Anda di halaman 1dari 4

Latihan Imbuhan

Menengah 1 Ekspres

Nama : ___________________ Kelas: ______ Tarikh:____________ Markah_______/40

Arahan: Dalam petikan-petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan
yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan.
Kemudian, tulis jawapan pilihan kamu di dalam ruang yang disediakan.

Petikan 1

Walaupun edisi digital Berita Harian (BH) semakin dikenali orang ramai, ini tidak

bermakna wadah cetak sudah dilupakan. Bahkan hampir sepertiga pembaca BH (1) guna

kedua-dua wadah cetak dan edisi digital. Menurut satu (2) tinjau, lebih mudah untuk

mendapatkan berita menerusi edisi digital. Hampir (3) paruh responden mencari berita

menarik dan terkini untuk (4) kongsi di laman media sosial. Edisi digital juga membolehkan

pembaca (5) interaksi dan berbincang tentang isu-isu semasa. Pembaca setia BH turut

berpuas hati dengan bahasa yang dipaparkan di dalam akhbar tersebut.

(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 9 Mac 2015)

1.

2.

3.

4.

5.
Latihan Imbuhan
Menengah 1 Ekspres
Petikan 2

Sikap menabung mesti diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Cara

yang biasa diamalkan adalah seperti menyimpan wang tunai ke dalam tabung di rumah

dan membuka akaun (1) simpan di bank. Mulakan dengan menabung sedikit demi

sedikit. Ibu bapa (2) galak untuk mengajar si anak untuk memasukkan sendiri wang

syiling ke dalam tabung setiap hari. Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan (3)

ubah menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama dua puluh

satu hari. Apabila tabung sudah penuh, ibu bapa boleh mengajak anak itu mengira

jumlah wang yang terkumpul itu bersama-sama supaya si anak dapat menilai hasil

tabungannya. Ini akan (4) rangsang anak itu untuk terus menabung, lebih-lebih lagi jika

tabung yang digunakan itu (5) punya bentuk dan ciri-ciri yang menarik. Hasil tabungan

ini juga merupakan hadiah untuk anak itu. Dia boleh membeli sesuatu yang dikehendaki

dengan duit tabungan tersebut. Jumlah selebihnya bolehlah disimpan di dalam akaun

persendirian.

1.

2.

3.

4.

5.
Latihan Imbuhan
Menengah 1 Ekspres

Petikan 3

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya

sesuatu bangsa. Tujuan muzik tradisional adalah untuk hiburan dan (1) iring upacara-

upacara adat tertentu. Ada pelbagai muzik tradisional Melayu yang (2) dapat di negara

kita. Ada alat muzik yang dipalu dan ada pula yang ditiup untuk (3) hasil bunyi yang

merdu. Apabila digabungkan bunyinya, maka akan timbullah satu bunyi yang amat

mengasyikkan. (4) Gabung rima dan intonasinya akan menjadikan satu melodi yang

unik terutamanya untuk sesuatu tujuan. Muzik ghazal, melodi dondang sayang dan

melodi zapin ialah contoh muzik tradisional yang (5) cipta menggunakan muzik

tradisional Melayu. Muzik tradisional Melayu tidak akan lapuk dek zaman kerana masih

ramai lagi penggemar-penggemar muzik tradisional Melayu yang akan terus

memperjuangkan irama ini.

1.

2.

3.

4.

5.
Latihan Imbuhan
Menengah 1 Ekspres
Petikan 4

Blog seringkali mempunyai topik yang menarik yang diperkatakan lalu

disarankan oleh orang sekeliling. Selain blog, Facebook dan Twitter juga mengandungi

perasaan hati masyarakat (1) hubung sesuatu perkara. Facebook membolehkan

seseorang membaca deretan komen menyusuli sesuatu pos sekali gus. Pos atau

komen sering bersikap terbuka. Ini (2) tunjuk penulis tidak ragu-ragu melahirkan apa

yang terbuku di hati tanpa mengambil kira kesan atau risiko. Sebahagian besar pula

jarang (3) tengah pandangan dua pihak semasa mengemukakan pendapat. Ini

berbeza dengan blog. Blog selalunya berupaya menyampaikan dua pendapat, iaitu (4)

sokong dan menentang. Sikapnya yang tidak berat sebelah itu akan membolehkan si

(5) baca berfikir, mengimbangi dan membuat penilaian sendiri.

(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian,16 Feb 2015)

1.

2.

3.

4.

5.

Anda mungkin juga menyukai