Anda di halaman 1dari 7

BENTUK LARAS EKONOMI DALAM AKHBAR UTHM KADAR KENAIKAN

HARGA BARANG TAHUN 2022

1
1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan tentang latar belaknag kajian berkaitan dengan laras ekonomi

serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Laras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-

ubah mengikut fungsi. Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud

dalam pelbagai konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan yang

disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Contohnya boleh diperhatikan pada bahan-

bahan bacaan yang dibaca seperti teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi, teks

sejarah, teks undang-undang dan sebagainya adalah berbeza antara satu sama lain dari

segi bahan, susunan ayat, pilihan kata, jalinan fikiran dan sebagainya. Penggunaan

bahasa seperti ini adalah dihasilkan oleh laras bahasa yang berbeza. Perbincangan

mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu

pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang

menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka,

Kedah, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-

beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan

laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain

yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang

digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan

untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa

penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti

2
keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa

yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek

daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu

bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada setiap penutur. Laras bahasa

biasanya berubah-berubah mengikut situasi.

Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara

penyampaian wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang

penggunaan bahasa seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media

perlakuan bahasa samada secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang

tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak

formal.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-

ciri laras ekonomi yang terdapat di dalam artikel kadar kenaikan harga barang tahun

2022 supaya pengkaji dapat mengetahui ciri laras ekonomi yang terdapat dalam arikel

tersebut. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis ciri-ciri laras ekonomi yang

terdapat dalam akhbar UTHM tahun 2022 untuk membezakan laras ekonomi dengan

laras yang lain.

3
1.2 Definisi Konsep

Bahagian ini akan menjelaskan definisi konsep penting dalam kajian ini.

Menurut Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri

khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi

bahasa yang digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza. Manakala, menurut

Reid (1956) pula seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan

menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Beliau juga turut memberi

perbezaan antara laras dan gaya. Laras merujuk khusus kepada bidang penggunaan

manakala gaya merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak

dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan dan suasana yang menjadi latar penggunaan

bahasa berkenaan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

1) Mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-ciri laras ekonomi yang terdapat di dalam

artikel kadar kenaikan harga barang tahun 2022.

2) Menganalisis ciri-ciri laras ekonomi yang terdapat dalam artikel kadar kenaikan harga

barang tahun 2022.

4
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

a) Membantu para pelajar untuk memahami ciri-ciri laras ekonomi yang terdapat dalam

sebarang artikel yang berkaitan.

b) Menjadi sumber rujukan kepada pengkaji yang ingin mengkaji Bahasa Melayu.

c) Menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan laras ekonomi.

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah artikel kadar kenaikan harga barang tahun 2022. Di samping itu,

kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis ciri-ciri laras ekonomi dalam artikel kadar

kenaikan harga barang tahun 2022.

5.0 BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa ciri laras ekonomi yang kita boleh lihat. Ciri yang pertama adalah fakta

yang disampaikan benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Kedua, maklumat

disampaikan secara tersusun, jelas dan eksplisit(tersurat). Terakhir, penulisannya banyak

menggunakan graf, carta dan jadual untuk memaparkan maklumat tertentu. Namun, kajian ini

hanya berfokuskan kepada dua ciri sahaja iaitu fakta yang diberiakan benar berdasarkan bukti

dalam bentuk data dan statistik serta maklumat disampaikan secara tersusun, jelas dan

eksplisit. Kajian ini juga hanya menumpukan kepada akhbar UTHM tahun 2022.

5
6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara data diperoleh sebagai bahan kajian, kaedah pemprosesan atau

menganalisis data dan persembahan dapatan kajian.

6.1 Pemerolehan data

6.1.1 Kaedah Menganalisis Teks

Kaedah yang digunakan untuk memperoleh data dalam kajian ini ialah kaedah

menganalisis teks. Melalui kaedah ini, pengkaji akan menggunakan kaedah rujukan

daripada bahan bacaan akhbar UTHM supaya memudahkan pengkaji untuk

memperoleh lebih banyak maklumat mengenai ciri-ciri laras ekonomi. Selain Itu,

pengkaji akan melakukan pembacaan terhadap akhbar UTHM sebelum

menganalisis data yang diperolehi.

6.1.2 Penganalisisan Data

Semua maklumat yang dikumpulkan akan digunakan untuk mengenal pasti

sama ada menepati ciri-ciri dalam laras ekonomi. Selain itu, pengkaji akan

menggunakan akhbar dari internet yang dimuat naik dari akhbar UTHM yang

berkaitan dengan laras ekonomi. Misalnya, fakta yang diberikan dalam akhbar

UTHM itu adalah benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

6
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyediakan dapatan kajian yang diperolehi.

7.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-ciri laras ekonomi yang terdapat di dalam

akhbar UTHM tahun 2022.

Anda mungkin juga menyukai