Anda di halaman 1dari 16

seminar falsafah malaysia iv

institut penyelidikan anwar ibrahim


 &  ogos 

Aplikasi Keresahan Kierkegaard dan


Kebebasan Sartre dalam Masyarakat
Malaysia
ooi kok hin

Konsep keresahan (“anxiety”) yang diutarakan oleh Kierkegaard


masih jarang diperkenalkan dan diaplikasikan dalam konteks ma-
syarakat Malaysia. Begitu juga dengan konsep kebebasan yang
dibawakan oleh Sartre. Pemahaman yang cuba dibawa kedua-dua
tokoh eksistensialisme ini membincangkan peri-pentingnya keada-
an bergelutan dengan keresahan ketika ingin memahami sesuatu
fenomena. Bagi Kierkegaard, sesuatu yang terutamanya berkaitan
dengan kepercayaan (“faith”). Kebebasan yang dibawa Sartre pula
menjelaskan bagaimana dan kenapa seseorang individu mempunyai
kecenderungan untuk menafikan dan menidakkan kebebasan diri-
nya, lalu berhujah bahawa seseorang yang sedar tentang kebebasan
dirinya tidak boleh lari dari sifat bertanggungjawab dan memperkasa
diri. Kedua-dua konsep ini diaplikasikan dalam konteks masyarakat
Malaysia untuk menunjukkan relevansi pemikiran Kierkegaard dan
Sartre, serta kegunaan falsafah sebagai sebuah lensa menganalisa
dan memahami sesuatu masyarakat atau fenomena.
Apa kegunaan falsafah? Adakah pemikiran tokoh barat relevan,
dan boleh diaplikasikan, dalam konteks masyarakat Malaysia?
Makalah ini berhasrat menjawab cabaran dan persoalan tersebut
dengan menunjukkan bagaimana dua konsep yang dibawa oleh
tokoh pemikir eksistensialisme dapat membantu memaham reaksi
masyarakat kita dalam hal isu semasa. Terlebih dahulu, kita mula
dengan pengenalan tokoh dan konsep tersebut, diikuti oleh aplikasi
 seminar falsafah malaysia iv

terhadap kes contoh yang berkaitan masyarakat dan isu semasa


tanah air.

1 Pengenalan Konsep Kierkegaard


Søren Kierkegaard (1813-1855) adalah filasuf dari Denmark yang
banyak menyumbang kepada bidang falsafah eksistensialisme, pe-
ngalaman beragama (“faith”), agama dan Tuhan, moraliti/etika
dan cinta. Walaupun tidak menganggap dirinya sebagai seorang
eksistensialis ataupun menggunakan perkataan “eksistensialis”,
Kierkegaard digelar sebagai “bapa eksistensialisme” kerana beliau
merupakan antara pemikir yang terawal menulis secara khusus dan
terperinci tentang eksistensialisme.1
Kierkegaard membawa pelbagai perspektif yang unik dan mena-
rik, namun makalah ini menumpukan perhatian pada hanya satu
konsep sahaja iaitu keresahan.2 Persoalan pokok dalam penulisan
Kierkegaard adalah mencari dan memenuhi makna kehidupan
(apakah yang membuat hidup manusia itu bermakna?, bagaimana
kita patut mengisi kehidupan yang bermakna?, dan apakah cara
untuk mencari, mengisi, dan memenuhi makna tersebut?). Kon-
sep keresahan ini diteliti dalam karya terkenal beliau, Fear and
Trembling. Untuk memahami konsep ini, kita perlu melihatnya
dalam konteks perbincangan Fear and Trembling di mana Kierkegaard
sedang menceritakan pergolakan (struggle, satu lagi konsep penting
Kierkegaard) Abraham (Nabi Ibrahim) yang “diarahkan” oleh Tuhan
untuk mengorbankan anaknya, Isaac (Nabi Ishak).3
Secara moralnya, Nabi Ibrahim tidak wajar membunuh anaknya
yang tidak bersalah, tetapi secara “faith”, Nabi Ibrahim wajar mem-
bunuh anaknya kerana ia perintah Allah. Mengikut Kierkegaard,
1 Bukan sahaja Kierkegaard, malah ramai filasuf yang sekarang dikategorikan
sebagai “eksistensialis” tidak menggunakan perkataan atau gelaran itu sewaktu hidup.
Terma “eksistensialisme” boleh dikatakan mendapat populariti (mass appeal) selepas
Jean-Paul Sartre.
2 Penterjemah Inggeris kerap menggunakan perkataan anxiety atau dread untuk
konsep ini. Saya menterjemahnya sebagai “keresahan” kerana merasakan ia membawa
maksud yang paling tepat. Seperti ramai ahli falsafah yang lain, Kierkegaard tidak
menulis dalam bahasa Inggeris tetapi dalam bahasa ibundanya.
3 Demikian ceritanya mengikut tradisi Kristian (“God asked Abraham to kill his
son, Isaac”). Mengikut tradisi Islam, kisahnya Nabi Ibrahim diarah mengorbankan
Nabi Ismail demi menunaikan perintah Allah. Walaupun identiti watak berlainan,
penelitian Kierkegaard masih berkesan kerana tumpuannya adalah pada keresahan
Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya.
. ooi kok hin 

