Anda di halaman 1dari 3

TINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI ALAM SEKITAR Keindahan panorama alam sekitar yang dinikmati di muka bumi ini akan

pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin. Ini kerana, manusia dan alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian disebabkan ia saling berkaitan di antara satu sama lain. Pencemaran dan pemanasan global adalah antara yang memberi kesan buruk pada alam sekitar. Sehubungan itu, alam sekitar perlulah dijaga dan dipelihara demi kesejahteraan sejagat, dan atas dasar itu, Genting Malaysia Berhad dengan kerjasama Rakan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menganjurkan program Love Our Nature Rakan Alam Sekitar Junior Explorer, barubaru ini. Program 2 hari 1 malam itu, melibatkan lebih 130 peserta yang terdiri daripada golongan pelajar, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari kawasan Putrajaya dan Lembah Klang.Ia dirasmikan oleh Pengarah Komuni kasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar, Datuk Abu Hassan Mohd Isa.

TINGKATKAN KESEDARAN Abu Hassan berkata, program Rakan Alam Sekitar dibentuk bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menurutnya, program ini juga dapat membantu dalam membanteras kegiatan yang merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.Ia berbentuk community based dan handson, melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, NGO serta pihak industri atau swasta tempatan. Rakan Alam Sekitar adalah saluran tepat untuk meningkatkan keberkesanan aduan kerana dengan penglibatan masyarakat tindakan yang segera dapat diambil sewajarnya oleh agensi kerajaan berkenaan, katanya ketika berucap dalam majlis perasmian itu.

Menurutnya, Rakan Alam Sekitar kini mempunyai hampir 100,000 ahli di seluruh negara dan menyasarkan untuk menambah lagi 50,000 ahli menjelang Jun tahun depan.Kami juga kini sudah melancarkan pendaftaran secara dalam talian melalui portal iaitu http://ras.doe.gov.my/portal/ dan kami juga menggalakkan agar pihak media meluangkan masa menyertainya, katanya. Menurutnya, pihaknya juga berharap program sebegini dapat dijadikan sebagai program tahunan pada masa akan datang dengan penyertaan daripada pelbagai pihak.Kami juga merancang mengadakan program alam sekitar yang mampu memberi impak yang hebat kepada masyarakat sehingga ke peringkat antarabangsa. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak dan sikap ini perlu ditanam dalam diri masing-masing, katanya. PELBAGAI PROGRAM Naib Presiden Kanan, Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo berkata, program Love Our Nature Rakan Alam Sekitar Junior Explorer adalah hasil dari perbincangan bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, tahun lalu. Pada ketika itu, Douglas mengunjungi Genting Higlands Resort sempena pelancaran Coffee Table Book: Genting Natures Footprint. Jadi, beliau menyarankan agar kami bekerjasama dengan Rakan Alam Sekitar bagi menjayakan program seperti ini, katanya.Tambahnya, tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja akan pentingnya menjaga alam sekitar. Ia juga bertujuan memberi pendidikan secara kreatif dengan mendedahkan kepada mereka cara memelihara dan m emulihara alam sekitar, jelasnya. Jelasnya, sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai program telah dirangka seperti Eco Recycle.

Dalam kehidupan seharian, kita banyak menggunakan bahan -bahan seperti kertas, beg plastik, polistirena, dan kotak sebagai kerja penulisan, pembungkusan, kebersihan dan kesihatan. Dalam erti kata lain, keperluan tinggi terhadap penggunaan barangan tersebut menyumbang kepada kem usnahan sumber hutan, katanya.Jadi, katanya, program ini mendedahkan kepada peserta teknik-teknik mengitar semula secara 3R iaitu Reuse, Recycle dan Reduce.

Peserta secara kreatifnya telah diminta untuk menghasilkan model daripada bahan buangan tersebut yang lebih dikenali sebagai sampah-sarap, katanya.Dalam pada itu, peserta turut berpeluang mendengar dua sesi seminar mengen ai alam semula jadi oleh lelaki hijau iaitu Matthias Gelber yang memberi ceramah bertajuk Love Your Malaysian Mother Nature, manakala Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr Maketab Mohamed melalui ceramahnya yang bertajuk Alam Sekitar Memerlukan Anda.

Anda mungkin juga menyukai