Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Pentaksiran Kerja Kumpulan MPU3192

TUGASAN BERKUMPULAN 1: LAPORAN BERTULIS (30%)

 Laporan (25%) + Penilaian Rakan Sebaya (5%)


 CLO 2: Menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan
merentas etnik.
_____________________________________________________________________

Ringkasan Tugasan
 Tugasan ini memerlukan pelajar untuk menghasilkan laporan bertulis dalam Bahasa
Melayu (25%).
 Tugasan ini juga memerlukan para pelajar untuk menilai ahli-ahli kumpulan yang
terlibat dalam penulisan laporan (5%).
 Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mengkaji satu isu yang diminati dari topik
berikut:
- Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional
- Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
- Topik 6 - Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika
dan Peradaban
 Perbincangan mengenai topik, kaedah dan konteks penyelidikan mestilah dilakukan
sebelum memulakan projek.
 Setiap sumber yang diguna pakai di dalam laporan ini mesti dinyatakan (must be cited)
menggunakan sistem rujukan APA.
 Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy di Sistem eLeap.

Perincian Tugasan (Laporan Bertulis)


Tugasan yang dihantar perlu mengandungi:
- Muka hadapan
- Isi kandungan
- Abstrak
- Pengenalan
- Sorotan Kajian
- Metodologi
- Dapatan dan analisis
- Kesimpulan
- Rujukan
- Lampiran (sekiranya ada)

Format Laporan
 Font Times New Roman Saiz 12.
 Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan berkaitan adalah
digalakkan serta perlu dinyatakan sumber rujukan.
 10 - 15 muka surat tidak termasuk lampiran dan muka hadapan.
 Tarikh Penghantaran: Sebelum pukul 5pm, Jumaat, 23 Disember 2022.

1
Kaedah Pentaksiran Kerja Kumpulan MPU3192

Skema Pemarkahan PEP: Laporan Bertulis (30%)


CLO 2: Menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan merentas etnik.

Pencapaian
Markah Perkara
Pelajar
Struktur (2 Markah)
2-1 ● Maklumat lengkap disusun mengikut urutan yang relevan (Isi
Kandungan, Pengenalan, sub topik-sub topik, kesimpulan, Rujukan,
Apendiks *jika ada) dan mudah untuk dibaca
Bahasa (3 markah)
1-0 ● Cara penulisan yang mudah difahami
1-0 ● Tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan yang boleh menghalang
pemahaman
1-0 ● Penggunaan laras bahasa akademik yang konsisten
Isi Kandungan dan Kesesuaian Isi Kandungan (8 Markah)
8 ● Isi kandungan sangat komprehensif (4m) serta mencerminkan idea
baru dalam topik dan konteks yang dipilih dengan cemerlang (4m)
6 ● Isi kandungan agak komprehensif (3 m) dan mencerminkan idea baru
dalam topik dan konteks yang dipilih dengan baik walaupun terdapat
1 atau 2 elemen yang tidak dimasukkan (3m)
4 ● Isi kandungan kurang komprehensif (2 m) dan kurang tepat dalam
mencerminkan topik dan konteks yang dipilih (2 m)
2 ● Isi kandungan tidak komprehensif (1 m) dan gagal untuk
mencerminkan topik dan konteks yang dipilih (1 m)
Kemahiran Menganalisis (10 Markah)
3-1 ● Analisis pelajar menunjukkan pemahaman yang padu dan penguasaan
yang jitu mengenai konsep-konsep yang dipelajari
4-1 ● Pelajar mampu menghuraikan isu semasa melalui perspektif
perbandingan falsafah sebagai asas bagi menjalinkan dialog antara
budaya.
3-1 ● Analisis pelajar mencerminkan kematangan akademik dan tahap
pemikiran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah masyarakat.
Rujukan (2 Markah)
1 ● Lengkap dan mengikut sistem rujukan APA
1 ● Menunjukkan sumber rujukan yang pelbagai (tidak terhad kepada
pencarian melalui internet dan buku sahaja)
Penilaian Rakan Sebaya (5 Markah)
5-1 ● Memaparkan nilai, sikap dan profesionalisme yang positif sepanjang
menyiapkan projek
(30) Jumlah Markah Pelajar

Anda mungkin juga menyukai