kontradiksi inilah yang hilang, yang tidak ada dalam kesedaran kita
setiap kali kita membangkitkan kisah Nabi Ibrahim dan memuji-
muji keberanian dan kesetiaannya. Kita gagal menghayati keresahan
Nabi Ibrahim dalam menghadapi detik-detik membuat keputusan
sama ada patut mengorbankan atau tidak mengorbankan anaknya.
Dan Kierkegaard mengatakan, keresahan ini yang mengagungkan
Nabi Ibrahim (Abraham is not what he is without this dread).
Mengapa? Katakan Nabi Ibrahim seorang yang tidak mempunyai
moraliti (conscience), yang tidak berpegang pada etika moral? Ada-
kah Nabi Ibrahim patut dipuji jika dia hanya menurut perintah Allah
tanpa merasakan resah, tanpa menyedari atau mengiktiraf dilema
yang dihadapinya? Jika seseorang yang tidak bermoral melakukan
apa yang Nabi Ibrahim (hampir) lakukan, dia tidak merasa apa-apa.
Dia tidak resah kerana dirinya tiada moral, tiada etika. Dia hanya
menurut secara buta apa yang diperintahkan oleh Allah. Kierkegaard
mengatakan: tiada risiko, tiada kepercayaan (faith). Jika Allah
memerintah seseorang itu mengorbankan anaknya tetapi orang itu
tidak bermoral dan tidak menyayangi anaknya seperti mana Nabi
Ibrahim sedar tentang kelakuan moral dan menyayangi Nabi Ishak
(ataupun Nabi Ismail, terpulang pada naratif tradisi), orang itu tidak
boleh dikatakan melakukan sedemikian berasaskan kepercayaan
(faith). Hal ini kerana dia tidak bergelut dengan kontradiksi antara
moral dengan kepercayaan, resah dengan keputusannya, dan tidak
ada elemen risiko dalam “kepercayaannya” itu.
Elemen kontradiksi/paradoks dan risiko yang ditanggung oleh
Nabi Ibrahim perlu dikaitkan dan difahami dengan satu lagi konsep
iaitu “Teleological Suspension of the Ethical”:
By Kierkegaard’s account, faith, in which the individual as particular
stands in an absolute relation to the absolute, is a relationship of a
particular person to a particular God. . . Kierkegaard’s crucial claim, then,
is that religious faith, as a particular thing, supersedes the universal.
“Faith”, he says, “is precisely this paradox, that the individual as
particular is higher than the universal.” But this faith does not do away
with the ethical; rather it supersedes it while preserving its essential
content. This is manifested in Abraham’s struggle with the command
to sacrifice his son. Having faith is not like being an outlaw who rejects
ethnical principles together. If Abraham’s faith did away with the ethical,
there would be no need for him to struggle with God’s command.4
4 Guignon & Pereboom 2011, hlm. 16.
 seminar falsafah malaysia iv

Juga turut menjelaskan bahawa kita tidak boleh memahami


dan menghayati Nabi Ibrahim tanpa memahami keresahan yang
dialaminya,
They exalt Abraham – but how? They express the whole thing in perfectly
general terms: “The great thing was that he loved God so much that
he was willing to sacrifice to Him the best.” . . . What they leave out of
Abraham’s history is dread, for to money I have no ethical obligation, but
to the son the father has the highest and most sacred obligation. Dread,
however, is a perilous thing for effeminate natures, hence they forget it,
and in spite of that they want to talk about Abraham.5
Pembaca boleh cuba membandingkan situasi berikut dengan
ujian yang dihadapi Nabi Ibrahim dan menilai sama ada ia sama
atau berbeza: Seorang suicide bomber yang tidak mengendahkan nilai
kehidupan manusia meragut nyawa kerana dia “percaya” bahawa
dia diperintahkan Allah untuk berbuat demikian (dan juga demi
masyarakatnya). Apa yang membezakan suicide bomber dengan Nabi
Ibrahim? Ketepikan dahulu soal bagaimana seorang manusia boleh
tahu dengan sahih bahawa “suara” yang didengarnya adalah perintah
Allah (mungkin dia berhalusinasi). Jika dia yakin sekalipun tentang
kesahihan “suara” tersebut, Kierkegaard akan tetap mengatakan
bahawa suicide bomber itu bukan “Knight of Faith” (satu lagi konsep
yang dibawa Kierkegaard). Dia tidak sama seperti Nabi Ibrahim
kerana dia tidak bergelut, tidak resah, tiada risiko, dan tidak
merentasi dan mengatasi (transcend) moraliti (dia langsung tidak
mengiktiraf dan memahami moraliti, bagaimana hendak merasai
dan mengatasinya?). Kontradiksi, ataupun paradoks, ini boleh
dirumuskan sedemikian:
Either there is an absolute duty toward God, and if so it is the paradox
here described, that the individual as the individual is higher than the
universal and as the individual stands in an absolute relation to the
absolute/or else faith never existed, because it has always existed, or, to
put it differently, Abraham is lost, or one must explain the passage in the
fourteenth chapter of Luke as did that tasteful exegete, and explain in the
same way the corresponding passages and similar ones.6
Dalam satu karya lain yang bertajuk Concluding Unscientific
Postscript, beliau juga berkata:
5 Guignon & Pereboom 2011, hlm. 36.
6 Kierkegaard 2013.
. ooi kok hin 

Without risk there is no faith. Faith is precisely the contradiction between


the infinite passion of the individual’s inwardness and the objective
uncertainty. If I am capable of grasping God objectively, I do not believe,
but precisely I cannot do this I must believe. If I wish to preserve myself
in faith I must constantly be intent upon holding fast the objective
uncertainty, so as to remain out upon the deep, over seventy thousand
fathoms of water, still preserving my faith.
Kierkegaard turut mengatakan apabila kepercayaan seseorang
itu diuji, dia tidak boleh/patut bergantung pada orang lain. Ke-
percayaan bukan sesuatu yang boleh dipindahkan (transfer) dari
seseorang kepada seseorang yang lain, atau menjadi lebih mudah
apabila dialami secara berkumpulan. Malah, Knight of Faith itu
sentiasa menghadapi rintangan dan diuji berseorangan:
The knight of faith, on the contrary, is the paradox, is the individual,
absolutely nothing but the individual, without connections or pretensions.
This is the terrible thing which the sectarian manikin cannot endure. For
instead of learning from this terror that he is not capable of performing
the great deed and then plainly admitting it (an act which I cannot but
approve, because it is what I do) the manikin thinks that by uniting with
several other manikins he will be able to do it. But that is quite out of
the question. In the world of spirit no swindling is tolerated. A dozen
sectaries join arms with one another, they know nothing whatever of the
lonely temptations which await the knight of faith and which he dares
not shun precisely because it would be still more dreadful if he were to
press forward presumptuously. The sectaries deafen one another by their
noise and racket, hold the dread off by their shrieks, and such a hallooing
company of sportsmen think they are storming heaven and think they
are on the same path as the knight of faith who in the solitude of the
universe never hears any human voice but walks alone with his dreadful
responsibility. . . The knight of faith is obliged to rely upon himself alone,
he feels the pain of not being able to make himself intelligible to others, but
he feels no vain desire to guide others. The pain is his assurance that he is
in the right way, this vain desire he does not know, he is too serious for
that. The false knight of faith readily betrays himself by this proficiency
in guiding which he has acquired in an instant. He does not comprehend
what it is all about, that if another individual is to take the same path, he
must become entirely in the same way the individual and have no need of
any man’s guidance, least of all the guidance of a man who would obtrude
himself. At this point men leap aside, they cannot bear the martyrdom
of being uncomprehended, and instead of this they choose conveniently
 seminar falsafah malaysia iv

enough the worldly admiration of their proficiency. The true knight of


faith is a witness, never a teacher, and therein lies his deep humanity,
which is worth a good deal more than this silly participation in others’
weal and woe which is honored by the name of sympathy, whereas in fact
it is nothing but vanity. He who would only be a witness thereby avows
that no man, not even the lowliest, needs another man’s sympathy or
should be abased that another may be exalted. But since he did not win
what he won at a cheap price, neither does he sell it out at a cheap price,
he is not petty enough to take men’s admiration and give them in return
his silent contempt, he knows that what is truly great is.7

