Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 9

9(A) KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN  

Saya dan rakan kongsi saya telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dari syarikat Al
– Barakah Training Solution adalah Pusat atau Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang
diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan
latihan kepada mereka yang ingin mendapatkan sijil pengendalian makanan.  

Kursus ini boleh dijalankan secara online tetapi syarikat kami lebih berminat untuk
memilih menjalankan kursus di permis kami kerana memikirkan masalah yang akan timbul
semasa menghadiri kursus online ini seperti masalah liputan data mudah alih yang kurang
stabil dan sebagainya. Kursus yang dijalankan sama ada secara online, offline atau secara in -
house menyediakan yuran yang sama sebanyak RM50.

Kursus ini dijalankan di premis perniagaan kami di tingkat bawah kerana syarikat Al-Barakah
Training Solution menyediakan pakej Kursus in - house yang membolehkan penceramah
hadir ke premis. Kursus ini dijalankan selama 4 jam dan bayaran yuran bagi setiap ahli
yang menyertainya ialah sebanyak RM50 sahaja.  

Pekerja syarikat terutama pekerja bahagian operasi perlulah mendapatkan sijil


pengendalian makanan malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Jika pekerja syarikat tidak mempunyai sijil ini atau tidak menjalani latihan, pekerja
syarikat akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan - Peraturan Kebersihan
Makanan (PPKM) 2009 jika disabut kesalahan akan didenda tidak melebihi RM10, 000 atau
penjara tidak melebihi 2 tahun.  

Maka kursus ini wajib diambil sekali seumur hidup oleh semua pengendali makanan kerana
terdapat banyak kandungan yang akan diperolehi seperti kepentingan keselamatan dan
kebersihan makanan ,tanggungjawab undang-undang untuk pengendali perniagaan
makanan,mengenal pasti jenis bahaya makanan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia
dan cara untuk menghindarinya.

 
9 (B) Penyakit Typhoid

Demam kepialu adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria


yang dikenali sebagai ‘Salmonella typhi’.

Vaksin Typhoid

Suntikan typhoid adalah sejenis suntikan vaksin yang digunakan untuk


mencegah penyakit typhoid atau tifoid. Suntikan ini boleh didapati di klinik atau hospital
kerajaan dan swasta di Malaysia. Suntikan ini bertujuan untuk merangsang sistem imunisasi
badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.
Penggunaan vaksin ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak.

Siapakah Yang Perlu Mengambil Suntikan Typhoid ?

Pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan


mempraktikkannya di tempat kerja. Kursus ini adalah antara inisiatif murni pihak kerajaan
dalam usaha mencegah sebarang penyakit berjangkit yang mampu merebak melalui makanan
atau minuman. Usaha ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain
seperti kolera dan keracunan makanan. Mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh
dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah
HARGA SUNTIKAN TYPHOID ;

Anda mungkin juga menyukai