Anda di halaman 1dari 3

STRATEGI DAN KAEDAH PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR:

AKTIVITI IKRAR ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar


Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd
Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat
dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk
membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang
merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Objektif Program Rakan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-

1. Memberi kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid


2. Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam
menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama

Aktiviti Rakan Alam Sekitar


Aktiviti menerusi Program Rakan Alam Sekitar turut dilaksanakan menerusi Program Pendidikan dan Kesedaran
Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar seperti berikut:-

1. Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS)


2. Program `Projek Wira Alam’
3. Program Sambutan Hari Bumi (Bersempena Hari Bumi pada 22 April setiap tahun)
4. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun setiap
tahun)
5. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (Bersempena Hari Alam Sekitar Negara yang jatuh pada 21
Oktober setiap tahun)
6. Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)
7. Program Anugerah Langkawi
8. Program Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi
9. Program Pra-Sekolah Lestari
10. Program Promosi dan Kesedaran Alam Sekitar kepada Orang Awam dan Industri (Seminar, Ceramah dan
lain-lain)
11. Pameran Alam Sekitar
12. Program Kesedaran Alam Sekitar (Penanaman pokok, konservasi alam dan lain-lain)
13. Sukarelawan Rakan Alam Sekitar dalam Penganjuran Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar
Ikrar Rakan Alam Sekitar

Bahawa Kami Ahli Rakan Alam Sekitar


Membuat Ikrar di Sini
Akan Menjalankan
Tugas-Tugas Sukarelawan Ini
Dengan Sepenuh Hati

Ke Arah ini Kami Akan:-

Menjadi Mata dan Telinga


Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Yang Bertanggungjawab
Dalam Membanteras Kegiatan-Kegiatan Yang Merosakkan
Atau Mencemarkan Alam Sekitar

Kami juga Akan Menjadi Penggerak Utama


Kepada Program-Program Serta Kempen-Kempen
Kesedaran Alam Sekitar di Kawasan Kami
Untuk Memberikan Kesedaran Alam Sekitar
Kepada Semua Lapisan Masyarakat,
Untuk Bertindak dan Mengambil Bahagian
Menjaga Alam Sekitar
Yang Kita Kongsi Bersama ini

Semoga Tuhan Memberkati Usaha Ini.

Penyertaan Keahlian Rakan Alam Sekitar


Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua murid sekolah.
Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat menerusi Borang Pendaftaran Keahlian yang boleh diperolehi daripada
Urusetia Rakan Alam Sekitar dan ahli jawatankuasa kelab alam sekitar.

Rasional Logo Rakan Alam Sekitar

 Bumi melambangkan alam sekitar yang kita sayangi


 Animasi manusia yang berwarna hijau melambangkan masyarakat yang menyokong usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar
 Animasi manusia yang berwarna biru melambangkan masyarakat yang memimpin usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
 Daun melambangkan ekosistem yang kita lindungi
 Moto Rakan Alam Sekitar (RAS) ialah “Kami Mahu Gaya Hidup Lestari” / “We Want A Sustainable Lifestyle“
Rasional Motto Rakan Alam Sekitar

Motto Rakan Alam Sekitar iaitu “Kami Mahu Gaya Hidup Lestari” membawa pengertian seperti berikut:-

 Murid menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari
 Sebagai komitmen dari dalam diri setiap individu untuk menjaga alam sekitar
 Transformasi bermula dari individu untuk memastikan alam sekitar yang sejahtera
 Gaya hidup mempengaruhi kesan dan impak terhadap alam sekitar
 Kemahuan diri sendiri membentuk peribadi yang murni terhadap alam sekitar
Video Logo dan Montaj Rakan Alam Sekitar
Tonton Video Montaj Logo Rakan Alam Sekitar di Pautan berikut:-http://bit.do/YouTubeLogoRakanAlamSekitar
Rakan Alam Sekitar di Media Sosial
 Ikuti Rakan Alam Sekitar di Media Sosial menerusi Facebook Rakan Alam Sekitar
(https://www.facebook.com/rakanalamsekitar/?ref=settings) dan Instagram Rakan Alam Sekitar
(https://www.instagram.com/rakanalamsekitar/?hl=en)

Anda mungkin juga menyukai