2 Aplikasi Konsep Kierkegaard


Jika kita sudah memahami apa yang cuba diutarakan Kierkegaard,
cuba aplikasikan konsepnya dalam konteks Malaysia. Kegagalan
menghayati keresahan, ataupun keengganan untuk menyedari ujian
dan godaan/keinginan, dalam menangani sesuatu masalah sering
menyebabkan kita tidak berjaya menangani masalah itu dengan
cermat. Hal ini kerana kita hanya mahu berfikir dengan mudah,
tanpa mahu melihat selok-belok dan maklumat yang mengganggu
sensitiviti.
Mahu memuji Nabi Ibrahim tapi enggan menghadapi dan meng-
hayati keresahan yang dihadapinya. Mahu sesuatu tapi enggan
menghadapi keresahan yang dibawa/tidak boleh dipisahkan dari
sesuatu itu. Cuba gunakan pemikiran/konsep Kierkegaard itu
sebagai “lensa” dan cuba melihat kes-kes berikut melalui lensa
tersebut. Konsep yang mahu diaplikasikan adalah peri-pentingnya kita
menghadapi keresahan untuk benar-benar memahami sesuatu fenomena.
7 Kierkegaard 2013.
. ooi kok hin 

2.1 I want to share this post but I’m disturbed

Kehairanan masyarakat (bukan sahaja di Malaysia, walaupun


contoh tempatan digunakan). Kita mahu mendedahkan kesalahan
tetapi tidak mahu menyebut kesalahan tersebut. Gambar yang
digunakan Syed Azmi adalah sebuah poster kempen anti-eksploitasi
kanak-kanak yang digunakan di negara lain. Sama seperti golongan
yang memuji-muji Nabi Ibrahim dan hanya mahu menceritakan
kesetiaannya terhadap Allah, tetapi tidak mahu menghayati dilema
ujian dan keresahan yang dihadapinya, pengguna Facebook itu tidak
mahu menghadapi dan menyebarkan “uncomfortable facts” walaupun
dia mahu solusi terhadap masalah itu dan tahu betapa pentingnya
“uncomfortable facts” itu sebenarnya.

2.2 Pendidikan seks (sex-ed)


Seks luar nikah bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia. Lihat
sahaja statistik dan laporan akhbar tentang kes buang bayi. Pembuat
 seminar falsafah malaysia iv

dasar, masyarakat, malah golongan yang membantah pelaksanaan


pendidikan seks tahu ramai pelajar sekolah membuat seks, tetapi
mereka tidak mahu menghadapi keresahan itu. Masyarakat lebih
suka jika tidak perlu menghadapi fakta/kesedaran sensitif itu kerana
ia akan menimbulkan ketidakselesaan dan keresahan. Maka, mereka
gemar menenggelamkan kesedaran itu (sesuatu yang mereka tahu
tapi mahu melupakan, mahu buat tidak tahu). Masyarakat kita mahu
solusi terhadap gejala seks luar nikah dan kes buang bayi, tetapi kita
tidak mahu keresahan yang bakal timbul jika sekolah mula mengajar
tentang pendidikan seks. Kita tidak mahu memikirkan solusi yang
efektif (pendidikan seks) tapi menimbulkan keresahan, tapi lebih
gemar solusi yang tidak efektif yang tidak menimbulkan keresahan
(tidak berbuat apa, percaya ibubapa akan mendidik/mengawal anak-
anak, serah pada takdir). Jikalau masyarakat berani menghayati
dan menghadapi keresahan mereka, pendidikan seks boleh sahaja
dibincang dan dilaksanakan secara efektif. Misalnya, bagaimana
mengatakan “Tidak” (terutamanya remaja perempuan), bagaimana
mengesan dan melaporkan orang-orang yang mengambil kesempat-
an, apa yang dikira/diwarta sebagai eksploitasi seks, mengetahui
dan menyedari hak-hak mereka di bawah undang-undang negara,
menyedari fakta bahawa kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun
tidak boleh memberi “persetujuan” untuk membuat seks, bagaimana
mangsa tidak harus menyalahkan diri kerana rogol adalah tetap
rogol tidak kira mangsa berada di mana atau berpakaian apa, dan
bagaimana melindungi diri dengan mengamalkan praktis seks yang
sihat. Jalan yang diambil masyarakat kita sekarang adalah jalan
yang mudah dan tidak resah, iaitu buat-buat semua pelajar sekolah
tidak melakukan seks walhal statistik dan laporan membuktikan
sebaliknya. “Ketidakresahan” lebih penting daripada keberkesanan.

2.3 Kempen memerangi jenayah/rasuah/dadah


Iklan televisyen dan kempen anti-(sesuatu) biasanya hanya mema-
parkan padahnya melakukan sesuatu, seperti rasuah dan mengambil
dadah. Pernah terfikir, mengapa begitu ramai mengambil dadah,
merokok, dan melakukan jenayah? Sepatutnya, untuk melawan
sesuatu fenomena, kita perlu memahami apa yang mencetuskan-
nya. Untuk melakukan demikian, kita perlu menghadapi dan
mengiktiraf sesuatu keresahan (yang dialami penjenayah, dan juga
kita apabila kita menghadapi/confront keresahan itu). Misalnya,
dalam kes rasuah. Kita tahu sebenarnya betapa mudahnya kita
. ooi kok hin 

tergoda untuk mengambil jalan pintas jika kita melanggar undang-


undang. Maka, jika ada iklan televisyen memerang rasuah (atau
jenayah/rokok/dadah), kita patut menunjukkan “kebaikan”/godaan
mengambil rasuah/dadah, kerana itulah yang dialami oleh seseorang
yang “on the verge” nak mengambil rasuah/dadah. Kita perlu
membikin semula senario sebenar (re-enact the scene), dan mema-
parkan keresahan memilih antara mengambil vs menolak rasuah,
dan manakah yang lebih penting akhirnya. Pendekatan strategik
ini, jika dibandingkan dengan kempen sekarang yang menidakkan
terus pilihan yang buruk (contoh: mengambil rasuah/dadah), lebih
real/closer to reality daripada pilihan mudah yang ditonjolkan di
televisyen sekarang. Iklan yang menunjukkan watak seorang
bakal penjenayah memikirkan kekayaannya jika berjaya merompak,
kemudian terfikir pula anak, isteri, dan ibubapanya jika mereka
mengetahui dia menjadi penjenayah, dan akhirnya memutus untuk
tidak melakukan jenayah, ialah iklan yang lebih efektif daripada
iklan yang hanya berkata ‘Katakan tidak kepada jenayah/rasuah.
Kesalahan didenda...’

2.4 Kabali
Aneh sekali, penonton filem Kabali dikejutkan dengan berita bahawa
adegan kemuncak yang ditonton oleh rakyat Malaysia adalah lain
daripada adegan asal! Menurut akhbar The New Indian Express,
‘filem Kabali di negara India berakhir dengan kesan cahaya pudar
kepada gelap selepas Rajinikanth ditembak, membiarkan penonton
sendiri membuat keputusan sama ada Kabali ditembak mati atau
sebaliknya’. Namun filem yang sama di Malaysia pula berakhir
dengan ayat, ‘Akhirnya, Kabali menyerah diri kepada polis’.8
Alasannya? Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul
Halim Abdul Hamid, berkata pengubahsuaian filem Kabali itu
berdasarkan garis panduan LPF yang mahu elemen hukuman dalam
filem jika watak yang ditunjukkan terlibat dengan jenayah. ‘Oleh itu,
kami meminta penerbit untuk dimasukkan pengajaran dalam bentuk
kapsyen pada babak akhir yang mengatakan Kabali menyerahkan
diri kepada pihak polis. Ini memberikan mesej bahawa negara kita
ada undang-undang dan ia tidak boleh dilaksanakan sendiri’.9
8 “Adegan Kemuncak Kabali di Malaysia Diubah”, Free Malaysia Today.
9 “Boleh Ubah Kesudahan Kabali Tetapi Filem Bukan Punca Jenayah”, Free Malaysia
Today. Juga baca, “Seeing a Different Ending for Kabali? You have LPF to Thank for
That”, The Malay Mail Online.
 seminar falsafah malaysia iv

Sama ada LPF tidak yakin dengan kematangan dan kebolehan


berfikir rakyat Malaysia, atau mereka resah jika kita ada keresahan
selepas menonton filem yang mempunyai mesej ambiguous. Namun,
jika tiada keresahan dalam berfikir, adakah kita sedang berfikir?
Tentang apa itu baik dan buruk, dan apa maknanya jika kita
membuat keputusan sendiri.

