untuk berbuat demikian. Sepanjang Ibn Masud berada dalam bulatan (pagar) itu, beliau merasa tenang dan dapat menyaksikan pelbagai rupa dan wajah makhluk-makhluk yang sering bergerak dan berinteraksi sesama mereka dengan cara yang ganjil. Selesai Rasulullah berdakwah barulah baginda menghampiri Ibn Masud dan mengajaknya pulang. Pada kisah yang lain ketika Rasulullah dan sahabatnya kembali dari berperang dan berhenti rehat di satu tempat, baginda telah mengarahkan seorang tentera bernama Ammar bin Yassin supaya berusaha mendapatkan air di kawasan itu. Setelah agak lama Ammar menghilang dan tidak muncul-muncul, beberapa sahabat kelihatan gusar dan bimbang akan nasibnya. Sambil tersenyum Rasulullah bersabda: "Ammar itu gagah orangnya, dia mampu memerangi musyrikin dalam Perang Jihad. Dia juga mampu bertarung dengan jin." Sahabat bertanya: "Kehandalan Ammar dalam perang telah kami saksikan tetapi bila pula dia memerangi jin?" Rasulullah menjawab: " Sekarang ini dia sedang bertarung dengan jin dan saya yakin dia akan menang." Mendengar sabda Rasulullah, para sahabat telah pergi beramai-ramai mencari Ammar dengan harapan akan menolong perjuangannya tetapi di tengah perjalanan, Ammar muncul membawakan air. Para sahabat memuji Ammar kerana kehebatannya itu sebingga mampu mengalahkan jin. Ammar menafikannya lalu para sahabat menceritakan kembali kata-kata Rasulullah bahawa berlakunya pertarungan antara Ammar dengan jin. Maka kata Ammar: "Sebelum ini saya dihalang oleh manusia Habsyi yang berbadan tegap, berulas-ulas tubuhnya, tinggi lagi gagah. "Dia menghalang saya daripada mengambil air dengan mendakwa itu adalah haknya. Aku membalasnya dengan berkata, aku diperintahkan oleh Rasulullah dan kebetulan air di padang pasir ini kepunyaan Allah." Akhirnya berlaku pertengkaran dan mereka bergaduh di mana Ammar berhempas-pulas menjatuhkan lawannya ke tanah.

Kata Ammar, aku telah mengangakan mulutku untuk menggigit hidungnya tetapi bau busuk membuatkan aku merasa hampir termuntah.Akhirnya Ammar melepaskan lawannya itu pergi dan mengambil air dengan selamat. Para sahabat nienjelaskan kepada Ammar bahawa lawannya itu adalah jin. Kisah yang membabitkan para sahabat dengan penemuan-penemuan dengan makhluk halus memanglah banyak termasuk satu peristiwa di mana seorang sahabat menemui maut setelah melemparkan tombak ke arah satu lembaga yang berada di dalam rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai