Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH

BORANG ULASAN WEBINAR

Nama Peserta : INTAN NABILA BINTI ZULKIFLI


Tajuk Webinar : WEBINAR COS: SIRI 2 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Anjuran : IPG, KPM


Tarikh Siaran : 7 OKTOBER 2022
Masa Mula : 2.30 PETANG Masa Tamat : 3.30 PETANG
Alamat URL : https://youtu.be/72uuJHhj-_w

Ulasan : Guru adalah raja dan permaisuri bagi setiap bilik darjah, jatuh
bangunnya bilik darjah bergantung kepada sejauh mana kebolehan
guru mengawal keadaan dan persekitaran supaya memastikan PdP
berjalan dengan lancar dan objektif tercapai. Guru perlu cakna akan
jenis tingkah laku murid dan mengetahui bagaimana cara untuk
mengurusnya. Terdapat 3 jenis tingkah laku yang diujarkan oleh
panel webinar Dr Chin, desruptive, destructive dan kebergantungan
tinggi. Bagi menjamin kawalan kelas berkesan, guru mesti buat
persiapan sebelum, semasa dan selepas PdP. Mengurus pelajar
bukanlah sekadarnya, guru mesti peka dengan emosi, kesediaan
murid, kehadiran dan kesihatan mereka juga perlu diambil berat.
Guru mesti bijak mengawal emosi, kelantangan suara, kesihatan
diri, penyediaan konten, dan memperkaya pedagogi. Guru juga
mesti kenal pasti motif pelajar bertingkah laku bermasalah,
antaranya mereka berkemungkinan memerlukan perhatian,
mencabar kewibawaan, membalas dendam mahupun
mempamerkan kekurangan kerana merasa kurang dihargai. Guru
mesti tahu intervensi yang sesuai dijalankan bagi mengatasi isu-isu
yag timbul, sebagai contoh dengan melakukan peneguhan positif
mahupun negatif, membuat kontrak perjanjian dengan murid agar
berkelakuan baik, reverse psychology, shaping, bimbingan
kaunseling, timeout dan terapi yang memerlukan guru supaya
memperdalam skil yang tertentu.

Impak pada : Saya dapat merefleksi diri dengan mencari jalan penyelesaian yang
diri / tugas boleh diambil bagi menambahbaik kualiti PdP saya. Saya lebih
harian anda cakna akan keperluan pelajar dan bertindak dengan lebih bijak
dalam mengurus masalah tingkah laku mereka. Saya berusaha
melengkapkan diri dengan ilmu kemanusiaan, agar saya dapat
menjadi seorang mannusia yang memanusiakan manusia lain.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai