Anda di halaman 1dari 10

• Tema/Isu : Masalah jerebu yang berlaku

• Tugasan kesannya : Bincangkan punca-punca terjadinya dan berlakunya

jerebu serta kesan-kesannya

• Format : Tiada (hanya perbincangan)

Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan

salah laku manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara

besar-besaran tanpa menghiraukan dan mengambil berat kesan terhadap alam

sekitar. Contohnya, kepada negara Singapura dan Malaysia seringkali menjadi

masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal, selalunya bermula pada

pertengahan tahun apabila peladang Indonesia mengambil jalan mudah

dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan hanya

membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera

Tengah, Wilayah Riau, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung

telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi daripada ASEAN Specialised

Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat membimbangkan

warganegara Malaysia dengan keadaan yang berlaku. Saban tahun


negara kita seringkali mengalami masalah jerebu yang sudah menjadi

fenomena cuaca pada setiap tahun. Acap kali negara kita dilanda jerebu seolah-

olah fenomena ini seperti sudah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara

disebabkan kehadiran partikel dan habuk-habuk terampai di atmosfera seperti

debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam keadaan udara zarah kering. Tahap

kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU

terkini). IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk. Namun, realitinya

kesihatan rakyat akan berada di dalam bahaya jika keadaan udara yang

berjerebu penuh dengan partikel asing. Persoalannya, apakah punca-punca

berlaku dan terjadinya masalah jerebu di negara ini?


Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila ada faktor yang

memburukkan lagi keadaan iaitu pembakaran secara terbuka tanpa kawalan

yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya pihak yang ingin

menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada

milik individu ataupun pemilik kilang melakukan pembakaran terbuka ini.

Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan di belakang kawasan rumah mereka

sendiri oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap terlalu malas oleh segelintir

masyarakat untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan

sampah atau pusat pengitaran sampah semula telah membawa kepada

pembakaran terbuka. Ada juga pemilik kilang papan, kain dan sebagainya yang

bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Sifat

kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli akan asap yang terhasil

daripada pembakaran terbuka sedikit demi sedikit membawa kepada masalah

jerebu yang lebih teruk. Asap daripada pembakaran terbuka ini hanya bukan

bersifat setempat sahaja teatpi akan ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi
kawasan yang sangat luas. Natijahnya, asap yang dilepaskan ke udara adalah

akibat daripada pembakaran terbuka dan mengakibatkan berlakunya jerebu.

Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah kenderaan

di jalan raya yang semakin meningkat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas

hujan. Di Malaysia, jumlah kenderaan di jalan raya adalah sebanyak 9.3 juta dan

menyebabkan pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan karbon monoksida dan

dua tan sodium dioksida pada setiap hari. Keadaan jerebu bertambah parah dan

serius dengan kesesakan lalu lintas kerana asap masih tetap dikeluarkan yang

akan mencemarkan udara walaupun kenderaan tidak bergerak. Bertambahnya

jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan peningkatan jumlah asap


yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan dan seterusnya berlegar-legar di

atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon dan akhir sekali tidak dapat keluar

ke angkasa lepas. Kesannya, udara menjadi tebal dan jerebu berlakulah di

negara kita.

Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan perindustrian yang

tidak mengawal pengeluaran asap seperti kawasan perindustrian yang

mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan

yang berpunca daripada asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara akibat

perbuatan dan sikap pengusaha kilang yang seperti enau dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing. Wang yang banyak tidak sanggup


dibelanjakan oleh mereka untuk mendapatkan alat penapisan asap bagi proses

penapisan asap yang dikeluarkan sedangkan mereka mengetahui

terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida di dalam asap-asap ini yang boleh

mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk apabila corong asap

yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak beretika

sehingga asap beracun disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti di

kawasan Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.

Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah

dipraktikkan dan ditanam dalam diri semua pihak demi mengatasi masalah

jerebu ini. Kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dijamin melalui usaha

ini. Bagi mengatasi masalah jerebu dari terus menghantui dan membelenggu

negara kita, pihak kerajaan khususnya perlu mengambil langkah yang lebih

drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan negara, rakyat yang sihat tubuh

luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia dengan slogan ‘Rakyat Sihat

Negara Maju’.
Play Videox

• KLIK SINI : Koleksi Karangan Fakta Pt3

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family

Anda!

117SHARES

• Share

• Whatapps

• Telegram

• Pinterest

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3

sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

• Contoh Karangan Bahasa Arab PT3 Pentaksiran Tingkatan 3


• Contoh Karangan Pengalaman Semasa Cuti Sekolah Pt3

CategoriesBahasa Melayu

Contoh Peribahasa PT3 Bahasa Melayu

Contoh Karangan Ceramah Pt3 & Format Bahasa Melayu

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari

kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan

Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk

follower Telegram
JOIN TELEGRAM LINK PAUTAN

Telegram Bantuan Kerajaan


https://t.me/bantuankerajaanmalaysia
Malaysia

• About

• ADVERTORIAL

• Privacy Policy: Must read

2022 Mypt3

117SHARES

Learn more

Learn more
X

Anda mungkin juga menyukai