3 Pengenalan Konsep Sartre


Jean-Paul Sartre (1905-1980) barangkali merupakan filasuf eksisten-
sialis yang paling terkenal. Pemikir dari Perancis tersebut mempopu-
larkan pemahaman dan terma “eksistensialisme” kepada masyarakat
umum. Sartre memperibadikan (embody) watak seorang public
intellectual; pandangan beliau bukan sahaja dirujuk ahli akademik,
tetapi media dan masyarakat umum. Malah beliau memenangi
Hadiah Nobel (Sastera) pada tahun 1964, namun menolaknya atas
alasan enggan menginstitusikan dirinya.10 Tulisannya merangkumi
pelbagai bidang. Antaranya, fenomenologi, eksistensialisme, falsafah
politik, Marxisme, ontologi, dan moraliti/etika.
Tumpuan kita mengenai konsep kebebasan individu yang diuta-
rakan oleh Sartre akan menggunakan teks syarahan Sartre yang ber-
tajuk Existentialism is a Humanism11 sebagai rujukan utama. Sartre
mula dengan isi pokoknya, kewujudan mendahului esensi (existence
precedes essence). Mengikut Aristotle, sesuatu objek mempunyai
“esensi” yang membuatkan sesuatu objek itu, objek itu. Pemahaman
10 Petikan dari teks Sartre menolak Hadiah Nobel 1964: ‘A writer who adopts political,
social, or literary positions must act only with the means that are his own – that is, the
written word. . . The writer who accepts an honour of this kind involves as well as himself
the association or institution which has honoured him...The writer must therefore refuse to
let himself be transformed into an institution, even if this occurs under the most honourable
circumstances, as in the present case. . . Either one accepts the prize and with the prize
money can support organisations or movements one considers important – my own thoughts
went to the Apartheid committee in London...Or else one declines the prize on generous
principles, and thereby deprives such a movement of badly needed support. But I believe
this to be a false problem. I obviously renounce the 250,000 crowns because I do not wish
to be institutionalised in either East or West. But one cannot be asked on the other hand to
renounce, for 250,000 crowns, principles which are not only one’s own, but are shared by
all one’s comrades. That is what has made so painful for me both the awarding of the prize
and the refusal of it I am obliged to make’. Rujuk “Jean-Paul Sartre Rejected Nobel Prize
in a Letter to Jury that Arrived Too Late”, Guardian atau “Announcement: Nobel Prize
in Literature 1964”, nobelprize.org.
11 Juga diterjemahkan sebagai Existentialism and Humanism dan The Humanism of
Existentialism.
. ooi kok hin 

itu membentuk dan menjadi asas kepada teori teleologi Aristotle.


Contohnya, untuk menjawab soalan ‘Siapa lebih berhak memiliki
sebatang serunai/seruling?’, kita terlebih dahulu perlu memikirkan,
‘Apa fungsi sebatang seruling?’ Aristotle menjawab, fungsi sebatang
seruling adalah untuk dimainkan dengan sehebat mungkin (to be
played well), kerana itulah esensi sebatang seruling (melahirkan
bunyi sedemikian adalah apa yang membuatkan sebatang seruling
itu seruling). Sartre membantah hujah Aristotle. Menurut beliau,
manusia bukan objek yang mempunyai esensi tetap. Manusia wujud
dahulu, kemudian barulah kita membentuk identiti dan ciri-ciri kita.
What do we mean by saying that existence precedes essence? We mean
that man first of all exists, encounters himself, surges up in the world –
and defines himself afterwards. If man as the existentialist sees him is
not definable, it is because to begin with he is nothing. He will not be
anything until later, and then he will be what he makes of himself.12
Sartre menjawab tuduhan bahawa ‘(kebebasan yang dibawa
oleh) eksistensialisme menjadikan manusia tidak bertanggungjawab’.
Sebaliknya, Sartre mengatakan jika kita faham kebebasan melalui
konsep “kewujudan mendahului esensi”, kita sebenarnya akan
sedar tentang betapa bertanggungjawabnya kita atas pilihan kita.
Kesedaran “ke-bertanggungjawab-an” tidak dapat dielakkan kerana:
If, however, it is true that existence is prior to essence, man is responsible
for what he is. Thus, the first effect of existentialism is that it puts every
man in possession of himself as he is, and places the entire responsibility
for his existence squarely upon his own shoulders. And, when we say that
man is responsible for himself, we do not mean that he is responsible only
for his own individuality, but that he is responsible for all men.
Maka, bukan sahaja Sartre menafikan eksistensialisme itu satu fa-
haman yang “depressing” dan tidak bertanggungjawab, beliau meng-
atakan ia akan menjadikan seseorang individu itu lebih “empowered”
dan bertanggungjawab atas kebebasan dirinya. Sartre juga percaya
bahawa (dan sini kita boleh kaitkan dengan keresahan Kierkegaard)
sekelompok manusia takut menyedari kebebasan dirinya. Manusia
lebih cenderung untuk melihat dirinya sebagai objek (bukan subjek);
objek yang menafikan kebebasan dirinya, yang hanya melihat dirinya
sebagai sesuatu yang “to be acted upon”. Sartre bertanya kepada
skeptik, ‘Can it be that what really scares them in the doctrine I shall try
to present here is that it leaves to man a possibility of choice?’
12 Sartre 1946a.
 seminar falsafah malaysia iv

