Anda di halaman 1dari 9

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 61

UNIT 5
PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat
1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam menulis laporan
kajian
2. Mengetahui format laporan kajian tindakan yang sesuai
3. Menilai laporan kajian tindakan mengikut kriteria penilaian yang sesuai

PENGENALAN
Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian ini
banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan kajian
yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian
sebelum memulakan penulisan laporan. Unit ini akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu
dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian
tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian
tindakan.

ISI KANDUNGAN
Persediaan untuk menulis
Andaikan anda hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar anda kepada
pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa, adakah anda akan memberikan
laporan yang sama atau pun laporan yang berbeza?
Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian
yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan
audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai.
Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian
kepada:

Ketua jabatan fokus kepada hasil organisasi


Rakan sekerja fokus kepada proses pengajaran dan pengurusan pembelajaran
Rakan sekerja akademik fokus kepada sumbangan yang dibuat terhadap pengetahuan baru

Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi
meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik, partisipan
dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada
menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 62


untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka.
Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa
yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada
intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang
mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain.
Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan
dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat membantu pengkaji
lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan dapat menyediakan
rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Menurut Mills lagi,
terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses menulis memerlukan pengkaji
menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan
dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati, serta membuat refleksi
terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerjakerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian:

Kejelasan menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba
hendak disampaikan.
Validasi menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau
pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan
Empowermen membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji
mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada
Generatif penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu
sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih
luas
Pencapaian menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai
sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita.

Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu
ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah:
i.
ii.
iii.

menentukan audien
memilih fokus
merangka susun atur laporan

Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu
ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok dan
jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan, apa yang
perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting
dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita boleh bertanya
apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat
membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan.
Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat
dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian.
Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan
pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik
mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 63


McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan
laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan
dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan?
Secara ringkas nyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum
menulis sesuatu laporan kajian tindakan.

Susun Atur Kandungan Laporan


Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat refleksi ke
atas fokus utama projek, andaian-andaian yang mendasari kajian, masalah-masalah serta
pembelajaran yang dilalui. Seterusnya, penulisan kolaboratif membantu dalam perkembangan visi
bersama antara kolaborator, terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli pasukan yang terdiri
daripada pelbagai latarbelakang.
Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian kes
misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan
kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan
metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut
sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji.
Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur
kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan
kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan kajian.
Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data dikumpul dan
dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan.
Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang
dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.
Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah
diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama laporan. Menulis
draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. Draf pertama
laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan
komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh
pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan.
Pelaporan perlu memenuhi lima langkah asas kajian tindakan iaitu tinjauan awal, bertindak, merancang,
memerhati dan mereflek. Secara umumnya format laporan kajian tindakan perlu mengandungi
komponen-komponen berikut:

Isi Kandungan
Penghargaan
Abstrak

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 64

Fokus kajian: Refleksi Awal P & P lalu


Isu Keperihatinan
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Kumpulan Sasaran
Merancang Tindakan
Menjalankan Tindakan
Memantau dan Menilai Tindakan
Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi
Lampiran

Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya kepada
amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan.
Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran, dan
apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas merupakan satu
kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian tindakan. Namun,
tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan.

RUMUSAN
Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada
umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas
tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami apa
yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan pemahaman
penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata
lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah
masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman
tersebut dengan orang lain.

KATA KUNCI
1.
2.
3.

Laporan kajian
Format
Audien

RUJUKAN
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and
Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon
Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ:
Merrill.
Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 65

Anda dikehendaki mendapatkan satu laporan kajian tindakan guru yang telah
dijalankan. Sila teliti dan nilai laporan kajian tindakan tersebut dengan
menggunakan kriteria penilaian yang diberi di bawah. Anda dikehendaki mengisi
Borang A dan Borang B dengan memberikan skor yang sesuai. Sila sediakan satu laporan penilaian
anda tidak melebihi lima (5) muka surat.
Borang A: Senarai semak Laporan Kajian
PROSEDUR KAJIAN
Tajuk
Abstrak
PENDAHULUAN
Latar belakang
Masalah/isu/fokus/keprihatinan
Tujuan/objektif
Soalan
Batasan
Kepentingan
KAJIAN LITERATUR
METODOLOGI
Reka bentuk
Persampelan
Pengumpulan data
Instrumen
Analisis data
Kaedah memastikan kesahan
PELAKSANAAN KAJIAN
Perancangan tindakan
Pelaksanaan tindakan
Refleksi dan penilaian
Kesimpulan dan cadangan
RUJUKAN

TANDAKAN
()

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 66

Borang B:

Penilaian Laporan

Aspek
1.

