Anda di halaman 1dari 3

TAJUK:

Sejarah perkembangan ikan pekasam di empangan timah tasoh,perlis antara tahun 2000-2010.

PENGENALAN :

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di perlis. Pekasam
merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam)
yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 –
1000 tahun). Perlis terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas
pembinaan Empangan Timah Tasoh. Negeri perlis merupakan sebuah negeri yang yang terletak di antara
sempadan negara Malaysia – Thailand .

OBJEKTIF KAJIAN:

Kajian ini dibuat bertujuan untuk meninjau proses pembuatan pekasam di empangan timah tasoh .Ia
juga bagi membolehkan masyarakat mengetahui pasaran ikan pekasam dari emp timah tasoh.

PERSOALAN KAJIAN:

1.Mengenalpasti sumber ikan pekasam di empangan timah tasoh

2.Mengkaji kaedah pembuatan ikan pekasam di empangan timah tasoh

3.Mengkaji pasaran bagi ikan pekasam

SKOP KAJIAN:

Skop kajian tentang perkembangan ikan pekasam di negeri perlis telah meliputi satu tempoh masa yang
bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2010. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan temu ramah
tentang pembuatan ikan pekasam yang dihasilkan oleh salah seoarang pembuatan ikan pekasam yang
berniaga di sekitar empangan timah tasoh , perlis iaitu( NAMA). Di samping itu, kawasan kajian yang
ingin saya kaji ini merupakan satu kawasan yang terkenal pembuatan ikan pekasam.Oleh itu, kajian yang
saya ingin kaji akan dapat memperolehi sedikit manfaat kepada penduduk perlis yang tidak mengetahui
sejarah asal usul pembuatan ikan pekasam.
SOROTAN KAJIAN LEPAS:

Sebelum saya melakukan kajian tentang perkembangan ikan pekasam ini di perlis , didapati tiada
penulis yang lain membuat kajian yang sama tentang tajuk yang salah telah pilih. Namun begitu, saya
mendapati bahawa pembuatan ikan pekasam di Perlis telah menjadi satu budaya yang terkenal dalam
kalangan penduduknya untuk dipasarkan atau di dalam sesuatu majlis. Saya juga melayari blog tentang
perkembang ikan pekasam ( http://animhosnan.blogspot.com/2011/11/ikan-pekasam.html?m=1 ) yang
mendapati ikan pekasam sangat popular di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis,
Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang di Malaysia.Melalui kajian ini pelbagai pihak dapat lebih
mengetahui cara pembuatan ikan pekasam untuk tahan lebih lama.

KAEDAH KAJIAN:

i) TEMU BUAL

Saya akan berbincang dan temu ramah bersama pembuatan ikan pekasam dan penduduk di negeri
perlis bagi menyiapkan kajian yang saya kaji ini.

ii) INTERNET

Saya membuat carian di internet tentang perkembangan ikan pekasam dan gambar gambar yang
menarik berkaitan pembuatan ikan pekasam untuk dihasilkan bagi lampiran dan rujukan kerja kursus ini.

iii) KAJIAN LAPANGAN

Melalui kaedah keja lapangan ini, saya akan turun ke padang ke Empangan timah tasoh perlis untuk
mengenali lebih dekat tentang perkembangan ikan pekasam ini. Saya juga akan melawat ke rumah
pembuatan ikan pekasam untuk meninjau proses penghasilan ikan pekasam yang dijual olehnya.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ini terbahgi kepada beberapa buah bahagian iaitu bahagian pengenalan, bahagian isi dan
bahagian kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan saya, saya akan menjelaskan latar belakang dan
perkembangan ikan pekasam di negeri perlis. Selain itu, dalam bahagian isi saya akan menjelaskan
proses tentang pembuatan ikan pekasam, sumber ikan yang diperolehi dan pasaran ikan pekasam yang
dijual. Dalam bahagian ini juga saya akan memanparkan beberapa gambar yang berkaitan ikan pekasam
tersebut. Di akhir pembahagian esei pula iaitu kesimpulan saya akan membuat kesimpulan berdasarkan
seluruh kajian yang saya kaji tentang hasil kajian yang saya dapat.
PENUTUP

Dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan agar semua penduduk negeri perlis dapat lebih
mengetahui tentang sejarah perkembangan ikan pekasam di negeri perlis lebih mendalam.Semoga
generasi yang akan datang dapat meneruskan dan belajar cara pembuatan ikan pekasam agar ikan
pekasam ini dapat menjadi budaya pemakanan yang kekal bagi penduduk di negeri perlis.

Anda mungkin juga menyukai