Manusia menghadapi keresahan13 apabila menyedari bahawa


kewujudan mendahului esensi. Kerana apa? Kerana apabila dia
menyedari bahawa dirinya adalah seorang subjek (individu) yang
bebas, dia tidak boleh lagi menyalahkan keadaan luar. Natijahnya,
kesedaran tentang kebebasan dirinya menghentikan imej dirinya se-
bagai sesuatu objek, dan dirinya sebagai seorang subjek mempunyai
kuasa untuk melakukan sesuatu, untuk mempraktikkan kebebasan-
nya dengan membuat pilihan, dan seterusnya bertanggungjawab
atas segala pilihannya.
We are alone, with no excuses. That is the idea I shall try to convey when
I say that man is condemned to be free. Condemned, because he did
not create himself, yet in other respects is free; because, once thrown
into the world, he is responsible for everything. . . (man) is condemned
every moment to reinvent man.
Satu lagi contoh yang diketengahkan untuk menjelaskan konsep
kewujudan mendahului esensi, dan implikasinya:
While I was imprisoned, I made the acquaintance of a somewhat
remarkable man, a Jesuit, who had become a member of that order in the
following manner. In his life he had suffered a succession of rather severe
setbacks. His father had died when he was a child, leaving him in poverty,
and he had been awarded a free scholarship in a religious institution,
where he had been made continually to feel that he was accepted for
charity’s sake, and, in consequence, he had been denied several of those
distinctions and honors which gratify children. Later, about the age of
eighteen, he came to grief in a sentimental affair; and finally, at twenty-
two – this was a trifle in itself, but it was the last drop that overflowed
his cup – he failed in his military examination. This young man, then,
could regard himself as a total failure: it was a sign – but a sign of what?
He might have taken refuge in bitterness or despair. But he took it – very
cleverly for him – as a sign that he was not intended for secular success,
and that only the attainments of religion, those of sanctity and of faith,
were accessible to him. He interpreted his record as a message from God,
and became a member of the Order. Who can doubt but that this decision
as to the meaning of the sign was his, and his alone? One could have
drawn quite different conclusions from such a series of reverses – as, for
example, that he had better become a carpenter or a revolutionary. For
13 Penterjemahan Inggeris dalam konteks karya Sartre adalah “anguish”. Saya men-
terjemah kedua-dua perkataan “anguish” dalam konteks Sartre dan “anxiety/dread”
dalam konteks Kierkegaard sebagai keresahan untuk kemudahan pembaca.
. ooi kok hin 

the decipherment of the sign, however, he bears the entire responsibility.


That is what “abandonment” implies, that we ourselves decide our being.
And with this abandonment goes anguish.
Sartre turut berkata, “subjectivity of the individual is our point of
departure” dan “consciousness as meaning-giving activity”. Dalam
menginterpretasikan dan menghubungkan konsep-konsep yang
dibawa Sartre, kita boleh mencapai konklusi bahawa bagi Sartre,
manusia yang menafikan kebebasan dirinya dan bersembunyi di
bawah alasan “bertindak kerana nafsu” atau berpegang kepada
determinism, adalah dishonest.
Akhir sekali, Sartre menjawab tuduhan bahawa kebebasan yang
ditawar oleh fahaman eksistensialisme itu mengagung-agungkan
manusia (humanism). Sartre membezakan dua definisi humanism;
satu, iaitu fahaman yang mengagung-agungkan manusia dan me-
letakkan manusia pada tahap tertinggi, dan dua, iaitu fahaman
yang berpegang pada alam subjektiviti manusia. Humanisme yang
dipegang.
The existentialist will never consider man as an end because he is always
in the making. . . fundamentally. . . man is constantly outside of himself;
in projecting himself, in losing himself out-side of himself, he makes for
man’s existing and, on the other hand, it is by pursuing transcendent
goals that he is able to exist, man, being this state of passing-beyond, and
seizing upon things only as they upon this passing-beyond, is at the heart,
at the center of this passing-beyond
Dalam sebuah novel karyanya, Sartre menulis: ‘Being is suffoca-
ting; it sucks your breath out; it empties your stomach: I understood that
I had found the key to Existence, the key to my Nauseas’.

4 Aplikasi Konsep Sartre


Konsep kebebasan Sartre menekankan ke-bertanggungjawab-an in-
dividu setelah menyedari kebebasan dirinya. Dalam nada yang sama,
sebab inilah juga seorang individu cenderung untuk menafikan
kebebasan dirinya dan sekadar melihat dirinya sebagai objek kerana
tidak mahu resah dengan kebebasan dan ke-bertanggungjawab-
an. Menggunakan konsep kebebasan Sartre, kita teliti kes-kes
contoh berikut. Tema yang berulang dalam kes-kes berikut adalah
bagaimana masyarakat Malaysia resah dengan kebebasan, seperti
yang dikatakan Sartre, dan lebih cenderung menafikan kebebasan
 seminar falsafah malaysia iv

daripada menyedarinya dan memikul tanggungjawab atas pilihan


kita.