Laporan mengikut format yang sesuai (10%)


1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9

2.

Tajuk
Abstrak
Bab Pengenalan
Bab Sorotan Literatur
Bab Metodologi
Bab Dapatan Kajian
Bab Perbincangan dan Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran (jika ada)

Kesesuaian metodologi dengan fokus dan persoalan


kajian (50%)
2.1

Kesesuaian rekabentuk

2.2

Kesesuaian persampelan

2.3

Kesesuaian analisis

3.

Kejelasan laporan dapatan kajian (20%)

4.

Kejelasan perbincangan dapatan dan kesimpulan


(20%)

Jumlah

Skor

Komen

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 67

Kriteria Penilaian Laporan Kajian Tindakan


1.

Tajuk

Pendek dan ringkas (biasanya 15 perkataan atau kurang) serta jelas dalam menunjukkan tentang
kajian yang dijalankan
2.

Abstrak

Menjelaskan aspek-aspek yang penting dalam kajian termasuk pernyataan masalah, populasi dan
sampelan, pembolehubah bebas dan bersandar, instrumen yang digunakan, rekabentuk, dapatan
kajian yang utama dan kesimpulan
3.

4.

Pengenalan

Biasanya dikemukakan dalam satu atau dua perenggan yang menjelaskan


permasalahan yang dikaji, kepentingan kajian serta strategi kajian secara
keseluruhan.

Perenggan pengenalan biasanya diikuti dengan tinjauan literatur. Dikemukakan


bagaimana kajian dibina berdasarkan pengetahuan lampau (melalui kajian) dengan
mengemukakan dan menilai apa yang telah diketahui tentang masalah kajian.
Bincang tentang dapatan lampau yang rapat kaitan dengan isu/masalah spesifik
kajian.

Matlamat mengemukakan pengenalan dan tinjauan literatur adalah untuk


menunjukkan kesinambungan yang logik antara dapatan kajian lepas dengan kajian
yang dijalankan.

Pengenalan patutnya merangsangkan kajian. Pembaca perlu faham mengapa


masalah dikaji atau perlu dikaji serta sumbangan kajian kepada perkembangan
pengetahuan sedia ada.

Metod kajian

Menjelaskan persampelan dengan terperinci serta bagaimana sampelan dibentuk

Menjelaskan tentang instrumen kajian termasuk soalselidik, ujian, temubual dan lainlain yang digunakan untuk mengumpul data. Bukti-bukti berkaitan dengan kesahan
dan kebolehpercayaan kajian dinyatakan.

Menjelaskan rekabentuk kajian serta prosedur yang digunakan dalam menjalankan


kajian. Dalam konteks ini rekabentuk dan prosedur kajian tindakan yang
mengandungi langkah-langkah seperti berikut:
- Penentuan fokus/permasalahan kajian
- Mengumpul maklumat/data
- Merancang dan merangka tindakan
- Menjalankan tindakan
- Membuat refleksi/penilaian tentang tindakan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 68

5.

6.

7.

Adalah penting prosedur yang digunakan bersesuaian dengan kriteria etika


penyelidikan

Keputusan kajian

Mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan jadual dan rajah yang sesuai.
Perlu dijelaskan teknik analisis dan interpretasi yang digunakan.

Dijelaskan masalah yang dihadapi semasa menganalisis data serta menginterpretasi


data

Perbincangan

Dimulakan perbincangan dengan mengemukakan dapatan penting serta kaitannya


dengan permasalahan kajian. Kaitkan juga dapatan kajian dengan kajian-kajian
lampau dengan menjelaskan hubungkait dapatan dengan kajian lepas serta sama
ada dapatan kajian menyokong dapat dapatan kajian sedia ada ataupun menolak
dapatan kajian sedia ada

Kesimpulan dibuat dengan memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian.


Menyatakan implikasi kajian serta cadangan yang sesuai

Rujukan
Menyediakan senarai rujukan yang digunakan dalam kajian

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 69

Anda mungkin juga menyukai