Anda di halaman 1dari 2

Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi dikhususkan kepada susur galur Kesultanan Johor dan sejarah pemerintahan negeri
sahaja. Disebabkan Johor sudah lama terbentuk, maka banyaklah cerita disebalik penubuhan negeri ini.

Banyak pameran menarik seperti lukisan, patung, gambar, dan video untuk menerangkan kisah
pemerintahan zaman dahulu.

Anda juga berpeluang melihat artifak penting seperti peralatan istana, senjata, tembikar, dan alat muzik
yang pernah digunakan.

Waktu operasi: 8am – 6pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Niaga, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor, 81900, Kota Tinggi, Johor, 81900

#3 Makam Laksamana Bentan

Pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama. Jika anda masih ingat, beliaulah
yang telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk
solat Jumaat.Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama yang kemudia melafazkan sumpah bahawa
“Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh
keturunan”.Peristiwa inilah yang dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.

Alamat: J178, 81900 Kota Tinggi, Johor

#4 Muzium Nelayan Tanjung Balau

Tempat bersejarah di Kota Tinggi seterusnya dalah Muzium Nelayan Tanjung Balau. Muzium akan bakal
mengimbau kembali sejarah menangkap ikan secara tradisional pada zaman dahulu.Ia merupakan satu-
satunya muzium nelayan di Malaysia. Menarik pengunjung dengan pameran peralatan menangkap ikan
tradisional seperti bubu, pukat, bot lama, dan lain-lain.Selain itu, muzium ini turut mempamerkan
bangkai kapal sebenar yang ditemui pada tahun 1800.

Harga tiket:

Dewasa RM2 | kanak kanak RM

Waktu operasi: 9am – 6pm

Alamat: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,Jalan Dato Hj Hassan Yunus,81930 Bandar Penawar,Johor

#6 Muzium Diraja Abu Bakar

Merupakan muzium tertua di Johor iaitu di bina pada 1866 lagi. Walaupun telah berusia ia masih
digunakan sehingga ke hari ini untuk majli keraian Diraja.Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan
keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium.
Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar. Lawati
muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor, Malaysia

#7 Muzium Warisan Tiong Hua / Johor Bahru Chinese Heritage Museum

Bangunan empat tingkat ini menempatkan 1001 informasi dan sejarah kaum kedatangan kaum Cina di
negeri Johor. Anda boleh pelajari bagaimana bangsa Kantonis membawa skil pertukangan, kaum Hakkas
pula bijak dalam ilmu perubatan, manaka kaum Hainan memulakan trend kedai kopi.Banyak infografik
menarik yang anda boleh lihat di sini, kebanyakkanya adalah gambar asli yang belum pernah dilihat
sebelum ini.

Waktu operasi: 9 am – 5 pm | Tutup pada Isnin

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

Alamat: 42, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Anda mungkin juga menyukai