4.1 Pencalonan “Filem Terbaik”, Festival Filem Malaysia


(FFM)
Kontroversi tercetus baru-baru ini apabila FFM mengecualikan filem
Ola Bola dan Jagat daripada kategori Filem Terbaik atas alasan tidak
cukup syarat (70% penggunaan bahasa kebangsaan) diiktiraf sebagai
filem nasional.14 Yang menariknya, seorang pembikin filem terkenal
menyokong cadangan itu atas alasan “Jika kita membenarkan filem
sedemikian dikira sebagai filem nasional, ia akan membuka floodgates
tentang apa itu filem nasional”. Ia menarik perhatian saya kerana
saya teringat pada Sartre, “Apa salahnya mempunyai kebebasan
untuk mentafsir apa itu filem nasional?” Jadi, untuk mengelak
daripada keresahan memilih (dan bertanggungjawab atas pilihan
kita), mereka yang mendokong hujah ini lebih cenderung untuk terus
menafikan kebebasan itu (walaupun kita sedar kita ada kebebasan
itu).

4.2 Kebebasan beragama


Kebebasan beragama meliputi soal freedom of, from, and within
religion. Bukan sahaja soal murtad, malah variasi aliran pemi-
kiran agama (schools of thought) dan kebebasan menginterpretasi
dan memilih fahaman agama lebih cenderung dinafikan dalam
masyarakat Malaysia, terutamanya dalam komuniti Melayu. Mereka
(yang berpendapat sedemikian) tidak mahu kebebasan itu ada
pada masyarakat kerana resah bahawa walaupun kebebasan itu
dapat memperkasa masyarakat, sesetengah individu akan membuat
pilihan yang “salah”. Maka, lebih baik menafikan kebebasan
daripada membiarkan masyarakat mempunyai kebebasan memilih
dan bertanggungjawab atas pilihan mereka (yang baik dan yang
buruk).
14 FFM kemudiannya menarik balik cadangan ini. Kementerian Komunikasi
seterusnya mengumumkan semua filem tersebut layak bertanding Filem Terbaik
manakala sebuah kategori baru, “Filem Terbaik Bahasa Melayu” akan diwujudkan.
. ooi kok hin 

4.3 Ujian personaliti (personality test)


Ramai majikan dan korporat kini mempercayai dapatan ujian
personaliti. Misalnya, seseorang itu jika didapati “introvert”, maka
dia akan berperangai sekian-sekian. Jika kita berpegang pada konsep
kebebasan Sartre, ujian personaliti (dan mereka yang mempercayai
bacaan horoskop/buruj, bomoh dan menilik nasib) adalah sesu-
atu yang tidak betul kerana menganggap seseorang individu itu
mempunyai esensi/ciri-ciri yang tetap walhal individu itu sentiasa
mempunyai kebebasan untuk membentuk semula dirinya (man is
condemned to be free, and reinvent himself at every moment).

4.4 Memperkenalkan diri sebagai “pekerja”


Barangkali bila berjumpa seseorang di program ne-
tworking, kita memperkenal diri sebagai “Saya seorang
cikgu/penyelidik/pelajar/peguam”. Konsep kebebasan Sartre
menganggap manusia tidak mempunyai esensi, maka untuk reduce
identiti kita kepada satu esensi (“Saya ialah seorang peguam”)
adalah tidak tepat kerana individu tidak boleh menjadi sesuatu
(become a thing, an object). Seseorang individu is always becoming,
constantly in the making.

5 Kesimpulan
Konsep keresahan yang dibawa Kierkegaard, dan kebebasan Sartre,
dapat dijadikan lensa yang dapat membantu kita menganalisa dan
memahami sesuatu fenomena masyarakat. Sama ada dalam isu
pendidikan seks, strategi kempen melawan jenayah, kebebasan
beragama, atau pencalonan filem, kita mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk mencapai solusi yang efektif setelah memahami
permasalahan itu, dan falsafah dapat membantu kita mencapai
pemahaman tersebut.

Rujukan

Guignon, Charles & Derk Pereboom


2011 Existentialism: Basic Writings, ed. ke-2, Hackett Publishing
Company.
 seminar falsafah malaysia iv

Kierkegaard, Soren
1843 Fear and Trembling, Penguin Classics (1986).
2013 Fear and Trembling and The Sickness Unto Death, terj. Walter
Lowrie, peng. Gordon Marino, Princeton University Press.
Sartre, Jean-Paul
1946 Existentialism and Humanism, Methuen Publishing Ltd
(2007).

Anda mungkin juga menyukai